Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Disember 2013

Entri Terakhir 2013


Assalamualaikum....

tepat jam 12.00 tengah malam karang, tutup la tirai 2013... yang bagi aku penuh dengan warna warni dalam kehidupan aku... yang kalau dikarang, boleh jadi 1 novel agaknya... apa2 pun, Alhamdulillah.. hari ni kita masih lagi bernafas.. tapi esok, kita takpasti sama ada kita masih boleh bernafas seperti hari ni atau tak...

yang penting, jadikan hari semalam sebagai kenangan... ambil benda2 yang baik untuk dijadikan teladan di masa depan, dan yang benda2 buruk, buang jauh2.. kalau boleh tinggalkan dan jangan diingat2 lagi... tutup buku lama, buka buku baru...

terima kasih juga pada uolls yang sudi baca blog aku yang tah pape je ni.... banyak meroyan kan... hahahaha... kalau ikot meroyan aku ni, mau 2 3 entri 1 hari.. tapi kang korang menyampah pulak... hahaha...

dikesempatan ni juga, aku nak minta maaf kalau aku ada menyinggung perasaan sape2 expecially kawan2 aku... eh, dah macam entri ucapan raya pulak... hahahaha.... sory guys.. aku masih tak percaya hari ni dah hari terakhir 2013... esok dah tahun 2014... cepat betul kan masa berlalu.. tak sedar pon....

oklah, Selamat Tahun Baru 2014... aku takde azam apa2 pun... dah buat azam dah masa 1 Muharram hari tu... hehehehe... ape dia?? ade laaaa..... hihihi...



~ingat nak layan bunga api malam ni.. tapi takde geng pulok... xpelah.. lain tahun je laaa


27 Disember 2013

Entri di hari jumaat terakhir 2013


Assalamualaikum....

sekejap je dah berada di hari2 terakhir bulan Disember.... sikit lagi nak menjengah tahun 2014... maksudnya, umur pon dah bertambah setahun lagi... entah kenapa, bila memikirkan perkara ni, aku jadi sebak dan sedih... haisshhh..... 

malam tadi entah kenapa, air mata aku asyik meleleh je.... sebak... sedih.... sayu.... tiba2 terbayang dan teringatkan banyak benda.... antaranya...

1. bila tiba tarikh tsunami yang melanda 9 tahun lalu, teringat kat arwah Pak Itam yang kebetulan tarikh dia meninggal dekat2 je dengan tarikh tsunami... aku tak ingat... tapi yang pasti bulan Syawal, tahun 2004.. meninggal sebab kemalangan... entah kenapa bila teringat arwah, aku jadi sedih, menangis beria2 tersedu sedan.. mungkin aku rindu kat arwah... 9 tahun dah arwah pergi... antara paksedara yang paling aku rapat... aku rasa umur dia belum 40 tahun lagi.. mungkin tua 2 atau 3 tahun dengan paklang.. paklang pon baru 36.. pastu teringat arwah pak ndak pulak... pak ndak meninggal 2002... 

2. teringat arwah kawan baik aku, fizah... walaupun kenal dia masa praktikal, tapi dia dah jadi kawan baik aku sebab mana2 aku pegi masa tu, mesti dengan arwah... arwah meninggal sebab kemalangan... dah lama aku tak ziarah kubur dia.. 25 Dis hari tu hari jadi dia... selalunya, aku akan pergi ziarah, tapi sejak Azu kahwin, aku tak sempat... nak pergi sorang pon aku tak berani sebab kawasan kubur tu banyak kera...

3. teringat arwah kawan aku masa form 2, Aziemah... meninggal sebab leukimia... muka dia sampai sekarang aku ingat... kecik je orang nya... dia memang kuat.. kuat lawan penyakit... 

4. lepastu, teringat pulak arwah Mat yang baru lagi meninggal... rupanya Mat meninggal sebab kanser tulang.. (aku baru tau...) taksangka orang yang luarannya nampak sihat, ceria, menanggung penyakit yang belum ada ubatnya... 

maka, bertimpa2 rasa sebak yang datang bila teringatkan mereka2 yang dah pergi.... lagi layan Pencetus Ummah, bila keluar tazkirah sedih sikit, aku dah sedih... nasib baik la aku dok sorang je.. kalau tak, pening kepala housemate aku nak layan meroyan aku yang tiba2 datang tak tentu pasal ni...

lagi, terbayang.. bestnya kalau aku dapat tinggal sekali dengan family... tak macam sekarang ni, dok sorang2... hmm... ni memang takboleh nak kata apa laaa.... asal terpikir je, aku sedih....

pastu teringat perangai2 manusia talam dua muka disekeliling... hmmm.... sabarlah hati...

