Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

27 Jun 2012

Perjalanan Malam Ini


Dari Rumahku Syurgaku, Putrajaya

I
I
I
V

Rumah Makngah, Desa Pinggiran Putra
(amek Nazim, sepupu)

I
I
I
V

KLIA (flight landing time 9.30pm)
(amek paksedara, PakCik -single-cikgu-30- sape mau, sila isi borang.. hehehe..)

I
I
I
V

Kg. Air Tawar, Merlimau, Melaka
(rumah atoknenek)

I
I
I
V

ntah pukul berapa sampai rumah.... nasib baik ada driver.. so, bole la aku tido.... hahahaha....

esok : harus kerja keras... huhuhu..
 



 

Aduii... Kalau Majlis Sendiri Tah Macam Apa Agaknya....


Assalamualaikum..

Selamat Hari Rabu.. wah.. kejap dah hari rabu... hari ni last la aku keja untuk minggu ni.. sebab esok aku dah cuti... minggu ni kan majlis paklang kat rumah nenek kan.. tu pon mak aku dah bising2 bila aku cakap nak cuti hari jumaat... siap suruh aku balik semalam... adoii mak. ni sapa yang nak kahwin ni? huhuhu...

dua hari ni aku dok mengerjakan benda ni....


huhu.. buruk kan... tah apa2 colour gitu... ok, benda ni sebenarnya nak letak kat goodies bag.. xde de nak ikat2 pakai reben.. aku staple je nanti kat goodies bag tu... dan sebenarnya, aku bukan lah print colour.. kertas je bercolour.. pastu main bantai je kertas lebihan yang ada kat ofis aku ni.... lantak pi la... janji ada kan... hehehe... tak kuasa aku nak ikut tema... hahaha...

jadinya, 2 hari ni kerja aku dok potong2 benda alah ni la.. kecik je pon... besar duit syiling 50 yang lama tu... tapi kan, perlukan kesabaran gak.. sebab penat.. tangan aku sampai merah2 pegang gunting... bajet tetamu dalam 3000 orang.. nasib baik wana nak tolong... hehehe.. thanks wana.. jadi kerja pulak.. hahaha...

ni baru buatkan untuk paklang dah lenguh2 tangan sampai sangap2.. t untuk pakcik, untuk pak iwan.. untuk aku.. eh?? hahahahaha... achaner tu??


25 Jun 2012

Macam2 dah fesyen tudung sekarang....



Assalamualaikum...

hai, semua.. update lagi di petang hari.. dah kol 5 rupanya... cepat sungguh masa berlalu.... dari tadi aku dok sangap2 membilang detik bila nak balik... hahahahaha.. sekali bila mood nak update mari, dah kol 5 pulak.. hahahaha.. xkesahla... 

semalam, aku, tina & wana telah membuat perancangan singkat (wah!) mula2 xplan pon nak pegi tapi....... dah alang2 hari ni gaji kan, jadi kami pon buatlah kerja2 menghabiskan saki baki gaji bulan lepas yang ada... hahahaha... selalu bukan cmtu ke? hehe...

jadi semalam, kami pon sama2 la gerak ke Jalan TAR.... wahhh.. dah lama tau tak gi sana... aritu plan nak gi bulan 4, tapi atas sebab2 yang takdapat dielakkan, cancel.... jadi kali ni memang edisi balas dendam la kan...
aku takde la shopping sakan pon, sebab sibuk dok cari barang orang lain. dah beli2 sedar2 aku takbeli pape pon kat diri sendiri... ayooo.....

semalam kerja dok cari tudung je.... dari 1 kedai ke 1 kedai... memang banyak tudung.. dah macam2 fesyen tudung sekarang ni.... selendang.... yang manik2... yang liplapliplap... yang denim.. macam2 la... aku mengaku la.. aku bukanlah peminat tudung, yang kumpul tudung tiap2 bulan.. aku jenis pakai yang simple2, sarung2, yang bawal lama2 dulu... (mak aku punya).. memang jarang sangat2 beli tudung.. selalu tudung aku, adik aku kakcik yang belikan.. sebab dia memang terer bab2 ni.. 

semalam, tudung yang aku carik, tudung mak, tudung makngah, tudung nazira (sepupu), tudung dekya, tudung kakcik.. dan haruslah tudung aku sekali kan.. dari awal aku perasan 1 tudung ni, Ombak Rindu namanya.. patung pakai nampak cantik sangat, jadi aku sambar la 1 kan.. hahaha... aku survey2 semua kedai jual rm35, ada diskaun dapatlah rm30.. tapi rasa cam... hmm.. xpela.. sekali bila dah jalan nak mhala ke lrt, singgah 1 kedai ni.. tanya2 dia ckp jual rm25, ada diskaun, orang tu bagi rm20.. yeayy!! suka2! dapat gak yang murah.. hahaha.. tapi kan, bila da pakai.. hmm.. nape cam xbape nak comey..? ala, lantak la.. hahaha..

