Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Disember 2013

Entri Terakhir 2013


Assalamualaikum....

tepat jam 12.00 tengah malam karang, tutup la tirai 2013... yang bagi aku penuh dengan warna warni dalam kehidupan aku... yang kalau dikarang, boleh jadi 1 novel agaknya... apa2 pun, Alhamdulillah.. hari ni kita masih lagi bernafas.. tapi esok, kita takpasti sama ada kita masih boleh bernafas seperti hari ni atau tak...

yang penting, jadikan hari semalam sebagai kenangan... ambil benda2 yang baik untuk dijadikan teladan di masa depan, dan yang benda2 buruk, buang jauh2.. kalau boleh tinggalkan dan jangan diingat2 lagi... tutup buku lama, buka buku baru...

terima kasih juga pada uolls yang sudi baca blog aku yang tah pape je ni.... banyak meroyan kan... hahahaha... kalau ikot meroyan aku ni, mau 2 3 entri 1 hari.. tapi kang korang menyampah pulak... hahaha...

dikesempatan ni juga, aku nak minta maaf kalau aku ada menyinggung perasaan sape2 expecially kawan2 aku... eh, dah macam entri ucapan raya pulak... hahahaha.... sory guys.. aku masih tak percaya hari ni dah hari terakhir 2013... esok dah tahun 2014... cepat betul kan masa berlalu.. tak sedar pon....

oklah, Selamat Tahun Baru 2014... aku takde azam apa2 pun... dah buat azam dah masa 1 Muharram hari tu... hehehehe... ape dia?? ade laaaa..... hihihi...



~ingat nak layan bunga api malam ni.. tapi takde geng pulok... xpelah.. lain tahun je laaa


27 Disember 2013

Entri di hari jumaat terakhir 2013


Assalamualaikum....

sekejap je dah berada di hari2 terakhir bulan Disember.... sikit lagi nak menjengah tahun 2014... maksudnya, umur pon dah bertambah setahun lagi... entah kenapa, bila memikirkan perkara ni, aku jadi sebak dan sedih... haisshhh..... 

malam tadi entah kenapa, air mata aku asyik meleleh je.... sebak... sedih.... sayu.... tiba2 terbayang dan teringatkan banyak benda.... antaranya...

1. bila tiba tarikh tsunami yang melanda 9 tahun lalu, teringat kat arwah Pak Itam yang kebetulan tarikh dia meninggal dekat2 je dengan tarikh tsunami... aku tak ingat... tapi yang pasti bulan Syawal, tahun 2004.. meninggal sebab kemalangan... entah kenapa bila teringat arwah, aku jadi sedih, menangis beria2 tersedu sedan.. mungkin aku rindu kat arwah... 9 tahun dah arwah pergi... antara paksedara yang paling aku rapat... aku rasa umur dia belum 40 tahun lagi.. mungkin tua 2 atau 3 tahun dengan paklang.. paklang pon baru 36.. pastu teringat arwah pak ndak pulak... pak ndak meninggal 2002... 

2. teringat arwah kawan baik aku, fizah... walaupun kenal dia masa praktikal, tapi dia dah jadi kawan baik aku sebab mana2 aku pegi masa tu, mesti dengan arwah... arwah meninggal sebab kemalangan... dah lama aku tak ziarah kubur dia.. 25 Dis hari tu hari jadi dia... selalunya, aku akan pergi ziarah, tapi sejak Azu kahwin, aku tak sempat... nak pergi sorang pon aku tak berani sebab kawasan kubur tu banyak kera...

3. teringat arwah kawan aku masa form 2, Aziemah... meninggal sebab leukimia... muka dia sampai sekarang aku ingat... kecik je orang nya... dia memang kuat.. kuat lawan penyakit... 

4. lepastu, teringat pulak arwah Mat yang baru lagi meninggal... rupanya Mat meninggal sebab kanser tulang.. (aku baru tau...) taksangka orang yang luarannya nampak sihat, ceria, menanggung penyakit yang belum ada ubatnya... 

maka, bertimpa2 rasa sebak yang datang bila teringatkan mereka2 yang dah pergi.... lagi layan Pencetus Ummah, bila keluar tazkirah sedih sikit, aku dah sedih... nasib baik la aku dok sorang je.. kalau tak, pening kepala housemate aku nak layan meroyan aku yang tiba2 datang tak tentu pasal ni...

lagi, terbayang.. bestnya kalau aku dapat tinggal sekali dengan family... tak macam sekarang ni, dok sorang2... hmm... ni memang takboleh nak kata apa laaa.... asal terpikir je, aku sedih....

pastu teringat perangai2 manusia talam dua muka disekeliling... hmmm.... sabarlah hati...

*sigh*


23 Disember 2013

Pengumuman! Pengumuman!!


BR1M 2014 Registration

Applications for 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2014 can be made from December 23, 2013 (Monday).  Online application can be made via www.hasil.gov.my.

For manual application, the forms are available at any LHDNM Brances or can be downloaded at www.hasil.gov.my.

The BR1M 2014 payment will be made on February 2014.  Any enquiries can be reach at BR1M Hotline 1-800-88-2716




haaa... paham ke tidak?? takkan la takpaham... manusia ni kalau bab duit je, laju macam pelesit... hahahaha... (cakap pasal diri sendiri ok.. takyah nak terasa sangat)

ok, bagi anda yang layak, sila lah memohon kembali ye.... ke gaji dah naik lebih rm2k?? aku?? aku sejak azali tak layak... sadissss....

takpelah, aku boleh mintak sikit kat akak, kakcik, pizin dapat baucar buku, boleh mintak dia belikan buku atau novel barang sebuah.. jadilahhh.. takdapat kan.... so, takdapat, diam2 je!!


~ adik mintak kemaskini br1m dia dengan ayah (sadis tol suruh aku yang takdapat ni..) kalau x, aku pon xtau pasal menda ni... hehehe...




20 Disember 2013

Ibu Segala Pingat Bertukar Tangan


Assalamualaikum...

ambik masa sekejap sementara tengah makan ni.... aku sejak balik cuti ni, banyak betol kerja... adoiiii.....

oklah kawan2, malas nak panjang2 cerita, pasukan Harimau Muda B23 akhirnya kecundang di separuh akhir, menentang Indonesia... adehh... aku sedih jugak laa.. 2x kita pertahankan title juara tu... tapi nak buat macam mana kan.. rezeki tak berpihak pada kita...

dengan kekalahan hanya 1 gol.. 1 gol je oii... HM dan Indonesia terikat 1-1 sehingga tamat permainan + tambahan 30 minit dan membawa kedua2 pasukan ke sepakan penalti... takpelah, macam yang aku cakap tadi, bukan rezeki..

lagipun, prestasi HM sangat bagus.. walaupun banyak sangat terlepas peluang untuk jaringkan gol... rekod HM kali ni (sebelum separuh akhir) takpernah kalah... seri sekali.... oklah tu... dah cukup bagus dah... 

harap2 HM masih mampu bawak pingat gangsa untuk negara...