*sigh*


23 Disember 2013

Pengumuman! Pengumuman!!


BR1M 2014 Registration

Applications for 1Malaysia People's Aid (BR1M) 2014 can be made from December 23, 2013 (Monday).  Online application can be made via www.hasil.gov.my.

For manual application, the forms are available at any LHDNM Brances or can be downloaded at www.hasil.gov.my.

The BR1M 2014 payment will be made on February 2014.  Any enquiries can be reach at BR1M Hotline 1-800-88-2716




haaa... paham ke tidak?? takkan la takpaham... manusia ni kalau bab duit je, laju macam pelesit... hahahaha... (cakap pasal diri sendiri ok.. takyah nak terasa sangat)

ok, bagi anda yang layak, sila lah memohon kembali ye.... ke gaji dah naik lebih rm2k?? aku?? aku sejak azali tak layak... sadissss....

takpelah, aku boleh mintak sikit kat akak, kakcik, pizin dapat baucar buku, boleh mintak dia belikan buku atau novel barang sebuah.. jadilahhh.. takdapat kan.... so, takdapat, diam2 je!!


~ adik mintak kemaskini br1m dia dengan ayah (sadis tol suruh aku yang takdapat ni..) kalau x, aku pon xtau pasal menda ni... hehehe...




20 Disember 2013

Ibu Segala Pingat Bertukar Tangan


Assalamualaikum...

ambik masa sekejap sementara tengah makan ni.... aku sejak balik cuti ni, banyak betol kerja... adoiiii.....

oklah kawan2, malas nak panjang2 cerita, pasukan Harimau Muda B23 akhirnya kecundang di separuh akhir, menentang Indonesia... adehh... aku sedih jugak laa.. 2x kita pertahankan title juara tu... tapi nak buat macam mana kan.. rezeki tak berpihak pada kita...

dengan kekalahan hanya 1 gol.. 1 gol je oii... HM dan Indonesia terikat 1-1 sehingga tamat permainan + tambahan 30 minit dan membawa kedua2 pasukan ke sepakan penalti... takpelah, macam yang aku cakap tadi, bukan rezeki..

lagipun, prestasi HM sangat bagus.. walaupun banyak sangat terlepas peluang untuk jaringkan gol... rekod HM kali ni (sebelum separuh akhir) takpernah kalah... seri sekali.... oklah tu... dah cukup bagus dah... 

harap2 HM masih mampu bawak pingat gangsa untuk negara...



~ aku memang taksuka tengok sepakan penalti.. sakit dada oiii..... mendebarkan... huhuhuhu....

16 Disember 2013

Gosip Kak Bedah


satu lagi entry untuk hari ini... hehehe..

ok, meh tengok gambar ni...


sumber dari Rotikaya

wanita ini adalah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal dengan pelakon, Adi Putra.. dan lelaki di sebelah tu adalah suami dia.. 

dan baca laporan ni pulak....


***

Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah dapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra.

Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan Ramadhan yang lepas.

Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah.

"Saya mula-mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba-tiba pula menghantar gambar agak lucah dan sulit.  Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?" katanya penuh berhati-hati.

Nooraida memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga.  Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar-gambar 'selfie' kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu.

Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.

Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.

“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.


“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan.


***

ok, dah habis baca dah? cuba tengok ayat2 yang aku highlight tu... dan kemudian, tengok lagi sekali gambar wanita tersebut... renungkan....... tapi jangan renung lama2.... buta plak mata tu... hihihi... :p

aku pon bukan la suruh korang salahkan sape2 sebab aku pon malas nak pikir siapa betul, siapa salah... hanya Allah dan mereka2 sahaja yang tahu.. semoga kebenaran akan muncul...

#akuponpeminatAdiPutra  #nakjugak!


Menggelupur Macam Nak Mati...



Assalamualaikum....

Sedikit laporan mengenai Sukan Sea ke-27 yang berlangsung di Myanmar.. Acara Pencak Silat final kelas D Putera (60-65kg) di Stadium Tertutup Zeyar Thiri.

