Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 Februari 2014

Emosi Tak Stabil


Assalamualaikum...

aku perasan yang aku sekarang ni cepat marah, sentap, baran... tapi, peel aku, kalau marah aku diam.... walaupun diam, hanya Allah je tahu sakit kat dalam hati ni...

bulan ni aku asyik marah marah marah... ada je yang nak sakitkan hati aku... sampai semalam, aku tak tahan, depan pc kat ofis ni aku menangis... masa tu jam dah pukul 6.30 petang.. ape kejadah aku dok kat ofis lagi kan?? banyak keja oiitt... disebabkan aku kursus 2 hari berturut2, 9.00 pagi sampai 5.00 petang.. semalam dan hari ni, so aku tak sempat nak siapkan waktu bekerja.. terpaksalah aku balik lambat.. tu yang meleleh air mata... marah + tension + stress... hmmm...

dah la balik kena naik bas.. bas pulak tak datang2... jadi, membuatkan aku naik hangin lagi laaa... time tu rasa nak menjerit sekuat hati.... argghhhhhhh......... aku call akak aku suruh ambik kat ofis.. dia sampai tepat jam 8.00 malam.. ko bayangkan bape lama aku menunggu, dari sebelum pukul 7 lagi.. mau aku tak marah??

pastu kes pagi tadi lagi, pukul 2 aku terjaga dan tak boleh tidur sebab ada orang tu memekak menyembang bergayut telefon pepagi buta ni.. nak sembang pegi la dok kat tempat lain.. aku nak tidur kot... aku tak boleh tahan daaa.. teros bangun pergi ruang tamu, tidur kat ruang tamu pulak.. tu pon dengar lagi suara2 nye.. hadoiii... aku dah rasa nak baling botol air ke dinding daa.. tapi aku sabar lagi... ambik bantal tutup telinga... akhirnya tertidur jugak..

pukul 4 pagi terjaga lagi sebab simpul biawak... hampeh betol....... dah tu tidur kat sofa dengan takde selimutnya... haruslah simpul biawak kan... ke balasan kat aku sebab asyik nak marah je... huhuhu....


26 Februari 2014

Wahai Sunan.. Akhirnya Kau Kembali Jua....


Assalamualaikum....

pagi2 dah nak mengarut... hehehe...

takde pape pon, saja nak share kat korang betapa aku sangat meminati karya Ramlee Awang Murshid yang satu ni... semuanya berkenaan Sunan... adooii.. terbuai2 rasanya bila baca novel2 ni... rasa diri ni pon masuk dalam cerita2 Sunan ni... ko tengok! sampai begitu sekali... hahahaha...

korang tengok ni..

gambar macam biasalah.. curik kat pokcik google.. hehehe...

aku sarankan, korang baca dari novel pertama (berkenaan Sunan ni...) bermula dengan Bagaikan Puteri sampailah ke Sunan Musafir... sebabnya, kalau skip salah satu, rasa tak complete jalan cerita nya... aku mula2 baca Cinta Sang Ratu, tu pon pinjam kat library ofis... bila wana kata dia ada novel Bagaikan Puteri, dan cakap cerita ni berkait.. aku teros pinjam.. hehehe.. lepastu wana beli pulak Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi & Sutera Bidadari.. nampak tak permainannya kat situ.. aku satu novel pon tak beli.. hahahahaha... meminjam je keja... hahaha.. lepastu baru aku beli Sunan Musafir...

aku rasa dekat setahun jugak kot aku baca Sunan Musafir... aku ingat ni novel yang last cerita pasal Sunan... rasa kecewa jugaklah.. tapi....... bila aku tengok page Alaf 21, ada novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid, Sunan Nanggroe Sang Kembara.. melompat2 aku... hahaha.. punya la suka... gaji je, teros aku beli.... hehehe..


novel dah ada kat tangan.. tunggu nak baca je.... hehehe.. baru beli malam tadi... tak sabar nak baca ni... harap2 ceritanya tak mengecewakan.... ^_^

24 Februari 2014

Kena Pikir Na.....


