Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

29 Mei 2014

Luar OK, dalam SAKIT..


Assalamualaikum..

hari2 aku sekarang rasa tak segembira dulu.. aku masuk ofis 7.30 pagi... balik pon hampir2 nak pukul 7.00 malam.... hari2 nak pergi ofis, hati aku dupdapdupdap... tak tenang... hari2 nak pergi ofis, aku berdoa, semoga hari ni baik2 je...

2 benda yang mengganggu aku.. pertama, ketiadaan pengarah dan timbalan pengarah... bahagian aku ni pegawai ada 5 orang je... bila pengarah dan 2 orang timbalan takde (masing2 pencen dah bertukar), 2 orang pegawai gred 41 pon jadi kelam kabut... bila diorang kelam kabut, dengan aku2 sekali jadi kelam kabut....

minggu ni sangat menyesakkan kepala otak aku... orang pikir aku belom ada bos, bersenang lenang la aku.... salah ok.. itu tanggapan salah yang tak boleh pakai... bagi aku orang yang cakap macam tu adalah orang yang sangat biadap! aku rela ada bos, dapat arahan secara terus dari bos, tak kira la bos bagi arahan tu nak cepat ke nak apa ke, aku rela... dari aku tertunggu2 arahan, terkontang kanting tak tau ke mana pergi pegawai2 41 ni, yang kalau pergi mana2 meeting tak cakap dengan aku.. aku benci situasi macam ni..

minggu ni, sorang outstation.. sorang lagi kelam kabut dengan macam2 tugas dan arahan dari pihak atasan yang suruh pergi meeting sana.. pergi meeting sini.. serabut dah aku tengok... dua benda je aku tak berapa berkenan, dia kalau pergi meeting, takbagitau aku (kalau emel panggilan meeting tu cc kat aku, aku tau laa..) so, bila orang cari.. aku kata dia ada.. padahal dia tak ada... then, oleh kerana dia terlalu sibuk (cover kerja pengarah dan timbalan) dia tak sempat baca emel... hmmmmm.... sekarang ni apa2 guna emel.. kata nak kurangkan penggunaan kertas kan... kalau emel tu di cc kat aku sekali, boleh la aku remind dia... ni aku pon xtau menau.. bila orang tanya dapat x emel blablabla.. nganga je laaa.. lagi satu, surat2 pon tak sempat minit.. kesian kan... gred 41, bila pengarah dengan timbalan takde, dia yang kena minit surat... aku ni tertunggu2 je surat semalam keluar... bila check kat bilik, tak minit lagi.. macam mana?? hmmm...

pagi ni dia pergi meeting dengan kp & tkp.... tu pon aku tau bila aku tanya pa tkp dia ada kat atas ke tak.. baru lah pa tkp bagitau, yang tiga2 pergi meeting kat luar... haishh... dia kalau text aku pon aku tak kesah.. ni tak bagitau langsung.. ape nak kata? aku takdelah marah... aku paham, dia tengah pening.. nak makan pon taksempat, apetah lagi nak tengok emel, surat.. aku paham.... aku nak tolong pon, aku tak tau nak tolong macamana.. kalau dia cakap, boleh la tolong.. ni dia takcakap apa2.. nak pegi meeting pon xcakap, ini kan lagi benda lain.... aku harap pegawai aku ni oklah.. aku doa jugak, cepat2 lah masuk pegawai... timbalan pon jadilah.. atleast, kurang sikit beban yang gred 41 ni...

benda kedua yang mengganggu aku, 5S.... aku ok je bab2 5S ni.. kat bahagian lama, aku ni auditor dalaman tau... so, aku dah biasa... tapi bila masuk bahagian baru ni, baru beberapa hari, aku kena lantik jadi setiausaha... aku tak kesah.... dulu masa mula2 5S dilancarkan tahun 2009, pertama kali penubuhan zon, aku pernah jadi setiausaha... masa tu lagi laa.. benda baru nak mula kan... lagi pening kepala... yang ni, dah masuk tahun ke 6 kot, bila tugas SU tu diserahkan kat aku, aku terkejut... segala benda tak dikemaskini... ada tu dari tahun 2012.. sape tak marah? sape tak sedih? aku memang upset gilaa... dan aku diberitahu, takde apa2 aktiviti sepanjang 2012 sampailah aku pegang jawatan SU... ada pon tahun 2013, semua nya di reka konon2 nya nampak lah ko update kan.... serius, aku sangat geram, marah, menyampah, pelik, hmmmm...

