Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 Mac 2013

Makin Teruk Nampaknya.... T_T


hai la gusi....... bila la ko nak baik ni?? sakitnya makin menjadi2 pulak.... rahang belah kiri ni sengal2 je rasanya... sangat tak selesa... huhuhu.... hari ni dah masuk hari ke 6 dahhh.. cukup2 la tu menyeksa aku.... huhuhuhu..... T_T

jangan sampai aku pergi cabut gigi bongsu ni.... haaaaaaa...... nak telan air liur sikit punya susah... rasa nak tercabut rahang.... T_T awal2 kena, masih lagi boleh makan dengan senang hati.. ni sekarang, nak makan pon kena kunyah perlahan2... adehhh...

menengok keadaan dan ketumbuhan gigi bongsu ni... memang gigi ni agak besar dan memanjang... mungkin sebab tu aku sakit.. mungkin sebab gigi ni tumbuh di kawasan yang sempit... yang bila aku gerak je mulut, terasa gigi tu bergeser dengan dinding pipi dalam mulut... adoiii....

malam tadi, aku makan ubat sampai 2x... ubat tu berangin dan kena kunyah... aku tak kunyah pon... aku letak ubat tu kat gusi yang sakit tu sampai ubat tu cair sendiri.... lega la sekejap... pastu............... T_T

Nasi Lemak Sambal Sotong AU3 Keramat


Assalamualaikum......

hari sabtu lepas, aku dan makngah serta anak2 dan jiran makngah iaitu cikros bergerak ke Raub, Pahang untuk hadir ke majlis perkahwinan anak saudara kepada seorang lagi jiran makngah, cikpeah.. nampak tak? nampak tak yang aku takde kena mengena pon dengan orang yang buat kenduri...? hahahahaha.... dalam kad kahwin, cik peah tulis, Yusoff dan Sabariah sekeluarga (cik diana dan sekeluarga) adehhhhhh... eja nama aku pon salah... hahahahaha... bila orang dah jemput, kita datanglah kan.... lagipon, kebetulan makngah pon memang nak pergi.. aku joinlah dua2 kaki.. hak3..

beberapa hari sebelum ke raub, makngah dan aku memang dah merancang nak singgah kat area rumah lama aku, kat AU3.. untuk makan nasi lemak... nasi lemak ni adalah nasi lemak favourite aku sejak dari kecik lagi.. aku panggil nasi lemak ni, nasi lemak plastik... pasal, dibungkus dengan suratkhabar berlapikkan plastik... takde daun pisang pon.... tapi kalau bau sambal dia.... pergghhhhhhhhhh.......... 

tapi kan........ hmmmm..... singgah tu dah singgah daaahhhh... tapi.......................................... sebenarnya, aku dah lama tak makan nasi lemak tu.. dari sejak aku pindah ke melaka... korang bayangkan dah berapa lama....  7 tahun.... kira sabtu lepastu first time la aku jejak kaki kat situ balik... aku dengan makngah dengan slumber je teros menonong pergi kat kedai tu..... teros duduk dan order... mula2 tu aku dah nampak macam lain je.... macam........ hmmm.... rasanya bukan kedai ni... tapi, kitorang belasah je... dah habis makan dan bayar.. kitorang teros gerak ke kereta.... lintas beberapa kedai... tiba2 aku terberhenti sekejap, dan terpandang banner Nasi Lemak Sambal Sotong.... laaaaaa...... ni la nasi lemak yang aku carik..... rupanya owner kedai tu tukar tapak... beralih ke kedai depan... aduiiii....... jaoh2 aku datang (jaoh ke?) salah kedai pulokkkkkk.... adehhh.... huhuhu....

hmmm... bila lagi pulak aku nak ke AU3 ni... takkan nak ke sana semata2 nak makan nasi lemak.... adehhh... 

kalau korang nak rasa sendiri keenakkan Nasi Lemak Sambal Sotong tu.. datanglah ke AU3 Keramat.. bukan takat sambal sotong, segala sambal ada... ayam, paru, udang, kerang, rendang pon ada... lokasinya berhampiran tempat belajar memandu IMKEDA dan Masjid Al-Khairiah AU3.. dibuka siang setiap hari dari 7.00 pagi hinga 12 tengahari.. (cewah.. dah macam iklan jalan2 cari makan pulak.. hakhakhak)




