Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

23 Disember 2011

BiaR MimPi SaMpai Ke BiNtaNg




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum...

haaa... sape yang tengok cerita ni malam tadi?  aku?? hmm.. aku dapat tengok separuh je..  bukan separuh, suku akhir je kot...  terlampau khusyuk mengerjakan rumah,  sampai terlupa ada cerita ni..  padahal aku dah dok menunggu dari awal bulan lagi nak tengok..

amboi...sampai tertunggu2 cerita ni keluar.. kenapa? haaa... nak bagitau la ni... sebenarnya, aku tertunggu2 la.. sebab ada cowok dari indonesia yang berlakon cerita ni.... sapa lagi kalau bukan hero idaman gadis2 remaja indon dan Malaysia... Randy Pangalila..


see!! cute kan.... hehehe...

aku memang minat Randy ni... yelah.... cute... hensem.... jambu2 sikit... tapi minat2 gitu je la.. xdelah fanatik sangat... yeke? hahaha... ok, berkenaan cerita ni... aku pon tak tau sangat la kan... sebabnya, aku kan tengok suku je... jadi meh baca sinopsis nya...


TELEFILEM romantik berkisarkan percintaan remaja ini menceritakan Alya (lakonan Elfira), seorang gadis yang menghabiskan masa dengan membantu ibunya, Peah menjual ayam di pasar borong. Alya juga seorang gadis bijak yang memiliki impian.

Namun ibunya lebih selesa Alya sekadar membantunya di pasar daripada memilih melanjutkan pelajaran. Peah juga lebih mengutamakan pendidikan anak lelaki, Adib yang dianggap lebih penting untuk membantu keluarga mereka pada masa akan datang.

Biarpun hidup miskin, Alya berkawan dengan Kinah yang kaya raya tetapi kurang bijak. Sementara itu, Andy (Randy) pula adalah seorang remaja yang berasal dari Indonesia dan anak jutawan. Bagaimanapun, kehidupannya terlalu bosan dan tak seronok.

Kehadiran ibu tiri, Jenny dan dikelilingi rakan yang hanya berkawan dengannya kerana dia anak orang berada membuatkan Andy kecewa. Justeru, bagi menghilangkan kebosanan itu, dia sering melawat bekas pembantu rumahnya, Mak Yam yang sudah berhenti kerja.

Latar belakang kehidupan Alya dan Andy yang berbeza membuatkan mereka cuba mencari kelainan dengan menyamar diri menjadi ‘orang lain’ di laman sosial facebook (FB) iaitu Alya adalah anak orang kaya dan Andy sebagai pemuda miskin.

Apapun, pertemuan mereka kali pertama sudah membuahkan bibit cinta pandang pertama. Bermula saat itu, pelbagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka hingga masing-masing semakin rapat dan tidak mampu menafikan perasaan yang hadir.

Andy berterus terang bahawa dia adalah anak kepada jutawan Hardiyanto Rasputra. Begitu juga, penyamaran Alya terbongkar dan itu mengecewakan Andy. Pemuda itu jauh hati dan menganggap Alya sama seperti gadis lain yang pernah dikenalinya.

Adakah cinta Andy dan Alya kembali bertaut? Apakah yang berlaku seterusnya dan bagaimana Andy boleh terluka dengan Alya. Jadi, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang pastinya ada semua jawapan untuk persoalan yang berlaku.


Randy Pangalila & Elfira Loy

Nampak serasi sangat....


haa.. yang part akhir tu aku tau la... hehehe... biasalah.. kalau cerita cinta, ending dia mestilah happy kan... bukan main lagi... suka la heroin, dapat dipeluk cowok ganteng kegilaan ramai dari indon tu... mesti ramai budak2 remaja diluar sana tu jeles sampai pengsan.. hahaha....

harap2 ada la ulangan nya lagi.. aku nak jugak tengok dari mula..



psssttt : yeayy!! arini balik kampung.... cuti seminggu.... jadi, jumpa tahun depan...... 2012!!




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


22 Disember 2011

BerUntuNg sapE YanG pRaktiKaL di jaBataN keRajaaN seKaraNg..




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum...

bila sebut pasal praktikal... tiba2 aku teringat masa buat Latihan Industri (LI) masa belajar dulu.. masa tu tahun 2007.  aku masuk dalam bulan Julai gitu... dan memilih agensi kerajaan untuk buat praktikal.

disebabkan keluarga aku berada di Melaka, jadi aku takde lah nak susah2kan diri mencari tempat praktikal yang jauh dari rumah.  bukan tak nak berdikari, tapi... benda senang, buat apa disusahkan kan? cukup la aku belajar pon dah jauh dari keluarga. (jauh ke?? hehe)

aku praktikal di Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka.  mula2 tu memang takut.. yelah, aku mana pernah kerja.. tu lah pertama kali... lepas SPM pun tak berkesempatan nak kerja.. kerja membesarkan badan lagi ada lah.. hehehe..

aku praktikal dari Julai hinggalah ke Disember 2007.. banyak betul kenangan2 manis dekat situ.. tapi paham2 je la.. nama pun budak praktikal.. kerja buli membuli memang dah menjadi kebiasaan.. tapi takdelah sampai kena marah, tengking... cuma, ko tak sempat nak panaskan punggung, dah kena panggil buat kerja..

nasib aku takdelah baik sangat praktikal kat situ.. sepanjang praktikal tu, aku mengaku la, aku memang ada perasaan sakit hati sikit.. aku tak disediakan tempat duduk dan disuruh menumpang di tempat penghantar notis.. yang kadang2 angin tak berapa baik, siap warning kat aku, kalau dia balik dari hantar surat, dia tahu tempat duduk jangan ada sapa2... kalau dia takde barulah boleh duduk tempat dia.. sadis kan pakcik tu? hmm... bayangkanlah, bila pakcik2 penghantar notis tu ada kat ofis, aku dan sorang lagi member akan duduk dekat tangga... sedih tak sedih hidup aku masa tu.. T_T.. ada juga pakcik yang baik, suruh aku duduk tempat dia.. tapi aku tak selesa la.. bilik tu bilik lelaki... jadi aku tunggu la diorang pegi hantar surat, baru la aku masuk bilik tu....

aku masuk MPAG tu bukan sorang, tapi 10 orang.. ramai kan? aku ditempatkan di jab. pengurusan.  kawan baik aku, merangkap member bersuka ria, merayap, rempit... 2 orang, arwah Fizah dan Azu.. diorang berdua ni sama poli dan kelas, dan amek sijil......... sijil ape ek? ala... aku lupe la... tapi macam pentadbiran pejabat jugak la.. diorang ni,  julai - september sorang kat jab.kewangan, dan sorang lagi sama jabatan dengan aku.. dan sama lah sebaliknya bila bulan oktober - disember, diorang akan tukar sesama diorang jugak.. jadi aku takde lah keseorangan.. lagipon, jab pentadbiran dengan kewangan sebelah2 je... xde maknanya kesorangan.. hahaha...

yang lain, 3 orang di jab. kejuruteraan, dan 4 orang di jab. landskap.... memang seronok masa tu.. tapi penat... sangat penat... bayangkan lah, aku ni kan student PA, jadi bila PA mintak ganti tempat, aku kena la turun bawah ganti PA.. dan dalam masa yang sama, orang2 admin ni sibuk cari aku juga... suruh bukak surat la.. key-in surat la... edar surat la.. cari fail la.. kemas fail untuk 5S la... dah macam PAP pulak aku... bulan puasa pun, sama je.... takde la nak kasi peluang aku curi tulang... hmm.. sabar je la...