~ aku memang taksuka tengok sepakan penalti.. sakit dada oiii..... mendebarkan... huhuhuhu....

16 Disember 2013

Gosip Kak Bedah


satu lagi entry untuk hari ini... hehehe..

ok, meh tengok gambar ni...


sumber dari Rotikaya

wanita ini adalah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal dengan pelakon, Adi Putra.. dan lelaki di sebelah tu adalah suami dia.. 

dan baca laporan ni pulak....


***

Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah dapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra.

Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan Ramadhan yang lepas.

Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah.

"Saya mula-mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba-tiba pula menghantar gambar agak lucah dan sulit.  Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?" katanya penuh berhati-hati.

Nooraida memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga.  Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar-gambar 'selfie' kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu.

Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.

Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.

“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.


“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan.


***

ok, dah habis baca dah? cuba tengok ayat2 yang aku highlight tu... dan kemudian, tengok lagi sekali gambar wanita tersebut... renungkan....... tapi jangan renung lama2.... buta plak mata tu... hihihi... :p

aku pon bukan la suruh korang salahkan sape2 sebab aku pon malas nak pikir siapa betul, siapa salah... hanya Allah dan mereka2 sahaja yang tahu.. semoga kebenaran akan muncul...

#akuponpeminatAdiPutra  #nakjugak!


Menggelupur Macam Nak Mati...



Assalamualaikum....

Sedikit laporan mengenai Sukan Sea ke-27 yang berlangsung di Myanmar.. Acara Pencak Silat final kelas D Putera (60-65kg) di Stadium Tertutup Zeyar Thiri.

"Kita tengok cara dia menggelupur, nampak macam dah nak mati. Tapi apabila tengok dia boleh bangun dan kembali meneruskan pertarungan, jelas tiada semangat kesukanan ditunjukkan pesilat Myanmar itu". ni adalah kata2 dan luahan kecewa dari Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA)..

aku tengok perlawanan semalam.. pesilat negara Ahmad Shahril Zailudin menentang pesilat tuan rumah, Kyaw Naing Thun (memang aku akan ingatlah nama ko sampai bila2).. pesilat kita turun ke gelanggang dengan muka yang tenang... senyuman dia memang nampak keyakinan...

round 1 je si Naing Thun ni dah menggelabah.. baru kena sepuk sikit kat lengan dah mengadu kat pengadil.. mintak simpati la tu.. menyampah aku...

masa round ke 2 kot.. Shahril buat 1 sepakan tepat2 kena rahang pipi sebelah kanan si Naing Thun.. masa tu aku pon terkejut... macam dahsyat jugak la sepakan tu.. memang padan muka la pesilat myanmar tu.. hihihi... tapi bila tengok tiba2 dia menggelupur macam kena sawan.. aku tambah terkejut.. aikk... mati ke dia?? sepak macam tu memang boleh bawak mati ea?? mungkin kot.. huhuhu...

bila pihak medik dah selesai buat kerja (patutnya kerja kan dia.. propa je lebih...) dan2 tu dia bangun dan mula balik perlawanan... aikkk........ tadi ko dah serupa orang nazak... haisshhh.... tengok! senang je pihak lawan bagi tekanan kat kita kan?? trick dan gimik... dengan sokongan penonton... dengan jurulatih yang menggelabah asyik kerja bangun bangkang keputusan pengadil.. aku memang bosan lah tengok perlawanan macam ni....

ni kan acara silat... bersilat la betul2.. ni ko lebih nak buat drama pulak kat gelanggang... adehh.. baik ko masuk MLM join kumpulan Kucai... eh, tiba2... hahahaha...

aku memang takkan respect orang yang menang cara macam ni... bagi aku dia tetap loser.. takpelah Shahril... dia tuan rumah kan.. kang kalau dia kalah, dia malu besar... biar la dia menang cara kotor tahap longkang tu... apa2 pun, awak tetap bawak balik pingat untuk Malaysia.. walaupun bukan pingat emas..

tapi acara silat tetap tak mengecewakan.. kita juga ada bawak balik pingat emas menerusi pesilat negara Mohd Al Juferi Jamari dalam final kelas E Putera (65-70kg), mengalahkan pesilat dari Vietnam.. walaupun menerusi kemenangan 'technical knock out' sebab lawannya tiba2 mengalami kecederaan dan takdapat nak teruskan perlawanan.. takpelah.. rezeki buat Malaysia..

nanti aku share lagi pasal benda2 menarik sepanjang sukan sea ni ea.. aritu nak buat pasal pingat ke-1000 Malaysia untuk Sukan Sea dan acara bola sepak B-23 yang setakat ni rekod bersih tanpa kalah pon tak sempat... hehehe... busy bebenor... (konon) sebenarnya benda2 macam ni korang boleh je search kat internet kan... aku pon rajin jugak search2 kat internet ni.. almaklumlah, nak tengok kat tv, kita bukan selalu ada kat depan tv ye dok? mana yang tertengok, macam acara silat ni, boleh lah aku share... lagi2 bila ada kontroversi dalam acara sukan tu.. cari kontroversi je kerja aku.... hehehe...


09 Disember 2013

DSK yang dulu bukan DSK yang sekarang...


Assalamualaikum...

rasa malas je nak update blog kan.. hihihi... seminggu sekali, jadi laaa.... dari takde langsung... ok, nak cerita pasal DSK.. ape tu DSK? untuk yang taktau, DSK adalah Diploma Sains Kesetiausahaan... hihihi.. ni adalah kursus yang aku ambik dulu kat Politeknik PD Julai 2006 - Julai 2008)... ye, aku belajar dulu 2 tahun je.. hehehe.. sekarang ni taktau laa panggil apa.. still DSK lagi rasanya.... apa2 je laaa.. hehehe.. sekarang, DSK dah 3 tahun... (tu semua dah tau kan..)

tadi, ada akak ofis ni, datang nak mintak cop dan pengesahan bos Huda kat borang PTPTN anak dia.. Huda ada kat bilik aku, tengah meluahkan perasaan... hehehe.. (lately ni banyak betul dugaan jadi kat dia... aku simpati sangat.. nak bantu, aku tak mampu.. aku hanya boleh bagi nasihat je... hmmm...) akak tu cakap, anak dia belajar kat poliPD.. poli aku tu... hehehe..