1 perangai aku, kalau nak pakai tudung, colour tudung tu mesti ada kat baju je.. kalau tak, aku bantai tudung hitam.. hahahaha... sampai adik aku panggil aku SI PELIK ok... dia siap cakap, artis2 tu pakai tudung biru, baju oren... baju pink tudung hijau.. relax je.... tu artis dek oii... aku bukan artis! huhuhu....

tadi dok belek2, kelebek2 blog orang.. pastu tentiba terbukak blog najwalatifs kan... hahahahaha... akak bukanlah peminat fanatik awak dek, tapi akak suka gak la kat awak.. sebab suara awak best... hahahahaha... kat blog dia ada bagitau pasal 1 blog yang jual tudung2 online ni... bukak2 tengok, wahhh... dasat gak fesyen tudung sekarang.. cantik, dan ada campuran style tudung orang2 dulu... tapi dah dikomersial kan...  cantik2....


colour2 yang aku suke.. hik3..

kalau nak tengok cantik takcantik tudung2 nya, bukak la SINI....tudung2 memang cantik, harga pon cantik jugak... hehehehe...

ohye, kalau sesapa tau nak dapat tudung2 camni, yang boleh dapat harga yang best, gtau la aku ea.. sebab aku macam suka pulak... hehehe... bila lagi nak bergaya kan.. haruslah ada perubahan.. umur pon dah....... tut! hahahahaha... 


Nasib... nasib.....


bila suruh mintak tolong, beria kata boleh! boleh! tapi bila tiba2 ada hal lain dan takdapat laksanakan benda tu, teros nak pass dan suruh orang lain buatkan..

tiba2 rasa nak nyanyi,

AKU ORANG KECIL.. ENGKAU ORANG BESAR.. KAU IBARAT GAJAH, KU HANYA SEMUT MERAH........

hmmmm... nasib badan...

20 Jun 2012

Nak Ikot.....................


T_T

nak ikot pegi sabah.. tapi apakan daya.... huhuhu... terasa jasad kat sini.. tapi hati dah nak ikut terbang ke sabah...

kawan2, apa yang korang buat kat sana, sila niat buat sekali untuk aku.. jadi takdelah aku kempunan sangat.. huhuhuhu...

 

19 Jun 2012

Hahaha.. Kelakar la Pokcik Ni...


Assalamualaikum....

mood sudah mari, jadi haruslah update sebelum mood itu pergi... cewah..... okla, petang2 kala camni, mana ada orang nak baca blog aku dah.. semua dah kalut nak siapkan kerja sebab jap2 lagi dah pukul 5.. jangan jadi cam aku.. keja pun takdo.. hahaha..

ok, tadi aku call seseorang yang bernama Amin.. dia adalah tukang membaiki mesin basuh.. ohye, untuk pengetahuan kalian, mesin basuh aku ni dah............ dah hampir 6 bulan tersadai kat tempat ampaian baju ni.. sebab? tiap kali nak gi repair, ada je hal lain yang memerlukan aku untuk mendahulukan hal tersebut.. huhu... dan sepanjang hampir 6 bulan ni, cuci baju pakai tangan la kan.. (eh, memangla, xkn pakai kaki? hahaha) kadang2 gi rumah kawan sebab banyak sangat pulak, tak terlarat nak pakai tangan.. dan 2x aku hantar dobi... haa.. dobi ni murah tau.. siap delivery lagi.. wana adalah pelanggan tetap.... hahahaha..

berbalik kepada kisah mesin basuh tadi.. dah hampir 6 bulan kan, jadi aku macam dah hilang kesabaran sikit la.. penat la jugak basuh pakai tangan ni.. jadi, bulan ni, aku tak kira, aku nak betolkan jugak.. ikot hati nak beli baru.. tapi sayang... baru setahun.. baru je berkhidmat, da rosak.. hmmm... aptb!!

jadi, tadi call la orang yang bernama amin tu.. dengar suara macam dah berusia gitu.. okla, senang sikit nak bekerjasama.. kalau orang muda, aku segan sikit.. hehe... dia nak datang petang ni... tapi...... rasanya nak kemas2 dulu kat belah belakang rumah tu.. segan la orang datang tengok sepah2.. hehehe.. kantoi anak dara suka wat sepah kan... 

tapi en.amin ni, dia msj2 panggil aku bos.. pulak.. macam kelakar la pulak.. segan aku.. aku soh dia panggil liana je.. yang kelakarnya, dia suruh kalau boleh 'suami' aku ada sekali la esok... tapi aku cakapla bujang lagi, dan aku ada housemate, jadi xyah la risau kot2 takot kena cekup jakim kan.. hahahaha... (yg jakim tu aku yang tambah.. haha)

bila aku cakap bujang je, teros dia reply, oh, masih bujang lagi. I pun belum ada menantu. Kwn kwn dah ada cucu. Walau apa pun ptg esok, I fon ok. tgok!! I lagi tu.. ko hade? hahahahaha... tentiba masuk menantu cucu pulak pokcik ni.. kemain lagi.. hahaha... lepastu aku reply jangan panggil aku bos, aku segan.. panggil nama je.. lepastu tau x pokcik ni reply apa??

