Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

13 Jun 2013

Sikit Lagi Nak Kena Marah.


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

ingat hari ni taknak post apa2.. yelah, sambutan kepada blog dah kurang sekarang.. masing2 ligat layan twitter, instagram, weChat, dan terbaru kakaoTalk.. hahaha.. nampaknya aku agak ketinggalan sikit.. almaklumlah, hp pon tak berapa nak canggih.. dapat berfb dengan wassap pon kira dah bersyukur da.... ehh, apa yang aku melalut ni... hahaha.. (pasang impian ni nak pakai iphone.. huhuhu)

oklah, berbalik pada kisah sebenar, tadi aku hampir2 nak kena sembur dengan kerani yang jaga hal2 berkaitan tempahan makanan untuk mesyuarat... alkisahnya, aku pon baru dapat date pagi tadi dari PA TKP aku untuk satu perbincangan dengan pihak luar... dah tu, pagi tadi jugak aku teros reply emel bagi pihak bos aku.. perbincangan tu akan berlangsung esok..

so tadi aku tanya balik bos, nak tempah minum tak? nanti jadi macam kejadian semalam pulak.. ha, kejadian semalam jap lagi aku cerita.. bos pon suruh la tempah... lepas tu bos aku ni katanya dah jemu dengan kuih2 kat bawah tu... tak sedap katanya.. aku pon ia kan je lah... huhu... tapi nak buat macam mana.. dalam borang pon kena tulis 2 jenis kuih.. kuih pon bukan kita yang tetapkan, ikot nasib la kuih apa yang ada... tadi aku konon nak request roti jala, tapi kerani tu datang balik, kata takboleh.. kena 2 jenis kuih jugak... ok!

pasal nak kena sembur tu, bila aku bagi je borang dan kata untuk esok, teros dia pandang aku dan cakap "kan dah kata kena bagi 2hari sebelum.." tapi muka dia ok lagi la masa tu.. belum menunjukkan kemasaman.. hahaha.. aku pon terus tunjuk bukti, emel yang mengatakan aku baru dapat tarikh perbincangan hari ni... dia pon, takboleh nak kata apa la... tapi bila aku gerak je, terdengar dia mengeluh.. kuat lak tu.. hahaha... tanda dia takpuas hati la tu..... 

kejadian semalam pulak... aku selalu tolong sorang bos ni tempahkan bilik mesyuarat.. aku pon, ikot je la arahan.. orang kata tempah bilik mesyuarat, aku tempah bilik mesyuarat je lah.. dia tak suruh aku tempah makan minum... aku pon takde pulak nak tanya.. sebab kalau sesi perbincangan ni selalu kejap je.. 

tapi tiba2 masa perbincangan sedang berlangsung, bos tu datang kat aku mana ada jual air mineral.. aik, aku pelik lah.. dia kata lupa nak pesan kat aku tempah makanan... aahh.. aku pon terlupa nak tanya.. jadi kengkabutlah dia.. maybe sebab bos aku tanya kot.. teros suruh aku carikan air dengan kuih.. nasib baik lah aku ada no telefon abang kafe ni.. call suruh hantar air dan kuih.. nak sekarang pulak tu.. adehh...

air takde masalah.. nak tunggu pisang goreng tu yang wat jantung aku dupdapdupdap... bos tu pulak asyik call je kata camane air, camane kuih... huhuhu... last2, aku suruh abang kafe tu hantar air dulu.. nanti pisang goreng tu aku pergi ambik kat bawah....

yang kelakar tu, aku kena tatang tray pisang goreng tu dari kafe sampai ke atas.. bukan bawak troli ke, plastik ke.. nasib baik ada laluan belakang... kalau tak segan jugak aku... huhuhu...