26 Mac 2013

Baru Ku Tahu Bagaimana Rasanya Sakit Gigi


Assalamualaikum...

hmmm... gigi.. gigi.... menahan kesakitan ni, rasa macam nak tumbuk orang... huhuhu... pelik betol la... ni pertama kali (sejak dah dewasa ni laa) aku rasa sakit bila nak tumbuh gigi... gigi bongsu aku nak tumbuh.. gigi atas belah kiri... gigi bawah, dua2 belah dah tumbuh dah... tapi takde pulak rasa sakit... kali ni, sakit pulak... rasa menjalar2 sakitnya kat seluruh mulut aku ni.. nak telan air liur pon terasa sakitnya... adehhhh....

apelaaaa..... nak tumbuh, tumbuh je la.... ni siap dengan sakit.. aku rasa pipi belah kiri aku ni macam bengkak.. tapi taknampak la.. sebab pipi aku kan banyak lemak.. huahuahua.... so, hari ni memang aku tak bercakap sangatlah jawabnya...

aku dah rasa sakit sejak hari jumaat haritu.. tapi aku relax je..... tapi hari sabtu, aku dah tak tahan daa... balik dari raub, pahang.. makngah kasi aku makan ubat susut bengkak gusi dengan tahan sakit... malam tu dapatlah tidur lena... esoknya, lepas makan kuih koci, dia berdenyut2 balik... makan lagi ubat.. sampailah ke hari ni... tak hilang jugak sakitnya... tapi yang aku hairan tu, bila makan, tak rasa pulak sakitnya.... hahahaha.... poyo betol la gigi ni...


25 Mac 2013

Happy Birthday Ex-Housemate..


Assalamualaikum...

hari ni adalah hari jadi ex-housemate aku, Puan Wana... hehehe... mari kita sama2 nyanyikan lagu Selamat untuk beliau...

Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Salwana Saad...
Allah Selamatkan Kamu.......
 
semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki.. semoga bergembira melayari bahtera rumah tangga dan In Shaa Allah, dikurniakan cahaya mata yang comel2 kelak... hehehe.. happy2 je k... ^_^
 

gambar lama.... acara prank di KLCC tahun 2010
 

22 Mac 2013

Happy Birthday Buddy!


hari ni adalah hari jadi buddy aku, Cik Fara... hehehe... mari kita sama2 nyanyikan lagu Selamat untuk beliau...

Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Farhana Amzah...
Allah Selamatkan Kamu.......

semoga panjang umur... dimurahkan rezeki.... dilindungi dan diberkati oleh Allah.... dan... semoga perancangan nak mendirikan masjid terlaksana dan semuanya berjalan dengan lancar... aminnn....




alamak, aku dah lama rupanya tak amek gambar ngan ko buddy.. yang latest ada kat phone tapi takleh transfer, sebab takde usb.. huhu...

Adik Dah Dapat Result SPM


Assalamualaikum.... Salam Jumaat kawan2 sekalian...

dah sarapan? aku baru je sudah.... hari ni ada baca Yassin.. AJK2 sediakan makanan... Alhamdulillah... ada bihun dan 3 jenis kuih... bila turn aku pulak nak bawak makanan? huhu.... sekarang mood nak bangun pagi2 untuk masak berada ditahap kritikal... tengoklah, In Shaa Allah, minggu depan...

(ehh... tiba2 bos datang bagi flyers... ingatkan flyers tips kuruskan badan.. rupanya tips jimat air.... tau2 je aku ni macam badak berendam... dok dalam bilik air berlama2... hehehe)

ok, semalam adalah hari bersejarah pelajar2 yang mengambil SPM 2012.. result keluar.... aku memang taksabar2 nak tahu apa keputusan adik aku, Pizin.. dalam pukul 10 lebih, aku call mak.. mak kata dia baru je keluar.. maybe dah sampai sekolah.... lepastu aku teros sms Pizin.. dia balas "Call" je.. hampeh betol.. hahahaha...