dan semalam, aku nekad.. lepas berbincang dengan akak depan bilik aku ni.. dia sarankan kat aku buat memo, kata ada gotong royong dan audit.. audit nak buat petang ni... semoga audit berjalan dengan lancar.. huhuhu.... gotong royong semalam, alhamdulillah.... diorang ni ok je... ikut arahan walaupun kadang2 rasa benda yang diorang cakap macam sinis je.. tak kesahlah, janji buat... dah nampak kemas sikit... sekarang ni, aku lah yang nak kena siapkan dokumentasi dengan sudut... benda yang kena selari.. dua2 kena sama... tu yang aku hari2 balik lambat... bila aku terasa nak balik awal, (sebab nak muntah tengok semua ni) akak aku pulak lambat... tension betol... nasib lah.. dah bagi pinjam kereta, kang banyak complain, mula tarik muka.... bersabar je lah..

ok, cerita pasal akak aku... semalam aku menangis lagi... dia tertinggal coklat untuk buat hantaran tunang dia kat sekolah... aku rasa nak hempuk telefon je masa tu.. lepastu suka hati suruh aku pergi sekolah dia ambik coklat tu... time kerja.. aku dah la sibuk, makan pun tak sempat, ada hati suruh aku pergi sekolah dia ambik.... siap suruh aku masuk sekolah, masuk bilik guru, ambik kat meja dia... cakap macam makan kacang kan... aku marah laaa... cakap senang je.. aku yang pening... cakap macam tu, teros dia tak balas mesej aku.... menangis tersedu sedan jugak la aku dalam kereta kat parking ofis semalam... masa tu jam dah 6 lebih.. badan dah penat, otak bercelaru, perut dah lapar.. bila jadi macam ni, apa je aku boleh buat.. menangis je laaa... lepastu terpaksa susahkan kawan dia (cikgu jugak), aku tak berani nak masuk sekolah tu, jadi aku mintak kawan dia ambik bawak balik, aku pergi ambik kat rumah dia... nasib baik lah kawan dia ok.. tu pon, dia ada jugak merungut kata akak aku kelam kabut, memang lupa langsung pasal coklat dia tu... hadiah2 dia dapat hari guru tak lupa pulak........ heyyy.. sakit pulak hati kite....




20 Mei 2014

Ia Wujud


Assalamualaikum...

Hari selasa... uii... cepatlah masa... aku tak sabar nak balik kampung jumaat ni.... huhuhu.... meroyan.. meroyan lagi.. tu je la keja ko liana.... huhuhu....

ok, tengok ni...


info diambil dari mStar...

kenapa aku tiba2 post pasal filem ni?? pasal aku dah lama tak tengok wayang oiii.... huhuhu... aku sikit demi sikit membuang tabiat tengok wayang 2 3x sebulan... huhu... sekarang ni, sebulan sekali pon susah... adehh...

aku tak tengok lagi filem ni.. tapi berangan2 nak pergi tengok..... ada sapa2 yang berani nak teman?? hahaha... aku ni bukan lah berani sangat... tapi sebab aku jenis mengelat... bila hantu keluar je aku tutup mata.. mana nak rasa seram nye dek oii... hahaha... balik umah, teros lupa... kahkahkah..

dan kenapa aku beria2 post pasal filem ni... pasal..... aku kenal pengarah filem ni.. hehehe.. Dharma Aizat adalah senior sekolah aku (SMKTSW) dia sama batch dengan Pierre Andre.. kira kawan baik la diorang ni.... tak sangka, ramai ex2 SMKTSW menceburkan diri dalam bidang seni.. hehehe... termasuklah yang sama batch dengan aku yang sekarang tengah berlakon drama Jodoh 2 (Dr.Yunus).. tapi aku taklayan pon drama ni.. hehehe..

dan 1 lagi.. perasan tak salah seorang dari pelakon tu, Zakaria Zahid.. dia ni adalah partner Shuib dalam Fear Factor Malaysia 2... Redha dah berlakon.. Zakaria pon... lepasni ramai lah keluar pelakon2 baru dari reality show... hehehe...

15 Mei 2014

Dah Lama Tak Berkarya (konon)


Assalamualaikum...