dan masa tu, kami2 ni budak2 praktikal di bayar rm100 sebulan.. see! suruh buat keja macam kita ni hamba abdi, tapi bayar rm100 je... hmm... xpela... okla dari tak dapat langsung... setengah tempat memang takde nak bagi2 elaun ni... biasalah, kerajaan.....

dan tadi, aku baru dapat surat.. (surat untuk bos la kan..) kat situ, surat tu tulis kerajaan setuju nak bagi elaun pada pelajar yang buat latihan praktikal di agensi kerajaan selama 3 hingga 6 bulan... dan akan dibayar rm15.00 sehari terhad kepada maksimum 3 bulan sahaja bagi sepanjang tempoh pengajian.. tapi ada syarat la... aku suka syarat untuk pengurusan pelajar, dalam erti kata lain, tempat praktikal tu la.. aku ringkaskan ea syaratnya.. dah nama pun pelajar praktikal, jadi sesuaikan tugas pelajar tersebut sebagai pelajar praktikal, bukan pekerja.. fahamkan maksud aku.. hehehe...

aku kira2... kalau rm15.00 sehari, sebulan tu dapatlah rm300.00 kalau takde ambik cuti. sebab elaun dibayar ikut hari dan pelajar boleh cuti tapi dengan kebenaran dan tanpa dibayar sebarang elaun.. okla tu.. banyak jugak la... aku dulu rm100 je.. dan ada yang agensi kerajaan yang tak bagi apa2.. jadi, sekarang, semua pelajar praktikal yang nak buat praktikal di agensi kerajaan, tak payah risau lagi la...

jadi, untung tak untung pelajar yang nak buat praktikal kat agensi kerajaan? berbanding zaman kita dulu? hmmm....


pssstt... : banyak lagi cerita masa zaman2 buat praktikal dulu... tapi nanti kendian2 aku cerita ea... hehe..




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

21 Disember 2011

Vanilla Coklat

Assalamualaikum...

Malam tadi lepak2 depan tv sambil makan ice cream..
yummy2!! sedap!!

Seperti biasa, hari selasa adalah hari bosan aku..
sebab aku tak tau nak tengok cerita apa..
walaupun banyak je cerita2 yang ada...
lately aku malas nak tengok drama2 melayu..
kat tv1 tv2 lagi la..

drama Cinta Samseng Elysa pon dah tamat..
aku tak pernah layan pon drama ni..
ada jugak try nak layan, tapi bila tengok si hero,
terus mati mood aku.. huhu... sorry bro... kamu kena usaha keras lagi...
jangan harapkan publisiti je.. ok... (hanya nasihat)

maknanya, ada drama baru..
tengok macam menarik je iklan drama baru ni..
layan lah... kot2 la tengok dari episod 1,
boleh layan.....

cerita oklah..
menarik.. aku suka....
permulaan cerita ni ada macam filem I'm Not Single pulak...
hehehe.. tapi xpe.. kita layan dulu sinopsis nya..

Sinopsis Vanilla Coklat :

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing. Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

Saksikan barisan pelakon, Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5), Iqram Dinzly, Nabila Daly, Arash Mohd, Emma Akma, Zuhairi, Liza Abdullah di dalam Vanila Coklat..

inilah hero dan heroin drama Vanilla Coklat ni... Aiman dan Izara Aisyah
 aku dok perhati muka si hero ni....
dia ni adalah bekas protege dalam Mentor 5...
protege kepada Rahim Maarof... haha.. penyanyi rupanya...
tapi rasa nya dalam Mentor tu.. dia tu nampak sangat pemalu..
tak sangka dah jadi pelakon... rezeki2...
masa dalam Mentor tu, aku tak berapa suka sangat kat dia ni..
sebab suara dia so-so je... hmm...
meh tengok muka dia masa Mentor dulu...


oh ye... dia ni ada juga berlakon dalam Kiah Mai Pulak kat astro warna...
 oh ye... tiap2 petang, lepas balik kerja, aku mesti akan layan 2 cerita ni...
Tentang Dhia dan Nada Cinta...
best!!
 

20 Disember 2011

kiNi akU adaLaH MAKCIK!

Assalamualaikum geng!
hahaha.. tebiat..

petang semalam, lepas je waktu kerja..
aku dan macik wana mencemar duli..
pergi ke presint 15..

untuk ape? haa.. ni yang nak cerita ni..
aku nak pergi beli tilam sebenarnya..
bayangkanlah dah 3 tahun aku tinggal Putrajaya ni..
baru ni aku terasa insaf nak beli..
sebab? sebabnya aku rasa tulang aku dah reput..
duk baring atas tilam nipis.. huhuhu..
sekali sambar, tilam saiz queen 8 inci.. hambek ko!

lepas mengenakan tokey kedai..
eh.. salah, lepas bayar pada tokey kedai..
aku dan macik wana tiba2 terasa lapar..
ohh.. yang ni, aku belum insaf2 lagi..
hehehehe.. nanti kendian2 la aku insaf ea..

lepas makan kat ibok..
aku dan macik wana berjalan lagi..
mula2 pergi kedai baju..
sambar 2 helai baju kurung (rm100 je beb!)
tapi macik wana la yang beli..
aku tukang sebok je.. kih3..

kemudian, masuk kedai buku pulak..
sambar 3 bijik novel karya Ramlee Awang Murshid...
(aku suka beb karya beliau.. best!)
tu pon, macik wana yang beli..
aku tukang baca je... hua3..

lepas tu lintas jalan..
masuk kedai tudung pulak..
sambar 3 helai tudung..
tu pon, macik wana jugak yang beli...
aku tukang bagi pandangan je... hehe..

destinasi terakhir...
masuk mydin pulak...
yang ni, aku keluar duit pulak..
hahaha... tempat aku membelibelah..
mydin je beb! mana mampu nak pegi tempat mahal2..

haaaaaaa ni yang aku nak cerita sebenarnya.
selepas mengarut2 tadi kan.. hahaha...

macik wana naik atas..
aku, pergi area belakang.
tempat sayur mayur ayam daging ikan semua tu...
tapi, aku tak beli pon.. hua3..
aku pergi kat area belakang sekali yang ada makanan2 segera tu..
nak cari ayam crispy sebenarnya..

sedang aku khusyuk memilih..
tiba2!!!
aku terdengar.......
"makcik.. makcik...."
aku masih lagi khusyuk.. dok tilik harga...
"makcik... tepi sikit.. nak lalu..."
aku pon.. pandang la belakang...
"eh.... akak... sory2... tumpang lalu.."

ko panggil aku makcik ye nak??
heyyy!! waley2 hey!!
suka ati ko je panggil aku makcik...
cis2!!!
T_T

kan aku ada cakap kat entry semalam..
"dari depan yelah macam budak2..
tang belakang, dah macam ahkak2 yang dah beranak 2 3 org agaknya.."
terbukti sudah.. huhuhuhuhu....sob..sob..

aku anak buah pon belum ada lagi..
macam mana budak tu boleh berani2 panggil aku makcik...
padahal budak tu lagi besar dari aku tau!
hmmm... oklah liana... sila insaf untuk berdiet mulai sekarang..
eh, sekarang tak boleh la..
pasal aku baru je lepas makan lontong..
hahahahaha....

haii.. macam2...