aku pon call la dia.. dengar suara macam happy jer.... hehe.... aku tanyalah, dapat berapa? dia cakap "teka lah.." adehhhh... malas tol nak berteka teki ni... lepastu dia cakap lah... dia dapat .....A ...B ...C ...D. (sory, takdapat gtau.. hehehe) aku pon.. Alhamdulillah.... oklah tu... dalam hati terdetik... pandai jugak budak ni... walaupun sikit je A dia... Alhamdulillah... takde yang gagal..

aku tanya apa yang A? dia kata subjek automotif, dua2 dapat A.. bla.. bla.. bla........... wah! teror automotif dapat A... nampak dah dia minat ke arah tu.... aku pon cakap, oklah tu... cuma geram sikit je, BM dia tak A... adehhh... huhuhu... aku, takdelah nak letak harapan yang tinggi, result gempak2 kat Pizin.. cuma aku pesan kat dia dulu, nanti result SPM yang ko dapat, setimpal la dengan usaha yang ko buat.. usaha sikit, sikitlah dapat, usaha banyak, banyaklah dapat.. pikir2 lah.. cewah.. dah macam kaunselor pulak...

Pizin ni, kalau ditengok, memang nampak macam tak study kat rumah... tapi kita sedia maklum perangai budak lelaki kan... kalau dah poyo tu, takde nya nak tunjuk rajin belajar.. hahahaha... nanti kita pulak cakap, buang tebiat kan... tapi adik aku ni, boleh la.... dia akan study bila tiba nak exam... adehh... 

dia pon ada impian... ko tengok bilik dia, yang bersepah gila tak tau mana baju dah pakai mana baju belom pakai bersepah kat lantai adoii pening kepala aku tengok bilik dia dia ada tampal target SPM dia kat meja belajar.... target dia kemain lagi.. A dengan B je.. hehehe... tapi oklah tu... atleast dia ada target.. dia nak berjaya... aku tengok pon rasa nak nangis.. huhuhu.... 

harapan dan doa aku, Pizin jadi anak yang berjaya antara kami... boleh bantu keluarga bila dah berjaya... dapat kerja bagus2... aminnn..... korang yang ada adik yang masih belajar, bagilah semangat kat adik korang k.. adik2 kita ni akan kuat bila dapat sokongan dan dorongan... lagi2 dari keluarga... kan? ^_^


bila sebut SPM je, teros aku terkenang peristiwa aku nak ambik SPM dulu... huhu... T_T

21 Mac 2013

Jawatan Kosong - PTD M41



Assalamualaikum...

kepada kawan2 semua, yang sedang mencari pekerjaan.. ada ijazah... boleh lah isi secara online di laman web SPA ye... cepat2... tarikh tutup 28 Mac 2013..




SUMBER : KLIK SINI

Macam-macam..



Pelakon kena dakwa cederakan bekas suami  
Sharifah Nadia dikatakan cakar tangan ahli perniagaan

Petaling Jaya: Seorang pelakon dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu.

Bagaimanapun, Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd Hezri Shaharil.
Tertuduh yang pernah membintangi filem ‘Diari Romeo’ didakwa mencederakan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 10.30 pagi, 25 November 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Sharifah Nadia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera dengan mencakar tangan bekas suaminya. Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sapphira Selamat, manakala peguam Yusmadi Yusoff mewakili tertuduh. Peguam MK Thas bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili Lob Mahadir.


Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga anak, Lob Ahmad Dani, 7, Puteri Anis Khairah, 6 dan Lob Umar Faiq, berusia empat tahun. 