Ok, bolih, Liana.. Betik dibawa dalam sampan. Di-saing kolek di Tanjung Batu. Cantik perawan berbudi sopan. Amat molek jadi menantu.

hahahahahahaahaha.. rasa nak gelak guling2... hahahaahhahaha... ewahhh.. berpantun pulak pokcik ni.. adoii.. sakit perot ngan pipi aku tahan gelak... hahahahaha... teros tak reply aku.. takkan nak berpantun balik.. hahahahahaha... kelakar la pokcik ni.. 

kita tengok la dulu esok ye pokcik.. jangan terkujat pulak bila da jumpa saya.. hahahahahahahaa... takot pakcik termenyesal pulak berpantun dengan saya.. haahahahahaha....


15 Jun 2012

Sebulan Sudah Kita Bersama...


hari ni, genap sebulan kita bersama... taksangka cepat masa berlalu.. taksedar... adakah kerana perasaan sayang ni membuatkan aku leka... oh, tak.. hari2 kita bersama.. dimana ada kau, pasti disitu ada aku... dan diharapkan, susah senang macamanapun, kita dapat hadapi bersama-sama.. (bape banyak bersama daa..) walaupun diawal nya banyak jugak rintangan yang harus ditempuhi.. 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
eh.. salah..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tadaaa!!


hehe.. nak pikir lain la tuh.... hik3.. actually, kereta aku warna hitam.. tapi jenuh aku google2 cari yang warna hitam takjumpa pulak.. korang imagine je la warna hitam ea.. dan...... aku takpernah lagi ambik gambar kereta aku.. hehehe.. gasaklah amek gambar dari google ea..

ye, baru sebulan aku menggunakan kereta.. tapi macam2 masalah yang aku hadapi.. tapi takpelah, mungkin Tuhan nak menguji aku, sama ada aku kuat atau takkuat nak hadapi ujian ni.. aku dah lama nak beli kereta, tapi tahun ni baru terbuka hati dan ada kemampuan sikit untuk beli.. banyak sangat benda yang aku pikirkan untuk pakai kereta, sebab tu aku macam fobia nak beli.. korang mesti pahamkan kenapa.. sebab rata2 member semua dah pakai kereta kan.. hehehe..

masalah yang aku hadapi selepas hanya 4 hari aku menggunakan felix aku ni.. ha jap2.. jangan pelik pulak.. dah nama pun saga flx, jadi aku dengan slumber nya memberikan nama untuk kereta aku ni, iaitu... felix.. hehe.. sedapkan.. hahahahaha.. merepek!

ok, sambung cerita... selepas pakai 4 hari, iaitu di hari aku pergi ke kedai untuk pasang tinted.. ha, tinted ni pun ada kesah nya jugak.. tu sat gi aku ceritain.. selepas 4 hari, balik dari mentintedkan kereta, tentiba meter kereta takmenyala dan tak berfungsi.. halamak! ni dah kenapa pulak ni.. huhuhu...

kejadian berlaku hari sabtu, hari ahad kedai tak bukak kan.. jadi hari..... hari selasa ke rabu tah, baru pergi membetolkan meter.. aku dah risau sebab taktau minyak diparas mana.. jadi aku isi lah penuh2 tangki nya tu pun aduii... 

abang yang jadi dealer dan yang dok promote kat aku suruh beli kereta kat abang dealer tu memang takbantu aku pun.. sorang tu, aku mesej takbalas2.. sorang lagi, sibuk dengan persiapan kenduri kahwin dia.. jadi, aku geram la kan... sebelum beli kemain lagi cakap mendabik dada boleh tolong sana sini.. tapi bila dah jadi macam ni, memasing buat dono je kan... dah brape hari baru nak tanya meter da ok ke x.. cis! yang abg yang sibuk dengan majlis dia tu, ada jugak call2 aku.. hari2, sehari sampai 2x call, tapi aku takperasan dia call.. tapi kalau aku perasan pun aku memang taknak angkat call dia tu.. nyampah!

