Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

05 Disember 2011

pEristiWa seMaLam... inDaH...

Assalamualaikum kawan2...

aku baru je sarapan nasi lemak berlaukkan paru goreng sambal..
perut dah kenyang, baru la ada semangat sikit nak bercerita..
hahaha... buleh ek gitu?

semalam adalah hari yang sangat2 bermakna bagi aku......
berkat dan kesungguhan..
(erk? buleh ke kata berkat...? huhu... )
aku berkelana pergi menonton wayang..
seorang diri... cewah..

eh, ni betol ni..
aku memang pergi sorang je semalam...
sebab dah tak tahan dan exaited sangat nak tengok
filem Ombak Rindu..
huhu... jadi aku sanggup pergi sorang2...

ala.. apa yang nak diherankan....
pergi sorang2, takde la makan hati sangat,
kalau seat semua dah penuh..
aku hanya penuhkan seat2 yang tinggal satu..
tak silap aku, 3 seat je yang tinggal..
tu pon berasingan...
jadi tak susahla kan..
cumanya, kedudukan tu,
kita xde pilihan la....
aku pilih seat bahagian tengah..
baris ketiga dari bawah... (mendongak aku..)
dan ketiga dari kiri... okla tu..
strategik la dari duduk tepi.. hehehe...

wayang start jam 1.05 petang..
dah habis lebih kurang pukul 3.30 kot..
haaa... tang ni la aku kata tadi,
peristiwa penuh bermakna... hehehe..

sejurus je cerita tamat...
tiba2 ada seorang lelaki buat pengumuman..

"Perhatian... kepada semua penonton...
Sila stay dulu di tempat duduk anda...
ada sedikit kejutan di sini...
Sebentar lagi, pelakon2 Ombak Rindu,
Aaron Aziz dan Maya Karin serta penerbit
filem akan datang ke sini... diharap semua
boleh menunggu.. terima kasih"

WHAT??? AARON AZIZ NAK DATANG??

semua orang dah bersorak dan bertepuk tangan..
gila tak suka hero pujaan ramai nak datang...
yeuww!!!! suke2!!

tapi nya, aku kan datang sorang2..
jadi tak boleh la nak huha huha sangat...
hahahaha.... kang orang sebelah2 kata aku ni over pulak..
hehehe....

diorang masuk je, huuuuuuuuuu...
mata aku ni tak lepas pandang Aaron je..
sangat sangat sangat la macho... huhu...
beruntung isteri dia....

gila hensem kau!!
macam mana dia dalam filem/drama..
macam tu la dia depan mata...

uppsss.. lupe pulak..
Maya Karin pun sangat2 cantik...
sporting gila diorang...

sebenarnya, kedatangan mereka ke GSC Alamanda
adalah untuk sesi bertemu atau beramah mesra
dengan penonton2 Ombak Rindu..
dan aku serta penonton lain adalah sangat bertuah,
sebab, Aaron dan Maya masuk hall kitorang..

kedatangan diorang pon sekejap je..
pas tamat sesi beramah mesra,
diorang terpaksa pergi..
mungkin sebab tak nak diserbu..
dengan peminat2 fanatik yang gila meroyan,
kejar beliau sampai ke van..
huhuhu.....

ok, diorang datang,
selain beramah mesra,
diorang nak bagi hadiah,
bagi yang dapat jawab soalan...

bermula dengan soalan dari Maya,
"siapa madu saya?"

pastu Aaron pulak tanya,
"siapa yang nyanyi lagu soundtrack filem ni?"
siap suruh nyanyi kat depan lagi..
suara akak yang nyanyi tu,
nasib baik sedap..
aaron siap puji lagi...
akak ni, masa salam aaron,
kemain exaited lagi dia..
siap hentak2 kaki lagi.. hahaha...
suke ye kak?
(kalau aku pon suka.. huhu)

pastu, berlakon pulak..
lelaki, berlakon dengan maya,
perempuan berlakon dengan aaron...
hahaha.. time ni memang kelakar sangat..
lelaki yang berlakon dengan maya,
pilih babak yang aaron datang rumah pak dolah tu..
yang izzah kejar dia tu..
gila kelakar abang tu...

time aaron pulak..
dak perempuan tu pilih babak,
haris pukul izzah dalam toilet tu...
yang tu pon... aduyai.. kelakar gila..

haaaa... yang lepas tu pulak..
ada sorang minah ni....
terjerit2 nak naik stage..
aaron pun kasi peluang kat dia...
dia pilih nak berlakon dengan aaron..

tau tak dia nak buat babak mana?
babak aaron baring atas kerusi tu!!
hahahaha.. gila la minah tu..
aaron pun terkejut..
minah tu buat betol2 tau tak!
betol dia baring atas bahu aaron..
siap usap2 muka aaron...
cis!! berani dia..

aaron sangatlah terkejut.
siap cakap, "saya tak boleh berlakon dengan awak ni... tak fokus dibuatnya"
hahahaha...
pastu minah tu siap ngendeng2..
gesel2 dengan aaron..
sampai aaron pun dah naik takut...
"eh, awak nak buat apa ni?"
eee.. memalukan je.. huhu...

aku dapat snap 3 gambar je..
tu pon tak berapa clear...
aku segan la pulak nak pergi serbu...
dah macam ape la pulak kang..
aku memang la minat..
tapi takde la fanatik gila...
hehehehe...

apa2 pun.. seronok dapat jumpa
Aaron Aziz dan Maya Karin... (^_^)

pssstt.. : cerita pun best... nangis jugak la aku.. hehehe...

4 ulasan:

efa berkata...

oit..asal x ajak aku.. smlm aku sntai2 di rumh aja.. haha.. lau x, bleh ak amekkan gmbo kau ngan aron.. hehe

LiaNa YuSoF berkata...

laa... yeke.. aku ingat memasing busy ngn tunang.. so, aku malas la nak kacau.. huhu... ala, lgpon xsmpat punye nk bgmbar.. sbb diorg tpaksa lari keluar sbb ramai dah serbu.. dpt jumpa, tgok face to face pon da kira ok.. hehe...

aBoi berkata...

ntahnye.. bukan nak ajak sekali aku.. aku nak jumpa aaron gakkkk... hehe

LiaNa YuSoF berkata...

ala dayah... sory ar.. hehe.. aku pon xtau aaron nak dtg.. kalau x, dan2 tu aku g beli camera.. hahaha... almklum le, kamera enpon capok je.. nak tunjuk kt blog pon segan..

t len kali aku ajak ea.. haha.. papepon, mlm td aku tdo smbil tsenyum2.. kih3... menandakan aku puas ati sbb dpt jumpa aaron yg sangat kacak itu.. hehehe...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."