Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

29 Januari 2014

Patut laaa...

Assalamualaikum...

ok, ni nak cerita pasal MLM2013.. patutlah dalam 2 minggu saingan MLM ni, aku perasan Sepahtu ada sebut top 5, top 5 dalam sketsa diorang.. rupa-rupanya.......





tengok! ada calon yang tak disangka2 dalam kategori ni, untuk anugerah bintang popular berita harian... hahahaha.. rezeki ko lah Rahim.. buat Shuib, jangan terasa hati sangat.. rezeki ada dimana2.. mana tau tahun seterusnya ko jadi calon dan tenggelamkan nama Jep, Johan dan Zizan dari menjadi calon.. mana tau kan? hehehehe.... dan untuk abpbh, sila betulkan nama Rahim tu.. bukan Rahim Sepahtu ye, tapi Rahim R2..

yang aku takpuas hati, mana Pak Yus?? 



pssttt : pagi tadi akak aku masak bubur, nak bawak bekal katanya.. dia siap bekalkan aku.. aku kalau bubur, mesti ada sambal & kicap.. aku pon tanya akak aku.. "letak kicap tak?" dan akak aku pon menjawab..... "ade laaa.. ko ni pon dah macam Jambu.. kicap kicap tak sudah..." hahahaha.. tergelak aku di depan pintu rumah... mestilah.. I Peminat Yus Jambu!! 

27 Januari 2014

Menanti Cinta

Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung 
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti 
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti 
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku
PadaMu

Kris Dayanti 

22 Januari 2014

Kerja + Family

Assalamualaikum....

wah.. baru lah dapat menaip dengan tenang... walaupun ada lagi kerja yang belum settle.. alah.. dah nama pon kerja.. sampai bila2 pon takkan habis.. ye tak?? hehehe..

bermula sejak bulan Disember tahun lepas, lepas je balik dari bercuti kat Langkawi, (aku cuti seminggu) aku macam tak menang tangan.. siap satu benda, ada lagi benda lain menanti.. sampai satu tahap, aku dah naik muak, aku tolak tepi semua kertas2 atas meja, layan MLM sekejap.. nak hiburkan hati barang sekejapan.. huhuhu...

dan sekarang ni, kerja dah back to normal... takdelah free sangat... ada jugak lah kerja2 last minit yang nak kena buat... tapi dah tak terkejar2, tak runsing dan tak sakit hati.. hehehe.. dan.... aku masih lagi macam tak percaya, aku berada di seksyen yang baru.. seksyen je baru, tapi tempat duduk masih lagi ditempat yang sama.. bos I taknak pindah2 bilik... *selamat aku~~*

pasal kerja last minit... almaklumlah... benda ni perkara biasa... yang tak biasanya, aku! hahaha.. aku macam pantang sikit lah kalau nak kena buat kerja last minit ni... dah lah last minit, banyak pulak cekadaknya kan... aku masa belajar dulu pon, jarang sangat buat benda last minit.. (jarang tak bermakna tak pernah) assignment ke, baca buku nak exam ke.. jarang buat last minit.. kecuali assignment berkumpulan.. hahaha.. sebab tu aku kata aku tak biasa.. hehehe.. setakat ni aku masih lagi boleh bersabar... bila rasa geram sangat, aku whatsapp kengkawan, luah perasan.. pastu, lega...... dah lega, sambung kerja balik.. hahaha.. gitu lah aku... nak marah, tak reti.. cakap je nak marah.. tapi tak marah pon.. hmmm....

ehh.. aku ni asyik cakap pasal kerja je kan... boring betul... ok, tukar topik lain...

minggu lepas, aku dan kengkawan pegi melawat kawan yang baru bersalin.. Yana.. tahniah dapat baby girl, Damia.. dapat jumpa pon sekejap je... belum dapat lagi tengok baby, tengok gambar je.. baby masih lagi ditahan sebab ada la perkara2 yang perlu dipantau... aku mohon pada sahabat2 semua, doakan baby Damia sihat ea.. pada Yana, jangan sedih, kuat dan terus berdoa ye... semoga semuanya ok.. Insha Allah..

selepas itu, hari lahir Mak pada 19 Januari.. kami adik beradik sambut biasa2 je.. seperti tahun lepas, mak sambut hari lahir dalam keadaan tak sihat... kali ni aku tengok kesihatan mak macam tak menentu.. sekejap ok, sekejap tak.. dia selalu kesejukkan.. menggigil2... risau aku tengok... aku sampai mengeluh tak tau nak buat apa lagi.. aku ada cakap kat makngah, dan makngah ajak pergi berubat... mak sebenarnya baru baik selepas berubat beberapa bulan lepas... kali ni sakit lagi.. aku taknak lah buruk sangka.. tapi manusia kat luar tu jangan buruk perangai sangat.. jangan lah busuk hati.. janganlah........ haishh.. tak tau nak kata apa lagi laaaa... aku cakap macam ni pon sebab simptom2 yang aku tengok kat mak aku ni sama macam dia sakit dulu.. yang berbeza, dulu 'kepanasan', sekarang 'kesejukkan' pulak.. aku pelik laaa.. kenapalah nak dengki dengan kami.. kami ni bukan orang kaya... takpelah.. Allah ada... aku hanya mintak mak sihat macam dulu, tu je... T_T

untuk Mak, Selamat Hari Lahir yang ke 50 tahun... semoga Mak panjang umur dan dimurahkan rezeki.. sentiasa dilindungi oleh Allah.. 