sekarang, ada jugak masalah dengan pintu... xdelah besar sangat masalahnya.. selalu kereta proton ni kalau lock pintu kan ada bunyi tett!! tett!! yang kuat tu kan... sekarang, itu bunyi sudah takde, sudah bisu agaknya.. huhu... tang ni taktau kenapa... aku macam dah penat nak pergi pusat servis.. yela, aku tau la masih lagi dalam waranty dan takperlu bayar.. tapi kalau aku pergi lagi, muka ni je xde orang lain yang datang... mula2 betolkan meter, lepastu servis kali pertama.. pastu takkan nak datang lagi betolkan lock pintu tu.. aiyaa!! baru sebulan maa...

ok, cerita pasal tinted kereta.. aku bukanlah arif sangat bab2 ni.. tapi orang dok cakap, lebih elok pakai yang mahal sikit.. tahan lama.. yang ni, abang yang nak wat kenduri kawen tu mengesyorkan aku pakai tinted yang harga rm900. masa mula2 dia cakap, liana pakai lah yang mahal sikit.. contohnya, dapat baucer rm300, nanti liana tambahlah lagi seratus dua.. gitu la cakap nya.. tapi ni dah tambah bape ratus dah ni.. huhu.. 

bang, memang taksalah pakai yang mahal.. memang tahan lama.. tapi abang tengok lah bajet saya.. saya nak cari 10% bayar duit muka pun tercekik2, lagi mau saya tambah ratus2 lagi.. rasa nak marah la kan.. masa pergi kedai tinted tu, amoi tu ada explain jenis2 tinted, tapi abang ni nak jugak tinted harga rm900 tu.. aku pon takde pilihan, hanya angguk dalam pasrah saje lah.. dan dapat jugak lah diskaun sikit.. menjadikan harga nya rm800.. tolak baucar rm300, aku tambah lagi rm500.. hmmm..

pastu mula la aku kena bebel2 dengan paksedara.. kenapa ikut sangat cakap abang tu.. dan bla.. dan bla.. dan bla... hadoiii.. penat telinga aku.. 

tu la.. takde kereta susah, ada kereta pun.. bukan lah susah.. tapi macam2 hal pulak.. takpelah, lepas ni aku dah boleh la bebas sikit.. takdelah terkurung je kat rumah.. dan apa2 pun, aku bersyukur...

wahai keretaku felix, lepasni aku jaga ko, ko pon haruslah jaga aku ea.. jangan meragam sangat, sebab aku pon baru nak stabil.. kasihani la aku pun.. huhu...




13 Jun 2012

Tak Berapa Nak Feel Tengok Bohsia 2 - Jalan Kembali


pada hari ahad yang lepas, aku diajak keluar nonton wayang oleh paksedara aku, paklang, yang kebetulan berada di putrajaya ni... ari jumaat dia datang, hari ahad baru nak halo2 aku kan... ceh....... ingatkan dia nak belanja, ghupa2nya, dia dah buat perancangan awal bersama Nabil & Nazirah nak suruh aku yang belanja tengok wayang... cis! xpela... huhu.. bukan selalu kan.. eh, sama pulak nama Nabil Raja Lawak & Isteri dia.. tapi yang ni bukan tau.. ni adikberadik, adik sepupu aku.. hehe..

sejak 2menjak 3menjak ni, aku dah jarang beratur pi beli tiket wayang.. selalunya, kalau x aku, kengkawan yang lain la kan, beli tiket melalui online je.. print then tunjuk je kat adik yang jaga pintu masuk tu utk di scan.. hahaha.. tapi sekarang lagi dah canggih, takpayah print2.. sesape yg pakai hp cecanggih, iphone ke ipad ke note ke.. save je barcode, then scan je masa nak masuk panggung, xyah nak g kaunter da.. sekarang semua dah mudah, hanya dihujung jari sahaja.. fwaah.. macam buat iklan.. hahahaha... (tapi aku takde la. sebab belum mampu... hik3)

sebenarnya nak cakap, penat beratur pepanjang.. cerita yang nak ditonton tu belum tentu lagi dapat kan.. tengok cerita omputeh semua dah selling fast.. ada pon, untuk 18tahun ke atas je.. ni bawak anak2 bawah umur, jadi takdapat le cerita omputeh ye paklang.. jadi redha je la kalau orang pilih cerita melayu.. (paklang taksuka tengok cerita2 melayu.. merapu lebih katanya)

last2, paklang kata sukati aku la nak tengok cerita apapon.. jadi dengan penuh bangga, aku beli lah tiket filem Bohsia 2 - Jalan Kembali.. hahaha.. perenggan ke 4 baru nak masuk cerita pasal filem ni ye.. kemain panjang mukadimah aku.. hahahaha... tiket pukul 2, tapi sekarang sudah 2.05.. kali ni tengok wayang aku belanja.. tapi segala maknenek popcorn air semua, paklang la yang harus belanja kan... hahahaha.. 

masuk2 je wayang dah mula... adooii.. aku dah tertinggal beberapa babak da.. huhuhu... ok, ini adalah komen aku tentang filem ni..