Assalamualaikum....

semalam lepas hantar akak aku ke IPG, sebab ada sukan tahunan sekolah dia, aku melepak rumah makngah.. sekali hantar barang2 yang dipesan... aku ni dah macam kurier dah.. hahahaha.. balik kampung, kereta kosong, balik putrajaya balik penuh kereta... dengan kelapa, telur itik, cili, ada lokan nenek bagi dan segala mak nenek mak nenek yang ada... hahahaha... takpelah, orang dah mintak kirimkan barang, bukan selalu kan dapat balik kampung...

sampai2 rumah makngah, dia tengah mengemas.. aku tengok penyapu terlintang depan dapur, aku pon ambik la tolong sapukan sampah.. makngah teros buat breakfast... haaa.. ni yang aku suka sangat bila pegi rumah makngah... aku sebenarnya dah lama tak makan masakan mak2 ni, mak aku pon dah tak masak sebab dia tak sihat.. (lama kot mak tak masak) so, ni je la peluang aku nak makan masakan mak, walaupun mak sedara.. (mak jugak kan! hahaha)

korang pon suka kan kalau dapat makan masakan mak korang kan... terus lupa, tak pandang kiri kanan depan belakang dah... hahahaha.. padahal semalam makngah punya breakfast lempeng pisang je.. tapi sodap mak aiii....!! ada pulak nasi minyak pakngah dapat masa pergi surau malamnya.. makngah panaskan nasi dengan lauk2 sekali.... kemain berselera lagi aku makan.... tahan lah perut aku sampai pukul 5 petang...

eh, aku dah melalut sebenarnya ni... hahahaha.. bukan pasal makan yang aku nak cerita... hehehe.. masa tengah makan2 tu.. tiba2 cikpeah (jiran makngah) timbulkan isu jodoh.. adehaaaiiii.. ni yang aku lemah ni.... cikpeah ni suka sangat tanya2 aku tau kalau aku datang rumah makngah... kadang2 tu aku pulak yang mengusik dia balik.. "apakata cikpeah kahwin dulu, pastu baru orang kahwin.." hahahaha.. jahat gila mulut aku... kahkahkah.. aku cakap tu sambil gurau2 je pon.. bukan nak perli2 dia...

lepastu tiba2 makngah cakap, nenek dah tanya2 dah.. bila kitorang2 ni nak kahwin.. kitorang2 tu akak aku, aku dengan kakcik laaa... aku pon, aikk... diam2 nenek ni... ingatkan masing2 tak kesah pon.. rupanya, bising dalam senyap... hahaha.. dah tu, ade ke makngah cakap kat nenek, aku dulu ada pakwe, tapi pakwe aku dah kahwin.. oiiiii sejak kapan aku ada pakwe oiiii... hahahahaha....

ni mesti makngah salah dengar ni... aku ingat lagi, cikpeah pernah tanya aku, takde orang nak ke? (amboii.. sentap dohh soalan camni..) aku cakaplah ada... tapi lelaki tu dah kahwin daa... aku tak cakap pon lelaki tu pakwe aku.. hahahaha... ni balik kampung kena explain balik dengan nenek ni.. kang habis semua orang tau kang... maluuuu......

aku teros hilang mood masa tu nak jawab2 pertanyaan cikpeah.. tapi mood makan tak hilang.... hahaha.. aku cakap "tak koser laa" makngah jawab.. "ishh.. jangan cakap macam tu...." aku pon "malas lah nak pikir lagi sekarang ni..." makngah cakap "kena pikir Na... (nama panggilan keluarga) hmmmmmmm...... apa nak jawab lagi.. diam je laaa.... huhuhu...

Insha Allah.. doakanlah aku jumpa jodoh cepat2... aku pon dah penat sebenarnya nak menjawab soalan yang sama.. sedih jugak kadang2... orang ingat aku ni memilih.... siapalah aku ni nak memilih2... aku sedar diri.. huhuhu.. cehh.. ayat nak mintak penampor je... hahaha.. oklah, aku ok je.. orang lain yang risau pasal jodoh aku... Insha Allah.. kalau Allah dah tetap dalam takdir aku bahawa aku akan berkahwin, maka kahwin la aku... doakan yang baik2 je k... ^_^


21 Februari 2014

Didik Anak Cara Rasulullah SAW

Assalamualaikum...