**************************************************************************************************************************************************************

korang kenal tak pelakon ni? aku rasa pelakon ni yang banyak berlakon bawah arahan Erma Fatima... last aku tengok dia berlakon dengan Tiz Zaqiya, Nazim Othman dan Aqasha tu... kalau tak silap laaa.....

tau tak.... aku rasa benda yang ni sangat kelakar..... tuduhan kerana cuba mencederakan.. tapi cakar je... adehhhh... hal2 macam ni pon nak bawak masuk mahkamah... ingat tuan Hakim tu takde benda lain nak buat.... takpasal2 nak kena bayar peguam bagai...

si bekas suami pelakon, awak tu kena cakar je pon... bukan kena tikam... tak rasa malu ke?

sepatutnya hal2 macam ni takpayah bawak ke mahkamah... bincang baik2.. aku rasa, pelakon ni bukan sengaja nak buat macam tu.. mungkin dia buat untuk mempertahankan diri atau anak2.. sebab hal ni berlaku kat sebuah sekolah...  mungkin lah... yelah, perempuan ni takkan buat benda2 macam tu, kalau bukan untuk mempertahankan diri... siapa setuju dengan aku?? hehe..

oklah, dah rasa diri macam makjemah pulak... yelah, bukan aku yang nak kena turun naik mahkamah.. bukan aku yang keluar duit untuk bayar peguam... jadi, takpayah nak menyebok sangatlah kan... hahahaha... cuma aku harap perkara macam ni takpayah diperbesar2kanlah... malu kat oghang (gaya cakap macam yus jambu)

 

18 Mac 2013

Suka Duka Sabtu Ahad


Assalamualaikum...

dah petang baru nak update.. pagi tadi macam taksempat.. tapi takdelah busy pon.. huhu... ok, meh sini aku cerita sikit mengenai semalam dan kelmarin.. 

sabtu - 16 mac 2013

jumaat malam, aku gerak ke rumah makngah.. saje nak tidur rumah makngah.. sebab aku bosan kat rumah.. ingat nak gi pasar tani, tapi... baik aku gi rumah makngah.. dapat makan free... kihkihkih.. (korang jangan ikot perangai aku ni tau.. hehehe) 

pagi2 subuh aku dengar kat dapur kelentang kelentung.. bunyi blender bagai... tak sedap la pulak tidur... aku dah la tidur kat bahagian belakang, dekat dengan dapur... jadi aku pon bangun... tengok makngah tengah bersilat kat dapur, nak siapkan kuih koci.. ada orang order untuk kenduri kahwin dalam 400 biji... banyak kan? aku basuh muka sume... lepastu bersilat sekali dengan makngah... kalau kat rumah aku, dapat gak buat kerja sambil duduk.. tapi, makngah ni memang buat kerja berdiri sentiasa...

mula2 makngah suruh aku masukkan inti... tapi, aku kan amatur.. dia dah 3 biji, aku masih terkial2 buat 1.. huhuhu.. agaknya makngah pon tengok aku buat kerja slow sangat, dia suruh tukar.. suruh aku melipat pulak.. hahaha.. melipat tu maknanya, letak koci yang dah siap masak dalam daun pisang, lepas tu bungkus dan lipat, susun dalam kotak... ha, yang ni aku boleh buat laju sikit... ala, apela sangat lipat2 tu, pejam mata je... ecececehhhh... berlagak! hahaha...

400 biji, rasa nak tercabut jugak la tumit aku dok berdiri.... almaklumlah! badan gemok kan... hak3.. (T_T) dah siap2 sume, pegi hantar pulak.... nasib baik takjauh... tapi takboleh jalan kaki lah, tercabut teros kaki aku nanti... balik tu, aku tanya makngah, kalau dia taklarat, aku boleh pergi belikan breakfast.. tapi makngah taknak.. dia nak goreng bihun... dia memang jenis taksuka beli2 ni... membazir katanya, dah la taksedap mana... huhu... biasalah.. orang pandai masak memang camtu... hehehe..

dah breakfast sume, tunggu lah mak aku... dia kata nak datang... nak hantar kuih karipap... sambil tu, dapatlah lelap mata.. yelah, kol 5 pagi aku dah bangun, haruslah mengantuk.. masa aku dok terlelap2 tu, makngah dok sambung buat koci, ada orang order untuk makan pukul 1... dalam 100 biji.. aku tolong sekejap je... 

petang pulak, dalam kol 2 camtu, baru lah makngah start masak... rumah makngah ni, makan breakfast pukul 10, lunch pukul 3-5 petang.. malam tak makan dah.... boleh camtu? hehehe.. tanyalah timah, aku ngan timah pernah kelaparan sebab nak tunggu waktu makan yang dah lari dari waktu makan kitorang.. nak makan luar, macam takpatutlah pulak... huhuhu....