-best, lagi best kot dari KL Gangster dan Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam

- tapi............ cerita macam tak abes je.. ni mesti ada sambungan lagi kan.. huhu..

- banyak watak macam mati tiba2.. bukan la mati kena bunuh ke ape.. cuma, bila cerita dah habis je, tertanya2... ape jadi dengan kak rock? zizan dengan mamat penang apecer? nabila huda tu hidup ke mati? haaa... gitu lah.. rasa macam nak nyanyi, banyak persoalan yang berada diminda.. banyak tanda tanya dan juga kata kerja... hehehe..

- lagi 1, aku rasa filem ni macam taksesuai je untuk tontonan 18tahun kebawah.. sebabnya banyak dialog2 yang......... budak2 akan tertanya2 gitu..  pastu, aku jadi segan sebab aku kan gi menonton dengan adik2 sepupu aku.. hati ni resah gelisah je takot diorang tentiba tanya "diorang cakap pasal ape tu kak?" sudah.... ape nak jawab?

tapi komen2 aku ni bukan lah nak kata cerita ni takbest.. best sangat... cuma tu la, bila ada budak2 ni, rasa tak feel.. hehehehe.. rasa macam nak tengok sekali lagi je.. sebab aku kan ada terlepas beberapa babak.. (haha.. alasan!)

jadinya, 8/10 untuk filem ni... harap2 pecah panggung jugak macam KL Gangster.. 


 lu memang hebat bro.. keep it up!


Harimau Malaya Menang 2-0


Assalamualaikum..

Tahniah pasukan Harimau Malaya.. sebab berjaya menumpaskan pasukan Singapura malam tadi... Seronok tengok semua pemain kita beraksi lincah .. masing2 macam dapat semangat baru yang berkobar2 untuk menang... hehehe... dan yang paling best, semua pemain terbaik dari setiap negeri/kelab ada dalam pasukan kebangsaan..

2 gol hasil tandukan Shakir Ali dan sepakan percuma dari Safiq Rahim.. dan 2 gol lagi pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar Singapura hasil jaringan Alex (Azamuddin Akil) dan Safiq Rahim... harap pemain2 Harimau Malaya akan terus beraksi cemerlang... bak kata pengulas sukan, walaupun ini hanyalah Perlawanan Persahabatan (Antarabangsa), tapi maruah tetap maruah...

~orang sibuk demam EURO.. tapi aku lagi suka tengok perlawanan bola sepak negara sendiri... hehehe... peace yaww!

12 Jun 2012

Sepetang Bersama................................


Assalamualaikum...

ingat nak letak tajuk sepetang bersama si dia.. tapi kang ada yang cakap aku perasan... takpun ada yang muntoh ijo pulak.. hak3... xkesahlah, yang penting aku suka sangat2!! (gedix sungguh!)

ini cerita jumaat lepas yang punya... aku taksempat nak karang karangan cerita di hari sabtu dan ahad sebab busy lah sangat!.. semalam pun taksempat sebab ada kursus.. jadi aku cerita lah hari ni.. takbasi lagikan? hua3..

siapa si dia tu?? hehehehe... ok, aku nak mengaku awal2 la.. aku memang peminat dia... sangat2!! wahh... statement gedix kan.. haha... semua lagu2 dia aku suka.. tapi aku taksuka dia jadi pelakon.. sebab? sebab aku taksuka lah... hahaha...




















































inilah orangnya...

Shahir sedang menjayakan rancangan untuk Bulan Ramadhan iaitu Ketuk Ketuk Ramadhan, Rancangan Masakan No. 1 di Malaysia.. kat pasar tani putrajaya ni ha... hehehe.. ada Shiela Rosli skali.. tapi taksempat nak ambik gambar dengan dia, dia dah hilang dari pandangan.. huhu...

habis je rakaman, ramai yang datang serbu.. kebetulan, aku dan puantimah ni berdiri betol2 tepi khemah, tempat kru2 standby.. habis je, puantimah teros cakap, "Shahir, nak ambik gambar" hehehehehe...

aku memang exited gila la.. yela, kan dah habaq tadi, aku kan peminat beliau.. hehe.. kitorang patot dah dapat bergambar dulu da dengan shahir, tapi tentiba ada yang potong q.. cis2.. 

perkara memalukan aku ialah, bila time puantimah ni nak bergambar dengan shahir, tentiba kamera hp aku ni wat hal dan tangan aku menggigil2... cehh.. baru jumpa shahir dah gigil2.. ayooo.... sebab serius, sekali ko da bertentang mata dengan shahir, dan kebetulan shahir pun pandang mata ko, ko boleh jadi ais yang sedang mencair.. wallah..... ayat takbole blah... hahahaha..... serius aku nervous... huhu.. dah2! mengarut!.. hahaha.. siapalah aku ni, shahir pun takheran agaknya.. wahahaha...