Salam Saiyyidul Ayyam semua kawan2.. hari ni aku terasa nak share pasal benda ni... nak kata aku ni berpengalaman.. tidak... masih lagi bujang... hehehe.. bukan juga nak nasihat cara nak didik anak.. aku masih belum layak.. cuma, saja nak share benda ni... yang baik jadikan teladan.. ye tak?

aku terpanggil (cewah... pakei terpanggil segala... hahaha) untuk share pasal benda ni sebab teringat pasal kes ibu bapa yang kononnya mendera anak dia kat Sweden nun... bagi aku, ada kesalahfahaman dalam kes ni... takpelah, kita doakan pasangan yang ditangkap tu segera dibebaskan dan dibebaskan juga dari pertuduhan.. dan doakan juga anak2 pasangan ini belajar dari kesilapan.. Aamiinnn...

meh aku kongsikan kaedah mendidik anak mengikut garis panduan Islam..


1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun

Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.

Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.


2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun

Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud;

“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”

Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.

Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.


3) Umur anak 15 hingga 21 tahun

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.

Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.


4) Umur anak 21 tahun dan ke atas

Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.


Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.


sama-samalah kita belajar ye... ikut cara Rasulullah dah tentu2 dapat pahala... 

19 Februari 2014

Cubaan 1 2 3...


ok, saja nak test post entry setelah mem 'private' kan sekejap blog dari tatapan semua.. (phuii..) cubaan untuk tukar template nampaknya tak menjadi.. jadi, ko letaklah background gambar dulu... huhuhu... aku dah lama tak tukar template.. so bila nak tukar, terlupa dah macam mana cara nya... nanti2 kalau aku rajin, aku modify balik... hehehe...







17 Februari 2014

Adik Ramzul ea?


Assalamualaikum..

hari ni tiba2 ada akak opis tegur aku "Adik Ramzul ea?"

mula2 aku pelik.. lepastu dia tanya, "tengok Ariana Rose tak?" oooo... tengok.. tang tengok Ariana Rose tu aku dah paham dah... penangan Ariana Rose la ni... hahaha.. lepastu akak tu ulang lagi, "So, ni adik Ramzul la kan?"

aku punya la slow, ingatkan akak tu nak cakap muka aku ni ada iras2 Arja Lee.. celah kak bedah mana pulak iras2 Arja Lee muka aku ni... bila akak tu cakap, "liyana kan?" baru la aku paham.... adehhh..

kan nama Nabila Huda dalam drama ni Liyana.. boleh pulak aku terlupa... hahahaha... aku nengok hero je.. mana nak kesah pelakon lain.. hahahaha..

ok, dah... sambung kerja...



*
*
*

lately ni aku selalu sakit perut macam kena gastrik tu... adehhh... kenapa pulak dengan perut ni.. aku tak tahan sebab pedih... rasa nak guling2 kat lantai sakitnya... huhuhuhu.. 

13 Februari 2014

Senarai Rasmi 25 Pemain Skuad Kebangsaan (Harimau Malaya)


Assalamualaikum...

Dah lama aku tak update pasal bola kan? kan? kan? hahahaha... orang lain sibuk layan EPL (pagi2 buta tadi ada perlawanan MU menentang Arsenal kan? seri 0-0 kan...?) aku tak kuasa kot nak layan2 semua tu... huhuhu... bukan tak minat, kan aku memang minat bola.. tapi aku lagi suka layan game pemain2 Malaysia dari tengok orang2 putih nun.. hehehe.. aku layan Harimau Malaya dan Harimau Selatan Muda je.. lantak la orang nak kata pemain Malaysia main macam ape pon.. sebab apa?

takde sebab pon.. hehehe.. kalau liga2 dalam Malaysia ni, tak kira la Liga Perdana ke, Liga Malaysia ke, Liga FAM ke, aku malas nak tengok melainkan final je.. nanti aku jugak yang sakit hati kan kalau aku pilih mana2 pasukan sebagai pilihan.. jadi, tak payah ambik tau. senang!

sakit hati tu bukan sebab pemain2.. tapi sebab penyokong2 yang konon2 fanatik ni.. yang bagi aku sangat poyo menunjukkan kononnya team dia la yang paling hebat... tu tak kisah lagi, team dia xlawan pon, dia boleh kondem team lain yang berlawan... pastu kondem pulak penyokong yang menyokong team tu.. menyibuk sangat kan?? ada tu, semangat kenegerian tu yang terlebih sangat.. (ish ish ish... takmo2.. takmo macam tu...) tu la situasi yang melanda Malaysia sekarang.. pasal penyokong, banyak dah persatuan bola ni kena denda.. haishh... pelik betol.. tu penyokong ke penyangak? (ambik ayat dalam paper.. hahaha)

bagi yang terasa tu, jangan kecam aku... ni blog aku kan.. suka hati aku lah nak cakap apa... hahahaha..