"Kita tengok cara dia menggelupur, nampak macam dah nak mati. Tapi apabila tengok dia boleh bangun dan kembali meneruskan pertarungan, jelas tiada semangat kesukanan ditunjukkan pesilat Myanmar itu". ni adalah kata2 dan luahan kecewa dari Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA)..

aku tengok perlawanan semalam.. pesilat negara Ahmad Shahril Zailudin menentang pesilat tuan rumah, Kyaw Naing Thun (memang aku akan ingatlah nama ko sampai bila2).. pesilat kita turun ke gelanggang dengan muka yang tenang... senyuman dia memang nampak keyakinan...

round 1 je si Naing Thun ni dah menggelabah.. baru kena sepuk sikit kat lengan dah mengadu kat pengadil.. mintak simpati la tu.. menyampah aku...

masa round ke 2 kot.. Shahril buat 1 sepakan tepat2 kena rahang pipi sebelah kanan si Naing Thun.. masa tu aku pon terkejut... macam dahsyat jugak la sepakan tu.. memang padan muka la pesilat myanmar tu.. hihihi... tapi bila tengok tiba2 dia menggelupur macam kena sawan.. aku tambah terkejut.. aikk... mati ke dia?? sepak macam tu memang boleh bawak mati ea?? mungkin kot.. huhuhu...

bila pihak medik dah selesai buat kerja (patutnya kerja kan dia.. propa je lebih...) dan2 tu dia bangun dan mula balik perlawanan... aikkk........ tadi ko dah serupa orang nazak... haisshhh.... tengok! senang je pihak lawan bagi tekanan kat kita kan?? trick dan gimik... dengan sokongan penonton... dengan jurulatih yang menggelabah asyik kerja bangun bangkang keputusan pengadil.. aku memang bosan lah tengok perlawanan macam ni....

ni kan acara silat... bersilat la betul2.. ni ko lebih nak buat drama pulak kat gelanggang... adehh.. baik ko masuk MLM join kumpulan Kucai... eh, tiba2... hahahaha...

aku memang takkan respect orang yang menang cara macam ni... bagi aku dia tetap loser.. takpelah Shahril... dia tuan rumah kan.. kang kalau dia kalah, dia malu besar... biar la dia menang cara kotor tahap longkang tu... apa2 pun, awak tetap bawak balik pingat untuk Malaysia.. walaupun bukan pingat emas..

tapi acara silat tetap tak mengecewakan.. kita juga ada bawak balik pingat emas menerusi pesilat negara Mohd Al Juferi Jamari dalam final kelas E Putera (65-70kg), mengalahkan pesilat dari Vietnam.. walaupun menerusi kemenangan 'technical knock out' sebab lawannya tiba2 mengalami kecederaan dan takdapat nak teruskan perlawanan.. takpelah.. rezeki buat Malaysia..

nanti aku share lagi pasal benda2 menarik sepanjang sukan sea ni ea.. aritu nak buat pasal pingat ke-1000 Malaysia untuk Sukan Sea dan acara bola sepak B-23 yang setakat ni rekod bersih tanpa kalah pon tak sempat... hehehe... busy bebenor... (konon) sebenarnya benda2 macam ni korang boleh je search kat internet kan... aku pon rajin jugak search2 kat internet ni.. almaklumlah, nak tengok kat tv, kita bukan selalu ada kat depan tv ye dok? mana yang tertengok, macam acara silat ni, boleh lah aku share... lagi2 bila ada kontroversi dalam acara sukan tu.. cari kontroversi je kerja aku.... hehehe...


09 Disember 2013

DSK yang dulu bukan DSK yang sekarang...


Assalamualaikum...

rasa malas je nak update blog kan.. hihihi... seminggu sekali, jadi laaa.... dari takde langsung... ok, nak cerita pasal DSK.. ape tu DSK? untuk yang taktau, DSK adalah Diploma Sains Kesetiausahaan... hihihi.. ni adalah kursus yang aku ambik dulu kat Politeknik PD Julai 2006 - Julai 2008)... ye, aku belajar dulu 2 tahun je.. hehehe.. sekarang ni taktau laa panggil apa.. still DSK lagi rasanya.... apa2 je laaa.. hehehe.. sekarang, DSK dah 3 tahun... (tu semua dah tau kan..)