19 Disember 2011

akU daH deWaSa Laa.....

Assalamualaikum...

hmmm... aku nak tanya la..
bagi yang mengenali aku la kan,
yang tak kenal tu.. kalau nak jawab boleh..
tapi jawapan anda mestilah berbentuk pujian semata..
wakaka.. buleh ek gitu?

haa.. berbalik pada soalan tadi..
aku nak tanya,
muka aku ni macam budak2 ke?
sila jawab dengan jujur, ikhlas lagi tawadduk ok..
hahaha..

badan punya besar ni,
buleh pulak anggap aku budak2 lagi..
dari depan yelah macam budak2..
tang belakang, dah macam ahkak2 yang dah beranak 2 3 org agaknya..
eh.. itu pada pandangan aku la..
bukan mengutuk diri sendiri..
tapi dari anggapan sesetengah pihak..
yang suka kutuk2 aku... huh!

selalunya terjadi bila aku nak tengok wayang..
pantang la aku gi tengok cerita 18 tahun ke atas..
mesti soalan pertama yang ditanya,
"dah 18 tahun ke?"
"ni dah 18 tahun kan.."
ada tu siap suruh aku keluarkan IC..
"boleh tunjuk bukti yang awak dah 18 tahun?"
T_T sangat sadis korang ni..
malu aku wei... tengah beratur panjang2 ni,
kena suruh tunjuk IC pulak... cis2!!

tahun depan aku dah 24 tahun la...
dah kategori dewasa dah....
dah menghampiri tua.. tau x?

lepas ni aku kena tunjuk muka serius2 sikit..
garang2 sikit, konon2 aku dah kahwin la..
hahahaha.... cam hampeh je.. huh!

15 Disember 2011

hmm.. aku pun tak paham..
segelintir orang2 yang suka sindir2..
konon2 bagi nasihat..

TAK PAYAH!

aku tau aku gemok
aku tau aku hodoh
aku tau aku buruk

jadi tak payah lah nak sindir2 aku..

lantak la aku nak gemok
lantak la aku nak tergolek sekali pun
hidup aku pun tak pernah buat orang susah, miskin papa kedana bagai..
hidup aku pun bukan orang lain yang bagi makan sampai aku jadi gemok macam ni melainkan keluarga aku semata-mata dan hasil duit aku mencari rezeki...

jadi tak payah susah2 kan hati..
soh aku jaga BMI bagai..
nanti bila tiba masa, kurus la aku dengan sendirinya....

13 Disember 2011

seDih menGenanG naSib.. hmmm...

Assalamualaikum..

eh, hari ni tarikh cantik kan...
13.12.11
sape yang beranak hari ni,
nanti no. IC anak dia 111213 la kan...
huhu.. cantik2..

haihh.. melalut pulak aku...
adui.. serabut kepala dengan mata aku ni..
dok membaca pekeliling baru..
hari tu dah baca, tak paham..
ni dah baca, pon..... paham2 sikit la..
tapi! ada lagi yang aku tak paham...

ala... buat apa serabutkan otak,
esok ada taklimat, dengar masa taklimat je la..
ofis aku baru nak buat taklimat esok..
tu pon hantar pakai emel je..
memo nya tak sampai2 lagi... (biasa la tu.. hmmm..)

tapi kan.........
aku sedih la...
lepas ni aku tak pakai lagi gred N27,
yang aku baru dapat tahun lepas..
lepas ni pakai gred N 3-1
tang 3 tu, aku sedih sikit..

3 tu, kelayakan STPM..
tapi aku ada diploma..
walaupun 2 tahun.... hmmm.....

aku rasa, ramai yang gred 27 kat luar sana tu,
kebanyakkannya ada diploma, bukan sijil STPM semata..
rasa macam tak adil kan...
haihh.... mengeluh kali yang ke 99 untuk hari ni..

apa nak buat.....
nasib badan................

siapa berani, ketengahkan la isu ni....
aku??
siapalah aku ni.....?

psssttt : korang! korang pilih tak SBPA ni? lepas tu, korang setuju ke dengan opsyen bersara paksa umur 60 tahun..? kalau setuju, bagilah tau apa kebaikan nya... aku pon nak tau jugak.. rasa macam tak mampu je umur 60..... hmmm.....

09 Disember 2011

bUkti...

Assalamualaikum...

aku tengah sarapan ni...
jadi sambil2 tu, kita kasi update sket ea...
hehehe...

semalam, aku bukak fb..
sekali....... eh2, depa dah upload gambar la...
hahaha...

kan aku ada cerita dalam entry yang lepas,
aku pegi menonton Ombak Rindu,
dan berpeluang jumpa pelakon2 filem tersebut..
haaa... ni la gambar2 nya...
(lama aku tunggu diorang upload gambar2 ni..hmm)

*
*
*
*
*
*


hahaha... toksah la tanya kenapa aku tutup wajah aku yang comel itu
malu wei nak tayang.. hahaha...
korang tengok, betapa exaited nya aku angkat tangan?
macam tu jugak la exaited nya muka aku..
jadi... tak payah tengok la...
huduh bebenor!! hahahaha..
tapi, kalau ikot muka aku dengan muka cik kak yang depan tu,
aku rasa, ok lagi muka aku kot....
hua hua hua hua hua......
(masa ni, Maya Karin tanya soalan mudah, apa nama kucing beliau? hahaha)



yeay!! aku suka gambar ni..
walaupun aku kelihatan terselit kat tepi nun..
tapi aku puas ati!!
hahahahaha.... ada jugak bukti nak tunjuk adik beradik..
adik beradik aku, aku cerita, diorang xmo percaya..
"eleh.. ye je kau!!" "xyah la kelentong Na oii.."
NAH!! hamek ko!
dan2 time tu semua,
"ala........" "weh, ko jumpa abang aku ea?"
banyak la ko punya abg kakcik oii..
hahahaha...

ok, aku ada cerita kan,
pasal sorang minah yang sangat la over,
mengambil kesempatan yang ada,
untuk bermesra dengan Aaron..
ni haa.. korang tengok la gambar dia..
aku tengok pon aku meluat..
huhuhu...
(rasa nak tukar muka minah tu dengan muka aku.. hahaha)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Aaron terkujat dengan tindakan minah yang over itu... cis! cis! cis!
   okla... g wat keja!
hahaha....