macik ni kemain lagi exited gak nak bergambar.. hahaha... takpelah timah, bila lagi kan?? hak3..



ni lah hidangan yang Shahir masak.. aku pun taktau ape kenama resepi ni... tapi2, kitorang berpeluang tau merasa rendang shahir ni...


nindia...............!



hmmm... ada la rasa.. cuma rasa terlebih masam pulak... dan, rasanya, kalau dinilai.. hmmmm... belum bole lagi kot masuk masterchef selebriti.. hik3.. sory shahir.. sebab kalau masuk, awak tersingkir awal, saya yang sedih.. huhu... hahahahahhahaha... (poyo)




dan aku pon haruslah bergambar jugak.. hehehe... kali ni taktutup2 muka, sebab?? kan dah habaq tadi, aku kan peminat Shahir.. hahahaha... kepada Zizan & AMIReka, i'm sorry!! hehehe...


11 Jun 2012

......


Assalamualaikum..

hai, hari ni aku tak sempat nak story mory, sebab hari ni aku ada kursus dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.. walaupun ada cerita yang sangat best yang nak diceritakan,yang telah membuatkan aku tidur lena, senyum hingga ke telinga.. wallah, macam pantun 2 kerat pulak nya pun aduii.. hakhakhak....

ok, nak bagitau tu je... hahahahahahaha.... ohye, ceritanya, esok ye.... daaaaa.....

07 Jun 2012

Semua Orang Pasti Pernah Merasainya


Ku tak tau
Mengapa aku malu
Di setiap aku tau dia di dekatku

Aku susah
Bila dia tak ada
Tak ingin jauh ku darinya

Ada rasa
Yang tak biasa
Yang mulai kurasa yang entah mengapa

Mungkinkah
Ini petanda
Aku jatuh cinta
Cintaku yang pertama

Tuhan tolong berikanlah isyarat
Semoga ada jawaban atas doaku
Tak bisa aku mengenal cinta

Yang indah tanpa air mata

Ada rasa
Yang tak biasa
Yang mulai kurasa yang entah mengapa

  Mungkinkah
Ini petanda
Aku jatuh cinta
Cintaku yang pertama...

Ada rasa
Yang tak biasa
Yang mulai kurasa yang entah mengapa

  Mungkinkah
Ini petanda
Aku jatuh cinta
Cintaku yang pertama...

Ada rasa
Yang tak biasa
..

Mungkinkah
Ini petanda
Aku jatuh cinta
Cintaku yang pertama... haaa....





*semua orang pasti pernah merasainya*

06 Jun 2012

Kesimpulan Untuk Hari Ini..


macam2 benda pulak jadi dan nak kena buat hari ni... saket hati! saket hati (gaya cakap macam Ropie Cecupak) 

aku keluar ke Bangi untuk buat sesuatu *nanti aku cerita kemudian ye*.. aku keluar pukul 9.05pagi.. pergi rumah makngah kat desa pinggiran putra, ambik nazirah (anak makngah).. aku takberani la pergi menguruskan sesuatu yang xtau dan kurang pasti seorang diri.. jadi aku mintak nazirah temankan.. *nasib baik cuti sekolah.. huhu*

sejam je buat benda tu.. dah settle, aku ke kwsp.. dah lama nak buat, tapi takdan.. da alang2 keluar arini kan... lepas tu ingat nak pergi makan, pergilah village view kat sebelah hentian kajang tu.. tapi belum bukak pulak.. adoyai... orang da lapar ni.. huhu... xpe, pergi rumah maklong dulu ambik ubat mak... dah settle, baru la pegi cari tempat makan.. aku cadang nak makan kfc.. cari punya cari punya cari... eh, kat bangi takde kfc ke selain kat warta tu.. dah masuk area warta, tapi takdapat parking.. cis2!! penat aku pusing2 tau kat bangi tu... huhuhu.. cam hampeh betol!

teros cancel, aku cadang teros pergi alamanda pulak.. eh, ada 1 benda penting kena buat.. kalau tak, takpasal2 kena saman.. ok, pergi kedai, sebelah kedai kawan kajang.. 15minit, settle.. gedebak gedebuk pusing sana pusing sini.. pukul 1 tepat aku sampai alamanda...

da sampai kfc, alamakkkk! panjang nya barisan.. atooii.. xpela, beratur je la... huhuhuhu.. pukul 1.30 baru dapat makan.. tu pon tadi aku order untuk nabil, kurang 1.. aku rasa tadi aku nampak chezze wedges dalam set zinger burger dia.. tapi xde pon.. da budak tu terkontang kanting makan burger je.. aku pon macam kesian, bagilah seketul ayam aku *aku makan snake plate* kat dia.. dah le masing2 takmakan dari pagi.. aku pon.. muka semua lapar tahap naga.. huhu...

