Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 Jun 2013

Untuk Terakhir Kali




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!



telemovie ni telah ditayangkan malam tadi.... sedih sungguh ceritanya.... tahniah Michael Ang sebab buat aku menangis..... huhuhu..... (tengok drama pon nak nangis.. adehh)

siapa yang tak tengok cerita ni, nak tau sinopsis or nak tengok sendiri macam mana ceritanya, sila lah google ye... hehehe.... setakat ni, aku tak kecewa la dengan drama2 Michael Ang.... ok Mic, lepas ni Dude Harlino pulak tau... hahaha... dan Elfira, ko memang beruntung dek... mula2 Randy Pangalila, lepastu Baim Wong... bila pulak awak nak dapat berlakon kat produksi sana?? hehehe...


psstt: betol ke El dengan Baim bercinta? haritu tengok MeleTOP, si Baim macam buat pengakuan pulak pasal hubungan diorang... tapi macam dinafikan El... eh, bergosip pulak aku ni.. hehehe.. 





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

24 Jun 2013

Saya Setuju! Anda Bagaimana?


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


CUEPACS syor bonus lebih sebulan setengah


Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.

“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid.

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan. 



sumber : Berita Harian Online




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

18 Jun 2013

Kerana mulut...




Bibir yang melengkapkan keseluruhan struktur mulut adalah satu senjata tajam yang dimiliki manusia. Namun perlu kita ingat yang senjata tajam ini juga mampu menjatuhkan si pemiliknya sendiri jika salah percaturan.

sumber : myMetro

********************************************************************************************************


lately ni, aku asyik sentap dek kerana mulut2 tajam manusia.... cewah.... manusia lah.... takkan binatang pulak kan.... hak3.... entahlah.... aku pon, asal benda yang kurang enak didengar je nak sentap.. adehh... hati tisu betol lah....aku bukannya apa.. aku boleh terima apa yang dikata, cuma aku tak berdaya nak balas balik.. ke tak berani?? huhuhu..

oklah, aku mengaku, aku tak berani... mungkin belum sampai tahap maksimum lagi.. kira apa yang dikatakan tu, aku sentap sekejap je lah.. lepastu ok.... takdelah sampai nak pi lempang orang tu....

tapi tu lah, bila aku sentap, aku tak melawan, hati aku pulak yang sakit...... huhu... sakit wooo.. rasa cam nak pi tumbuk dinding rasanya... geram!  lepastu merungut sorang2.. hmmm.... 

takpelah... maafkan je lah manusia tersebut... entah apa yang tak kena aku pon taktau lah... kalau bercakap tu, tak sinis dengan aku takboleh gamaknya... aku ada buat salah ke, dia kecik hati dengan aku ke, ehh... entahlah... yang pasti, aku bukan jenis nak melawan mulut dan akhirnya menjatuhkan air muka orang... tidak sesekali...  mak aku selalu pesan, biar orang buat kita, kita JANGAN buat orang... "tapi mak, kalau orang balas sikit, sampai mulut dia ternganga atau tak terjawab, pastu orang blah, boleh kan mak?? hak3"

17 Jun 2013

Adik Ver.2


Update lagi pasal adik.... hehehe....

tadi call Pizin.. macam sedih pulak.... tapi aku cover la kan.. hahahaha.. (apedaaa) otw nak ke dewan katanya... mak kata dia ada kawan2... kawan yang sama2 belajar kat teknik... sama2 dapat PPD, jurusan yang sama.. baguslah, takdelah dia mengagau sorang2 hari pertama ni.... si Pizin ni muka boleh tahan bengis.... susah nak mula tegur orang.. tapi lama2 ok dah... cuma kawan2 tu kena sekepala la... dia ni kepala angin sikit..

yang aku geram kat PPD sekarang ni, pelajar sem 1 ada yang tak dapat asrama.. boleh ke macam tu? lepastu bagi menumpang kat asrama seminggu sebelum dapat rumah sewa.... huh! tah apa2 tah.... kot ye pon, bagilah untuk sem 1 ni... bagi student tu biasakan diri dengan persekitaran PPD dulu... sok2 sem 2, tak bagi pon takpe.... (arrggghh.. dulu aku sem 2 pon takdapat asrama.. gara2 ada kes kat blok asrama, aras yang aku duduk tu, 1 aras tu, sorang je yang dapat... huh!)