pastu tanya lagi, anak akak ambik course apa? setiausaha katanya... ooooo... sama lah dengan kami.... kemudian, akak tu cakap, dia risau sikit... anak dia kembar.. dua2 dapat poli yang sama, course yang sama... oklah tu, bagi aku takde masalah.. dah tentu2 dia ada kawan nak belajar... akak tu cakap, yang tu dia tak risau... dia risau pasal subjek2 yang anak2 dia kena lalui... tengok! mak yang risau... bertuah kamu wahai anak... huhuhu...

aku diberitahu, ada penambahan subjek dalam DSK... yelah, 3 tahun kan... semester 1, belum belajar lagi gurisan2 trengkas dan shorthand.. dan yang menarik perhatian aku, akak tu kata.. akak tu yang kata laa... bukan aku... hehehe.. ada subjek Mikro Ekonomi.. aku pon, wahh!! menarik!! aku tanyalah... ada akaun x? akak tu pon takpasti... Speedtyping pon dah ditukar jadi Keyboarding Skills.. hebat kan? dan ada juga subjek Office Suite Software (Mungkin sama dengan Internet dan Persembahan Komputer yang aku belajar dulu..) yang lain macam sama.. cuma tukar ke bahasa inggeris je.. hehehe..

untuk semester seterusnya barulah belajar mengguris.. Trengkas & Shorthand.. aku ada cakap kat akak tu.. mintak anak dia ambil serius sikit pasal shorthand dan trengkas.. subjek ni memang sangat2 memerlukan kesungguhan dan minat yang tinggi... kalau kita tak minat, dan tak sungguh2 praktis mengguris, taktau la apa akan jadi.. nampak macam tak penting, NO! sangat penting ok.. sangat penting! Terima kasih kat lecturer, En. Ashri yang banyak bagi assignment mengguris sampai naik kejung jari.. hehehe... Alhamdulillah.. lulus setiap sem...

selain tu, ada jugak subjek Occupational Safety and Health... menarik! dan juga Document Processing.. yang ni aku rasa sama je macam Document Production yang aku belajar masa sem 4.. 

selain tu, jangan ambil mudah tentang kehadiran.. jangan ambil mudah tentang kuiz, ujian, presentation dan assignment.. semua tu sangat penting (bagi aku laa.. orang lain aku taktau..) sekarang ni aku taktau berapa peratusan markah PB dan Final... kalau dulu, aku dah ingat2 lupa.. sama ada 70-30 atau 60-40...  aku tau, aku ni takde la pandai sangat.. takpasti berapa markah yang aku boleh skor untuk final.. so aku balun kat PB... sebab tu aku kata kuiz, ujian, assignment semua tu penting..

ohye, apa tu markah PB? markah PB adalah markah Penilaian Berterusan yang merangkumi semua2 yang aku cakap tadi laa.. markah kuiz, ujian, assignment, kehadiran.. yang ni aku bukan untuk DSK je.. tapi semua course di politeknik.. 

oklah, tu je yang aku nak cakap.. hehehe.. dulu aku belajar DSK 2 tahun, sekarang DSK dah 3 tahun.. mestilah ada penambahan untuk mempelbagaikan lagi DSK tu... DSK ni tak susah sebenarnya... kalau kita betul2 buat, rajin, fokus dan berusaha, In Sha Allah.. semuanya akan dipermudahkan..

tak kiralah apa sahaja bidang yang kita ambik.. tak semua nya senang kalau kita tak berusaha.. betul x? paling penting, usaha dan jangan mengalah.. 

ya, aku sangat bangga jadi pelajar DSK.. walaupun di alam pekerjaannya tidak seindah mana.. hehehe.. tapi taklah teruk sangat pon.. bergantung pada diri kita juga.. dan kedudukan kita dalam satu2 institusi tu... dan aku bersyukur sangat, dengan DSK dan politeknik jugak la, aku dapat pekerjaan di usia muda.. syukur, Alhamdulillah... ^_^

03 Disember 2013

Janji Tak Prejudis Tagline Ultra FM - Stesen Radio Baru - 101.3 FM


Assalamualaikum...

melepaskan lelah sekejap.. baca paper2 online, sekali terbaca pasal ni...

Janji tidak prejudis dan putarkan semua genre lagu asalkan enak didengar.

Begitulah ikrar pengurusan rajio baru Ultra 101.3 FM pada majlis pelancaran stesen itu, minggu lalu. Biarpun berdepan saingan sengit stesen radio lain yang kukuh, Ultra FM yakin mampu memancing pendengar dengan konsep tersendiri.

Menampilkan Jimmy Shanley yang akan bergandingan bersama Mamat Sepah (6.00 - 10.00 pagi), Mon Ryanti (10.00 pagi - 3 petang), Sharifah Shahira (3.00 petang - 8.00 malam) dan Fizi Ali (8.00 malam - 1.00 pagi).

nak tahu lebih lanjut, baca kat SINI... 


*
*
*

wahhh.. tambah lagi 1 stesen radio... suka la aku.. main tukar2 stesen radio kat kereta bila jalan2 atau balik kampung.. hehehe... tapi bukan tu yang aku nak katakan....

mungkin ni dinamakan rezeki... tahniah pada Mamat, walaupun dah tersingkir dari MLM 2013, rezeki tetap ada pada dia... harap2 dia dapat jalankan tanggungjawab dan kerja dengan lebih baik... buang semua cerita2 lama... life must go on.. walaupun aku bukan peminat Mamat, tapi melihat pada perjalanan karier seni dia dari dulu sampai sekarang, aku jadi kesian... takpelah, rezeki ada dimana2 kan... janji buat kerja ikhlas, jujur, ada rasa tanggungjawab dan amanah..

sama juga dengan Jimmy Shanley dan Sharifah Shahira.. aku tengok 2 orang berbakat ni macam.......... macam ape ek? ntah, macam... bila nak, panggil.. bila taknak tendang je sesuka hati... tu yang aku nampak la... aku tak cakap atau tuduh sape2.. aku kata apa yang aku nampak... mungkin apa yang aku nampak tu tak betol... ye tak? hehehe... tapi tahniah pada Jimmy dan Shira.. semoga sukses dan rezeki mencurah selepas ni... rezeki untuk anak2...

Mon Ryanti.. aku kenal... tapi nama dia belum cukup naik lagi... mana tau lepas ni orang akan kenal dia.. Fizi Ali pulak aku tak berapa kenal... 

apa2 pun, semoga Ultra FM dapat jadi stesen radio yang sama gahnya dengan stesen2 radio yang lain kat Malaysia ni... good luck!!

ohye, lupa... Ultra FM hanya boleh didengar di Lembah Klang sahaja buat masa ni... ^_^Y

02 Disember 2013

Semoga Tenang Di Sana...