tadi, ada akak ofis ni, datang nak mintak cop dan pengesahan bos Huda kat borang PTPTN anak dia.. Huda ada kat bilik aku, tengah meluahkan perasaan... hehehe.. (lately ni banyak betul dugaan jadi kat dia... aku simpati sangat.. nak bantu, aku tak mampu.. aku hanya boleh bagi nasihat je... hmmm...) akak tu cakap, anak dia belajar kat poliPD.. poli aku tu... hehehe..

pastu tanya lagi, anak akak ambik course apa? setiausaha katanya... ooooo... sama lah dengan kami.... kemudian, akak tu cakap, dia risau sikit... anak dia kembar.. dua2 dapat poli yang sama, course yang sama... oklah tu, bagi aku takde masalah.. dah tentu2 dia ada kawan nak belajar... akak tu cakap, yang tu dia tak risau... dia risau pasal subjek2 yang anak2 dia kena lalui... tengok! mak yang risau... bertuah kamu wahai anak... huhuhu...

aku diberitahu, ada penambahan subjek dalam DSK... yelah, 3 tahun kan... semester 1, belum belajar lagi gurisan2 trengkas dan shorthand.. dan yang menarik perhatian aku, akak tu kata.. akak tu yang kata laa... bukan aku... hehehe.. ada subjek Mikro Ekonomi.. aku pon, wahh!! menarik!! aku tanyalah... ada akaun x? akak tu pon takpasti... Speedtyping pon dah ditukar jadi Keyboarding Skills.. hebat kan? dan ada juga subjek Office Suite Software (Mungkin sama dengan Internet dan Persembahan Komputer yang aku belajar dulu..) yang lain macam sama.. cuma tukar ke bahasa inggeris je.. hehehe..

untuk semester seterusnya barulah belajar mengguris.. Trengkas & Shorthand.. aku ada cakap kat akak tu.. mintak anak dia ambil serius sikit pasal shorthand dan trengkas.. subjek ni memang sangat2 memerlukan kesungguhan dan minat yang tinggi... kalau kita tak minat, dan tak sungguh2 praktis mengguris, taktau la apa akan jadi.. nampak macam tak penting, NO! sangat penting ok.. sangat penting! Terima kasih kat lecturer, En. Ashri yang banyak bagi assignment mengguris sampai naik kejung jari.. hehehe... Alhamdulillah.. lulus setiap sem...

selain tu, ada jugak subjek Occupational Safety and Health... menarik! dan juga Document Processing.. yang ni aku rasa sama je macam Document Production yang aku belajar masa sem 4.. 

selain tu, jangan ambil mudah tentang kehadiran.. jangan ambil mudah tentang kuiz, ujian, presentation dan assignment.. semua tu sangat penting (bagi aku laa.. orang lain aku taktau..) sekarang ni aku taktau berapa peratusan markah PB dan Final... kalau dulu, aku dah ingat2 lupa.. sama ada 70-30 atau 60-40...  aku tau, aku ni takde la pandai sangat.. takpasti berapa markah yang aku boleh skor untuk final.. so aku balun kat PB... sebab tu aku kata kuiz, ujian, assignment semua tu penting..

ohye, apa tu markah PB? markah PB adalah markah Penilaian Berterusan yang merangkumi semua2 yang aku cakap tadi laa.. markah kuiz, ujian, assignment, kehadiran.. yang ni aku bukan untuk DSK je.. tapi semua course di politeknik.. 

oklah, tu je yang aku nak cakap.. hehehe.. dulu aku belajar DSK 2 tahun, sekarang DSK dah 3 tahun.. mestilah ada penambahan untuk mempelbagaikan lagi DSK tu... DSK ni tak susah sebenarnya... kalau kita betul2 buat, rajin, fokus dan berusaha, In Sha Allah.. semuanya akan dipermudahkan..

tak kiralah apa sahaja bidang yang kita ambik.. tak semua nya senang kalau kita tak berusaha.. betul x? paling penting, usaha dan jangan mengalah.. 

ya, aku sangat bangga jadi pelajar DSK.. walaupun di alam pekerjaannya tidak seindah mana.. hehehe.. tapi taklah teruk sangat pon.. bergantung pada diri kita juga.. dan kedudukan kita dalam satu2 institusi tu... dan aku bersyukur sangat, dengan DSK dan politeknik jugak la, aku dapat pekerjaan di usia muda.. syukur, Alhamdulillah... ^_^

03 Disember 2013

Janji Tak Prejudis Tagline Ultra FM - Stesen Radio Baru - 101.3 FM


Assalamualaikum...

melepaskan lelah sekejap.. baca paper2 online, sekali terbaca pasal ni...