tadi aku dah pesan kat Pizin... oleh sebab dia takdapat asrama, ayah dah bagi kebenaran untuk dia bawak motor... aku suruh dia carik rumah sewa kat lorong belakang sikit.. yelah, murah sikit lah dari duduk lorong depan.... ada motor kan..... 

harap dia oklah.... alah.... aku pon, nak risau sangat pulak... pandai2 lah dia nanti kan..... kawan2 ramai...... hahahaha... dulu aku boleh je, lagilah, takde kawan langsung dari sekolah yang sama... hari pertama dapat kenal roomate, hari kedua teros jumpa buddy.. melekat title buddy sampai sekarang.. hahahahaha... fuyooo.... dah dekat 7 tahun kita kawan lah farah..... hahahahaha...

oklah, sebelum aku mengarut lebih lagi, aku stop dulu lah.... dok tunggu auditor ni, tak tiba2 lagi.... hmmm......

Adik


Assalamualaikum....

hari Isnin, permulaan hari yang sangat baik... Alhamdulillah..... semoga ceria pagi bawak sampai ke petang.... hari ni, ada audit 5S dari MPC.... hmm... aku dah penat dengan 5S ni... hari ni, Insha Allah, akan berakhir la... tapi untuk tahun ni la.... tahun depan dan tahun2 seterusnya tetap ada lagi... biasalah, persijilan tiap2 tahun...

ok, lupakan pasal 5S dan ofis... hari ni, 17 Jun, adik aku, Muhammad Hafizin akan mendaftar di Politeknik Port Dickson sebagai pelajar Automotif... aku harap semuanya berjalan dengan lancar.. aku memang takde tolong dia apa2 untuk buat persediaan.. yelah, aku kat sini.. dia kat Melaka, ada 2 orang lagi kakak, mak dan ayah yang boleh bantu kan... hehehe... cuma pagi2 tadi, aku ada sms dia,

"uiiittt... dah ready ke nak jadi student ppd?? hehe.. jaga diri.. jgn nak main2 lagi dah.. belajar betol2.. t pape msj akak"

ni first time dia akan belajar hidup berdikari.. kira jauh la dari family (jauh la sangatttt)... dulu masa sekolah ada jugak dia duduk asrama... tapi tiap2 minggu balik, pe ke hey nye kan... huhu... jangan dah masuk poli ni, buat lagi perangai nak balik tiap2 minggu... memang aku tepuk2 dahi dia... dan, boleh la aku selalu pergi PD kan... hahaha... ke, nanti adik aku takbagi datang... yelah, adik2 sekarang ni mana suka mak ayah kakak datang tengok kan, nanti dicop anak manja.... ahhhh....... lantaklah!

nanti, 29 Jun, adik aku, kakcik akan konvo.... dah mention awal2 dah.. nak bunga yang ada teddy bear coklat bagai.... untung lah boleh mintak2 kan.. time aku dulu dapat bunga tiga kuntum je... hahahaha.... (sudah2!! lupakan perkara lama... hahaha) 

dah besar dah adik2 aku ni... kakcik, 23.... pizin, 18.... dekya, 10...  along dah 26.. bila ko nak kawen ni long?? hmmm.....


love my siblings soooo much!!



13 Jun 2013

Sikit Lagi Nak Kena Marah.


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

ingat hari ni taknak post apa2.. yelah, sambutan kepada blog dah kurang sekarang.. masing2 ligat layan twitter, instagram, weChat, dan terbaru kakaoTalk.. hahaha.. nampaknya aku agak ketinggalan sikit.. almaklumlah, hp pon tak berapa nak canggih.. dapat berfb dengan wassap pon kira dah bersyukur da.... ehh, apa yang aku melalut ni... hahaha.. (pasang impian ni nak pakai iphone.. huhuhu)

oklah, berbalik pada kisah sebenar, tadi aku hampir2 nak kena sembur dengan kerani yang jaga hal2 berkaitan tempahan makanan untuk mesyuarat... alkisahnya, aku pon baru dapat date pagi tadi dari PA TKP aku untuk satu perbincangan dengan pihak luar... dah tu, pagi tadi jugak aku teros reply emel bagi pihak bos aku.. perbincangan tu akan berlangsung esok..