Assalamualaikum..

kembali semula bekerja setelah 1 minggu bercuti... tapi jangan ingat balik cuti, ko senang2 hati je... hari ni masuk2 je, berlambak borang2 nda atas meja nak disettlekan... haishh... stress... nak check emel lagi... apa2, check emel dulu... buang segala emel2 yang tak perlu...

tiba2 aku ternampak 1 emel... makluman...

Dukacita dimaklumkan bahawa, Mohammad Mathizri bin Mohammed, Pembantu Am Pejabat di Pejabat YBhg. Dato' KPPN, Ibu Pejabat JPN Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10 malam, 30 November 2013.

Jenazah akan dikebumikan di Bachok, Kelantan pada jam 10 pagi ini, 1 Disember 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. In Sha Allah. Alfatihah.

tergamam aku sekejap... Innalilillah........... tak sangka.. memang aku tak sangka.... arwah masih muda (30-an) dan belum berkahwin... Ya Allah... sebak hati ni... aku tak tau apa punca dia pergi... memang tak tau langsung... dia nampak aktif, cergas dan ceria...

aku memang tak rapat dengan arwah.. tapi aku kalau jumpa arwah memang akan tegur dia... arwah pon peramah... aku pernah ganti sekejap akak PA KP dan PT kat pejabat KP, arwah la banyak tolong aku... 

Mat... orang taktau orang ada buat salah ke kat Mat.. tapi kalau ada pun, orang da tak sempat pun nak mintak maaf kat Mat.. semoga Mat tenang di sana... T_T



teros takde mood nak buat kerja... kerja berlambak ni.... T_T


18 November 2013

Yang Bermula Pasti Akan Berakhir......


Assalamualaikum...

hai... hari Isnin, bersamaan 7 hari lagi nak gaji... wakakaka.... ape macam?? ada rasa cam dah sesak2 nafas akibat gaji keluar awal bulan lepas?? hahahaha.... tanya lah semua orang? yang keja gov ni.... mesti masing2 akan cakap, bila nak gaji? bila nak gaji? hahaha.... oh, aku pon begitu juga... aku dah catu 80% kehendak aku.... pasal bagi aku, yang penting sekarang adalah, keta harus diisi minyak dan perut juga harus diisi... jadi, ko nak beli itu ini, pegi sana sini harus tunggu bonus bulan 1 nanti ye.... tapi Alhamdulillah... rezeki Allah tu tetap ada...

ok, dah mengarut pasal gaji kan.. sekarang back to the story.... apa yang bermula? apa yang berakhir? kita cerita pasal 'bermula' dulu k...

Bermula

15 Nov, bermulalah persaingan pelawak2, pelakon2, pengacara2... merebut tempat di Maharaja Lawak Mega 2013... dengan tagline 'Penyelamat Lawak', 15 kumpulan dan 1 peserta solo... so lepasni, setiap hari jumaat, rumah aku pasti riuh dengan gelak ketawa mengilai.... tapi yang ketawa tu aku sorang je.... sebab aku dok sorang kan... hahahaha... minggu pertama je dah menggeletek hati aku... 

siapa pilihan aku?? pastinya peserta yang paling berani dan steady, Nabil Ahmad aka Nabilicious katanya.. hahahaha... aku memang tabik dan hormat dengan Nabil.. minat dengan dia dari dulu lagi... sebab dia antara pelawak2 kreatif dan banyak idea... kepada Nabil, aku nak ko keluarkan balik lawak KakJah ko (RL2) dah rindu kot dengan KakJah ko... hahahaha...

dan.... Shiro... hehehe... (tentiba) adakah aku minat Shiro kerana aku tiba2 cair apabila ditegur oleh Shahrol masa pergi rakaman Betul ke Bohong musim 4?? hahahaha..... sikitlah... hahahahahaha... cop2... aku memang minat Shiro dari MLM 2012 lagi... so, kepada Shiro, aku xnak dah korang buat lawak Tok Adi lagi... dah jemu kot... lawak YB pon... hmmmm... bole la kot sebab tu dah trademark korang kan.. tapi mungkin korang kena bagi kelainan sikitlah... asyik YB selekeh je... keluarlah jadi YB bergaya pulak... hahaha...

banyak lagi kumpulan yang best2... yang ramai peminat seperti Sepahtu, Jambu dan Boboi... oh ye, aku tak berapa sangat lah dengan persembahan boboi aritu... dok mengata Nabil... aku kan minat Nabil, haruslah aku cam.... err............. tapi, oklah.. kelakar la jugak...

minggu pertama dah ada penyingkiran... peserta dari hot seat.. iaitu kumpulan Gerak... aku memang dah jangka daa.... dan jangkaan aku dalam bottom 3 pon tepat.. tiba2 aku teka betul pulak.. aku pon teka berdasarkan persembahan diorang...

ok, kepada peserta2 MLM 2013.. gudluck!! harus tonton Penyelamat Lawak ni.. setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna saluran 132 dan Astro Maya HD saluran 135..

oh lupa... Idola Kecil 6 pon baru bermula.. ada sorang budak ni nama dia Danial.. silalah korang cari kat youtube ke, kat mana2.. minggu pertama dia nyanyi lagu Bertamu Di Kalbu (Jac), kalau ko pejam mata, ko ingat budak perempuan yang nyanyi.... suara dia lagi meletop dari Jac kot... hahahaha... Idola Kecil di tv9...

Berakhir

malam tadi, berakhirlah Akademi Fantasia... aku takdelah layan sangat.... tengok camtu je... Tahniah kepada Faizul... dia ni macam Mawi la... mula2 tak terpilih.. lepastu diserap masuk melalui undian.. sama dengan Amira... kalau korang ingat lagi la... hehehe..

orang yang paling aku kesian sekali adalah, Aisyah.... nampaknya kehadiran Adi Putra tak membuatkan orang nak vote dia pon.... tapi takpelah.... dah jadi bintang AF ni pon kira ok dah... persembahan paling aku suka malam tadi adalah Indah... dahsyat gila la masa dia nyanyi lagu Jac tu... meremang bulu roma aku... huhuhu..... baru ni aku nampak WOW dia... syabas...

lagu Faizul tu best rupanya... tapi bila tengok video klip dia... adehh.... lagu Amira pon aku suka.... oklah, tamat dah AF kan... ada ke yang demam AF?? selama 10 tahun AF ni bersiaran.. rasanya dah takde dah istilah demam AF ye dak?? hehehe...