Janji tidak prejudis dan putarkan semua genre lagu asalkan enak didengar.

Begitulah ikrar pengurusan rajio baru Ultra 101.3 FM pada majlis pelancaran stesen itu, minggu lalu. Biarpun berdepan saingan sengit stesen radio lain yang kukuh, Ultra FM yakin mampu memancing pendengar dengan konsep tersendiri.

Menampilkan Jimmy Shanley yang akan bergandingan bersama Mamat Sepah (6.00 - 10.00 pagi), Mon Ryanti (10.00 pagi - 3 petang), Sharifah Shahira (3.00 petang - 8.00 malam) dan Fizi Ali (8.00 malam - 1.00 pagi).

nak tahu lebih lanjut, baca kat SINI... 


*
*
*

wahhh.. tambah lagi 1 stesen radio... suka la aku.. main tukar2 stesen radio kat kereta bila jalan2 atau balik kampung.. hehehe... tapi bukan tu yang aku nak katakan....

mungkin ni dinamakan rezeki... tahniah pada Mamat, walaupun dah tersingkir dari MLM 2013, rezeki tetap ada pada dia... harap2 dia dapat jalankan tanggungjawab dan kerja dengan lebih baik... buang semua cerita2 lama... life must go on.. walaupun aku bukan peminat Mamat, tapi melihat pada perjalanan karier seni dia dari dulu sampai sekarang, aku jadi kesian... takpelah, rezeki ada dimana2 kan... janji buat kerja ikhlas, jujur, ada rasa tanggungjawab dan amanah..

sama juga dengan Jimmy Shanley dan Sharifah Shahira.. aku tengok 2 orang berbakat ni macam.......... macam ape ek? ntah, macam... bila nak, panggil.. bila taknak tendang je sesuka hati... tu yang aku nampak la... aku tak cakap atau tuduh sape2.. aku kata apa yang aku nampak... mungkin apa yang aku nampak tu tak betol... ye tak? hehehe... tapi tahniah pada Jimmy dan Shira.. semoga sukses dan rezeki mencurah selepas ni... rezeki untuk anak2...

Mon Ryanti.. aku kenal... tapi nama dia belum cukup naik lagi... mana tau lepas ni orang akan kenal dia.. Fizi Ali pulak aku tak berapa kenal... 

apa2 pun, semoga Ultra FM dapat jadi stesen radio yang sama gahnya dengan stesen2 radio yang lain kat Malaysia ni... good luck!!

ohye, lupa... Ultra FM hanya boleh didengar di Lembah Klang sahaja buat masa ni... ^_^Y

02 Disember 2013

Semoga Tenang Di Sana...


Assalamualaikum..

kembali semula bekerja setelah 1 minggu bercuti... tapi jangan ingat balik cuti, ko senang2 hati je... hari ni masuk2 je, berlambak borang2 nda atas meja nak disettlekan... haishh... stress... nak check emel lagi... apa2, check emel dulu... buang segala emel2 yang tak perlu...

tiba2 aku ternampak 1 emel... makluman...

Dukacita dimaklumkan bahawa, Mohammad Mathizri bin Mohammed, Pembantu Am Pejabat di Pejabat YBhg. Dato' KPPN, Ibu Pejabat JPN Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10 malam, 30 November 2013.

Jenazah akan dikebumikan di Bachok, Kelantan pada jam 10 pagi ini, 1 Disember 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. In Sha Allah. Alfatihah.

tergamam aku sekejap... Innalilillah........... tak sangka.. memang aku tak sangka.... arwah masih muda (30-an) dan belum berkahwin... Ya Allah... sebak hati ni... aku tak tau apa punca dia pergi... memang tak tau langsung... dia nampak aktif, cergas dan ceria...

aku memang tak rapat dengan arwah.. tapi aku kalau jumpa arwah memang akan tegur dia... arwah pon peramah... aku pernah ganti sekejap akak PA KP dan PT kat pejabat KP, arwah la banyak tolong aku... 

Mat... orang taktau orang ada buat salah ke kat Mat.. tapi kalau ada pun, orang da tak sempat pun nak mintak maaf kat Mat.. semoga Mat tenang di sana... T_T



teros takde mood nak buat kerja... kerja berlambak ni.... T_T


Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."