masa makngah masak tu, aku kengkonon nak tolong la.. tengok dia macam nak parut kelapa.. jadi aku pon memvolunteer kan diri nak tolong mesinkan... aku dah biasa buat... perasan macam dah teror la... baru nak pusing kelapa tu, tiba2 kelapa tu tersangkut dan tercampak.. aku macam taksedar sangat masa tu... zapp... teros gerigi mesin tu sambar jari2 aku..... tapi time tu rasa cam taksakit pon.. boleh lagi ambik balik kelapa tu nak sambung parut.. tapi makngah suruh stop.. sebab dia tengok tangan aku dah berdarah... aku pon stop, pegi cuci tangan... makngah bagi minyak but-but suruh sapu.. aku, ok je masa tu... ingat macam tak serius... aku jalan ke bilik... masuk bilik je tengok tangan dah penuh darah... adooii.. banyaknya darah....... sampai meleleh depan pintu....

lap2 darah, sapu minyak... tengok, Ya Allah, terok jugak... time tu baru lah rasa..... adooooiii.. rasa nak menjerit je... rasa nak tendang orang pon ada.. huhuhu... ni lah aku rasa first time aku luka kat tangan paling terok... selalu kena pisau ke melecur ke takdelah sampai darah meleleh2... luka dalam agaknya... tangan kanan pulak tu... huhuhu.... 

mak sampai dalam pukul 3 lebih gitu... dekat pukul 4 barulah makan 'lunch' hehehe.. aku tangan sakit2 pon, makan tetap berselera.. yelah, mak aku bawak pulut kuning dengan rendang ayam.... aku pesan kat mak mintak masakkan.... berselera aku makan.... hehehe..

malamnya, aku balik sekali dengan family aku... family aku tak tidur putrajaya pon... (mana mau nya ayah aku tu...) family balik melaka, aku, teros gerak g jusco... hehehe.... nak cari baju untuk kenduri esoknya... aku gi jusco equine je.. sampai2, dapat parking, teros masuk cari baju... terserempak dengan Huda, dia nak cari kasut untuk purple walk esok.. hehehe..

aku pusing2, try2, takde pulak yang berkenan.... ada yang berkenan, harga boleh tahan pulak... last2, takpayah beli la... tapi dah alang2 aku datang jusco ni, aku carilah barang lain.. barang ape tu? adalah... barang perempuan... hehehe...

balik rumah dah dekat pukul 11.. ready baju untuk esok... lepastu tidur.. tapi, sebelum tidur, balut dulu jari2 yang masih berdarah ni... aku ni tidur ganas sikit... kang makin terok jari aku.. huhu..

ahad - 17 mac 2013

hari ni terpaksa pergi ke 1million women purple walk... terpaksa hokey.... aku diwajibkan pergi.. huhuhu... aku dah plan nak pergi kenduri bertunang kawan sekolah aku, konon nak gerak pagi la.... tapi, terpaksa pegi purple walk ni dulu.. kang takpergi, kena tindakan pulak.. adeh... sekarang ni, semua aktiviti rasa macam kena paksa je... takde kebebasan memilih langsung... hmmm....

oklah purple walk ni... ramai sangat orang.. rasa dah macam duduk dalam lautan manusia dah... tapi yang takbest, kata purple.. tapi ada yang pakai merah la... kuning la... dah tenggelam warna purple tu... ape daaa.. yang bestnya, ada senam tari.. aku memang suka benda2 camni... dapat keluar peluh.. aku dah la jauh dari pentas utama tu.. aku berdiri betol2 kat simpang empat antara menara usahawan, kpdnkk dan bahagian pinjaman perumahan... betol2 kat tengah.... hahahahaha.... bayangkan kalau takde purple walk ni, dapat ke korang terjoget senam tari kat tengah2 alam tu? hahaha...

lepas tok najib berucap je, aku pon balik... pukul berapa aku sampai majlis kawan aku... dah abis majlis sarung cincin dah... huhuhu... yelah, majlis dia start kol 11.30 pagi.. aku gerak dari putrajaya je dah pukul 11.. mana sempat... dengan jem lagi... takpelah, janji majlis berjalan lancar....

eh, rasa cam panjang pulak karangan aku... hahahaha... takpelah, meh tengok gambar pulak....