ok, balik semula pasal tajuk di atas, aku memang excited nak tau siapakah pilihan OKS dalam skuad kebangsaan tahun ni.. kalau dulu, asyik2 muka tu je.. kali ni, ada jugak muka2 yang sama.. tapi aku sangat2 suka bila pemain2 lama dimasukkan semula.. mereka adalah :-

  1. Baddrol Bakhtiar
  2. Farizal Marlias
  3. S. Kunanlan
  4. Bunyamin Umar
  5. Safee Sali
  6. Mahalli Jasuli
  7. Amri Yahyah
  8. Aidil Zafuan
  9. Norshahrul Idlan Talaha
  10. Safiq Rahim
  11. Shakir Shaari
  12. Fadhli Shas
  13. Nazrin Nawi
  14. Azamuddin Akil
  15. Hafiz Kamal
  16. Razman Roslan
  17. Khairul Azhan
  18. Khairul Fahmi Che Mat
  19. Badhri Radzi
  20. Fakhri Shaarani
  21. Zubir Azmi
  22. Putera Nadher
  23. Amiridzwan Taj
  24. Bobby Gonzales
  25. Nazmi Faiz Mansor



dan 7 pemain yang menunggu :-

  1. K. Gurusamy
  2. Azmi Muslim
  3. Izham Tarmizi
  4. Christie Jayaseelan
  5. Affizie Faizal Mamat
  6. Venice Elphie
  7. Helmi Remeli

menarik kan senarai pemain kali ni... hehehehe.. yang aku bold tu, yang aku suka... hehehehe.. (suka sebab prestasi dan kelincahan diorang ea...) thooorrrbaik Dato' Ong Kim Swee..

oklah, nantikan senarai 20 orang pemain yang terpilih untuk perlawanan antarabangsa menentang Filipina 1 Mac ni, dan perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 pada 5 Mac ni, Malaysia (Harimau Malaya) menentang Yaman... doakan yang terbaik untuk mereka..


psstt : kalau JDT pegi final mana2 liga, aku akan sokong.. ^_^Y peace no war!

12 Februari 2014

Kaulah Cinta Sesungguhnya.....


Assalamualaikum....

apa yang aku mengarut ni kan... hahaha.. takdelah.... saja nak bagitau... aku tiba2 rasa suka sangat sangat sangat sangat kat lagu Cinta Sesungguhnya yang dinyanyikan oleh Sabhi Saddi (ft Marsha).. rasa terbuai2 bila dengar suara penyanyi dan lirik2 nya.... lepastu terbayang2 pulak muka Sharnaaz Ahmad & Keith Foo.. apekah??

amboiii ko liana!! kemain lagi... hahahaha... takdelah... tang terbayang muka Sharnaaz Ahmad & Keith Foo tu aku tambah je.. kang ada yang kena kecam kang... hahahaha.. (penangan Bukan Kerana Aku Tak Cinta & Ariana Rose)

nak bagitau tu je.. kbai.. ;p

06 Februari 2014

Kalau Anda Minat Sejarah, Silalah Baca..



Kepulauan Natuna: 'Bergeografikan Malaysia' Berdaulatkan Indonesia

KEPULAUAN Natuna adalah gugusan kepulauan yang berselerakan di tengah-tengah Laut China Selatan yang memisahkan Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Ia terletak lebih kurang 450km di utara pulau Singapura. Pulau terbesar di dalam gugusan kepulauan Natuna adalah Pulau Serindit atau nama lainnya, Pulau Bunguran.

Nama antarabangsa yang diiktiraf bagi Pulau Bunguran ialah ‘Natuna’. Walaupun dikatakan terpencil, Kepulauan Natuna terletak di kawasan laluan utama perdagangan antara Asia Timur dan Asia Barat.


Kedudukan Kepulauan Natuna

Berpusatkan kota Ranai sebagai ibu negerinya, Kepulauan Natuna terdiri daripada 272 buah pulau yang terletak di barat laut Pulau Borneo. Mungkin terdapat sebahagian daripada kita yang bertanya; kenapakah kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah Malaysia, bukan milik Malaysia?