apalah kfc ni.. dah le carik kat bangi takjumpa, pastu pergi kat alamanda bagi takcukup pulak! aisshh.. geram pulak aku.. apa pon tak bole!

ingat pergi alamanda tu nak bankin duit kat ambank.. tapi xde duit pecah pulak.. huhuhu.. apa pon tak bole!

last2, balik dengan perasaan hampa.. hantar balik nazirah & nabil.. lepas tu, masuk ofis balik.. dengan slumber nya masuk pukul 2.25petang.. huhuhu..

kesimpulannya, aku penat!!

 

05 Jun 2012

Ramai Yang Lebih Minat Baca Artikel/Entri Mengenai Dunia Hiburan.


Nampak sangat takde kerja kan hari ni, sampai 2 entri 1 hari.. hahaha... ala, macam takbiasa... ok, lantak pi la berapa entri  pun, aku nak share benda menarik ni.. errr.. takde lah menarik sangat.. haha.. ala, tengok je la...

kebanyakkan dari kita, termasuk lah diri aku sendiri kot, hehehe.. lebih minat cari artikel, benda2, entri berkaitan dunia hiburan.. aisshh... doniawi betul la... hmm.... patutnya, letaklah entri berkaitan ilmu sikit kan.. atoooiii.. baru ku tersedar.. hmmm.. takpelah, lepas ni, kena seimbangkan la ye.. (nasihat untuk diri sendiri)...

tadi aku dok godeh2 blog aku ni.. bukakla tah pape yang ada.. rajin gak aku bukak blog stats aku.. saje je nak tengok pageview.. (macam retis pulok.. huhu) takdelah, aku nak tengok, entri mana yang orang suka baca... tengok ni..



kebanyakkan orang suka baca, suka cari berkaitan dunia hiburan... pelakon, drama, filem..tapi kat blog aku ni ada beberapa entri je berkaitan tu, aku suka wat entri drama.. top 5, semua pasal drama/sinetron dan juga tv show.. dan yang bawah2 tu, memang aku saja bercerita.. tapi ramai jugak yang view ek... 

dan yang takboleh blah tu, cer tengok bawah pulak......

untuk tempoh seminggu

budak2 nakal agaknya, yang search/google2 benda bukan2, ter'view' blog aku.. padahal blog aku takde pon cerita pasal benda2 di atas.. haissshhhhh....... mengarut betol la..! hahahaha.. 


Kenapa Aku??


Assalamualaikum..

Hari ni ada Audit 5S jabatan.. jadinya semua pon sibuk la nak kemas2 tempat kasi bersih... tapi yang aku hairan sesangat hari ni adalah, kenapa orang asyik tuju kat aku dan tanya, cakap dan suruh aku buat benda2 yang........ haruskah aku yang lakukannya?? hmmmm.... nak kata sakit hati tu tak la.. cuma, hairan...

pertama, 

Orang 1 : Liana, cari En.'tut', cakap kat dia kat tangga ada puntung rokok...

aku : haa? haaaa.. yelah, nanti saya cari..

tengok kat sametime, orangnya offline.. pandang dari bilik aku, tempatnya macam takde orang.. suara pon tak dengar.. takde kat tempat la kot.. aku takde pulak no. hp dia.. hmm.. jadinya, aku pergi la kat tangga tersebut.. dan tengok, ya! ada 2 puntung rokok.. haisshhh.. hantu betol la.. da merokok tu, buang ler.. ni pakai main campak je sesuka hati.. padahal kat tangga tu dah letak 2 amaran DILARANG MEROKOK.. betol takpaham bahasa punya maknosia.. lalu, aku jugaklah yang pergi mengutip puntung rokok tu.. cam hampeh kan! kang tak kutip, orang 1 asyik tanya2 je... puntung rokok dah buang ke? kang penat aku nak menjawab pulak... hmmm...

kedua,

Orang 2 : Liana, boleh tolong saya tak?

aku : haa? tolong apa tu?

Orang 2 : saya nak keluar ni.. hmm... tandas lelaki kotor la..

aku blur kejap...

Orang 2 : saya cari2 cleaner takjumpa..

aku : pagi tadi ada je cleaner, siap mop kat depan toilet tu..

Orang 2 : tu la.. nak mintak tolong suruh cleaner bersihkan toilet.. saya ada hal, nak keluar ni..

aku : kat mana pulak saya nak cari cleaner tu...