Wani & Fatimah @ Qimah - diorang yang sampai dulu...



Mastura - yang bertunang



Mast dan tunangnya, Afiq



bersama hantaran lelaki kepada perempuan



hantaran perempuan kepada lelaki



aku je tak tunjuk tangan.. pasal tangan tengah tak cantek... hehehe...
 






 

kami 3 sekawan.. takkan terpisah... dunia akhirat...

soryla, gambar taksempat edit.. pastu takleh nak pebesaq lagi.. sat gi gambar blur/pecah..

malam tadi, korang tengok ke bola or hoki? aku tengok dua2... tapi lebih kepada hoki... sebab aku tengok bola macam slow je... macam tade semangat je pemain2 harimau malaya.. lesu.. 

xpela.. tade rezeki Malaysia nak menang malam tadi untuk dua2 sukan ni.. doakan yang terbaik je la untuk perlawanan2 seterusnya...
  

15 Mac 2013

Hahaha...


Perangai Haiwan Yang Tidak Disangka-sangka...

Adooiii... aku pulak tak boleh terima... hahahahahaha.... walau bagaimana pun, haiwan2 ni sangatlah cute... hehehe...

meh tengok SINI..


14 Mac 2013

Tekanankah?


Assalamualaikum....

dah hari khamis... sekejap je.... minggu ni rasa penuh pulak aktiviti.. tak macam minggu lepas.. sabtu ahad aku dok rumah je.. sorang2.. maklang balik rumah dia.... ari sabtu je aku keluar, sebab nak ambik angin, lepastu terasa nak makan KFC... baru je nak lepak2 berangan sorang2 kat tepi tasik (dekat dengan Monumen Alaf Baru) sambil tengok cruise, tiba2 hujan pulak.. adehhhh.... xpe, ayuh bergegas ke Dengkil untuk beli KFC.. huhuhu... eh, ni apesal citer pasal minggu lepas pulak.. hehehe...

minggu ni, sabtu.. mak kata nak datang... nak hantar kuih kat rumah makngah katanya... aku pon tak ambik banyak dah kuih.. almaklumlah, takpandai meniaga.. hehehe.. kang ambik banyak2, xlaku pulak.... huhuhu.... tapi dalam ari yang sama, bahagian aku buat bowling tournaments pulak.. dah banyak kali ofis aku buat tournament, tapi mesti aku takdapat join.. sebab clash dengan aktiviti aku yang lain..

ari ahad pulak, sepatutnya pagi2 lagi aku nak teros pergi AU3, nak pergi kenduri bertunang kawan sekolah aku... tup2, dapat arahan kena pergi Women Purple Walk tu.... adehhhh... WAJIB pulak tu... hmmm.. saje je kan... kalau ikot tarikh sebenar 10hb tu, aku dah free dah.. sekali tunda 17hb... time aku dah ada program, time tu la ko nak buat kan.... huhuhu.... takpelah, aku pergi sekejap kot... kenduri kawan aku tu start 11.30 pagi katanya... purple walk tu habis dalam 10.30 pagi... oklah kot.. datang lambat sikit la kenduri tu...

ehh.. aku dah lari dari tajuk sebenar ni.... huhu.... lately ni, aku rasa hati aku tak tenang... lebih2 lagi bila nak pergi ofis.. rasa tak semangat.. rasa tak sedap hati.. macam2 rasa lah... tiba2 aku rasa macam ada orang taksuka kat aku... aku tak tau kenapa aku rasa macam ni.... hmmm... adakah aku sedang mengalami tekanan? macam2 perasaan yang datang sampai aku terpikir nak mohon pertukaran, kalau boleh keluar dari Putrajaya yang gah ni... huhuhu....

mungkin aku perlu pergi bercuti.... hmmm.... entahlah....