AF kali ni pon tak membuatkan aku berkobar2 nak pegi tengok final... dari musim ke 7 sampai 9 aku tengok live.. kat Stadium Putra Bukit Jalil dan Dataran Putrajaya... kali ni, tengok tv je lah... hehehe... makngah aku cakap, yelah.... aku dah tinggal sorang... kawan2 semua dah kahwin... haishh... pedih betol dengar statement tu.... hahahaha..

13 November 2013

FAM vs KJ vs DCT


Assalamualaikum... 

wahhh.... aku pon terjebak sekali nk post pasal isu ni.. hehehe.... ni bermakna, aku pon ambil tahu tentang perkara2 seperti ni.. hehehe.. atau lebih mudah kata, nak menyebok jugak la... walaupun aku takde kena mengena pon dalam hal ni... hik3..

ceritanya, (yang aku tau lah melalui bacaan di media2 sosial dan berita2 online) menteri bidas persatuan... orang bukan persatuan bidas menteri... menteri bidas balik... tup2 artis bidas menteri.... hahahahaha... memang kelakar sangat..... adehh...

ok, sekarang ni aku nak bidas siapa ni??? hahahahaha.... ok just kidding... kang takpasal2 aku pulak yang kena saman pulak... hak3..

aku pon takdelah nak sebelahkan mana2 pihak... bagi aku, sebagai seorang pemerhati, Menteri tahu apa yang dia buat.. kalau tak, kenapa dia jadi menteri kan? jadi, kita biarkanlah menteri buat kerja dia... YB KJ pon pernah berada dalam persatuan FAM dulu kan.. jadi beliau dah tau apa yang jadi luar dalam.... 

to YB KJ, saya tau anda nak lakukan sesuatu yang terbaik demi persatuan dan demi rakyat... saya pon rasa mengeluarkan kenyataan di media atau akhbar tu tak dapat selesaikan permasalahan YB dengan FAM.. jadi seeloknya, perkara ni perlu dibawa ke meja bulat... berbincanglah dengan baik, dengan hati dan jiwa yang tenang dan terbuka... pasti ada jalan keluar.... 

to orang2 bukan dalam persatuan... mungkin lebih elok, jangan ikut campur... dan jangan keluarkan kenyataan sebarangan dalam media.. saya tau, anda berhak sebab negara kita negara demokrasi yang membolehkan rakyatnya bersuara menyuarakan pendapat.. seperti yang saya cakap tadi, perkara ni perlu dibawa ke meja bulat... berbincanglah dengan baik, dengan hati dan jiwa yang tenang dan terbuka... pasti ada jalan keluar.... 

to DCT... ayooo.. apa saya nak cakap ek?? hmmm..... anda adalah public figure... ramai peminat, ramai jugak haters... apa yang anda buat akan jadi bualan orang... jadi saya rasa, anda juga tidak perlu ikut campur.. walaupun anda kata anda hanya terbaca di akhbar, dan ikhlas menasihati... tapi anggapan orang lain kita tak tau... kalau anda orang biasa, orang ada2 macam saya ni, takpe jugaklah... tapi sekarang ni, orang biasa2 pon kalau letak statement bukan2, kena saman jugak... huhuhu... atau mungkin, statement yang anda tulis tu harus dipercantikkan lagi agar tidak timbul isu2 berbangkit yang akhirnya boleh memakan diri sendiri... apa2 pon, saya still peminat anda.. jangan benci saya ye.. saya pon hanya menasihati dengan hati yang ikhlas... huhuhu...

to peminat2, tak kiralah peminat KJ, peminat DCT, peminat FAM... anda tahu anda siapa... tu je la yang aku nak cakap pon.. hahahaha... kita hanya peminat, pemerhati.... yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan... 


pssttt : susah jugak kalau orang dalam persatuan, pangkat dan darjat lebih tinggi dari menteri.... hmmm....

11 November 2013

Taufan Haiyan


Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin... permulaan hari bekerja... baru berkesempatan baca segala paper online yang ada... membaca boleh menambahkan pengetahuan, ye dak?? hehehehe... hari ni aku baca lagi pasal kisah taufan maut yang sedang mengganas... 

Taufan Haiyan

mengikut laporan yang aku baca di internet, taufan Haiyan yang telah melanda Kepulauan Tengah Filipina awal pagi Jumaat lepas mengganas dengan kelajuan angin 315km/j dan ombak setinggi 5 meter, meragut ribuan nyawa dan membawa kemusnahan besar... Ya Allah...... T_T

pagi ni, taufan ni sedang menuju ke arah Timur Laut, Ibu Negara Hanoi, Vietnam.. membadai dengan kelajuan angin 160km/j... 


Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi berkata, Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri... kapal2 dinasihati belayar menjauhi kawasan laut berhampiran Pantai Timur Sabah hingga Selasa depan... dan laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haiyan berada kira-kira 938km dari Sandakan..

sekarang, kerajaan China juga sedang mengambil langkah berjaga-jaga tahap tinggi bagi menghadapi taufan ni... lepas sebuah kargo yang membawa 6 orang anak kapal dilaporkan hilang...

aku minta jasa baik semua, marilah kita sama2 berdoa agar taufan ni tidak melanda negara kita, Malaysia.. dan doakan juga penduduk2 di negara yang dilanda, akan dilanda taufan ni selamat dan dilindungi... semoga Allah melindungi kita semua... Aminnn...


07 November 2013

Pemain2 JDT Musim Depan..


eh.. tetiba aku update pasal ni kan... hahahaha..... 



woooo.... senarai pemain2 hebat... hehehehe... eh, kembar sudah tidak lagi bersama... hmmm... kemana perginya zaquan ye agaknya... safee pon tak ada... balik semula ke Selangor mungkin... hehehe... tak kesahlah.. apa2 pon, Gud Luck JDT... semoga dapat beraksi di Final mana2 liga/piala dan jadi juara selepas ini..


01 November 2013

Final


Assalamualaikum....

Dua final yang akan berlangsung minggu ini... (yang aku tau laaa... hehehe) iaitu...

1. 1 Nov 2013 (Jumaat) hari ni laaa....

akan diadakan secara langsung di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani, Kedah... (watpe la buat jauh sangat... huhuhu) dan boleh juga saksikan malam ni pukul 10.00 malam di Astro Warna 132 dan Astro Maya (kalau taksilap aku laaa) 


so... siapa pulak akan jadi Juara Super Spontan 2013?? hehehe... sama2 kita saksikan malam ini ye..

