Hai Kawan-Kawan!

Foto Saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

22 April 2014

Biadap!


kuang asam betol.. "KAU"????? hello... saya tau lah encik ni pegawai.. takpayah la main KAU KAU pulak.. dah la takde nak ambik tanggungajawab langsung sebagai ketua zon.. lepastu KAU KAU kan aku... ni dah lebih ni.... melampau dah ni... "KAU lah, KAU kan setiausaha" "nanti KAU bagitau lah orang2 stor suruh ready" what the $%^&$%$%^%^

orang macam ni memang biadap!! aku benci KAU!!

18 April 2014

Believe It Or Not?


Percayalah bahawa....


ini adalah sebiji kek....

OMG OMG OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!! diri sendiri masih takpercaya bahawa ini adalah kek... kagum gila dengan hasil tangan Kak Ita ni... seorang yang sangat kreatif... seorang yang berbakat... Semoga Allah curahkan lagi bakat dan idea2 kepada Kak Ita....

ok, saya bagi 100 markah!! yeayyy........

teringin nak order kek kat Kak Ita... sape2 yang nak order dan nak tengok lagi hasil masakan Kak Ita yang best2, lazat2 dan menarik, boleh berkunjung ke blog beliau di SINI.... oh, saya bukan siapa2, hanyalah peminat Kak Ita... hehehe...

16 April 2014

Kesalahfahaman


Assalamualaikum....

hari rabu dah... haishhh... nak mintak cepatlah minggu ni berlalu... tapi bila pikir hari sabtu ni aku kena pergi hari keluarga kementerian, jadi ajk.. teros.... hmmmm.....

aku tak kisah sebenarnya kena pergi.. even jadi ajk pon aku tak kisah... tapi...... entahlah.... takde hati kot.... takpe liana, cuba bertahan dan bertahan... aku sekarang ni nak pikir positif je.. sampai wallpaper desktop aku pon penuh dengan kata2 positif... konon nak sedapkan hati sendiri... hehehe...

cerita semalam, pagi... tiba2 aku dilantik menjadi setiausaha zon 5s kat bahagian... petang.... tiba2 aku disuruh pergi meeting 5s induk... (apekah????) dilantik tu, oklah.... dalam masa 31 hari aku kat sini, dah macam2 lantikan yang aku dapat... alasan, pa dulu buat kerja ni, so.. aku kena sambunglah apa yang pa dulu buat... ok, boleh diterima... tapi alasan suruh jadi setiausaha 5s ni agak klise, nak bagi semua rasa pegang jawatan... errr... bila tengok carta organisasi dulu2.. sejak wujudnya 5s ni, aku adalah orang ketiga yang dijadikan setiausaha... aik, kata nak bagi semua orang rasa, dalam banyak2, aku yang kena rasa dulu.. yang lain2 ni yang dah lama kat sini takde pulak suruh rasa.... hmmm.... takpelah... positif! positif!

bab kena pergi meeting... ok....... yang ni....... nak cakap ape ek? mula2 aku tanya, "saya kena pergi meeting??" dalam hati ni cakap, kenapa aku pulak??? memang macam ni ke? eh, musykil betol aku... selalunya bila setiap bahagian dipanggil, penyelaras yang akan pergi.. kalau xde, timbalan.. kalau xde jugak, fasilitator.. kalau takde jugak, ketua zon.... aku ni dah melangkau banyak ni... padahal bila tengok jadual esok (hari ni) sorang je takde iaitu fasi.. penyelaras memang takdelah.. (pengarah belum ada) timbalan minit, ketua zon pergi.. tiba2 ketua zon suruh aku pergi... macam mana tu? aku tak tanya alasan dia suruh aku.. actually tak berani tanya.... huhuhu... so.... redho je lahhh...

actually pagi ni aku takdelah nervous pon nak kena pergi meeting.. entah.. maybe Allah nak bantu aku... hehe... aku call cc tanya apa progress bahagian yang aku boleh bawak kan dalam meeting (kalau kena tanya lah..) pastu tiba2 timbalan call.. dia ada tanya aku semalam, aku ke yang pergi meeting.. padahal dia suruh ketua zon yang pergi.. siap tanya apa reason dia suruh aku pergi.. aku cakap, taktau lah... timbalan call cakap betol ke wakil bahagian kena pergi.. kalau ikot dalam memo, ada senarai nama bahagian.. cuma tak mention pulak suruh pergi ke tak.. last2 call urusetia, katanya tak perlu, hanya standby kat bahagian masing2 sebab nanti ajk induk nak datang buat audit.... ooooooo... gitu gamaknya.... buat I suspen je tau..

nasib la timbalan check balik memo dan call urusetia... kalau x, tak ke malu aku tiba2 aku berada dalam meeting tu padahal tak perlu pon... hahahaha.. saje la tu nak memalukan aku... ohye, baru sekejap ketua zon datang tanya.. "meeting batal ke?" eh ehhh.. tiba2 je kan... aku pon cakaplah, takpayah pergi, just standby je untuk audit... oooo katanya sambil keluar (buat muka tak bersalah kan..) hmmmmm.... rasa nak......... hmm... takpe.. positif liana.. positif!

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."