13 Mac 2013

Kuasa Minda dan Hukum Tarikan


hmmm.. macam tak bape nak menarik sangat kan tajuk diatas... nanti dulu... korang jangan cepat melatah dan cakap "adehh.. bosannya tajuk, takpayah baca la blog si liana ni..." hehehehe.. ada ke yang akan cakap camtu? 

hari ni sepatutnya aku ada Taklimat Kesedaran Perlindungan Diri dan Saringan Kesihatan... biasalah.. taklimat2 macam ni memang bukan favourite aku.. sekali lagi diulang, bukan favourite aku.. sebab?? aku malas nak layan orang yang sibuk nak tengok berapa berat aku.. boleh gitu? huhuhu... lagi tadi, pasal purple walk, semua staf wanita kena pergi kan 17hb ni.. ada orang tu sibuk tanya kenapa aku takdapat baju lagi? sambil senyum2 sumbing.. walaupun dah kata baju2 saiz besar petang karang baru dapat... adehhhh.... susah ke nak paham?? kang aku cakap tamil kang baru paham agaknya...

tapi2, taktau atas sebab apa, tajuk taklimat telah ditukar, (fuhhhh... lega...) tukar kepada Taklimat Kuasa Minda dan Hukum Tarikan.. apa tu? korang pernah dengar atau baca tak pasal benda ni?

ni kali kedua aku pergi taklimat ni... first time macam takpaham sangat.. kali ni, takde la beria sangat nak pergi pun, tapi sebab nama dah ada dalam senarai, terpaksa jugak lah pergi... huhuhu..

apa yang boleh aku simpulkan pasal menda alah ni, kita kena positif dan selalu positif... percaya pada kemampuan diri sendiri, yakin dengan kebolehan diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada... keypoint nya, POSITIF POSITIF DAN POSITIF... bayangkan apa yang kita nak, dapat ilham, teros buat... jangan dok bayang je.. tapi bila dapat ilham, buat dono je.... tak jadi ape lah kalau macam tu.... serupa macam angan2 mat jenin...

dan seperti biasa, kalau taklimat2 pasal meningkatkan self esteem ni haruslah ada hipnosis kan... alaaa.. yang soh pejam mata... lepas tu speaker tu cakap dengan nada yang slow, sedih. suruh kita bayangkan itu, bayangkan ini.... hmmmmm... meleleh jugak lah air mata ni.... okla tu, actually dari semalam aku rasa nak menangis, tapi macam ada benda yang menghalang yang membuatkan dada aku sakit... tapi bila dapat menangis tadi, teros hilang segala sakit didada.... semalam ada 1 perkara 'kesalahfahaman' yang terjadi di ofis, yang membuatkan aku tersentak sekejap.. kemudian aku teros pergi explain, tapi hati aku tetap tak tenang... nak nangis, tapi tak boleh... hari ni, lepas dihipnosis, teros keluar air mata tanpa dipaksa.. :)

lepastu suruh pulak isi form Senarai Kesyukuran, Pada Hari Ini Saya Bersyukur Kerana................. aku pon, isi form berkenaan dengan linangan air mata, air hidung semua lah.... hahahaha... kelakar pon ada jugak.. adehhh... 

ok, kalau nak tau lebih lanjut, moh klik kat SINI...


Betul ke Bohong?


Assalamualaikum...

Nak tanya pendapat korang.....

Kalau ada seseorang tak suka kat kita, apa saja yang kita buat ada je tak kena.. atau apa yang kita buat, dia cepat je terasa dan nak melatah... padahal, apa yang kita buat/cakap takde kena mengena pon dengan dia....

korang rasa??

~aku yang takpaham dengan orang2 sekeliling

12 Mac 2013

Api oh Api 2.0


Assalamualaikum...

sejak semalam, aku kat ofis ni kepeningan... mendengar bunyi teettttttttttttttttttttttttttttttt setiap kali ada orang keluar masuk pintu tapi diorang tak tutup rapat pintu tersebut.. adehhhh.... selalu tak bunyi pon.. tapi ntah kenapa sejak budak2 maintenance menservis pintu tu, teros keluar bunyi teeetttttttttttttttttttttt yang menyakitkan telinga dan otak aku... huhuhu..