2. Final - Watson Piala Malaysia 2013 (Pahang menentang Kelantan)


tarikh keramat 3 Nov 2013, ahad ni di Stadium Shah Alam, Pahang akan menentang Kelantan... siapa pilihan korang? hehehe... aku macam biasalah... akan pilih selain dari Kelantan... kihkihkih... jadi, aku pilih Pahang la kan... hahaha.. xdela.. aku menyokong untuk kemenangan Pahang, tapi kalau Kelantan yang menang, nak buat camana.. tengoklah, rezeki pasukan mana nanti...


tapi, kenapa aku kata aku pilih selain Kelantan? bukan sebab aku tak suka ye... macam ni... aku selalunya tak akan pilih pasukan yang dah selalu menang.. hahaha... boleh macam tu? hahaha.. contoh macam Kelantan.. Selangor.. kita bagi la peluang pasukan lain... bukan la jeles pon pasukan negeri sendiri takde dalam saingan piala2 bola sepak kat Malaysia ni.. tak jeles pon... kang aku kata aku penyokong tegar mana2 pasukan kang, ada yang kata aku lupa diri.. hahaha... tunggu je la pasukan negeri sendiri up balik.. dengar2 macam nak naik balik pasukan negeri aku ni... hehehehe.. tunggu je la... oh ye, aku juga peminat pasukan JDT.. sebab adik beradik ayah (lain2 mak) semua tinggal kat Johor.. (taksalah kan?? kata nak ikot negeri... hehehe..)


31 Oktober 2013

FBI


Saya tak nak jadi perabot tua - Faizal Ismail (FBI)

walaupun aku bukan pendengar atau penggemar Hot FM, tapi aku rasa sedih bila FBI letak jawatan.... entah... rasa macam satu kehilangan besar.... seorang DJ yang mempunyai bakat yang besar disamping mempunyai ramai peminat2 yang sentiasa menyokong.... 

aku kenal FBI dari dia bersama ERA lagi.... kenal tu bukan lah bermaksud dia tu kenalan aku... alaaa.. biasalaaa.. nama pon artis... hehehe... dari ERA lagi aku minat FBI.... tapi bila FBI pindah ke Hot, aku cam tak berapa sangatlah.... sebab aku ni peminat dan pendengar setia radio ERA.. dari dulu sampai sekarang... hehehe...

tapi aku masih lagi ambik tau pasal FBI ni... kiranya aku mengikuti jugak lah sedikit sebanyak pasal perkembangan FBI... dan kemenangan FBI dalam ABPBH sebagai Penyampai Radio Lelaki Paling Popular sebanyak 5 kali berturut2 menunjukkan yang FBI bukan calang2 DJ yang boleh dikalahkan... aku pon setuju dengan pemilihan FBI sebagai pemenang sebab aku taknampak lagi mana2 DJ lelaki kat Malaysia ni selain Halim Othman yang boleh kalahkan FBI.. huhuhu.... dahsyat kan? hehehehe...

takpelah.... mungkin selepas ni rezeki FBI dalam perniagaan pulak.. mana kita tau kan... harap2 FBI sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi... oh ye, FBI masih lagi jadi DJ tapi secara sambilan di Hot FM dan akan mengisi slot2 pada hari minggu... oklah tu... hehehe.. kadang2 hari minggu, slot2 kat radio ni tak berapa best dibandingkan hari bekerja.. kebanyakkan stesen radio akan mainkan carta2 lagu... dan selebihnya, celoteh2 dari dj2 sambilan yang kurang dikenali...


# aku bukanlah dengar ERA je... kadang2 bila lagu yang diputarkan tu aku tak berapa suka or bila iklan, aku tukar2 jugak.. kadang2 tukar ke Suria.. kadang2 tukar ke Hot.. kadang2 tukar ke Sinar...

29 Oktober 2013

Kadang-kadang Aku Pon Melayan... Haisshh...



Hari-hari Menghitung Hari


Assalamualaikum..

rasa macam dah lama tak update blog... tadi dok check2 blog ni, rupa2nya ada 3 entry yang tak sempat aku publish.. pasal, aku dah taip2.. lepastu, aku ketandusan ayat... (cewahh..) lepastu, aku biarkan dulu, buat kerja.. lepastu, teros lupa... adehhh..

takpelah.. cerita yang lepas tu, biarkan je laaa..... tak menarik pon... hehehe.. aku kan suka taip tah apa2... merepek je lebih..

hmmm.. aku tak tau kenapa dengan aku sekarang ni... kenapa dengan aku?? macam pelik je ayat ni.. hahaha... asal hari minggu je, aku nak balik kampung... bila hari jumaat je, aku dah gelisah... mulut ni kata tak balik, pasal minggu lepasnya aku dah balik... (balik tiap2 minggu, mau pokai aku... huhuhu) tapi dalam2 kata tak balik tu, tiba2 aku dah tercongok depan rumah... ada tu, aku main balik je, takbagi tau mak aku pon... bila sampai, bagi salam, semua terkejut.. hahaha.. suprise la konon... kalau jadi apa2, kan padan muka aku... huhuhu...

aku bosan laaa... kat rumah... bosan tengok tv, aku mute tv, bukak lagu kat hp.. dah bosan dengar lagu, aku termenung tepi tingkap.... pastu mula laaa... dah macam drama sedih... (sedihhh betol hidup ko ni liana)

tu yang hari2 menghitung hari tu.... bila la nak hari jumaat ni... bila la nak cuti ni.... aku balik kampung pon, bukan aku keluar jalan2... akak aku sibuk dengan hal dia.. kakcik kerja.. hari dia cuti, rabu atau khamis.. pizin, lagi laaa.. tak melekat kat rumah.... nak bawak mak keluar, mak bukan boleh berjalan sangat.. (sama la ngan aku.. hehe) nak bawak mak pi karaoke, cam buang tebiat je... huhuhu.... so, duduk rumah, sembang dengan mak, menyebok kat kebun ayah.. tu je la keja aku... kadang2 tu, balik rumah nenek..

nampak cam bosan kan, tapi aku suka.... kat putrajaya, takde orang nak layan aku.. balik kampung, aku boleh sembang2 dengan mak... boleh buli dekya... hehehe..

aku rasa hari2 yang aku lalui ni memang bosan laa... kat ofis, dok sorang2 jugak.. bercakap bila ada orang singgah tempat aku, bila aku singgah tempat orang, bila ada orang call, bila bos panggil, kalau tak, senyap je laaa... balik kerja, jumpa timah sekejap, dapatla borak barang 15 ke 20 minit, sampai rumah, senyap balik...  nak pergi rumah makngah, segan pulak.. asyik2 gi rumah dia, kang ada yang mengata... hmmm.. bosan!

dah la liana... tak habis2 dengan bosan ko.... huhuhu...

22 Oktober 2013

Dah Bosan...