so tadi aku tanya balik bos, nak tempah minum tak? nanti jadi macam kejadian semalam pulak.. ha, kejadian semalam jap lagi aku cerita.. bos pon suruh la tempah... lepas tu bos aku ni katanya dah jemu dengan kuih2 kat bawah tu... tak sedap katanya.. aku pon ia kan je lah... huhu... tapi nak buat macam mana.. dalam borang pon kena tulis 2 jenis kuih.. kuih pon bukan kita yang tetapkan, ikot nasib la kuih apa yang ada... tadi aku konon nak request roti jala, tapi kerani tu datang balik, kata takboleh.. kena 2 jenis kuih jugak... ok!

pasal nak kena sembur tu, bila aku bagi je borang dan kata untuk esok, teros dia pandang aku dan cakap "kan dah kata kena bagi 2hari sebelum.." tapi muka dia ok lagi la masa tu.. belum menunjukkan kemasaman.. hahaha.. aku pon terus tunjuk bukti, emel yang mengatakan aku baru dapat tarikh perbincangan hari ni... dia pon, takboleh nak kata apa la... tapi bila aku gerak je, terdengar dia mengeluh.. kuat lak tu.. hahaha... tanda dia takpuas hati la tu..... 

kejadian semalam pulak... aku selalu tolong sorang bos ni tempahkan bilik mesyuarat.. aku pon, ikot je la arahan.. orang kata tempah bilik mesyuarat, aku tempah bilik mesyuarat je lah.. dia tak suruh aku tempah makan minum... aku pon takde pulak nak tanya.. sebab kalau sesi perbincangan ni selalu kejap je.. 

tapi tiba2 masa perbincangan sedang berlangsung, bos tu datang kat aku mana ada jual air mineral.. aik, aku pelik lah.. dia kata lupa nak pesan kat aku tempah makanan... aahh.. aku pon terlupa nak tanya.. jadi kengkabutlah dia.. maybe sebab bos aku tanya kot.. teros suruh aku carikan air dengan kuih.. nasib baik lah aku ada no telefon abang kafe ni.. call suruh hantar air dan kuih.. nak sekarang pulak tu.. adehh...

air takde masalah.. nak tunggu pisang goreng tu yang wat jantung aku dupdapdupdap... bos tu pulak asyik call je kata camane air, camane kuih... huhuhu... last2, aku suruh abang kafe tu hantar air dulu.. nanti pisang goreng tu aku pergi ambik kat bawah....

yang kelakar tu, aku kena tatang tray pisang goreng tu dari kafe sampai ke atas.. bukan bawak troli ke, plastik ke.. nasib baik ada laluan belakang... kalau tak segan jugak aku... huhuhu...

itulah PA.. orang asyik mengata PA ni kerja rekod surat, angkat telefon.. macam yang aku baca kat page Setiausaha Pejabat kat fb.. dah tu, aku kena tatang tray pisang goreng, angkat printer yang berat dari kereta bos, buat semua arahan2 yang bos suruh dari sekecil2 benda sampai ke besar2 benda.. takkan nak kena bagitau kat semua orang kan...."oii.. tadi aku kena buat tu.. tadi aku kena buat ni.." pastu nak lepas geram, kat PA jugak.. yang kelakar tu bukan calang2 orang tu nak marah aku, gred 17.. huhuhu... ni, bos baru suruh aku alihkan pokok masuk dalam pasu.. ha, nak kena main2 tanah pulak.. huhu.. nasib.. nasib...

terasa nak buat gaya AC Mizal lak.. "nasib kau lah"





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!
 


