Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

18 September 2015

Kembali Lagi..

Assalamualaikum...

lama betol tak tengok blog.. blog kawan2 pon aku tak jengah.. punya lah malas... huhuhu.. bukan takde masa, cuma takde mood je... hehehe..

dah lama menyepi, tak menaip.. hari ni tak tau kenapa tiba2 rajin pulak... hehehe... mungkin sebab bosan daaa.. biasa la bila bos takde... takde benda nak buat... puas dah layan runningman.. dok gelak sorang2... kang aku layan lebih2, ada yang tak puas hati pulak...

bekerja sekarang ni rasa lain je.. sejak2 aku naik dari cuti yang panjang... (bukan cuti berehat2 pon.. tapi.... hmm... takpelah.. aku sebenarnya malas nak cerita, malas nak taip.. hehehe..) ke perasaan aku je... harap2 hanya perasaan je laaa.. tapi tak nak laa buruk sangka... kalau boleh nak bersangka baik sentiasa... tapi aku pon manusia biasa kan... tak lari dari perasaan yang bukan2...

sekarang ni, banyak masa aku habis kat rumah, rumah melaka, rumah makngah.. kalau takde pape, memang aku akan duduk rumah je... taknak keluar berjalan pon... takde hati dah nak huha2 macam dulu... dah lama tak keluar dengan kengkawan... takde mood ke arah tu... aku pon tak tau kenapa... hmmm...

actually, banyak ujian dan dugaan aku terima tahun ni... sampai ke hari ni, aku tetap bersyukur dengan dugaan dan ujian yang Allah bagi kat aku.. aku terima semuanya... ujian ni membuka mata dan hati aku... harap2, InshaAllah ke arah yang lebih baik...

dua ayat yang aku sentiasa pegang dan akan sentiasa jadi kekuatan aku,

KAYA ITU SIHAT
SABAR ITU BUAHNYA MANIS

doakan aku ye...




Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."