Penduduk
Sehingga tahun 2010, dianggarkan penduduk di Kabupaten (Regency) Natuna adalah sebanyak 69,003 orang, yang terdiri daripada 35,741 orang lelaki dan 33,262 perempuan. Lebih kurang 85% penduduk di sana 85.27% adalah berketurunan Melayu dan selainnya adalah berketurunan Jawa, Sumatera dan Cina.
Bahasa pertuturan utama adalah Bahasa Melayu dielek negeri Terengganu dan Islam adalah agama utama penduduk di Kabupaten Natuna.

Sejarah
Sejarah Kepulauan Natuna tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Pemerintahan di Natuna dikatakan bermula pada tahun 1597 yang didirikan hasil gabungan penghijrahan kaum bangsawan Patani dan Johor. Pada sekitar kurun ke-16 iaitu selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis, kerajaan Patani dan Johor muncul sebagai kuasa baru di rantau Tanah Melayu.
Kuasa dan pengaruh kesultanan Patani dikatakan lebih tertumpu di kawasan utara merangkumi negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Menara (Narathiwat) dan Jala (Yala) sebelum dijajah Siam pada kurun ke-18. Manakala Kesultanan Johor pula menguasai kawasan selatan yang terdiri daripada negeri Pahang, sebahagian pantai timur Sumatera dan kepulauan Riau.
Susur galur pemerintahan Patani di Natuna bermula apabila salah seorang puteri berketurunan pemerintah asal Natuna bernama Puteri Wan Seri Bulan yang telah berkahwin dengan Datuk Bendahara Lingkai al-Fathani, seorang kerabat diRaja Patani. Zuriat dari pasangan ini telah menjadi Datuk Kaya yang memegang teraju pemerintahan Natuna.
Selain dari itu, antara pemerintah yang terkenal ialah Wan Muhammad al-Fathani yang berketurunan Orang Kaya Aling.
Baginda, yang juga digelar Orang Kaya Perdana Mahkota telah berhubung dengan pihak Inggeris pada tahun 1848 apabila Penguasa Tentera Inggeris bagi negeri-negeri Selat di Tanah Melayu, Leftenan Kolonel Butterworth menghadiahkan sebuah meriam tembaga atas jasa baginda memberikan bantuan kepada sebuah kapal milik pihak Inggeris yang pecah di sekitar pulau Natuna pada 25 Januari 1848.
Sorotan sejarah pemerintahan dan kependudukan awal bangsa Melayu di Natuna ini jelas menunjukkan bahawa kepulauan tersebut mempunyai hubungan yang lebih erat dengan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu berbanding dengan kerajaan-kerajaan dari kepulauan Indonesia ataupun pihak penjajah Belanda yang berpusat di Batavia (Jakarta).


Pemerintahan Penjajah Barat Di Nusantara

Salah satu pemandangan di Kepulauan Natuna.