12 Jun 2013

Menarik di TV


Drama Teduhan Kasih.



aku tau, sekarang ni semua anak2 dara, mak2 dara, makcik2, nenek2 tengah meroyan tengok drama ni kan?? hahahahaha.. aku pon termasuk sekali lah.... hehehe... hari2 tengok, asyik cakap.. haisshhh.. kenapalah ko ni romantik sangat wahai papa Ehsan.. hahahaha... ~~gila.

eh, takdelah..... aku suka watak Ady Putra dalam drama ni.. penuh kasih sayang, romantik, bertanggungjawab.. tu bila dia dah jadi papa Ehsan la.. sebelum tu, perangai cam hape tah.... perempuan kiri kanan, minum... hisshh.... taksuke!



watak Iffa setakat ni oklah... cuma taktahan bila dia kena buli dengan kaklong & mak tiri dia... ha, 2 watak ni pon, ya Allah... geram betol menengoknya.... punyalah puaka mulut masing2... tapi lama2 aku tengok, kelakar la pulak... hahaha..

si Ayu tu lagi lah........... eh, malas la nak cakap.. hahaha... apa2pun, tu semua hanya watak dan perwatakan dalam drama sahaja... di luar drama, aku tak tau lah.... tapi dalam kehidupan realiti, aku tau masih ada lagi manusia2 yang berperangai macam ni.. hati busuk, penuh hasad dengki dan takboleh tengok kesenangan orang lain... dan aku harap takdelah antara kita2 ni yang berperangai macam ni.... ok..

siapa yang takpernah tengok drama ni, boleh la pi layan kat tonton ke, dailymotion ke, youtube ke.... takpon beli je novel... sebab drama ni diinspirasi dari novel..

^_^Y




11 Jun 2013

Kerja


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

nampak tak menarik langsung tajuk aku kali ni.... lantaklah, malas nak pikir... sebab aku memang nak cerita pasal KERJA...

semenjak kakak dan adik aku, kakcik habis belajar, masing2 sibuk nak bekerja.... rezeki lebih berpihak pada kakcik sebab bos tempat kerja lama dia memang dah cop dia awal2 untuk kerja dekat farmasi beliau.. aku pon ok je sebab gaji pon ok.... standard la budak2 lepasan diploma walhal kalau ikotkan starting untuk lepasan diploma adalah rm1400++... takpe kakcik, cari pengalaman dulu....

kakak aku pulak, menggigih cari kerja.... ijazah pendidikan dari kolej, memang susah sikit nak dapat tempat... jadi, sebelum dipanggil menjadi pendidik, dia terpaksa cari kerja lain untuk menampung kehendak dia yang aku rasa agak berlebihan sikit.. tapi takpe, asalkan dia punya kehendak tu tak susahkan mak ayah sudah la.... sekarang dia dah pon bekerja.. disebuah kilang dekat area krubong/cheng, jadi QA kot..

dan aku, adalah orang yang paling sibuk mencarikan kerja untuk diorang ni..... asal ada jawatan kosong, tak kisahlah gov ke, swasta ke, badan berkanun ke, bank ke.. cepat2 aku gtau diorang.... tapi...... aku je lah yang beria... diorang ni, hmmm........

diorang ni mula2 sibuk suruh aku carikan kerja, jawatan kosong... bila dah cari, tak minatlah, ape lah.. last2 tak apply pon... cehhh... buat penat air liur, kredit aku je.... tapi takpe.. selagi aku boleh tolong, aku tolong... aku tolong carikan je la.. bukan boleh janji diorang dapat kerja tu.. atleast, ikhtiar.... rezeki kan di tangan Allah... bukan ditangan bapak



psstt : haa... korang kalau tau ada jawatan kosong kat tempat kerja korang, bagilah tau aku ea.. apa jawatan sekalipun..... terima kasih... ^_^




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

06 Jun 2013

Reunion The Chii @ Wangsa Walk Mall


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum......

tergendala cerita aku beberapa hari ni.... takpe, hari ni aku nak cerita lah perjumpaan aku dengan geng2 aku masa form 4/5 yang berlangsung di wangsa walk... hahaha... berlangsung lah sangat!