Dah lama aku tak berkarya... sejak2 tukar bahagian ni... hahaha.. dulu dok btm kerja tak banyak kan... sempatlah ko nak melukis bagai... lepastu banyak buat kad jemputan dan buku program untuk puspanita... la ni...... hmmm...

jadi, bagi melampiaskan kerinduan aku, aku pon bersetuju lah untuk membantu ayah, create 1 kad jemputan untuk dia menjemput jiran2 datang rumah masa kenduri tunang akak aku nanti.. takde lah buat besar2 pon... jemput jiran sederet je... buat kad tu pasal jiran2 ni ramai yang bekerja... jadi ayah aku takut tak sempat nak datang dari rumah ke rumah, ayah aku nak selit kan la kad dalam kotak surat memasing... tapi dalam masa yang sama, bila terserempak atau terjumpa, ayah aku tetap akan tegur dan jemput diorang.. apa orang kampung kata, jemput pakai mulut... hahaha... gitu laaa...


nampak je berwarna.. tapi nanti aku print hitam putih je... hahahaha.... kata nak bajet kan... pakai la kertas berwarna kalau nak nampak cantik... kenapa buat macam sampul surat? pasal, aku nak buat macam poskad, dan takpayah nak masuk2 dalam sampul surat dah.... ok x? hehehe...


12 Mei 2014

Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Jadi Ayah...


Assalamualaikum...

terlambat untuk mengucapkan Hari Ibu?? tidak sama sekali.. sebab hari2 adalah hari ibu... hari2 adalah hari bapa...

kalau nak tau, aku panggil orang yang melahirkan aku, MAK... orang yang paling aku sayang.. walaupun aku selalu je bergaduh dengan mak... hahaha.. kalau nak tau, kalau bergaduh je, aku lah yang akan mengalah dulu... bosan beb gaduh lama2... aku ni kepochi sikit dengan mak.. jadi bila tak dapat bercakap dan bercerita dengan mak, tak lengkap hidup aku... hehehe...

nak tau apa yang selalu aku gaduhkan dengan mak.. aku ni macam derhaka sikitlah.. hahaha.. sebab suka bantah dan lawan balik apa mak aku cakap... bila satu2 hal tu bertentangan dengan pendapat aku.. tapi selalu, aku lah yang kalah... hahaha.. bila kalah, nangis..... tu je la modal aku...

tapi, orang yang aku selalu gaduh ni la yang paling aku sayang sangat2... walaupun dulu masa aku kecik2, mak garang gila... tanya lah apa je aku tak pernah kena... semua pernah rasa... tu bermakna, aku adalah anak yang nakal... hehehe... bila dah besar ni, barulah terpikir, nakal jugak aku ni... haishhh...

aku ada terapkan benda baik2 kat adik2 aku... dulu masa kecik2 (start mula sekolah), kami adik beradik (along - pizin) tak mesra sangat dengan mak... kalau salam, salam je laa.. tak pernah mintak maaf bila hari raya, salam je.. hehehe.. ko tengok perangai buruk kami... hahaha.. tapi bila aku dah mula duduk jauh dengan mak, aku start salam, peluk dan cium mak... mula2 memang kekok.. mak pon kekok.. tapi dah lama2... jadi satu kebiasaan... hehehe... bila aku dah mula buat camtu, adik beradik lain mestilah kena ikut kan.. sama jugak macam aku, diorang pon kekok.. tapi lama2? hehehe.. dengan ayah je belom berani buat.. bila laaa.... hmmmmm....

oklah, sempena hari ibu ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu pada MAK yang tersayang, HAMIDAH MD LAZI, yang dah pun berumur 50 tahun... hehehe... semoga mak sentiasa sihat, ceria dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT...

dan..... Selamat Hari Jadi buat Ayah, MOHD YUSOF OTHMAN... tahun ni taksempat nak beli hadiah kat ayah.. nanti bila masa, orang g cari hadiah... hehehe... Alhamdulillah.. ayah dah umur 57 tahun... semoga ayah juga sihat2 selalu... dan semoga ayah juga sentiasa dimurahkan rezeki... walaupun sekarang ni bisnes ayah biasa2 je, takpe... sekurang2nya boleh jadikan 1 pengalaman... anak2 ayah akan selalu menyokong ayah...

apa yang ayah buat sekarang? ayah meniaga air tebu dan air kelapa setiap pagi sabtu kat pasar tani.. dekat je dengan rumah.. jalan kaki je... hehehe... mak pon buat kuih sekali.. selalunya mak akan buat kuih pau, karipap, talam ubi dan paling diminati, bingka ubi... Alhamdulillah, setakat ni, kuih mak laku... hehehe..

ayah juga bercucuk tanam.. setakat ni, tanaman2 ayah yang dah dijual, pisang, ubi dan tebu.. tapi tebu dah xdapat jual kat orang sebab ayah kan meniaga air tebu... hehehe...

ayah juga ada bela itik... setakat ni, hasil itik takdelah menguntungkan sangat.. atas faktor tempat... itik kat merlimau, kami pulak tinggal kat durian tunggal.. kos minyak lagi... tapi Alhamdulillah... telur2 itik ayah dapat sambutan... tak kira la telur mentah atau telur masin... bulan ni je, dah ramai dah yang tempah nak telur masin... korang nak? hehehe..

oklah... daaa....


