Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

30 Mac 2015

Aku Sudah Punya Abang Ipar






















ok, ni gambar2 masa akak aku kahwin 20-21 Mac yang lalu... dah seminggu baru nak tayang gambar.. aku sangat busy... takde masa... huhuhu.... (alasan)

boleh dikira berapa je gambar aku yang ada.... aku memang tak sempat nak bergambar, ambik gambar bagai semua... yang depa ni pon, bergambar tak panggil aku... cis2!!

so, happy jugak laa... dah dapat abang ipar... terasa kekok pulak bila ada orang lain dalam rumah.. lelaki pulak tu... inshaAllah, akan biasa kan diri... abang ipar pon tak lah sombong pon... cuma kurang bercakap, kena ada orang mulakan dulu... (tapi menyembang dengan mak kemain lagi ea..)

gambar yang last, bertudung merah tu la bakal makcik kami... sudi datang dari sabah.. hehehe.... (pon bergambar tak mengajak aku... cis2!!!)

masa nikah, aku ngan kakcik mekapkan along... tak berapa nampak sangat kan? almaklumla.. bidan terjun... sepatutnya kawan along yang mekapkan, sekali kawan dia tak dan nak datang awal.... so, berpeluh2 jugak laa aku... pengantin relax je, aku yang berpeluh... gila kooo.... aku bukan pernah mekap orang...

pada yang aku tak jemput, mohon jangan terasa.. majlis akak aku je... kalau majlis aku, inshaAllah aku jemput...

oklaaa.... daaaa...

17 Mac 2015

Jejak Kasih


















sori la kalau pening tengok screenshot aku ni... sebenarnya, makngah aku baru add no Nurul Amirah dalam group family kami ni... siapa Nurul Amirah? dia ni anak arwah Pak Itam aku.. sepupu aku... kami dah terpisah 16 tahun... sekarang dia tinggal kat sabah dengan mak dia... mak dia bawak dia balik sabah masa dia umur 2 tahun, kira lari teros tak balik2 melaka lagi daaa... masa ni la bermula nya episod duka dalam hidup arwah Pak Itam aku... tapi tu semua dah berlalu... bila pakcik pindah ke sabah sekitar 9 tahun dulu, dia cuba cari anak Pak Itam ni.. berjaya... hubungan cucu & atuknenek kembali tertaut sejak 2 tahun lepas... sejak tu, atuknenek berhubung dengan nurul amirah melalui telefon... tak sangka, dapat jumpa jugak sepupu aku ni...

pakcik & paklang dah jumpa nurul amirah.. kami je belum lagi.. atoknenek pon belum... Insha Allah, harap dapat jumpa masa pakcik kahwin nanti... sekarang, kami nak jejak 2 orang lagi anak arwah Pak Itam kat kelantan.. selepas berpisah dengan yang sabah, beberapa tahun lepastu arwah Pak Itam kahwin dengan orang kelantan pulak.. masa arwah meninggal, anak no 2 belum lahir lagi... tengah tunggu hari nak bersalin... sedih kan? dua2 anak di kelantan adalah lelaki.. nurul amirah sendiri tak pernah jumpa adik2 dia... doakan kami dapat jejak diorang dan temukan adik beradik ni... T_T

Nurul Amira.. mata dan senyuman mirip arwah Pak Itam.. Azizi bin Md Lazi

~teringat masa kecik dulu.. aku memang rapat dengan arwah Pak Itam.. 1 hari, dia datang kat aku, dia bagi rm20 (masa tu kat kampung, nak balik KL da.. biasalah pakmak sedara ni bagi duit).. arwah siap pesan kat aku... "Na.. ko songlap rm10, lebih tu baru bahagi2..." masa tu dekya xde lagi.. so ada 4 org adik beradik.. rm10 aku songlap.. lagi rm10, aku bahagi 4.. aku pon dapat lagi share kat situ... hahahaha.... ikot kan kelurusan aku, aku tak buat kerja2 songlap ni.. tapi oleh kerana pemberi dah bagi saranan macam tu, terPAKSA lah aku ikot... kahkahkah.....

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."