aku gerak dari rumah teros pecut ke setiawangsa untuk ambik Tira (Athirah) kat stesen tren setiawangsa... lepastu, buat kejutan pada yang lain, pegi ambik si Fahila (Farahila) kat rumah beliau kat kuarters polis berhampiran tren tu.. si Fahila ni kata tak sempat nak ikot sebab dia kerja petang... beliau ni nurse kat hospital bersalin swasta, dekat dengan wangsa walk tu.... tapi alih2 dia tukar fikiran, kata nak ikot.... dia masuk kerja lambat sikit... (katanya hospital tu takramai patient.. so, bole lah buat suka hati macam hospital tu dia punya.. hak3)

lepastu teros pecut ke AU3.. ambik Mast (Mastura).. terkujat jugak lah tiba2 dia tengok ada si Fahila ni... "oii... kata kerja?" hahahaha.. "aku suruh kawan aku jaga kejap.." suka hati ko lah Fahila... dan...... terus ke rumah Qimah (Fatimah)... aku saje je jemput dia last sekali.. nak tengok berapa lama dia bersiap.. hahaha... makcik ni kalau bersiap mengalahkan datin.... berlari2 dia turun tangga, sebab budak2 ni kenakan dia, kalau dalam kiraan 10 dia tak ada dalam kereta, bye2 la jawabnya... hahahaha...

penuh ko kereta aku... hahaha... terasa jugaklah bebannya masa naik bukit... hahahaha.... yang kurus, si Thira je... Mast badan pon dah naik balik lepas tunang... tapi dalam ramai2 ni, yang selalu jadi bahan adalah Qimah... aku pon badan naik jugak, tapi selalu terselamat... hahaha.... tapi aku tengok Qimah dah susut sikit.. sebab dia kata dia amek SDII... ok lah tu.. aku? hmmmmmm..............

yang peluk tiang, Mast... depan dari kiri, Fahila & Thira
 sampai wangsa walk, tunggu sorang lagi, Pijat (Syafirah).. aktiviti pertama, karox! hehehe... ni first time aku karaoke dengan budak2 ni... malu ada, segan pon ada...... tapi............... bila dah pegang mic, lepas aku, aku.. lepas aku, aku lagi... hahahahaa.... eh, xdelah.. aku diminta untuk nyanyi sekali dengan diorang, lagi2 si Qimah ni... saje suruh aku backup dia... huh. letih mak nok! best jugak lah budak2 ni... sporting... lantak pi la suara sedap tak sedap... tapi suara diorang sedap k.... lagi2 Mast, Thira & Pijat.... Pijat ni jiran aku dulu... dia selalu jugak ajak aku karaoke kat rumah dia... nyanyi lagu Siti Nordiana.. hahahahaha....

lepas karox 2jam, (2jam je... hehe) kitorang pegi makan..... kelakar kat sini, kan si Qimah tengah diet kan... makan SDII, mana boleh makan benda2 karbo, manis... boleh makan protien dengan sayur hijau je..... so, dia dalam dilema la nak makan apa... apa yang dia nak makan, mesti kena larang dengan Mast... hahaha... "ko jangan nak mengadalah Qim makan bukan2... penat je minum SDII, tapi makan takjaga" hahaha.. gasak korang lah... last2 dia makan fish & chip... tu pon kena marah dengan Mast sebab dia curi2 makan fries... hahahaha...

masa makan, Fahila mintak diri.. huhuhu..... dapat jumpa kejap je.. nasib baik hospital dia dekat, jalan kaki je dari wangsa walk tu.. lepas makan, masing2 blur nak buat apa..... Tira & Qimah nak tengok wayang... aku..... hmm... ok je... Mast pon ok je... Pijat, macam taknak.. tapi, ikot majoriti, kalah la... hahaha..  aku, Qimah ngn Tira pergi solat, Mast & Pijat pergi beratur beli tiket.. time tu takpasti lagi nak tengok citer apa.. last2 budak2 ni pilih Star Trek.. aku ada wat entry pasal citer ni dan kejadian yang berlaku dalam hall sebelum citer start.. hahaha... baca SINI..

sebelum tengok wayang tu, kitorang pergi kat tempat main game tu... penuh sesak... budak2, remaja, makpak budak pon ada... yang menarik perhatian semua orang masa tu, ada sorang budak ni, main menda alah menari tu.. aku ingat siapa lah kat sebelah dia.. rupanya, bapak dia... hahaha... gila sporting bapak ko budak... sama yek je terloncat2 menari ikot anak panah kat skrin... dan paling kelakar, markah bapak dia lagi tinggi dari dia.. fuyoooo..... ala, tak amek gambar pulak.... kusyuk sangat kami menengoknye... hahaha...

oklah.. kami pon takde buat banyak aktiviti... karaoke dan tengok wayang je... sebab taknak balik malam2 sangat.... selain tu, sepanjang aktiviti dipenuhi dengan sesi bergambar... pantang berhenti 1 tempat... depan toilet pon nak bergambar jugak.... hahaha...