07 Disember 2011

bOLeh taHan jUgaK peMain2 HaRimaU mUda kiTa...

malam tadi,
selepas bertungkus lumus di dapur...
akibat terlalu teringin nak makan roti jala.
lepas makan, terus aku lepak depan tv...

serius wei..
dari tengahari semalam aku asyik terliur je..
sedap nya kalau dapat makan kari ayam.
makan dengan roti jala pulak tu..
perghhh!!

lama jugak aku kat dapur..
mana nak potong ayam..
mana nak masak kari..
mana nak bancuh tepung..
pastu tebar lagi... lipat2.. gulung2...
fuhh...
macam tu la orang perempuan...
teringat kat mak..
dulu2 mak selalu ambik tempahan buat roti jala..
bukan sikit2... sekali buat nak sampai 200..
aku buat 10 je dah gigil.. huhu...

eh.. tiba2 cerita pasal roti jala pula..
hahahhaa...

pas makan, aku pon lepak depan tv..
ape la... xde rancangan best pon...
kejap2 aku tukar channel..
tengah2 tukar2 channel tu,
tiba2 terus terbukak tv1..

eh2.. asal ada muka jurulatih, Ong Kim Swee?
tiba2 nampak pulak muka Muslim belakang jurulatih...
ehhh... ada Baddrol jugak la..
haaa... Syahrul pon ada?
menarik ni....

rupa2 nya, malam tadi ada rancangan,
Stadium Angkasa (kot..hehe)
diorang panggil semua pemain2 bawah 23 tahun..
fulamak... ramai jugak..

ada Khairul Fahmi.. ada Mahali,
ada Irfan, ada Guru..
si comel Nazmi pon ada..
Fadhli Syas.. Fakri... Fandi....
eh.. semua la ada... hehehe...

aku dok perhati je wajah masing2..
hmm... boleh tahan jugak pemain2 bawah 23 tahun ni..
patotlah banyak gosip2 yang keluar..
bercinta dengan artis la...
masalah peribadi la...
hehehe....

banyak jugak soalan2 yang ditanyakan kepada pemain2..
Khairul Fahmi, memang xboleh lari dari soalan2 berkaitan masalah peribadi dia...
tapi Ong Kim Swee bagus, dia memang back up anak2 buah...
betol jugak dia cakap,
berita2 yang keluar, bukan dari wartawan2 sukan..
tapi dari wartawan yang nak melaris dan melaku kan akhbar2 dan individu2 tertentu..
biasalah tu.. bila dah popular,
semua orang nak ambik tahu...
harap pemain2 kita bersabar la ye...

menurut Ong Kim Swee,
diorang masih ada baki 3 perlawanan...
perlawanan ape? aku pon tak pasti..
aku rasa diorang masih lagi layak bertanding untuk Olimpik...
sebab dia kata ada 6 perlawanan..
3 perlawanan kita kalah...

hmm... menarik ni.
aku ingat Malaysia dah tak layak ke Sukan Olimpik..
tapi tu pon aku tak berapa pasti..
kita tunggu dan lihat je la...

pesanan dari hos rancangan..
kepada wanita2 diluar sana..
jangan diganggu pemain2 kita..
lagi2 yang sedang meningkat naik, Nazmi..
kalau minat, suka..
tengok gambar, senyum sorang2 sudah la...
hahahaha..
ntah ape2 punya pesanan daaa...

xpe, I minat Muslim dengan Syahrul je..
jadi I kacau diorang berdua je la..
hahahaha...
(erk, buleh ek gitu? huhu)

05 Disember 2011

pEristiWa seMaLam... inDaH...

Assalamualaikum kawan2...

aku baru je sarapan nasi lemak berlaukkan paru goreng sambal..
perut dah kenyang, baru la ada semangat sikit nak bercerita..
hahaha... buleh ek gitu?

semalam adalah hari yang sangat2 bermakna bagi aku......
berkat dan kesungguhan..
(erk? buleh ke kata berkat...? huhu... )
aku berkelana pergi menonton wayang..
seorang diri... cewah..

eh, ni betol ni..
aku memang pergi sorang je semalam...
sebab dah tak tahan dan exaited sangat nak tengok
filem Ombak Rindu..
huhu... jadi aku sanggup pergi sorang2...

ala.. apa yang nak diherankan....
pergi sorang2, takde la makan hati sangat,
kalau seat semua dah penuh..
aku hanya penuhkan seat2 yang tinggal satu..
tak silap aku, 3 seat je yang tinggal..
tu pon berasingan...
jadi tak susahla kan..
cumanya, kedudukan tu,
kita xde pilihan la....
aku pilih seat bahagian tengah..
baris ketiga dari bawah... (mendongak aku..)
dan ketiga dari kiri... okla tu..
strategik la dari duduk tepi.. hehehe...

wayang start jam 1.05 petang..
dah habis lebih kurang pukul 3.30 kot..
haaa... tang ni la aku kata tadi,
peristiwa penuh bermakna... hehehe..

sejurus je cerita tamat...
tiba2 ada seorang lelaki buat pengumuman..

"Perhatian... kepada semua penonton...
Sila stay dulu di tempat duduk anda...
ada sedikit kejutan di sini...
Sebentar lagi, pelakon2 Ombak Rindu,
Aaron Aziz dan Maya Karin serta penerbit
filem akan datang ke sini... diharap semua
boleh menunggu.. terima kasih"

WHAT??? AARON AZIZ NAK DATANG??

semua orang dah bersorak dan bertepuk tangan..
gila tak suka hero pujaan ramai nak datang...
yeuww!!!! suke2!!

tapi nya, aku kan datang sorang2..
jadi tak boleh la nak huha huha sangat...
hahahaha.... kang orang sebelah2 kata aku ni over pulak..
hehehe....

diorang masuk je, huuuuuuuuuu...
mata aku ni tak lepas pandang Aaron je..
sangat sangat sangat la macho... huhu...
beruntung isteri dia....

gila hensem kau!!
macam mana dia dalam filem/drama..
macam tu la dia depan mata...

uppsss.. lupe pulak..
Maya Karin pun sangat2 cantik...
sporting gila diorang...

sebenarnya, kedatangan mereka ke GSC Alamanda
adalah untuk sesi bertemu atau beramah mesra
dengan penonton2 Ombak Rindu..
dan aku serta penonton lain adalah sangat bertuah,
sebab, Aaron dan Maya masuk hall kitorang..

kedatangan diorang pon sekejap je..
pas tamat sesi beramah mesra,
diorang terpaksa pergi..
mungkin sebab tak nak diserbu..
dengan peminat2 fanatik yang gila meroyan,
kejar beliau sampai ke van..
huhuhu.....

ok, diorang datang,
selain beramah mesra,
diorang nak bagi hadiah,
bagi yang dapat jawab soalan...

bermula dengan soalan dari Maya,
"siapa madu saya?"

pastu Aaron pulak tanya,
"siapa yang nyanyi lagu soundtrack filem ni?"
siap suruh nyanyi kat depan lagi..
suara akak yang nyanyi tu,
nasib baik sedap..
aaron siap puji lagi...
akak ni, masa salam aaron,
kemain exaited lagi dia..
siap hentak2 kaki lagi.. hahaha...
suke ye kak?
(kalau aku pon suka.. huhu)

pastu, berlakon pulak..
lelaki, berlakon dengan maya,
perempuan berlakon dengan aaron...
hahaha.. time ni memang kelakar sangat..
lelaki yang berlakon dengan maya,
pilih babak yang aaron datang rumah pak dolah tu..
yang izzah kejar dia tu..
gila kelakar abang tu...

time aaron pulak..
dak perempuan tu pilih babak,
haris pukul izzah dalam toilet tu...
yang tu pon... aduyai.. kelakar gila..

haaaa... yang lepas tu pulak..
ada sorang minah ni....
terjerit2 nak naik stage..
aaron pun kasi peluang kat dia...
dia pilih nak berlakon dengan aaron..

tau tak dia nak buat babak mana?
babak aaron baring atas kerusi tu!!
hahahaha.. gila la minah tu..
aaron pun terkejut..
minah tu buat betol2 tau tak!
betol dia baring atas bahu aaron..
siap usap2 muka aaron...
cis!! berani dia..

aaron sangatlah terkejut.
siap cakap, "saya tak boleh berlakon dengan awak ni... tak fokus dibuatnya"
hahahaha...
pastu minah tu siap ngendeng2..
gesel2 dengan aaron..
sampai aaron pun dah naik takut...
"eh, awak nak buat apa ni?"
eee.. memalukan je.. huhu...

aku dapat snap 3 gambar je..
tu pon tak berapa clear...
aku segan la pulak nak pergi serbu...
dah macam ape la pulak kang..
aku memang la minat..
tapi takde la fanatik gila...
hehehehe...

apa2 pun.. seronok dapat jumpa
Aaron Aziz dan Maya Karin... (^_^)

pssstt.. : cerita pun best... nangis jugak la aku.. hehehe...