bunyi tu memang berdesing la... sampai aku jadi pening... naik mual.... rasa nak muntah... boleh gitu? tengok pc lagi la nak muntah.... huhuhu.... eh, macam takde kena mengena kan pintu dengan pc.. ahhh.. ada aku kesah?!! 

pintu tu adalah laluan utama nak ke tandas dan lif utama... waktu2 genting bila nak keluar rehat dan nak solat... adehhhhh... sakit telinga aku... diorang keluar masuk, tapi taknak tutup rapat pintu... dah tu ada yang sengaja selak pintu sebab tak bawak pas... adehhhh..... tadi aku dengan huda dah letak note kat pintu tu, TUTUP RAPAT PINTU DAN JANGAN SELAK KUNCI PINTU INI. HARAP MAKLUM. tapi ada jugak bunyinya... huhuhu....  jangan sampai aku letak note... TUTUP RAPAT PINTU DAN JANGAN SELAK KUNCI PINTU INI UNTUK MENGELAKKAN PENCEMARAN BUNYI!! boleh?? 

nampak? takde kena mengena kan cerita aku dengan tajuk di atas? memang takde kena mengena pon... hahahahaha... cerita kat atas ni, luahan perasaan... kat bawah ni baru cerita sebenar...




setelah berbulan2 takpayah bil elektrik, bulan ni.... hamek ko!! ala... terlebih 2.90 je pon... tapi bulan 1 hari tu aku ada kena bayar jugak, dalam rm19.50.. tak sampai rm20 pon kena bayar jugak ke? takpaham aku TNB ni... huhuhu... tapi dah soh bayar, bayar je la kan.... ni letrik terlebih guna ni, aku rasa mesti masa maklang pasang P1 wimax aritu... tapi internet takbape sangatlah.. kadang2 ok, kadang2 ko.. kejap2 bole, kejap2 tak... teros maklang give up... hahaha... nasib baik.. kalau tak melambung2 lah bil elektrik aku.. hahahaha..


05 Mac 2013

Pray4Sabah


Assalamualaikum...

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah... sekarang, semua media sedang siarkan berita tentang pencerobohan ni... dan Takziah aku ucapkan kepada keluarga wira2 negara kita yang terbunuh dalam serangan hendap oleh pihak penceroboh.. serius, aku sedih sangat.. sedih dengan kematian wira2 kita, sedih dengan pelbagai cerita yang diputarbelit, sedih dengan sikap rakyat Malaysia yang tak bertimbang rasa, sedih laa...

sampai satu ketika, aku jadi takut.... dan terbayangkan ketakutan penduduk di Lahad Datu, terutama sekali penduduk di Kampung Simunul dan beberapa kampung sekitar bila ada rumah2 yang ditawan pihak penceroboh... aku terbayang yang aku berada dalam situasi diorang..

tapi aku sedih, kenapa ada dikalangan rakyat Malaysia ni, suka buat tuduhan, fitnah, putarbelit cerita, kaitkan dengan politik, macam2 lagi lah.. tu belum lagi yang buat kenyataan melampau... sakit hati aku... dan yang paling aku sedih, penceroboh adalah orang Islam.... Islam tentang Islam, agama lain bertepuk tangan.. hmmm...

kita sama2lah berdoa, agar krisis ni berakhir dengan aman... takde lagi pertumpahan darah.. berundinglah dengan cara baik dan matang... walau apa sebab sekalipun... janji sana ke, janji sini ke, umno punya pasal ke, pembangkang punya pasal ke, apa sajalah... dan aku harap, pihak lain, takpayah nak ganggu gugat fakta dan sebagainya.... taktahu, buat cara taktahu... takpayah masuk campur.. biar pihak berkuasa yang selesaikan...

dan aku ada terbaca, yang PDRM menasihatkan rakyat Malaysia ni supaya jangan membocorkan maklumat2 tentang apa saja di laman sosial..

pagi ni, pasukan keselamatan negara akan buat kepungan di Kampung Tanduo, tempat penceroboh2 berkubu... berdoalah agar Allah lindungi pasukan kita.. harap2 takde lagi pertumpahan darah...



kawasan2 zon merah - dalam bahaya
tempat dimana Pakcik aku berada, sedang mendidik anak2 sabah 
 

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."