Aku, Thira, Mast, Qimah & Fahila


bergambar sebelum karox


bergambar sebelum karox


depan toilet pon jadi.....

dalam bilik karaoke..


gambar ni tak clear... tapi nak letak jugak gambar Pijat... dia nye gambar takbanyak, dia taksuka sangat bergambar, keja dia ambik kan gambar je... huhu....

errkk...... berlakon kunun.... huhu..

muka kami je banyak.... sebab kami memang suka bergambar... hehehe...

haaaa... ada pon muka Pijat yang clear..... inilah jiran merangkap geng meroyan... hakhakhak..

kawan paling rapat

oklah... tu je la gambar yang ok sikit.... yang lain gambar memasing cam hape tah...... takleh bagi orang tengok, nanti jatuh saham... hahaha....

ha, korang mesti nak tau apa tu The Chii?? tu adalah nama group kitorang kat kelas... hahaha... ko hade?? tapi jangan tanya aku lah ape maksudnya... pasal aku pon dah lupa... huhu... rasanya takde maksud... saja2 je letak... dulu masa form 5, kitorang ada main kutu.. tapi duit tu bukan untuk giliran siapa2 macam main kutu dan takboleh keluarkan sampai habis SPM.. oleh sebab kami taknak bagi budak2 lain dalam kelas tau, tu yang letak nama The Chii... yang pegang duit, Mast... bila nak bayar, "Mast, nak bayar duit The Chii.." sampai budak2 kelas pon pelik.. apa The Chii tu... hahahaha.... nampak??? budak2 sangat... hakhakhak....

duit yang terkumpul, kitorang guna untuk berpoya2 lepas habis SPM.. kitorang pergi Times Square, main kat cosmo park tu... best sangat..... The Chii ada 8 orang... wat masa ni, kami berenam je.. sorang dah kahwin, Ain... sorang lagi Ieca kat penang.. tu yang keluar hari tu berenam je... tapi tinggal berlima la lepastu sebab sorang lagi pergi kerja.... hmm..

dan nama..... yang lain2 nama ok je kan... aku pon, budak2 ni panggil liana/yana... Qimah & Pijat... hahaha... nama Qimah tu dapat bila ada sorang budak lelaki kat kelas kitorang tiba2 je panggil Qimah... kitorang pon pelik, asal panggil Qimah... dan2 nama teros melekat sampai ke hari ni.... aku takot orang lupa je nama penuh makcik ni.. Siti Fatimah Zarina binti Che Hassan... hahaha....

Pijat pulak... diambik sempena nama scandal.. bukanlah scandal betol2 pon.... budak lelaki tu kitorang saja kenen2 kan dengan dia, (adoiii.... kebudak2kan betol laa... malu bila ingat balik.... hahaha) nama budak tu Aizat, panggil Ijat.. si Mast la dok panggil Pijat.. pijat... last2 melekat sampai sekarang... tapi group The Chii je panggil.. yang lain tetap panggil Syafirah... aku je panggil Angah.. sebab tu nama panggilan dia kat rumah..

hmmm.. seronok dapat jumpa kengkawan... rasa takpuas pulak... diorang nak repeat lagi, tapi nak buat aktiviti lain pulak.... ada kata nak ke PD... alah, lemau aku dengar.... asyik2 PD... huhuhu....

last, but not least...


yang pakai cincin tu je yang dah gatal nak kahwin... hahahaha..... tangan aku, yang lain dari yang lain... hahaha... cer teka?




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

04 Jun 2013

Al-Fatihah....