Kepulauan Melayu (Nusantara) adalah gugusan kepulauan yang terbesar di dunia dan Pulau Natuna terletak di kawasan ini. Sejak zaman kerajaan Srivijaya lagi, iaitu bermula dari kurun ke-7 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu sangat aktif dalam bidang perdagangan dan kota-kota Melayu menjadi pusat pelabuhan yang penting, seperti Palembang, Melaka, Kotaraja (Aceh), Patani dan Brunei.
Namun, kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu dan kekayaan sumber-sumber alam kepulauan Melayu ini telah mengundang minat penjajah Barat untuk datang menguasai rantau ini.. Kerajaan Melaka adalah kerajaan yang pertama jatuh ke tangan penguasa Portugis pada tahun 1511.
Melaka kemudiannya dikuasai oleh Belanda pada tahun 1641 sementara Bengkulu, yang terletak di Pulau Sumatera, dikuasai Inggeris pada tahun 1685.
Perlumbaan dalam mengembangkan kuasa dan pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara kedua-dua kuasa penjajah tersebut.
Bagi menamatkan bibit-bibit konflik dan mengekalkan hubungan baik British-Belanda, Perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 (Perjanjian 1824) telah dimetarai. Perjanjian ini telah membahagikan ‘Dunia Melayu’ di mana kedua kuasa tersebut secara sewenang-wenangnya melakarkan ‘peta kekuasaan’ masing-masing.
Artikel 10 Perjanjian ini berbunyi ‘Kota Melaka diserahkan kepada Raja Inggeris, manakala Raja Belanda dan rakyatnya tidak akan menubuhkan sebarang penempatan di Singapura dan Semenanjung Melaka (Semenanjung Melayu)’. Artikel 9 Perjanjian 1824 mengiktiraf pengaruh Belanda di Pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura.
Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak British tidak akan membuka penempatan di pulau-pulau di selatan Singapura dan Belanda juga tidak akan membuka penempatan di Semenanjung Melayu.
Perjanjian 1824 ini telah menjarah sempadan di kepulauan Melayu dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Kesan Perjanjian 1824 ke Atas Kepulauan Natuna
Secara umum, boleh dikatakan bahawa Perjanjian 1824 tidak meletakkan kepulauan Natuna dengan jelas sama ada di bawah pengaruh Inggeris atau Belanda.
Akan tetapi, Perjanjian 1824 ada mengatakan yang Belanda tidak akan menubuhkan penempatan di utara pulau Singapura dan Semenanjung Melayu yang diiktiraf sebagai wilayah British.
Wilayah Belanda adalah di pulau Sumatera dan pulau-pulau di selatan pulau Singapura. Dari sudut geografi, Kepulauan Natuna bukanlah gugusan kepulauan yang terletak di selatan pulau Singapura.

Kepulauan Natuna Sebagai Wilayah di Dalam Indonesia
Kepulauan Natuna telah dimasukkan sebagai salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia berdasarkan Surat Keputusan Delegasi Republik Indonesia, Provinsi Sumatera Tengah bertarikh 18 Mei 1956.
Kabupaten Natuna kemudiannya telah ditubuhkan di dalam Provinsi Kepulauan Riau berdasarkan Undang-undang No. 53 Tahun 1999 yang telah dikuatkuasakan pada 12 Oktober 1999.
Namun, jika dilihat pada peta Asia Tenggara, jelas menunjukkan bahawa Kepuluan Natuna secara semulajadinya terletak sejajar dengan lokasi negeri Terengganu, sekiranya garis lurus dilukis dari pesisir negeri berkenaan ke arah timur.
Sempadan Indonesia jelas melengkung ke atas dan bukanlah dalam satu garisan yang lurus.
Kepulauan Natuna menjadi salah satu aset utama dalam menjadikan Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan terbesar di dunia.
Dalam melukis garis kepulauan bagi membentuk perairan kepulauan, satu garis melengkung telah dilukis dari Pulau Bintan ke arah utara menyambung Kepulauan Anambas dan seterusnya Kepulauan Natuna sebelum garis ini melengkung ke bawah untuk bersambung dengan provinsi Kalimantan Barat.
Berdasarkan sumber sejarah, adalah munasabah untuk mengatakan Kepulauan Natuna tidak banyak mempunyai perkaitan dengan negara Indonesia. Kepulauan Natuna berbeza dengan tanah jajahan Belanda yang lain di Indonesia seperti Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Nusa Tenggara, Makassar dan Papua.
Wilayah-wilayah ini yang menjadi milik Indonesia yang mewarisinya daripada bekas penjajahnya, Belanda apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Konsep yang wujud di dalam undang-undang antarabangsa ini dipanggil utti possideti juris.
Semasa Perjanjian 1824 dibuat, kepulauan Natuna masih lagi di bawah pengaruh kesultanan Melayu menerusi pemerintahan Baginda Wan Muhammad al-Fathani. Juga, Perjanjian 1824 tidak secara jelas meletakkan kepulauan Natuna di bawah pengaruh Belanda.
Malah, sekiranya Perjanjian 1824 diteliti, Belanda tidak berhak membuka penempatan di mana-mana kawasan di utara pulau Singapura yang jelas berada di dalam kawasan pengaruh British.
Secara logiknya, memandangkan kepulauan Natuna masih berada di dalam wilayah lingkup kerajaan Johor saat Perjanjian 1824 ditandantangani, ianya patut berada di bawah pengaruh British, yang menjadi penaung bagi kesultanan Johor pada ketika itu.
Oleh itu, mungkin timbul hujah yang mengatakan kepulauan Natuna sepatutnya berada bersama Malaysia apabila kesultanan Johor merdeka di dalam Persekutuan Malaya pada tahun 1957 menerusi konsep utti possideti juris.