Assalamualaikum..

takde mood la nak menaip beberapa hari ni.... nak share cerita pasal raya haji pon, hmmm... malas...

sekarang ni aku asyik terpikir2 je.. mana arah tuju hidup aku lepas ni.... takkan aku nak dok tang tu je....... aku sebenarnya dah bosan.... nak tukar angin.. tukar environment... nak keluar dari putrajaya ni.... huhuhu... tapi aku nak kemana? haisshh.... takpelah.. pikir dulu masak2... dah betol2 pikir, dah betol2 ready.. baru mintak tukar... yang pasti, bukan putrajaya, bukan KL, bukan Melaka...

kbai...

10 Oktober 2013

FAHAMAN & CARA PELIK ORANG SYIAH (JANGAN BIARKAN MEREKA MENYEBARKANNYA DI MALAYSIA)





Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akidah umat Islam.


Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka (Syiah) daripada berpijak di bumi tercinta ini.Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam





Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. Inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.


Syiah solat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.


Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.




Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak ke arah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini menggambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. Sesat dan amat menyesatkan.


Akhir Zaman Yahudi Akan Jadi Kawan Baik Mereka (Syiah)


Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.  


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmadinejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang tertulis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaimana yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph"


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni! Tolong umat Islam jangan keliru! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam. Tiba masa kita bukak mata & mendidik anak-anak kita untuk berpegang teguh pada Al-Quran & Sunnah...orang kafir ialah urusan Allah, biar Allah yang menentukan tetapi generasi kita harus kuat!!!

Wallahu’alam….

09 Oktober 2013

Argghhh... Aku Serba Salah.... T_T


hmmmm.... aku taktau la nak cerita macam mana.... ikut hati nak sebab ada kelebihan lain... tapi ikut hati perot, tak sampai hati pulak...... nampak?? lain kan ikut hati dengan ikut hati perot... adehhh.... mengarut pulak aku....

ceritanya begini.... sebelum bulan Ramadhan, ada akak PA dari bahagian kad pengenalan tanya aku, nak tak ganti tempat dia bila dia keluar dari jpn? aku macam pelik laa.. akak ni pon baru lagi... tapi dah mintak keluar... bila ditanya2 rupanya dia mintak transfer ofis yang dekat dengan sekolah anak dia... oooo.... lepastu tanya aku lagi, nak tak?

tujuan dia tanya aku, padahal dia tau aku ada bos, yelah sekarang ni aku tak dapat elaun PA.. jadi dia cari aku, nak bantu aku.. katanya dapatlah tambah pendapatan.. hehehe... aku macam suka, sebab dapat gak la aku elaun PA kan... rm1++, sape nak bagi kan? tapi................... bila pikir balik, entahlah.... aku jadi serba salah pulak... kenapa??

sebabnya, aku masih ada bos... dan pertukaran aku ni bukan keluar dari jabatan, tapi dalam bahagian je.... jadi aku takut jadi isu... aku pon cakap kat akak tu, takpelah kak.. saya kalau ditukarkan saya tak kesah, tapi kalau mintak keluar, dalam jabatan je, rasa macam..... hmmm... 

dan perkara ni pon dah berlalu hinggalah hari bila tah... akak ni dah emel pada semua staf yang dia akan berpindah jabatan.. aku pon.... aikk... cepatnya.. kata dia tahun depan.... takpelah.. tak kesahlah... hal dia kan.... lepastu tiba2 kelmarin, naz cerita kat aku yang Fatin, geng PA kitorang jugak kat bahagian latihan telah ditukar ke bahagian kad pengenalan... takde angin takde ribut je aku rasa... tiba2 kena tukar... fatin opkos la terkejut sangat2... tapi apakan daya.... dah arahan... walaupun bos fatin yang sedang bercuti sakit call pihak atasan/sumber manusia, macam tak bagi lah orang ambik PA dia, pon tak boleh buat apa2... huhuhu...

tadi, fatin call aku dan offer tempat dia kat bahagian latihan tu... tujuannya sama, sebab sekarang aku takde elaun PA... huhuhuhu... camane ni?? aku serba salah jadinya...... dia takdelah memaksa... cumanya dia kata kalau aku berminat... haishhhh.. runsing aku dibuatnya.... tawaran memang menarik.. tapi bila memikirkan aku masih ada bos... entah lahhhh.... lagi 1, kat bahagian latihan sekarang bos kan tengah cuti.. jadi kena lah jadi PA sementara untuk timbalan pengarah... kat bahagian kad pengenalan pon, takde bos... belum diisi lagi sebab bos sebelum ni bersara... (kalau bos tu takbersara memang aku nak g tempat akak tu.. bos dia best.. hehehe)  so, sekarang fatin akan jadi PA sementara untuk timbalan jugak...

aku ni sah2 la pa timbalan.. entahlah.. kenapa ek aku taknak... bukan2.. bukan taknak... aku pon bukanlah nak sangat... camane ek? tengah2... aku tak kesah kalau itu adalah arahan, bukan aku yang mintak ditukarkan... huhuhu... camtu kot... adehhhhh.... lagi satu, ianya pertukaran dalaman... mungkin aku akan segan dengan bos aku bila aku mintak tukar ke bahagian lain.... haaa.. camtu la kot.... hmmmmmmmm....

pasal elaun, memang aku macam tertarik... tapi, aku dah 5 tahun kerja, so 5 tahun aku tak merasa elaun PA tu.. jadi dah terbiasa.... jadi ianya bukanlah isu besar untuk aku... sebab aku rasa bukan rezeki aku... 

apa pendapat korang ek?

Fakta Pengambilan Garam Mengikut Islam


Assalamualaikum...

Kita disogok dengan fakta palsu... Ambik garam lebih boleh kena darah tinggi.. (Ini protokol Yahudi)

Back to cara hidup Nabi.. sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.. sampai di tembat baru, Nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru.. untuk penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau.. kenapa?

Allah SWT ciptakan garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, Pengamal Perubatan Islam juga menggunakan garam untuk 'bersihkan' rumah atau tabur garam disekeliling rumah... garam juga adalah unsur yang boleh seimbangkan balik sistem tubuh kita... ini Sunnah kita..

tapi garam boleh jadi rosak bila dimasak atau bertindak balas dengan suhu tinggi/panas... maksudnya, kalau masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan sedang gelegak di atas dapur.. tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam... kita panggil "garam atas darat" macam orang arab buat.. bubuh garam masa nak makan...

sebab?? garam adalah sodium dan potassium.. tubuh perlu potassium lebih.. kalau panas, garam hanya tinggal sodium.. potassium rosak dalam suhu panas.. sebab tu kena darah tinggi.. seelok2nya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit garam menggunakan jari kelingking kanan dan letakkan ke lidah bahagian depan.. ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman..

Wallahu'alam...