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

perginya insan seni yang sering buat aku ketawa, bila menonton filem2 lakonan beliau bersama sahabat2nya yang lain.... Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Dato Aziz Satar...



"nama saya Sudin.... bin... Dali...." (dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok)

lahir pada 1 Januari 1929, kembali ke rahmatullah hari ini, 4 Jun 2013 pada usia 84 tahun... walaupun dah lama tak nampak Pak Sudin berlakon, tapi ingatan peminat2 kepada arwah tak pernah pudar... filem2 beliau sering dimainkan di tv, terutama tv2 dan astro prima 105.... aku sendiri adalah salah seorang peminat Bujang Lapok...




sesungguhnya, dari DIA kita datang, dan kepada DIA juga kita kembali.... semoga roh Allahyarham S Samsuddin bin Dali dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.... Aminn.... Al-Fatihah....





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

03 Jun 2013

Star Trek Into Darkness


Assalamualaikum....

ok, aku tau aku antara yang lambat tengok filem ni.... tapi aku puas hati jugaklah sebab cerita ni best sangat.... hehehe... aku macam malas nak tengok cerita inggeris semalam, tapi sebab geng2 aku taknak tengok cerita melayu.. aku ok je...


filem ni dah keluar kat pawagam Malaysia 16 May 2013.. dan mungkin kitorang takde pilihan, dak2 ni main pilih je cerita yang hampir dengan waktunya, kebetulan kitorang beli tiket dalam pukul 4 gitu.. cerita start pukul 4.40... oklah tu.... kebanyakkan cerita2 yang lain, dah penuh.... dan tinggal seat yang depan sekali.. haish, taknak aku mendongak.. sakit tengkuk aku... huhu....

eh, aku lupa nak bagitau... semalam adalah hari aku berpoya2 bersuka ria dengan geng2 bas sekolah aku.... kitorang, 6 orang.. buat reunion geng kitorang kat wangsa walk mall.. haa... tu nanti next entry la aku cerita... aku nak cerita pasal filem ni dulu....

cerita ni nak kata complicated sangat pon tak.... ianya mengikut flow dan kita boleh agak babak2 seterusnya... aku tak pening sangatlah tengok cerita ni.. hehehe... boleh agak siapa yang jahat.... tapi satu je, cerita ni selalu bagi aku nervous, takduduk diam... dengan sound dia, yang kadang2 buat aku terkejut.. huhu... bunyi patah riuk jangan cerita lah.. rasa meremang bulu roma aku....

sinopsis nye korang carik sendiri la ea... hahaha... panjang bebenornya.. malas aku nak translate... ok, untuk filem ni, aku kasi 4 bintang... ^_^ 


psstt.... :

ada satu kejadian yang...... aku rasa aku dah memalukan diri sendiri jugaklah.. hahaha... kitorang punya seat, amek 2 line, 2 kat bawah, 3 kat atas... aku biasalah, duduk dengan mast & qimah.. seat aku belah dalam.. kiranya, sebelah aku tu orang lain la...

masa tu, budak berdua ni dah gelakkan aku, saje usik aku "haa... sapelah duduk sebelah ko nanti.. hahaha" kebetulan ada lelaki cina nak lalu depan kitorang (dia datang sorang je kot)

aku dengan nada yakinnya cakap kat mast & qimah (tapi cakap slow2 la..) "harap2 orang yang duduk sebelah aku tu lelaki hensem" berapa saat je aku cakap (aku rasa adalah 2 saat), lelaki cina yang lalu tadi tup2 duduk sebelah aku....

ape lagi...... budak berdua ni gelak macam nak gila.... dengan aku2 sekali... berair mata gelak.... adoi.... malunya... menyesal betol aku cakap macam tu... mast la yang paling kuat sekali gelak... aku rasa 1 panggung boleh dengar dia gelak... geng aku lagi 2 orang kat depan dah terpinga2, malu pon ye jugak... yelah, kuat gila kot si mast ni gelak.. aku sampai cepuk dia sebab gelak kuat sangat...  hahaha... kelakar betol la... sampai balik budak2 ni bahan aku... cis2.. mast : "padan muka ko liana, cakap besar lagi... dah lah tak hensem budak cina tu... hahaha" 

 

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."