02 Disember 2011

gELomBanG

Assalamualaikum kawan2..

ok, terus terang je la..
walaupun..... walaupun.......
hehehe..
lantak pi la kata aku ni jiwang karat ke..
haha..

ada sapa2 tak ada lagu gelombang...
nyanyian Salamiah Hassan..
aku tiba2 rasa nak dengar lagu dia..

external hardisk kat rumah pulak..
tapi.... aku tak pasti ada ke tak lagu tu..
hmm..

sapa2 yang ada lagu ni,
emel kat aku ea..
noory288@gmail.com

kerjasama dari cik/encik/tuan/puan/makcik/pakcik,
didahului dengan ucapan terima kasih.. hehehe

**************************************

mood sekarang,
nak dengar lagu jiwang2, sedih2, tangkap leleh bagai...
tapi lagu melayu la.. lagu inggeris, xsampai mood lagi..
huhuhu..

soryla mintak kat korang..
almaklum la.. keja2 mendownload adalah diharamkan
kat opis ni.. huhu...
(kena block la.. hmm..)

01 Disember 2011

cUti akHir taHuN

Assalamualaikum
dan Selamat Pagi semua!!
wahh... ceria aku pagi ni...
hehehe...

hari ni, dah 1 Disember 2011.
cepatnya masa tu berlalu..
sekejap je dah akhir tahun...
azam dah tercapai ke?
hahahaha...
jangan le tanya aku..
aisshhh.. malu la nak cakap...
2 3 tahun lepas punya azam pun tak tercapai2..
lagi nak berangan nak buat azam baru tahun depan..
hahaha..

okla.. perkara2 atau peristiwa2 yang berlaku sepanjang tahun ni,
takkan nak cerita sekarang kan..
nanti dah akhir2 bulan baru aku cerita ye...

haa.. cuti pulak..
cuti aku masih lagi berbaki 14 hari...
okla tu.. tahun ni tak banyak EL..
kalau tak, tiap2 bulan, mesti ada..
hehehe....

yang aku pelik tu,
aku punya cuti tahun ni,
tambah 5 hari cuti tahun lepas,
adalah sebanyak 30 hari...
maknanya, aku dah bercuti sebanyak,
16 hari....
banyak tu.... aku takde pegi mana2 pulak..
haisshhh..

akhir tahun ni,
aku ingat nak cuti 4 hari selepas krismas..
kira cuti seminggu la kan...
dari 27 hingga 30..
wah.. dah macam nak buat kenduri pulak..
cuti sampai seminggu.. hehe..

kalau ex-bos aku ni,
mesti dia akan tanya...
"ada orang nak datang ke??"
kalau 5 kali ko cuti panjang,
5 kali la dia tanya soalan yang sama...
huhuhu....
belum lagi bos... yang selalu datang pon,
cik biah, member gosip mak saya,
merangkap jiran tetangga..
hahaha..

dan baki lagi 10 hari..
5 hari aku akan bawa ke hadapan..
dan 5 hari lagi, aku masuk GCR..
hmm.. tahun lepas aku masuk 3 hari...
tahun ni 5 hari... okla tu..

tiap2 tahun, aku mesti forward cuti 5 hari..
yela.. aku kan baru 3 tahun bekerja..
konon2 nak simpan cuti la..
kot2 la nak tetiba 'terbuat' majlis apa2 ke..
motip? hahaha...

cuti seminggu tu,
mungkin bukan la seminggu tu dok kampung...
mungkin beberapa hari di kampung,
dan beberapa hari lagi.......
nak jalan2 ke...
picnic ke..
bersama kawan2... hahaha..

hmm.. agak2 mana tempat seronok nak berjimba bersama kawan2 ek?
adakah PD?
wah... dah lama wei tak pegi PD..
dah lama kulit aku ni tak kena air masin..
asyik2, sungai.. air terjun....
huhu..

kawan2ku,
timah, tina, wana, moos dan leha...
serta kawan2 lain yang ingin ikut serta..
nanti kita bincangkan destinasi nya ye..
pilihan aku... pulau2 indah di Malaysia..
wah.. gitu...
hehehe...

24 November 2011

saMpai haTi maCik 'CEKIK' saYa!! T_T

jam dah nak dekat 1.45pm..
aku ni, masih lagi berkira2 nak makan apa lunch ni..
xpe2... aku gi cucuk duit dulu la..

pas mengeluarkan hasil bumi duit,
aku pun berjalan ke kafe..
sampai2 kafe.. pon tak tau nak makan apa...
ingat nak makan makanan menu sepinggan lengkap..
haa.. tau ke apa menu sepinggan lengkap tu?
menu sepinggan lengkap tu maknanya, makanan yang ada semua nutrien dalam satu pinggan/hidangan..
maknanya ada karbohidrat, ada protein, ada vitamin, ada lemak..
contoh, macam nasi ayam, nasi goreng, laksa, mee kari, dsb...
wah.. dah macam cikgu pulak aku..
dulu aku kan budak ERT.. so, aku tau la sikit2.. hak2tui..
hehehe.. ala senang cerita, bukan nasi campur la...

tanya nasi ayam, ayam tinggal seketul.. bahagian pon tak bape menarik.. hmm..
(tengok la jam oit, da pukul bape.. dah kat pukul 2 da... licin le jawabnya...)
nak ambik nasi putih dengan ikan bakar,
ari isnin aritu dah makan ikan bakar, rasa loya lak tekak.. huhu..
last2.. pegi kafe bangunan sebelah la...

lalu, berjalan lagi aku ke bangunan sebelah..
langit lak dah mendung2 nak hujan..

sampai kafe sebelah,
lauk pun tinggal ape je..
pegi gerai nasi ayam, pon dah habis juga..
last2... amek nasi campur la jawab nye..

aku amek nasi putih dengan kerabu mangga je..
pastu, nampak kat gerai western ada ayam panggang..
macam sedap je.. tak dapat nasi ayam,
ayam panggang pun jadi la..

da settle, pegi la bayar...
sekali aku tengok macik tu dengan lajunya ketik2 kalkulator dia..
"RM8.50 dik"
haaa!! mahal nya... lauk aku kerabu dengan ayam je pon..
(cakap dalam ati je.. huhu)

aku nampak macik tu ketik2
2 + 6.5
macik... mahalnya ayam sampai rm6.50..
ayam tu panggang pun lumur2 kunyit ngn garam je pon..
pastu siram dengan sos cili..
huhuhu...

baik aku makan nasi ayam tadi..
ayam pon sama besar,
harga  rm6.00 je.. huhuhu...
macam hampeh!

tau la hari ni gaji macik..
agak2 la nak cekik saya aduhainyepun!!...

sekian, luahan dari orang yang selalu terkena...
huhuhuhuhu.....