02 Oktober 2013

Tulus







Ketika dirimu ada didekatku
Hangat cinta yang ku rasakan darimu
Tak tahan inginku
Mencurahkan semua padamu

Kasih ku ingin kau tahu segalanya
Selama ini yang ada dalam jiwaku
Meski ku tahu semua takkan terbalas olehmu ooo..

Reff:
Kerna engkau telah jadi miliknya
Tak sepantasnya diriku merenggutmu dari cintanya
Biarkanlah menjadi kenangan
Yang indah dan takkan pernah ku lupa tuk selamanya 

Oh
Satu hal yang ku pinta dari dirimu
Jangan kau katakan kepada dirinya
Ku tak ingin hatinya cemburu
Karena diriku yang juga mencintaimu
Oooo..

Reff:
Karena engkau telah jadi miliknya
Tak sepantasnya diriku merenggutmu dari cintanya
Ohh
Biarkanlah menjadi kenangan
Yang indah dan takkan pernah ku lupa tuk selamanya

Seutuhnya cinta ku padamu
Tulus tanpa memaksa dirimu untuk membalasnya


# masa konsert final AF7, aku & the geng pergi tengok live kat stadium bukit jalil.. time tu kami semua sokong hafiz.. tapi dalam masa yang sama salah seorang harus minat salah seorang dari finalis.. hehehe.. dan ARIL adalah pilihan aku.. terbaek woookk..

Kami Tak Bodoh.. Kami Tak Bodoh...


Assalamualaikum...

korang tau kan pasal isu bini Matyo? aku malas sebenarnya nak ulas pasal menda ni.... dan masa mula2 isu ni keluar, aku malas nak ambik tau... tapi bila ramai yang memperkatakan, dan bercerita kat aku pasal bini matyo ni, aku pon tengoklah video "pakcik dayus,pakcik dayus.. saya tak bodoh, saya tak bodoh" tu kat youtube.. (yang sangat trending tu..) 

first time aku tengok, mengucap panjang aku..... apesal la ko buat macam tu dek.... (boleh kan aku panggil dia adik sebab aku tua setahun dari dia... hahahaha) tau tak perangai ko tu memalukan kaum hawa... ko biadap satu hal.. ko cakap kat orang tua tu bodoh, dayus... apa yang ada dalam otak ko sebenarnya??

aku bukan nak kutuk kaum sendiri.... tapi ni hakikat... tanya la kat sape2 pon, pasti ada yang marah dan kecewa bila seorang perempuan sanggup berkata dan berkelakuan seperti tu.... takkan la dah tak kenal orang yang dah berusia... orang tua ko buat macam tu... haisshhh... aku memang pantang orang yang kurang ajar dengan orang tua...

oklah, nak marah pon tak guna, nasi pon dah jadi bubur... biar polis handle kes ni.... aku sangat2 sarankan yang pakcik tu saman perempuan ni.. biar jadi pengajaran pada dia, dan teladan untuk orang lain... 

1 lagi isu aku terbaca, yang bini matyo ni buat laporan palsu pasal kes dia dengan pakcik guard tu pada pihak polis... apa yang dia report taksama dengan video yang dia sendiri rakam... kemon la..... kot ye pon, janganlah menampakkan 'kepandaian' diri tu... report yang bertujuan untuk menyelamatkan diri dan menyalahkan orang lain... ni antara laporan polis yang dibuat bini matyo..

"Pada 12/09/2013 jam lebih kurang 1150hrs semasa saya berada di kawasan airport subang bersama suami saya, kami merancang dan berbincang di dalam kereta untuk membeli tiket kapal terbang di terminat 3 skypark.  Semasa saya memberhentikan kereta saya WVQ 9090 jenis mini cooper berhadapan dengan pintu masuk terminal 3, tiba-tiba seorang sekuriti skypark bernama (azman) datang ke arah kereta saya dan menyuruh saya mengalihkan kereta saya.  Lalu saya meminta untuk berhenti seketika. Selepas dua minit sekuriti itu datang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya, seperti perempuan bodoh, sial, bangang, perempuan gila dan banyak lagi.  Semasa kejadian tersebut sekuriti itu cuba menyerang saya beberapa kali walaupun suami saya ada di situ, saya terasa amat malu diperlakukan sebegitu sebagai wanita.  Saya juga ada merakam kejadian tersebut.  Saya datang ke balai polis untuk buat laporan untuk tindakan pihak polis.  Sekian, laporan saya."

bukan ke laporan bini matyo ni sama sekali bercanggah dengan kejadian sebenar yang dirakam? siapa maki siapa? kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?

andai kata la video tu takde, mungkin pakcik guard tu yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan.. tapi tak juga, sebab CCTV di kawasan tu (tempat kejadian) menunjukkan bini matyo dan matyo sendiri yang menyerang pakcik guard tu.. terang lagi bersuluh bini matyo dah lakukan kesalahan mendatangkan kecederaan pada pakcik guard dan 1 lagi kesalahan iaitu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.. kalau sabit kesalahan ni, dia akan dihukum penjara sehingga 6 bulan atau denda hingga rm2k atau kedua2 nya sekali..

tak guna buat kenyataan maaf tapi dalam laporan polis ko kata lain.. dah2 la tu.. kami tak bodoh.. kami bukan polis, kami bukan hakim, kami bukan peguam.. tapi kami boleh menilai apa yang betul apa yang salah... kami tak bodoh ok..

kepada Siti Aisya, nama yang sangat cantik, nama yang mulia.. ko pergilah mintak maaf kat pakcik tu, face to face.. takkan rendah martabat ko pon kalau pergi mintak maaf.. bahkan sangat2 dituntut oleh Islam.. kepada Matyo, isteri tu amanah dari Allah.. jagalah dia.. bimbinglah dia... kepada orang di luar sana, jadikan benda ni sebagai pengajaran dan teladan.. hormati orang tua.. jaga percakapan dan kata2 kita.. sudah2lah maki hamun perempuan ni dengan kata2 kesat dan kotor.. tak berbaloi pon.. bahkan korang dah samakan diri korang dengan dia....


korang tau x?

*aku tak suka Matyo sebenarnya... dari dulu... dari dia main dengan Kelantan lagi.. sampailah ke JDT... aku taktau kenapa... mungkin ada sesuatu pada dia yang aku tak berkenan.. tapi, taksuka tak bermakna aku benci... ^_^
*lawak Jep dalam SuperSpontan2013 pasal isu ni memang best.. tapi yang takbestnya, Jep dapat kad kuning.. ciskek betol hos.. aku teros taksuka hos dia lagi2 Ray.. tapi, taksuka tak bermakna aku benci.. ^_^



Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."