Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

21 Mac 2013

Macam-macam..



Pelakon kena dakwa cederakan bekas suami  
Sharifah Nadia dikatakan cakar tangan ahli perniagaan

Petaling Jaya: Seorang pelakon dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu.

Bagaimanapun, Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd Hezri Shaharil.
Tertuduh yang pernah membintangi filem ‘Diari Romeo’ didakwa mencederakan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 10.30 pagi, 25 November 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Sharifah Nadia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera dengan mencakar tangan bekas suaminya. Mahkamah menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sapphira Selamat, manakala peguam Yusmadi Yusoff mewakili tertuduh. Peguam MK Thas bertindak sebagai peguam pemerhati mewakili Lob Mahadir.


Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga anak, Lob Ahmad Dani, 7, Puteri Anis Khairah, 6 dan Lob Umar Faiq, berusia empat tahun. 


**************************************************************************************************************************************************************

korang kenal tak pelakon ni? aku rasa pelakon ni yang banyak berlakon bawah arahan Erma Fatima... last aku tengok dia berlakon dengan Tiz Zaqiya, Nazim Othman dan Aqasha tu... kalau tak silap laaa.....

tau tak.... aku rasa benda yang ni sangat kelakar..... tuduhan kerana cuba mencederakan.. tapi cakar je... adehhhh... hal2 macam ni pon nak bawak masuk mahkamah... ingat tuan Hakim tu takde benda lain nak buat.... takpasal2 nak kena bayar peguam bagai...

si bekas suami pelakon, awak tu kena cakar je pon... bukan kena tikam... tak rasa malu ke?

sepatutnya hal2 macam ni takpayah bawak ke mahkamah... bincang baik2.. aku rasa, pelakon ni bukan sengaja nak buat macam tu.. mungkin dia buat untuk mempertahankan diri atau anak2.. sebab hal ni berlaku kat sebuah sekolah...  mungkin lah... yelah, perempuan ni takkan buat benda2 macam tu, kalau bukan untuk mempertahankan diri... siapa setuju dengan aku?? hehe..

oklah, dah rasa diri macam makjemah pulak... yelah, bukan aku yang nak kena turun naik mahkamah.. bukan aku yang keluar duit untuk bayar peguam... jadi, takpayah nak menyebok sangatlah kan... hahahaha... cuma aku harap perkara macam ni takpayah diperbesar2kanlah... malu kat oghang (gaya cakap macam yus jambu)

 

2 ulasan:

Ifa berkata...

tol2..pmpuan b'tindak ganas bila t'ancam je.. hehe

LiaNa YuSoF berkata...

hehehe... kan?

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."