itulah PA.. orang asyik mengata PA ni kerja rekod surat, angkat telefon.. macam yang aku baca kat page Setiausaha Pejabat kat fb.. dah tu, aku kena tatang tray pisang goreng, angkat printer yang berat dari kereta bos, buat semua arahan2 yang bos suruh dari sekecil2 benda sampai ke besar2 benda.. takkan nak kena bagitau kat semua orang kan...."oii.. tadi aku kena buat tu.. tadi aku kena buat ni.." pastu nak lepas geram, kat PA jugak.. yang kelakar tu bukan calang2 orang tu nak marah aku, gred 17.. huhuhu... ni, bos baru suruh aku alihkan pokok masuk dalam pasu.. ha, nak kena main2 tanah pulak.. huhu.. nasib.. nasib...

terasa nak buat gaya AC Mizal lak.. "nasib kau lah"





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!
 


6 ulasan:

zal88 berkata...

stuju la li..
keje2 lain tu kte wat gak,tp xkcoh kat orang je kan..

LiaNa YuSoF berkata...

tu la leha... mulut orang... bukan mulut tempayan.. kalau mulut tempayan, aku tak tutup kan, aku kasi pecah je... hahaha...

Hustler berkata...

Yesszzaaaa!!~~ Aku ada pengalaman macam nih. Tapi biasa la... Takkan kita nak panggil orang suh tgk ape kita buat kan??

Pengalaman paling besh. Angkat beskal anak bos bawak naik atas opis. kisahnyer pergi belikan basikal anak bos. Pastu bos suh bawak naik opis. Datang pulak lip rosak. Tatang la basikal naik tangga.

Bila ada yang bertanya, "Eh? basikal siapa?? kenapa bawak naik?"

Aku dengan selamber. " Saya la kak/bang, senang, bos panggil, laju cikit masuk bilik bos nek beskal"

LiaNa YuSoF berkata...

gile ah.. tatang basikal... hahahaha... aku kalau kena buat memang kata xnak la kan... pekejadah bwk basikal masuk ofis... tp jwpn ko tu aku suka.... hahahahaha....

haritu ada n17 ngendeng2 dtg tempat aku mengadu dia xleh g kursus.. anak dia kecil lg la.. dia tak sihat la.. bla.. bla.. bla.... ingatkan ape, rupanya nak soh aku taipkan surat dia xnk g kursus... cehhhh.... aku plak bkn tak ikhlas nak tolong, tp dia dtg tu time nak balik... haruslah aku cam bengang je kan..... bengang2 pon, taipkan jugak.. hmm..

Hustler berkata...

Hahahaha.....Kata S.Y.M.P Lia oiii... Aku menurut jek... selagik dia tak suh yang bukan2... wakakaka...

Lau aku la weh, aku ciap cakap, "kak/abg, lau datang balik pagi besok boleh tak?? nak balik dah nih, besok pagi idea byk cikit nak taip. tolong igtkan pagi2.. eh??"

tuh jek la style aku, hahaha... lau dia berkeras, aku bagi jek PC aku, "dalam tuh ada 310 contoh surat, boleh pilih, then edit" Hahaha... kompom besok pagi dia datang lagik mintak tolong baik2.. hahahaha

LiaNa YuSoF berkata...

hahaha.... mmg la S.Y.M.P.. tp xkn nak soh pompuan angkat benda berat2 kan.. harusla aku cari abg2 gagah kan tolong angkatkan...

aku dah nak emel kat dia dah contoh surat.. tp nampak gaya cam dia nak soh aku taip sekarang jugak (masa tu lah) jadi, terpaksa laa... bagus betol dia, dah la orang lain drafkan surat, pastu orang lain taipkan surat.. dah taip, tolong print lagi.. dia tinggal sign je.. hmm.. oiii... tolong ajar aku mengelak perkara2 begini.. nampak ianya sangat baik, sebab membantu orang lain. tp esok2, nak wat surat je cari aku.. adehh... acaner tu? adakah perlu aku buat papan tanda, taip 1 surat rm5.. hahahaha..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."