23 November 2011

rasa berpusing2 pulak kepala..

aduhai.. nape rasa berat je mata ni..
kepala pun berpusing2 rasanya...
huhuhu...

owwwhhh.. sudah hampir jam 6.15 petang..
apa yang aku buat lagi dalam opis ni??
huhuhu... oh tidak!!

balik2!!
tapiiiiiiiiiii...... bos tak balik lagi..
huhuhu.......
T_T

22 November 2011

seLamanYa... seLamanYa... seLamanYa... HARIMAU MALAYA!!!

wah.. kemain lagi..
feeling2 nyanyi di hadapan ribuan penonton indonesia..
sambil buat muka bangga.. hahahaha...
(boleh ek gitu?)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN HARIMAU MALAYA KITA!!
walaupun dah tengahari, tak kesahla..
peristiwa ni takkan basi sampai bila2..
hehehehe..

boleh dikatakan penat jugak la menunggu masa tamat..
lebih 120 minit bermain..
aku memahami betapa penatnya pemain2 kita..
walaubagaimanapun, semangat juang diorang sangat tinggi..
syabas kepada Khairul Fahmi Che Mat..
syabas kepada pertahanan Malaysia, Muslim, Fadli Syas dan Mahali Jasuli..
syabas kepada pemain2 tengah dan sayap..
syabas kepada Asraruddin Putra Omar yang menanduk bola seperti harimau yang menerkam.. aumm..
dan tak lupe, syabas kepada Kapten, Baddrol Bakhtiar..
tendangan penalti terakhir tu memang boleh buat kami2, rakyat Malaysia yang menonton ni, tak bernafas buat seketika... huhuhu..

tak kisah lah bagaimana kita dilayan sekali pun..
tak kisah bagaimana kita dicaci, dimaki, diejek..
tak kisah walaupun mereka tak menghormati kita dan lagu Kebangsaan kita..
dan tak kisah mereka yang menjadi juara keseluruhan..
asalkan, IBU SEGALA PINGAT.. MILIK KITA!!! yeayyy!!

kepada penyokong indonesia..
relax la.. jangan la sedih2..
tak ganteng le...
buleh pulak nangis peluk tiang..
aduyainyapun.. huhuhu...

apa2 pun, GOOD LUCK pemain2 Malaysia..
get ready untuk menentang Syria esok..
yang pasti, rakyat Malaysia akan menyokong 200%...

21 November 2011

cOwoK gaNteng ' bErsaTu & banGkit' KATANYA!!

hai, selamat pagi...
masih lagi dalam topik yang sama..
topik hangat lagi membara..

meh baca petikan di bawah,
laporan dari berita harian..

BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.

Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.

Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.

Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.

Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.

Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.

Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.

Sokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini.

Malaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas – mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar.

ok... yang aku colourkan warna merah itu,
adalah sikap 'buruk' tuan rumah..
dan colour oren adalah,
kata2 semangat buat atlet malaysia amnya,
dan pemain2 bola sepak U-23 khususnya..

jadi, mari rakyat Malaysia semua..
kita bagi sokongan yang padu kepada Harimau Muda!!
doakan kejayaan mereka..
Pastikan Harimau Mengaum & Emas Dalam Genggaman Kita!!
Malaysia Boleh!!!

Jangan lupa, malam ni..
saksikan Perlawanan Akhir..
Malaysia (Harimau Muda) menentang indonesia (garuda)
jam 8.30 malam...

psssttt : aku dah macam pengulas sukan pulak.. hahahhaa...
tengah bersemangat waja ni... wakaka...

18 November 2011

saYa banGGa saYa aNak MALAYSIA!!!

wah... tajuk, sangat membanggakan...
hahahaha..

ok, tak payah cakap banyak,
aku nak bicara (cewah) sikit tentang Sukan Sea yang diadakan di negara seberang (nak cakap negara ape pun meluat aiihhh..)

sebelum tu, aku nak ucap
TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
kepada pasukan bola sepak kita..
kerana telah berjaya membaham si garuda
dengan kemenangan 1-0 malam tadi..
tapi jangan terlalu gembira,
kerana selepas ni, ada lagi perlawanan penting yang perlu disudahkan..
takpe, yang pentingnya sekarang,
negara 'tu' kalah ditangan Malaysia.. hua3.. (gelak jahat)

dengan barisan pemain terbaik..
diketuai Baddrol Bakhtiar, pemain2 kita bermain dengan sangat baik..
yang aku tengok, sangat2 membantu pasukan adalah,
Badd, Syahrul, KFCM, Mahali, Asra, Muslim, Irfan, Fadli Syas,
Guru dan Fakri..
pemain yang keluar sebab cedera, digantikan dengan Syahrul tu,
aku tak ingat la nama dia.. huhu...
oh, Izzaq bukan la tak bagus,
cuma dia dapat banyak peluang untuk jaringkan bola,
tapi.......  mungkin pemain indon yang kawal dia tu,
terlalu mengawal sampai sukar dia nak rebut bola..
Nazmi pun nampaknya kurang menyerlah..
takpelah.. boleh tingkatkan lagi prestasi untuk game seterusnya..
(aku ada tertinggal nama mana2 pemain kita ke? hehehe.. kalau ada, mintak maap la..)

aku berharap, pasukan bola sepak U-23 kita akan bawa
kemenangan untuk Malaysia.. InsyaAllah..
tak lupa, pada semua atlet negara yang bertanding..
untuk pasukan badmintan tunggal kita, satu2 nya beregu negara yang tinggal.. huhu..
sila kalahkan pasukan indon.. jadikan kutukan "diorang" tu sebagai semangat..

ok, habis part pujian kepada atlet Malaysia,
sekarang aku nak luahkan kejian ketidakpuasan hati aku,
pada penyokong2 fanatik (konon) 'negara seberang' tu..

aku kecewa sangat..
bukan sangat dah, tersangat-sangat-sangat..
dengan tindakan penyokong diorang..
yang memalukan, yang mengejek, yang mencaci,
yang memaki, yang mengutuk.. eh sama je kan maksud semua ni..
huhuhu..
apa lah yang diorang benci sangat dengan rakyat Malaysia ni..
aku pun tak paham.. hmmm..

setiap kali game yang melibatkan atlet kita,
diorang ejek 'maling'.. kenapa? aku tak paham..
pencuri? apa maksud diorang yang kita ni pencuri?
bukan saja atlet.. pegawai, jurulatih, wartawan...
semua kena caci maki diorang..
apahal beb?

aku rasa isu 'maling' tu, takde kaitan dengan sukan..
tapi diorang saja nak buat provokasi..
nak jatuhkan semangat atlet kita..
yang kesiannya, atlet la..
kebanyakkannya, terpengaruh dengan keadaan..
keadaan di boo.. diejek.. dicaci... dimaki...
bijak penyokong diorang bermain dengan psikologi..

diorang langsung tak hormat dengan lagu kebangsaan kita..
tak hormat dengan kemenangan yang diperoleh atlet kita..
segalanya la...
aku sedih wei dengan tindakan diorang.. sedih!!

untuk penyokong seberang,
kita duduk berjiran je,
macam korang cakap, "serumpun"
tapi semangat serumpun tu tak ada.. zero!

bukan nak mengungkitla..
tapi selama ni pun, negara mana yang akan bantu negara korang dulu,
kalau apa2 terjadi dekat negara korang..
ni, dalam negara kitorang ni,
berapa juta rakyat korang yang ada kat sini..
(yang sibuk nak mintak kerakyatan pon berlambak2)
bukan tu je,
dunia hiburan pun, penyanyi korang yang banyak diberi peluang..
filem, sinetron.. berlambak2 tayang kat Malaysia..
(aku tengok KCB je.. huhu)
jadi, sila bersyukur...