Orang 2 : tu lah.. hmm.. (sambil keluar dan mengomel2 sendiri)

aku pon, hmm.. buat taktau je la.. 

aiyoooo... sampai nak suruh cleaner bersihkan toilet pon, nak suruh aku jugak ke...... toilet lelaki pulak tu.. kalau toilet perempuan tu aku bole terima lagi... huhu.. bukan aku taknak tolong.. tapi tula, kenapa aku? kan kat toilet tu ada penjaga2 nya.. suruh la penjaga.. hmmmm....



04 Jun 2012

2 Jun 2012


Pada 2 Jun 2012 (Sabtu) yang lepas merupakan hari bersejarah buat kawan aku yang sorang ni.... dakleha.. hahaha... kadang2 aku panggil dia adek, sebab dia yang paling muda antara kami.. hehehe.. kawen da ko leha.. tahniah.. tahniah... tahniah.....

perjalanan aku bermula jam 7.00 pagi... singgah sebentar kat mcd kota warisan untuk sarapan... lepas tu sambung balik perjalanan... aku pon tak ingat pukul berapa sampai tol jasin/merlimau... masuk tol jasin sebab dah janji dengan dayah & ami untuk gerak sama2... hehehe.. kitorang janji jumpa kat masjid depan poli merlimau...

dah berkumpul 3 kereta (3 je..hehe) kitorang pon gerak ke muar.. sampai beberapa minit pukul 11.. leha pon kata nikah pukul 11, jadi dan la nak tengok dia menikah... hehehehe... leha sangat cantik haritu... baju pun cantik... huhuhu... ni je gambar yang ada.. hp aku kamera takcantik la... tak banyak pun gambar yang aku ambik.. nak kena tunggu yang lain2 share gambar... tapi sebelum tu, tengok je la yang ni ye... aku ada gambar masa nikah je.. masa nak sanding tu, aku boleh pulak lupa nak ambik gambar.. da la aku suka baju pengantin warna purple tu... huhu.. cantek2!!


penyerahan maskahwin... time ni leha malu2 sebab kena sebut perkataan "kekanda" hahahaha... so sweetttt....!



setelah sah menjadi PUAN...

gambar blur sikit.... Leha & Liana... hehehe...

Dayah & Leha

Leha & Tiena

gambar dengan ami xde rupanya... huhuhu... sory ami.. hehe..

gambar masa bersanding pun takde.. hmm.. sampai sekarang aku macam ralat je sebab takdapat bergambar dengan pengantin dekat pelamin.. bergambar ramai2 dengan member2... hmmmmmmm...........



Selamat Pengantin Baru Leha & Cekerol... Semoga bahagia, kekal hingga ke akhir hayat.. hingga ke syurga... aminnn... cepat2 timang anak.. hehehe... taksabar aku nak jadi makcik ni.. eh, silap.. auntie... hahahaha...

kepada Cekerol, sila jaga leha baek2 ye... (^_^)

ok, lepas ni ramai lagi member2 menunggu giliran naik pelamin.. kita tunggu.................... hehe...


Tahniah Pak Nil...!


Assalamualaikum...

Baru2 ni PakNil atau Penasihat Kreatif Astro atau Pengacara TV Popular atau nama sebenar beliau, Aznil bin Haji Nawawi telah menerima Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah... tapi taktau dapat gelaran Datuk ke tak.. rasa macam tak tertulis pun... huhu.. takpelah, kalau dapat gelaran Datuk, tahniah diucapkan pada PakNil.. tapi kalau takdapat, mungkin 1 hari nanti akan dapat... hehehe... tapi PakNil sepatutnya dah layak terima gelaran Datuk/Dato.. kan? kan? kan? 

~ pelik bila orang dari dunia hiburan yang tak famous, tapi dah dapat gelaran Datuk/Dato/dsb.. hmmmm..... musykil2..


01 Jun 2012

Lepas Ni Aku Geng Dengan Artis2 Je Laaa....


Assalamualaikum..

wahhhh.... tajuk nak membangga diri kan? hahahahaha.... asalnya xde benda pon nak diceritakan.. tapi oleh kerana benda ni.. aku buat lah cerita sikit... wahaha.. 


KALAU ea... ooo.. KALAU AKU MASUK... kalau aku masuk dan menang, sah2 la pasni aku geng dengan artis je... artis tu sudah pasti dari golongan pelawak jugak.. masa tu best friend aku mesti ZIZAN RAZAK, JOHAN, NABIL, JEP SEPAHTU, TAUKE, BOBOI, DIDIE ALIAS...  sape lagi? haaaa!! ABANG EBBY YUS & ABANG SALEH YAACOB pon jadi geng aku... silap2 si AMIReka tu pon nak geng ngan aku.. hahahaha... bangga2!!

hmmm.... kalau ye.. kalau... berangan je la ko liana!! hahaha...
















































































(muka terpaksa ditutup demi keselamatan.. phuiii!! hahahahahahaha)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."