Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

17 Mei 2016

Tiada masa dan tiada mood nak tengok blog sendiri


Assalamualaikum..

Masa berganti masa.. bulan berganti bulan... dah tiba pertengahan bulan Mei 2016.. terlalu lama masa diambil untuk jenguk semula blog ni.. hehehe... takpelah, takde orang nak baca pun kan?

banyak betul peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang September 2015 hingga April 2016 ni.. malas aku nak imbas balik.. yang pasti, keluarga aku dah bertambah.. adik aku selamat melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac lepas..







Alhamdulilllah, majlis berjalan dengan lancar.. walaupun aku tak membantu sangat, sebab keadaan kesihatan aku yang tak mengizinkan.. dan Alhamdulillah, tahun ni aku akan dapat 2 orang anak buah.. akak aku dah pregnant balik selepas keguguran tahun lepas, sekarang dah nak masuk 5 bulan usia kandungan.. dan adik aku pulak, aku rasa bunting pelamin.. dan mungkin kandungan nak masuk usia 2 bulan.. Alhamdulillah, rezeki tahun ini..

apa nak cerita ye? oh, kalau tentang aku, aku masih lagi macam biasa.. takde yang menarik... kesihatan Alhamdulillah.. aku dah mula mengerti erti bersyukur kerana sakit.. dan aku kena kuat supaya aku tak menyusahkan orang lain.. dan berat aku pulak, Alhamdulillah makin turun... aku buat perbandingan berat aku januari 2015 hingga april 2016.. terkejut aku berat turun lebih 10kg.. aku tau mungkin sebab sakit ni buat aku takde selera dan buat aku berhati-hati dengan makanan.. segala benda yang aku makan dulu, kebanyakkannya aku dah tak makan.. bukan sebab takut, tapi entahlah.. orang selalu marah aku sebab aku makin cerewet.. ini tak makan itu tak makan.. tapi aku buat tak tahu je sebab nanti akhirnya yang rasa sakit, aku... badan aku, jadi aku kena la jaga baik2.. ye tak? orang2 ofis pon ramai yang tegur.. katanya aku dah kurus... kurus? belum lagi.. kalau turun lagi 20kg tu baru betul aku kurus.. hehehe... doa2 kan lah ye... semoga aku sihat dan kurus dengan cara sihat.. hehehe..

oh ye, bos aku dah pencen.. jadi mulai 16 Mei 2016, aku takde bos lagi laaa.. bos baru masih tak tahu lagi siapa.. ada yang kata timbalan naik jadi KP, ada yang kata menteri dah ada orang dia.. ntahlah.. mana2 je lah... apa2 pun nak kena hadap jugak kan... yang penting, doa2 lah bos baru ni ok dan semuanya berjalan lancar.. Aaamiinnn...

oklah, tunggu la.. kalau aku rajin, ter update lah blog ni.. kalau tak............ hehehe..

3 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

comey je kak cik..baru ni nmpk gmbo time nikah..Tahniah2..

Seronoknye dpt anak buah smpi 2 org tahun ni..rezeki2..

Aku doakan ko dapat turun berat badan ke tahap ideal.tp aritu aku tengok ko pn da nmpk kurus dah..

Unknown berkata...

If you're attempting to lose kilograms then you need to try this brand new tailor-made keto meal plan.

To create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and chefs have joined together to develop keto meal plans that are efficient, decent, price-efficient, and delicious.

From their first launch in early 2019, hundreds of people have already transformed their figure and well-being with the benefits a professional keto meal plan can give.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones provided by the keto meal plan.

Tanpa Nama berkata...

Kelas membaca
https://ibb.co/0cVC9xP
017-4502767

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."