kemudian, 20 Januari, Selamat Hari Lahir Fatimah binti Wahid... hahahaha.. amek ko.. nama penuh aku letak... kahkahkah... untuk ko Timah, dan seluruh keluarga ko, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. tahniah dapat anak yang sangat comel.. sangat bijak... taksabar aunty nak dengar Auni bercakap.. mesti keletah laa... (macam mama dia...hahaha)

dan.... bermula 20 Januari jugak, akak aku dah tinggal dengan aku... dia dapat kerja sebagai cikgu (kontrak) di Sekolah ABIM kat kampung sg.ramal, kajang... dia mengajar budak2 menengah.. setakat 2 hari ni, aku tengok dia... hmmm...boleh tahan la sibuk.. kat rumah pon asyik cari bahan nak mengajar... tak kisah la.. janji dia dah kerja... dan setakat ni jugak, aku takde masalah sangat... cuma, biasalah... perangai2 kat rumah family tu masih lagi dibawa ke sini... aku taknak lah cakap banyak, nanti dia kecik hati pulak... biarkan je laaaa... (dalam hati cakap, sabar je laaaa)... aku tak mintak lebih, cuma mintak ada perubahan la kat akak aku ni... dari segi penampilan tu dah ok daa.. dia memang macam alim sikit... aku nak perubahan dari segi kematangan dalam berfikir tentang masa depan dia.. dan kematangan dalam berfikir tentang family... mak ayah dan adik2 ni... tu je..

dan sejak 20 Januari jugak lah, aku kasi akak aku pakai kereta aku.. sedih tu taklah sedih sangat.. tapi nak buat macam mana.. terpaksalah berkorban sikit... dia akan hantar aku pergi kerja dulu pukul 7.00.. pukul 7.00 ok.. 7.15, 7.20 aku dah sampai ofis, melangok! hahahaha.. balik pon dia ambik... takpelah... buat permulaan ni... kalau tak adik, siapa lagi nak tolong.. janji dia jaga kereta aku elok2 laaa... kesayangan aku tu.. tu je harta yang aku ada... hahahaha...


psstttt : dapat ole2 dari seorang pegawai (lelaki), minyak wangi berbentuk pen dari Mekah.. rupanya dia pergi buat Umrah.. Alhamdulillah.. sampai dah beliau ke sana.. aku tak tau lagi bila... huhuhu... Semoga Allah bagi aku dan keluarga peluang ke Tanah Suci satu hari nanti.. Insha Allah... 

psstttt : sedang melakukan sesuatu yang dah lama ditinggalkan.. mudah-mudahan dipermudahkan dan istiqamah... Amiinnn...




16 Januari 2014

Macam mana laa rakyat nak percaya.....


Assalamualaikum...

takde mood nak menaip hari ni... otak aku masih blur dengan keadaan kerja di seksyen baru.. belum dapat 'roh' lagi... huhuhu...

aku just nak kongsikan ni.... benda yang aku rasa...... entahlah....aku pon tak tau betol ke tak.... sebagai rakyat yang lahir di negeri Melaka, of course la aku rasa terkejut dengan muncul nya individu yang mengaku dia adalah Sultan Melaka.... bermain2 dalam kepala otak aku.. betul ke? betul ke?

tapi bila terbaca menda ni, teros aku pikir, hmmmmmm..... 


nak gelak, tapi tak rasa nak gelak.... hmmm... macam2.... renung2kan dan selamat beramal...

ok, sambung buat kerja (walaupun tengah blur)


13 Januari 2014

Entry Pertama 2014


Assalamualaikum....


ohoooohooiii... baru hari ni ko nak hapdet liana.... dah 13 hari dah di tahun baru..........

aku sibuk la sekarang ni.. banyak kerja, banyak benda yang berlaku kat ofis ni.. antaranya, bos naz kena tukar ke bahagian lain, masuk bos baru.. tapi bos baru ni sama gred dengan bos aku dan bos huda.. jadi, pengarah kitorang a.k.a timbalan ketua pengarah (ict) telah buat 1 perubahan drastic dengan menukarkan bos aku ke seksyen bos huda, bos huda ke seksyen bos naz, dan bos baru masuk seksyen aku... ohye, bos naz gred 54, bos aku dan bos huda gred 52.. bos2 kami ni semua timbalan pengarah bahagian..

korang tak paham kan? hahaha.. xpelah, xpayah paham pon.. buat pening kepala je... so, bila bos bertukar seksyen, adakah automatic PA pon bertukar? pada mulanya kami PA2 ni blur... yelah, kami takde arahan apa2 pasal pertukaran ni.. orang2 lain asyik dok kata, bos tukar, pa pon ikot sekali laaa.. haishh.. senang nya cakap... pekeliling mana pakai? kalau ye pon nak kami ikot bos, silalah buat surat arahan.. nanti nak buat hebahan kat seluruh bahagian lagi.. tukar id emel, tukar nama seksyen kat hrmis.. nak siap fail meja, nota serah tugas.. dan lainlain lagi.... even tukar dalam bahagian je, tapi dia punya cekadak tu kemain lagi....

oklah.. aku kalau pikir menda ni, cepat je nak sakit kepala... takpe, settle hal bos dulu.. nanti hal pa ni kendian2 boleh buat..

dengan gangguan "hantu kak limah" lagi.. adehhhhhh... stress mak!

ok, Selamat Tahun Baru kawan2 semua..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."