Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

16 Disember 2013

Menggelupur Macam Nak Mati...



Assalamualaikum....

Sedikit laporan mengenai Sukan Sea ke-27 yang berlangsung di Myanmar.. Acara Pencak Silat final kelas D Putera (60-65kg) di Stadium Tertutup Zeyar Thiri.

"Kita tengok cara dia menggelupur, nampak macam dah nak mati. Tapi apabila tengok dia boleh bangun dan kembali meneruskan pertarungan, jelas tiada semangat kesukanan ditunjukkan pesilat Myanmar itu". ni adalah kata2 dan luahan kecewa dari Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA)..

aku tengok perlawanan semalam.. pesilat negara Ahmad Shahril Zailudin menentang pesilat tuan rumah, Kyaw Naing Thun (memang aku akan ingatlah nama ko sampai bila2).. pesilat kita turun ke gelanggang dengan muka yang tenang... senyuman dia memang nampak keyakinan...

round 1 je si Naing Thun ni dah menggelabah.. baru kena sepuk sikit kat lengan dah mengadu kat pengadil.. mintak simpati la tu.. menyampah aku...

masa round ke 2 kot.. Shahril buat 1 sepakan tepat2 kena rahang pipi sebelah kanan si Naing Thun.. masa tu aku pon terkejut... macam dahsyat jugak la sepakan tu.. memang padan muka la pesilat myanmar tu.. hihihi... tapi bila tengok tiba2 dia menggelupur macam kena sawan.. aku tambah terkejut.. aikk... mati ke dia?? sepak macam tu memang boleh bawak mati ea?? mungkin kot.. huhuhu...

bila pihak medik dah selesai buat kerja (patutnya kerja kan dia.. propa je lebih...) dan2 tu dia bangun dan mula balik perlawanan... aikkk........ tadi ko dah serupa orang nazak... haisshhh.... tengok! senang je pihak lawan bagi tekanan kat kita kan?? trick dan gimik... dengan sokongan penonton... dengan jurulatih yang menggelabah asyik kerja bangun bangkang keputusan pengadil.. aku memang bosan lah tengok perlawanan macam ni....

ni kan acara silat... bersilat la betul2.. ni ko lebih nak buat drama pulak kat gelanggang... adehh.. baik ko masuk MLM join kumpulan Kucai... eh, tiba2... hahahaha...

aku memang takkan respect orang yang menang cara macam ni... bagi aku dia tetap loser.. takpelah Shahril... dia tuan rumah kan.. kang kalau dia kalah, dia malu besar... biar la dia menang cara kotor tahap longkang tu... apa2 pun, awak tetap bawak balik pingat untuk Malaysia.. walaupun bukan pingat emas..

tapi acara silat tetap tak mengecewakan.. kita juga ada bawak balik pingat emas menerusi pesilat negara Mohd Al Juferi Jamari dalam final kelas E Putera (65-70kg), mengalahkan pesilat dari Vietnam.. walaupun menerusi kemenangan 'technical knock out' sebab lawannya tiba2 mengalami kecederaan dan takdapat nak teruskan perlawanan.. takpelah.. rezeki buat Malaysia..

nanti aku share lagi pasal benda2 menarik sepanjang sukan sea ni ea.. aritu nak buat pasal pingat ke-1000 Malaysia untuk Sukan Sea dan acara bola sepak B-23 yang setakat ni rekod bersih tanpa kalah pon tak sempat... hehehe... busy bebenor... (konon) sebenarnya benda2 macam ni korang boleh je search kat internet kan... aku pon rajin jugak search2 kat internet ni.. almaklumlah, nak tengok kat tv, kita bukan selalu ada kat depan tv ye dok? mana yang tertengok, macam acara silat ni, boleh lah aku share... lagi2 bila ada kontroversi dalam acara sukan tu.. cari kontroversi je kerja aku.... hehehe...


Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."