Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

03 Jun 2013

Star Trek Into Darkness


Assalamualaikum....

ok, aku tau aku antara yang lambat tengok filem ni.... tapi aku puas hati jugaklah sebab cerita ni best sangat.... hehehe... aku macam malas nak tengok cerita inggeris semalam, tapi sebab geng2 aku taknak tengok cerita melayu.. aku ok je...


filem ni dah keluar kat pawagam Malaysia 16 May 2013.. dan mungkin kitorang takde pilihan, dak2 ni main pilih je cerita yang hampir dengan waktunya, kebetulan kitorang beli tiket dalam pukul 4 gitu.. cerita start pukul 4.40... oklah tu.... kebanyakkan cerita2 yang lain, dah penuh.... dan tinggal seat yang depan sekali.. haish, taknak aku mendongak.. sakit tengkuk aku... huhu....

eh, aku lupa nak bagitau... semalam adalah hari aku berpoya2 bersuka ria dengan geng2 bas sekolah aku.... kitorang, 6 orang.. buat reunion geng kitorang kat wangsa walk mall.. haa... tu nanti next entry la aku cerita... aku nak cerita pasal filem ni dulu....

cerita ni nak kata complicated sangat pon tak.... ianya mengikut flow dan kita boleh agak babak2 seterusnya... aku tak pening sangatlah tengok cerita ni.. hehehe... boleh agak siapa yang jahat.... tapi satu je, cerita ni selalu bagi aku nervous, takduduk diam... dengan sound dia, yang kadang2 buat aku terkejut.. huhu... bunyi patah riuk jangan cerita lah.. rasa meremang bulu roma aku....

sinopsis nye korang carik sendiri la ea... hahaha... panjang bebenornya.. malas aku nak translate... ok, untuk filem ni, aku kasi 4 bintang... ^_^ 


psstt.... :

ada satu kejadian yang...... aku rasa aku dah memalukan diri sendiri jugaklah.. hahaha... kitorang punya seat, amek 2 line, 2 kat bawah, 3 kat atas... aku biasalah, duduk dengan mast & qimah.. seat aku belah dalam.. kiranya, sebelah aku tu orang lain la...

masa tu, budak berdua ni dah gelakkan aku, saje usik aku "haa... sapelah duduk sebelah ko nanti.. hahaha" kebetulan ada lelaki cina nak lalu depan kitorang (dia datang sorang je kot)

aku dengan nada yakinnya cakap kat mast & qimah (tapi cakap slow2 la..) "harap2 orang yang duduk sebelah aku tu lelaki hensem" berapa saat je aku cakap (aku rasa adalah 2 saat), lelaki cina yang lalu tadi tup2 duduk sebelah aku....

ape lagi...... budak berdua ni gelak macam nak gila.... dengan aku2 sekali... berair mata gelak.... adoi.... malunya... menyesal betol aku cakap macam tu... mast la yang paling kuat sekali gelak... aku rasa 1 panggung boleh dengar dia gelak... geng aku lagi 2 orang kat depan dah terpinga2, malu pon ye jugak... yelah, kuat gila kot si mast ni gelak.. aku sampai cepuk dia sebab gelak kuat sangat...  hahaha... kelakar betol la... sampai balik budak2 ni bahan aku... cis2.. mast : "padan muka ko liana, cakap besar lagi... dah lah tak hensem budak cina tu... hahaha" 

 

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."