Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

02 Disember 2013

Semoga Tenang Di Sana...


Assalamualaikum..

kembali semula bekerja setelah 1 minggu bercuti... tapi jangan ingat balik cuti, ko senang2 hati je... hari ni masuk2 je, berlambak borang2 nda atas meja nak disettlekan... haishh... stress... nak check emel lagi... apa2, check emel dulu... buang segala emel2 yang tak perlu...

tiba2 aku ternampak 1 emel... makluman...

Dukacita dimaklumkan bahawa, Mohammad Mathizri bin Mohammed, Pembantu Am Pejabat di Pejabat YBhg. Dato' KPPN, Ibu Pejabat JPN Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10 malam, 30 November 2013.

Jenazah akan dikebumikan di Bachok, Kelantan pada jam 10 pagi ini, 1 Disember 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. In Sha Allah. Alfatihah.

tergamam aku sekejap... Innalilillah........... tak sangka.. memang aku tak sangka.... arwah masih muda (30-an) dan belum berkahwin... Ya Allah... sebak hati ni... aku tak tau apa punca dia pergi... memang tak tau langsung... dia nampak aktif, cergas dan ceria...

aku memang tak rapat dengan arwah.. tapi aku kalau jumpa arwah memang akan tegur dia... arwah pon peramah... aku pernah ganti sekejap akak PA KP dan PT kat pejabat KP, arwah la banyak tolong aku... 

Mat... orang taktau orang ada buat salah ke kat Mat.. tapi kalau ada pun, orang da tak sempat pun nak mintak maaf kat Mat.. semoga Mat tenang di sana... T_T



teros takde mood nak buat kerja... kerja berlambak ni.... T_T


Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."