#sayasayangmak&ayah



09 Mei 2014

Sama-sama lah kita berdoa...


Assalamualaikum...

salam Jumaat.... yippiiii.... asal jumaat je aku happy... hahaha... pagi tadi, bangun2 je tengok kat tingkap sambil berfikir, hari ni hari jumaat kan... dan2 tu teros tersenyum dan dengan semangatnya bangun, ambil tuala dan mandi.. hehehe... perangai apekah ini? kurang siuman barangkali.... kikiki...

oklah, tadi aku ada terbaca pasal pelakon Enot.. yang sedang menghidap kanser usus tahap 2... seriously aku sangat terkejut dan sedih.. sebak je rasa... selama ni aku ikot juga perkembangan Enot.. tapi taklah kata peminat fanatik.. dari dia berlakon jadi Enot.. dia masuk Sehati Berdansa... kemudian masalah rumahtangga... penceraian... bisnes cookies... dari tak bertudung sampai dah bertudung... tup2 dengar dia sakit pulak... alahai... satu2 dugaan yang datang...

aku harap Enot tabah dengan ujian ni... aku tau Enot kuat semangat... dia pon kata hanya ada satu je penawar, iaitu semangat.. bila patah semangat, rosak semuanya... bagus.. semangat yang macam ni lah yang kita nak...

aku juga hormat dengan pendirian Enot taknak buat chemo.. takpelah... dia ada alasan tersendiri.... cumanya, harap Enot jaga kesihatan baik2... sabar dan tabah ye... orang yang ikhlas dengan apa yang jadi dengan dirinya, akan lebih disayangi Allah.. sama-sama lah kita doakan agar Enot sembuh dan sihat seperti biasa...

beria2 je aku kan... macam lah aku ni kengkawan dengan Enot.. hehehe... takdelah.. Enot tu saudara aku.. saudara seIslam... hehehe.. aku rasa sedih mungkin disebabkan aku ni peminat pelawak2.. orang yang sentiasa buat kita ketawa, rupa2 nya menanggung penderitaan.. sedih kan? perasaaan yang sama aku rasa bila Pak Aziz Satar pergi.. sebak... Din Beramboi, aku sampai mengalir air mata.. haishh.. sensitif betol aku ni... hehehe..


07 Mei 2014

hari ini aku ..................


non stop buat kerja dari 8.30 pagi.. 12.45 pergi pejabat pos ambil barang ex-bos... balik ofis sambung lagi sampai la jam sekarang ni.... aku dah macam robot hari ni...


so sekarang.. aku sangat lapar.. huhuhu.. T_T


bila aku lapar, aku dah xboleh fokus.. bila dah xboleh fokus....... mula lah aku nak hangen....


sampai bilakah?

merungut! merungut!! merungut je kerja ko!! bersyukur sikit, dah ada kerja bising, takde kerja bising...

ok, baiklah...


pssttt : hari ni aku gila + lapar

05 Mei 2014

Monday Bluesssss......


Assalamualaikum..

hari ni memang xde mood langsung nak pergi kerja.. (bukan tetiap hari ke xde mood.. kikiki) xde mood pasal xdapat balik kampung masa weekend... konon dah plan nak balik malam sabtu, lepas balik dari kenduri member sekolah.. tapi lain yang dirancang, lain yang jadi.. hmm.... sabar je laaa.....

aku sekarang ni dah malas nak gadoh2, (lepas kena sound setepek dengan mak.. aku jugak yang kena.. haishh..) aku diamkan je.. ye kan je.. layankan je.. biarkan je.. nak buli aku ke, nak guli2 kan aku ke.. gula2 kan aku ke.. lantak.. buatlah apa yang disukai.. janji lepasni, apa2 jangan salahkan aku, jangan cakap aku itu, jangan cakap aku ini.. that's it..

lama2 aku bosan tengok blog aku ni... asyik2 entry meroyan.. asyik2 entry xpuas hati.. asyik2 entry marah.. oh.. lupa.. terpaksalah, nak buat macam mana.. dah takde orang nak melayan aku, jadi aku layan perasaan melalui blog je laa.. korang kalau dah bosan, xpayah baca pon takpe..

nanti aku update pasal kenduri member sekolah aku.. daaa..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."