Tuntutan ke Atas Kepulauan Natuna
Indonesia secara rasmi memasukkan kepulauan Natuna sebagai wilayahnya pada tahun 1956, setahun sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai kemerdekaan dan 6 tahun sebelum berlakunya Konfrontasi Malaysia dengan Indonesia.
Tanah Melayu pada ketika itu masih lagi diperintah British dan belum lagi menjadi sebuah negara berdaulat bagi menuntut ketuanan ke atas kepulauan Natuna. Walaupun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan menjadi Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku pada tahun 1962-1966 berkemungkinan telah mengalih pandangan pemerintah Malaysia pada ketika itu yang lebih menumpukan untuk menamatkan konflik dengan Indonesia.
Manakala Indonesia pula memerlukan kepulauan Natuna supaya garis kepulauan dapat dilukis menghubungkan pulau-pulau di dalam Indonesia bagi mencipta sebuah lingkungan laut kepulauan bagi memenuhi hasratnya menjadi sebuah negara kepulauan (Archipelagic State) berdasarkan undang-undang laut antarabangsa.
Makanya, besar kemungkinan, atas dasar ingin menamatkan konfrantasi dan berbaik-baik dengan jiran serumpun, isu tuntutan kedaulatan ke atas kepulauan Natuna mungkin tidak menjadi keutamaan pemerintah Malaysia pada ketika itu. Sehingga kini, Malaysia mengiktiraf kedudukan kepulauan Natuna sebagai sebuah wilayah dalam negara kepulauan republik Indonesia.
Di bawah konsep undang-undang antarabangsa, sesebuah wilayah itu boleh diperolehi oleh sesebuah kerajaan atau kuasa pemerintah melalui empat cara iaitu perluasan wilayah melalui cara semulajadi (accretion), penyerahan wilayah (cession), penjajahan, dan effective occupation ataupun prescription.
Prescription merujuk kepada tindakan sebuah negara yang mezahirkan kedaulatan dengan cara mengamalkan penguasaan ke atas wilayah tertentu tanpa dibantah oleh negara-negara lain.
Berdasarkan fakta ini, boleh dikatakan bahawa Indonesia telah menguasai Pulau Natuna selama 56 tahun tanpa bantahan dari Malaysia sejak tahun 1956.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk ketika ini bagi Malaysia menuntut hak kedaulatan ke atas kepulauan Natuna walaupun berdasarkan fakta geografi dan sejarah, kepulauan Natuna memang mempunyai pertalian yang kuat dengan negeri-negeri di Semenanjung Melayu.

Kesimpulan
Fakta-fakta sejarah jelas menunjukkan kepulauan Natuna mempunyai perkaitan yang lebih jelas dan kukuh dengan negeri-negeri Tanah Melayu berbanding kerajaan-kerajaan awal di kepulauan Indonesia.
Akan tetapi, tiada tuntutan konsisten pernah dilakukan oleh Malaysia dan kependudukan Indonesia di kepulauan Natuna tidak pernah dibantah oleh Malaysia.
Kedaulatan Indonesia ke atasnya telah mencipta ruang lingkup wilayah Indonesia yang membelah Malaysia kepada dua bahagian. Sehingga kini, kepulauan Natuna kekal sebagai sebuah wilayah Indonesia walaupun yang secara geografinya, kedudukan kepulauan tersebut lebih sejajar dengan kedudukan Malaysia.



Sumber : Mstar Online

04 Februari 2014




Maknanya :

Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu

In Sha Allah, dengan izin-Nya dengan mengamalkan ayat dari penghujung Surah Hud ayat 57 dapat memelihara kita dari sebaik-baiknya.  Wallahu'alam...



~ kenapa manusia sekarang sudah hilang pertimbangan diri? lupakah yang hidup mati manusia itu sendiri adalah di tangan Allah? takkan tenang seseorang manusia itu bila mana dia hidup senang atas penderitaan orang lain.. tak akan! Allah itu Maha Kuasa.. atas dunia lagi Allah akan tunjukkan.. berdoalah semoga manusia2 penganiaya itu ditunjukkan Allah jalan bertaubat.. dan semoga Allah melindungi manusia2 yang teraniaya.. Aamiinn ~


Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."