Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

20 Disember 2011

kiNi akU adaLaH MAKCIK!

Assalamualaikum geng!
hahaha.. tebiat..

petang semalam, lepas je waktu kerja..
aku dan macik wana mencemar duli..
pergi ke presint 15..

untuk ape? haa.. ni yang nak cerita ni..
aku nak pergi beli tilam sebenarnya..
bayangkanlah dah 3 tahun aku tinggal Putrajaya ni..
baru ni aku terasa insaf nak beli..
sebab? sebabnya aku rasa tulang aku dah reput..
duk baring atas tilam nipis.. huhuhu..
sekali sambar, tilam saiz queen 8 inci.. hambek ko!

lepas mengenakan tokey kedai..
eh.. salah, lepas bayar pada tokey kedai..
aku dan macik wana tiba2 terasa lapar..
ohh.. yang ni, aku belum insaf2 lagi..
hehehehe.. nanti kendian2 la aku insaf ea..

lepas makan kat ibok..
aku dan macik wana berjalan lagi..
mula2 pergi kedai baju..
sambar 2 helai baju kurung (rm100 je beb!)
tapi macik wana la yang beli..
aku tukang sebok je.. kih3..

kemudian, masuk kedai buku pulak..
sambar 3 bijik novel karya Ramlee Awang Murshid...
(aku suka beb karya beliau.. best!)
tu pon, macik wana yang beli..
aku tukang baca je... hua3..

lepas tu lintas jalan..
masuk kedai tudung pulak..
sambar 3 helai tudung..
tu pon, macik wana jugak yang beli...
aku tukang bagi pandangan je... hehe..

destinasi terakhir...
masuk mydin pulak...
yang ni, aku keluar duit pulak..
hahaha... tempat aku membelibelah..
mydin je beb! mana mampu nak pegi tempat mahal2..

haaaaaaa ni yang aku nak cerita sebenarnya.
selepas mengarut2 tadi kan.. hahaha...

macik wana naik atas..
aku, pergi area belakang.
tempat sayur mayur ayam daging ikan semua tu...
tapi, aku tak beli pon.. hua3..
aku pergi kat area belakang sekali yang ada makanan2 segera tu..
nak cari ayam crispy sebenarnya..

sedang aku khusyuk memilih..
tiba2!!!
aku terdengar.......
"makcik.. makcik...."
aku masih lagi khusyuk.. dok tilik harga...
"makcik... tepi sikit.. nak lalu..."
aku pon.. pandang la belakang...
"eh.... akak... sory2... tumpang lalu.."

ko panggil aku makcik ye nak??
heyyy!! waley2 hey!!
suka ati ko je panggil aku makcik...
cis2!!!
T_T

kan aku ada cakap kat entry semalam..
"dari depan yelah macam budak2..
tang belakang, dah macam ahkak2 yang dah beranak 2 3 org agaknya.."
terbukti sudah.. huhuhuhuhu....sob..sob..

aku anak buah pon belum ada lagi..
macam mana budak tu boleh berani2 panggil aku makcik...
padahal budak tu lagi besar dari aku tau!
hmmm... oklah liana... sila insaf untuk berdiet mulai sekarang..
eh, sekarang tak boleh la..
pasal aku baru je lepas makan lontong..
hahahahaha....

haii.. macam2...

2 ulasan:

Ms mAmikO AbUrakOji berkata...

hehe...awak ni kelakar la..ank buah awak tu pun kelakar...hikhik..

LiaNa YuSoF berkata...

hahaha... T_T
(ketawa dalam tangisan)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."