ok, benda2 di atas ni memang takde kena mengena dengan sukan..
tapi sebab tindakan penyokong2 korang la,
aku terpaksa timbulkan isu ni.. aku pun kesian dengan atlet negara aku..
diorang datang untuk bertanding.. bukan untuk diejek, dicaci dan dimaki..

seperti yang terjadi malam tadi..
permainan bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan negara masing2..
dah separuh lagu Negaraku tu baru aku dengar..
punyalah bising.. biadap betul!!
masa KFCM terjatuh, satu stadium gelak dan boo...
pastu dah kalah, terus senyap kau!

aku puji sikap Badd, sebagai kapten..
dia tak emo pon masa main..
siap bantu pasukan lawan yang kekejangan otot..
sikap macam tu la yang kita nak...

tu baru bola sepak.. badminton pun sama.. teruk di boo..
dah le stadium tertutup.. boo diorang tu bergema satu stadium..
atas sebab tu la pemain kita kecundang..

atlet Malaysia lawan negara lain (bukan negara korang),
pon korang nak boo..
ape la.... (sambil geleng2 kepala)

ehh.. jap2..
ada yang sentap ke dengan entri aku ni?
nak sentap, sentap le.. ada aku kesah?

15 November 2011

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com

wahhh... aku join contest la..
hehehe... jarang benar aku nak join contest ni..
tadi buka blog kegemaran, terpandang dan terbaca pula tentang contest ni,
tiba-tiba terbuka hati pulak..

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan
Wang Tunai Dalam Peraduan Tulis dan Menang
di mawarmerah2008.com
klik gambar untuk maklumat lanjut
aku dah pun mendaftarkan diri.. cewah..
dan untuk sahabat-sahabat lain yang sama-sama nak rasa dapat hadiah yang best..
boleh lah melawat ke laman penganjur ye... hehe..
baiklah, berikut adalah syarat-syarat penganjur..

Syarat Pertandingan :-

1) Semua blogger yang beralamat di Malaysia (senang nak pos hadiah)

2) Tulis 1 entri tentang peraduan ini dan link ke entri ini.

3) Tinggalkan komen di entri ini dengan meletakkan url blog anda yang mengandungi entri penyertaan tersebut

4) Dalam entri tersebut, jawab soalan mudah di bawah

a) Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke- 12 pada akhir bulan Jun yang lepas dan Ulang Tahun ke- dua (2) mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.

b) Komen yang membina tentang blog mawarmerah2008.com

1) Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
- perkataan di header iaitu Hidup Sementara Biar Berjasa.
          
2) Perkara yang patut diperbaiki di mawarmerah2008.com
- kebanyakkan cadangan yang ingin diutarakan adalah lebih
kurang sama dengan cadangan-cadangan dari
blogger-blogger yang lain. Seperti sitemap, shoutbox,
perbaiki gambar di header dan ruangan arkib mungkin
perlu diperbaiki untuk memudahkan carian entri-entri
sebelumnya.
               
5) Setiap entri mestilah ditulis menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan tidak menggunakan ejaan singkatan (sempena Bulan Bahasa kebangsaan tu…)

6) Tarikh akhir penyertaan ialah pada tarikh 20 November 2011 (20/11/2011), tepat jam  11.11 malam.

ok.. aku dah pun join...
cadangan-cadangan yang aku utarakan bukanlah bernas sangat..
sebab blog aku pun tak sehebat mana..
banyak lagi yang perlu ditambahbaik..
hehehe..

14 November 2011

aRkiTek : ciTa2 saYa maSa seKoLah RenDah (kOnoN)

haishh.... jam dah hampir 5.30 petang..
tapi aku dok termanggu depan pc lagi..
menatap menatang benda alah ni..
aduii..

dari pukul 2.00 tadi..
aku dok hadap benda ni..
dah le 1st time aku buat..
"kot ye pon saya nampak macam takde keja,
jangan le bagi saya keja camni puan bos..
huhu.."

dengan menggunakan Microsoft Visio,
puan soh aku buatkan pelan lantai rumah beliau..
expecially di bahagian dapur..
sebab beliau nak kasi pebesaq dapur beliau..
hehehe....

aku pulak mana penah pakai visio ni..
takat nak wat pelan lantai,
powerpoint je.. hahahaha....
(biasalah.. aku cetek IT sikit..)

tengok ha,
hasil kerja dari jam 2.00 hingga 5.30 petang..
(mak aii.. 3 jam setongah)


ni je yang termampu?? macam lukisan budak tadika daaa....
 tu baru soh wat bahagian dapur..
belum lagi 1 rumah..
mau2 sebulan kot baru siap..
hahahaha...

ampun puan.. pelan ni sangat huduh...
almaklumlah.. saya bukan arkitek..
arkitek pon gelak guling2 3 hari 3 malam tengok pelan saya ni...
huhuhu...

hmm... ngantuk!

11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum semua..
(wah... dah lama tak mula entry dengan salam.. hehehe)

cantik kan tarikh hari ni....
hehehe..
tapi jangan tanya aku kenapa aku wat tajuk 11.11.11...
takde apa2 kaitan pun dengan aku..
cuma aku bersyukur,
sebab pada tarikh hari ni,
aku masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa,
untuk bernafas dan meneruskan kehidupan..
Alhamdulillah..

oh ye,
hari ni, takde la spesial apa2 bagi aku..
orang lain mungkin ya...
oh...... hari ni,
hari ulangtahun kelahiran abah wana...
selamat hari jadi pakcik.. hehe..
(macam la pakndakbun baca blog aku kan..haha)

pastu...
oh......aku kan keja kat jpn..
jadi ramailah yang akan daftar kahwin hari ni..
siap hias2 dewan lagi..
dijangka lebih 100 pasangan yang akan berkahwin hari ni..
mesti meriah..

lagi....... hmm..
takde da kot.. cuma, hari ni hari jumaat..
esok hari sabtu.. yeay!! cuti...
hehe.. walaupun semalam aku dah cuti..

eh, lupe pulak..
hari ni, seksyen aku..
ada buat jamuan hari jadi untuk staf nya dari bulan 6 hingga 12..
ha.. tak paham la tu..

ok, aku sekarang pa dibahagian teknologi maklumat..
bahagian ni terbahagi kepada 3 seksyen..
dalam dalam setiap seksyen terbahagi pula kepada 3 - 4 unit..
dan dalam setiap unit pula terbahagi kepada beberapa sub-unit..
gila banyak kan.. hehehe...
(ala.. jabatan lain pun sama je...)

ok.. sebenarnya aku tak tau nak cerita apa..
hehehehe...

08 November 2011

OmBaK rinDu..

best la lagu ni...
sapa2 yang kuciwa dalam percintaan,
buleh la dengar lagu ni..
sangat mencengkam jiwa...
huhuhu....

lagu baru, dari Hafiz dan Adira..
soundtrack untuk filem Ombak Rindu
lakonan Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani tu...
nanti cari la sendiri ea lagu ni..
hik3..

