Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 Julai 2014

23 Ramadhan....


Assalamualaikum....

tak terasa masa berlalu dengan pantas.. walaupun tetiap hari membilang hari bila nak cuti... bila nak cuti... huhuhu... bila nak berakhir Ramadhan ni, terasa sedih pulak...

ibadah2 sunat aku bulan puasa ni memang hancur laaa.... sedih pulak rasanya... tak memanfaatkan sebaik mungkin... mungkin sebab aku stress... penat... tapi semua orang pon penat kan... aku je buat sebagai alasan... huhuhu.... tu la orang kata, menyesal kemudian tiada guna... ntah aku dapat jumpa lagi ke tak Ramadhan akan datang... wallahu'alam...

mood puasa aku tahun ni kelaut.... sungguh kelaut.... puasa tetap puasa.... tapi tak se'excited dulu2.... ntah kenapa, aku pon tak tahu.... mood raya? lagi laaa... mood aku nak cuti je.... nak cuti sebab malas dah nak mengadap benda2 kat pejabat... aku tau, pejabat ni lah punca rezeki yang Allah bagi.... tak tau laa.. mungkin hati aku takde kat sini.... dari kena ditukarkan, takde bos 3 bulan, sampai la dah ada bos (tapi bos pon tak tahan, nak tukar jugak) aku macam ni jugak... xde rasa perubahan tu... kerja makin bertambah adalah.... kadang2 aku fed up.... (dengan sesetengah orang kat sini) yang berubah, berat badan... setakat dari 21 Mac sampailah 19 Julai lepas, berat aku turun 6 kg... aku rasa pasal puasa pon ye jugak... xdelah nampak sangat perubahan tu... badan aku tetap nampak macam tu... tapi ada jugak la yang tegur.. kata nampak aku susut sikit... oklaaaa kan... huhuhu...

tahun ni aku mohon cuti awal... jumaat ni aku dah start cuti.. pasal aku kena jemput pakcik aku.... mula2 ingat nak halfday... tapi bila memikirkan yang aku kena tukar minyak enjin, aku rasa cuti je laaa... takdelah aku kelam kabut nanti.... berterusan cuti sampai 3 Ogos.... best nya best nya best nyaaaa... tak sabar dah nak cuti.....

oklah, next entry ucapan raya... tapi tahun ni tak sempat nak create kad ucapan raya.... taip je la ucapan nya.... huhuhu..


14 Julai 2014

Terlupa?? Itu Perkara Biasa.....


Assalamualaikum.....

hari ni, permulaan hari tak berapa baik, walaupun pasukan yang aku sokong iaitu Germany menang.. hehehe.. aku takde lah fokus tengok dari mula sampai habis.. tengok2 gitu, sambung siap2.. almaklumlah, gerak dari Melaka...

bermula perjalanan aku.. sampai tol ayer keroh, tiba2 aku teringat aku tak ambik handphone atas katil.... adehhhh... xkan nak tinggalkan... tu je satu handphone yang ada... jadi, terpaksalah aku keluar highway, masuk simpang ampat, patah balik ke ayer keroh.. hadoooiii... rasa nak tepuk dahi 10x tanpa henti je....

bab terlupa handphone ni dah selalu dah... la ni parah la jugak sebab kena patah2 balik... dulu masa nak pi langkawi lagi parah.... patah balik dari tol pedas... ok sape nak tepuk dahi aku 10x tanpa henti silakan.... hahahahaha.....

okla... daaa..... eh lupa, tadi aku taip2 benda bos suruh, 4 muka surat... aku taip ambik dari format sebelumnya.. lepastu taip pulak benda lain teros save.. sepatutnya save as... la ni bukan nak tepuk dahi dah, rasa nak hantuk dahi kat meja....

ape la nasib...........

04 Julai 2014

Oh Bos!


Assalamualaikum...

Dah lama rasanya aku tak update blog... tak sempat nak bukak pon... aku sangatlah sibuk sejak ada bos ni... ohye! hari ni genap 11 hari aku berbos.. huhuhu... berbos la sangat.... dalam masa 11 hari ni, macam2 yang berlaku oiii.. penat dah aku.. sampai naik fedup!

bos aku tu ok je, baik... cakap pon lemah lembut.... tapi, aku perasan yang dia seorang yang sangat sensitif!!! huhuhu... susah tau orang sensitif ni.... haishh... sejak beliau menjadi pengarah kat bahagian aku ni, ini yang terjadi pada beliau....

2 jam setelah memulakan tugas : muka dah moody... aku tanya, kenapa.... dia cerita yang dia kena marah dengan 'tut'.... hmm.. aku pon cakap, relax la puan.... 'tut' tu memang macam tu... jangan ambik hati sangat....

4 hari : balik2 meeting, "saya tension la... macam2 benda nak pikir...." "kenapa 'tut' tu macam tu ea?" aku? senyum je...

9 hari : kemuncaknya bila bos balik2 meeting, NANGIS! aiyooooo.... kenapa pulak ni?? aku tau lah kenapa dia nangis.. of course la kena marah kan... mungkin ni dia dah tak boleh tahan dah... tu yang dia menangis tu... nangis sambil cakap, "saya dah tak tahan la kerja macam ni... saya nak tukar" aku? pulak daaa..... pegawai dah pujuk2 dah, mintak beliau berfikir dulu, bawak berbincang ke.... tapi bos aku dah nekad... petang tu jugak pergi JPA...

10 hari : pagi2 lagi dah print surat permohonan bertukar... suruh aku hantar ke big bos... tapi malang nya, big bos macam malas nak layan... adehh.. kesian bos aku... terpaksa tunggu isnin ni keputusannya sebab big bos takde... dalam masa yang sama, timbalan aku suruh aku pujuk bos... tapi macam mana nak pujuk?? bos sekarang cakap apa pun dia taknak dengar.... nekad betol... balik meeting pagi semalam pon dia dah tension... dengan timbalan2 skali tension... diorang kata hari ni asyik kena marah je.. ada je yang tak kena....

11 hari : datang kerja, muka dah tak berseri daa... huhuhu.... ingatkan hari ni boleh lah beliau kerja dengan tenang sebab semalam dimaklumkan 'tut' takde sampai isnin... tup2 pagi tadi pa 'tut' telefon bagitau si 'tut' ada pulak..... patutlah moncong je bos... huhuhu... ni pagi petang tak lekat bilik... kalau tak pergi pejabat 'tut', bos aku pergi bilik timbalan, buat perbincangan menda alah yang 'tut' mintak...

bila jadi macam ni, aku pon jadi takde mood nak kerja.... hmmm... takpelah.. tunggu lah keputusan big bos isnin ni... kalau jadi bos tukar, alamatnya aku tak berbos lagi laaa... catat sejarah dalam hidup aku.. huhuhu....

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."