Lirik - Ombak Rindu

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cinta ku

Adira :
Malam kau bawalah rindu ku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia dihatiku

Adira & Hafiz :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Hafiz :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira :
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

T_T

04 November 2011

aKu suKa beRaDa di KaLanGan kaMu2... (^_^)

hehehe... rajin tol aku kelebek gambar2 lama pagi2 begini....
haaa.. nak kata aku takde keja la tu..
aku baru je lepas mengemas..
almaklumlah... baru je berpindah randah..
barang2 bos semua sudah settle..
tinggal bersih2 kan tempat aku je..
(haisshh.. mana la akak cleaner ni... hmm..)

hmm.. banyak jugak gambar2 dalam external hardisk aku ni..
kalau hilang external hardisk ni,
mau meraung 3 hari 3 malam aku... huhu...

satu persatu folder gambar aku bukak..
dari zaman2 poli lagi..
sampai la sekarang..

dalam banyak2 gambar ni,
baru aku perasan... (perasan tak sudah!!)
aku suka la gambar yang aku ni berada kalangan kawan2 atau family..
ala... dalam erti kata lain,
aku suka bergambar beramai-ramai.. (motip?)

hehehe.. biasalah..
dah nama pon orang besau... (gemok la.. xkan xpaham..)
jadi, macam best je menyelitkan badan aku yang gumuks lagi gebus ni,
di celah2 orang ramai...
hahahahaha....
terasalah diri ku dihargai kecik sikit... haha..

tah pape tah aku ni... hehe.. (^_^)

dolu2 di poli..

ce cari mana aku? kih3...

see... nampak ke'buddy'an nya... sesama pakai baju warna biru... hehehe....

best tol time ni...  men masak2... hehe.. asap tu berjaya mengaburi juga badan aku... hahaha...

motip? hahaha... aku tengok Yan sgt kusyuk di belakang.. kah3...

dalam tempoh 3 tahun ini...

yang ni memang aku sengaja je nyorok kt belakang timah.. hahaha..

nyorok lagi.. hahahaha..

baru aku perasan gambar ni.. ni masa ktorg main futsal sukasuki.... kih3...

hitam putih kehidupan kekdahnye... hehe...

haaa... cuba cari mana aku... atau korang cari diri korang sendiri....(utk x-student JP poliPD) hahaha...

banyak lagi...

kenangan bersama Sepah.. Jep je xde.... tinggi mak aii la ko ni Mamat...

aku di belakang lagi.. hehe.. xdela.. kang aku dok depan abes sume orang aku tutup... kena marah lak kang.. huhu....

di Stadium Bukit Jalil_Konsert Final AF8

di hari persandingan timah.. suka nya tengok gambar ramai2 gini.... teringat kat kengkawan.. huhu....
with my siblings...

di MP

di Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor, Muar.... (betul ke aku eja ni..? huhu.. orang Muar, kalau salah jangan marah ea..)

seronok kan bila bergambar beramai2..
terasa kemeriahan nya..
terasa keriangan nya..
lagi2 dengan orang2 yang kita sayang...
terserlah kasih sayang.. (cewah2)
tu sebenarnya motip yang aku nak katakan..
bukanlah aku nak sorok badan aku ni..
motip tak baik tu.. hahaha...
siapa rasa hidup bersendirian tu best?
aku tak reti.. dan memang tak boleh hidup tanpa orang2 yang aku sayang...
sebab tu aku kata tadi,
aku suka berada di kalangan kamu2...

03 November 2011

baRu terSedaR..

hmm.. aku baru tersedar..
bila aku ada mood nak bercerita,
entry aku mesti panjang lebar...
huhu.. kot2 la ada sesape yg muntah ijau
bila baca entry aku yang melalut ke laut sume..

hmm.. arini, xde mood..
jadi, entry nya pon panjang sejengkal je la..
aku xde mood sebab asyik risau..
apesal dengan kepala aku ni yang selalu sangat sakit..
nak tido pon tak lena, serba tak kena...
huh......... -_-'

02 November 2011

Allah seLamaTkan kaMu... aDikKu..

di pagi dan hari yang mulia ini..
bersempena 6 Zulhijjah 1433 H..
aku ingin menyanyikan satu lagu,
khas untuk adik lelaki aku..
yang semakin meninggi dari aku...
huhu...

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan Muhammad Hafizin..
Allah selamatkan kamu...

hehehe...
hari ini, 2 November...
adalah hari lahir adik lelaki aku...
yang dah pon menginjak umur 16 tahun...
satu2 nya adik lelaki yang aku ada...
huhu...

ucapan untuk ko wahai pizin..
rajin2 la study ye.. tahun depan ko nak SPM..
ingat2 sikit.. jangan asyik nak mengadap laptop je..
main game la.. tengok bola la.. (tau la ko peminat MU...aku pon minat sikit2.. kui2)
bukak facebook sehari-harian la....
pastu kena marah sebab mengadap fb je,
ko keluar pegi CC plak (mentang2 CC belakang umah)..
tepuk kang!

pastu, jangan asyik nak bergaduh je ngan mak..
aku tengok, ko dah dapat dah skill2 berleter mak..
mak berleter, ko pon sama yek je nak berleter...
sakit telinga aku kalau dua beranak ni dah berleter...
huhuhuhu...

pastu.... pastu ape ek?
eh, aku lupa nak doakan untuk ko...
hehehe...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
semoga jadi anak yang baik..
dengar cakap mak, ayah dan akak2 ko yang 3 orang ni..
jangan asyik buli dekya..

semoga tahun depan ko dapat jawab peperiksaan dengan baik..
kitorang tak harapkan ko dapat keputusan yang cemerlang..
tapi kitorang harap ko dapat keputusan yang membanggakan dari sebelum2 ni..
huhuhu...

pastu, nanti dah habis SPM,
ko mesti sambung belajar lagi...
kalau ko nak, amek kursus macam aku...
Kursus Sains Kesetiausahaan..
hehehe...
ko pon sekolah teknik kan... mesti dapat politeknik punya..
jadi kuatlah generasi kita adik beradik,
yang masing2 semua belajar di politeknik..
hahahaha.....
tapi, kalau ko dapat masuk Universiti..
lagi bagus... memang aku tabik spring toing2 la kat ko...
pastu aku akan taja duit poket ko kalau ko masuk U..
(tu kalau result semester ko adalah cemerlang ye...)

eh... melalut sangat dah...
ha.. tadi aku cakap, adik beradik aku semua belajar poli kan...
hehehe....
akak aku, aku dan adik aku no.3...
kami2 memang dapat poli je..
dah tu rezeki Allah dah bagi..
jadi, bersyukur la dari tak dapat sambung mana2 IPTA kan..
akak aku ---> Politeknik Dungun, Terengganu
aku ---> Poli... PD, Poli PD Poli PD, sekali sekala Teluk Kemang... hahaha...
adik aku no. 3 ---> Politeknik Merlimau, Melaka

meh2.. tengok adik lelaki aku ni..
dulu kecik2 kemetot jek..
aku selalu panggil dia pendek... hahaha...
sekarang, hamek ko..
dia lah yang paling tinggi dalam umah..
hehehehe...

pizin kanan paling depan... tengok.. pendek je kan.. hehe.... uit.. gambar aku time ni adalah masih kurus.. hehehehe...

gambar ni kurang jelas la.. tapi seingat aku gambar ni adalah gambar... 3 4 tahun lepas kot... hehe..

ok, ni gambar tahun 2008.. masih lagi kebudak2kan..

dan ni, gambar tahun 2010.... haaa.. lain kan.. tahun ni punya gambar, aku tak tau celah mana aku simpan... nanti da jumpa aku tepek kt sini k...

ok, itulah cerita adik aku...
hehehehe...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."