Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

18 November 2011

saYa banGGa saYa aNak MALAYSIA!!!

wah... tajuk, sangat membanggakan...
hahahaha..

ok, tak payah cakap banyak,
aku nak bicara (cewah) sikit tentang Sukan Sea yang diadakan di negara seberang (nak cakap negara ape pun meluat aiihhh..)

sebelum tu, aku nak ucap
TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
kepada pasukan bola sepak kita..
kerana telah berjaya membaham si garuda
dengan kemenangan 1-0 malam tadi..
tapi jangan terlalu gembira,
kerana selepas ni, ada lagi perlawanan penting yang perlu disudahkan..
takpe, yang pentingnya sekarang,
negara 'tu' kalah ditangan Malaysia.. hua3.. (gelak jahat)

dengan barisan pemain terbaik..
diketuai Baddrol Bakhtiar, pemain2 kita bermain dengan sangat baik..
yang aku tengok, sangat2 membantu pasukan adalah,
Badd, Syahrul, KFCM, Mahali, Asra, Muslim, Irfan, Fadli Syas,
Guru dan Fakri..
pemain yang keluar sebab cedera, digantikan dengan Syahrul tu,
aku tak ingat la nama dia.. huhu...
oh, Izzaq bukan la tak bagus,
cuma dia dapat banyak peluang untuk jaringkan bola,
tapi.......  mungkin pemain indon yang kawal dia tu,
terlalu mengawal sampai sukar dia nak rebut bola..
Nazmi pun nampaknya kurang menyerlah..
takpelah.. boleh tingkatkan lagi prestasi untuk game seterusnya..
(aku ada tertinggal nama mana2 pemain kita ke? hehehe.. kalau ada, mintak maap la..)

aku berharap, pasukan bola sepak U-23 kita akan bawa
kemenangan untuk Malaysia.. InsyaAllah..
tak lupa, pada semua atlet negara yang bertanding..
untuk pasukan badmintan tunggal kita, satu2 nya beregu negara yang tinggal.. huhu..
sila kalahkan pasukan indon.. jadikan kutukan "diorang" tu sebagai semangat..

ok, habis part pujian kepada atlet Malaysia,
sekarang aku nak luahkan kejian ketidakpuasan hati aku,
pada penyokong2 fanatik (konon) 'negara seberang' tu..

aku kecewa sangat..
bukan sangat dah, tersangat-sangat-sangat..
dengan tindakan penyokong diorang..
yang memalukan, yang mengejek, yang mencaci,
yang memaki, yang mengutuk.. eh sama je kan maksud semua ni..
huhuhu..
apa lah yang diorang benci sangat dengan rakyat Malaysia ni..
aku pun tak paham.. hmmm..

setiap kali game yang melibatkan atlet kita,
diorang ejek 'maling'.. kenapa? aku tak paham..
pencuri? apa maksud diorang yang kita ni pencuri?
bukan saja atlet.. pegawai, jurulatih, wartawan...
semua kena caci maki diorang..
apahal beb?

aku rasa isu 'maling' tu, takde kaitan dengan sukan..
tapi diorang saja nak buat provokasi..
nak jatuhkan semangat atlet kita..
yang kesiannya, atlet la..
kebanyakkannya, terpengaruh dengan keadaan..
keadaan di boo.. diejek.. dicaci... dimaki...
bijak penyokong diorang bermain dengan psikologi..

diorang langsung tak hormat dengan lagu kebangsaan kita..
tak hormat dengan kemenangan yang diperoleh atlet kita..
segalanya la...
aku sedih wei dengan tindakan diorang.. sedih!!

untuk penyokong seberang,
kita duduk berjiran je,
macam korang cakap, "serumpun"
tapi semangat serumpun tu tak ada.. zero!

bukan nak mengungkitla..
tapi selama ni pun, negara mana yang akan bantu negara korang dulu,
kalau apa2 terjadi dekat negara korang..
ni, dalam negara kitorang ni,
berapa juta rakyat korang yang ada kat sini..
(yang sibuk nak mintak kerakyatan pon berlambak2)
bukan tu je,
dunia hiburan pun, penyanyi korang yang banyak diberi peluang..
filem, sinetron.. berlambak2 tayang kat Malaysia..
(aku tengok KCB je.. huhu)
jadi, sila bersyukur...

ok, benda2 di atas ni memang takde kena mengena dengan sukan..
tapi sebab tindakan penyokong2 korang la,
aku terpaksa timbulkan isu ni.. aku pun kesian dengan atlet negara aku..
diorang datang untuk bertanding.. bukan untuk diejek, dicaci dan dimaki..

seperti yang terjadi malam tadi..
permainan bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan negara masing2..
dah separuh lagu Negaraku tu baru aku dengar..
punyalah bising.. biadap betul!!
masa KFCM terjatuh, satu stadium gelak dan boo...
pastu dah kalah, terus senyap kau!

aku puji sikap Badd, sebagai kapten..
dia tak emo pon masa main..
siap bantu pasukan lawan yang kekejangan otot..
sikap macam tu la yang kita nak...

tu baru bola sepak.. badminton pun sama.. teruk di boo..
dah le stadium tertutup.. boo diorang tu bergema satu stadium..
atas sebab tu la pemain kita kecundang..

atlet Malaysia lawan negara lain (bukan negara korang),
pon korang nak boo..
ape la.... (sambil geleng2 kepala)

ehh.. jap2..
ada yang sentap ke dengan entri aku ni?
nak sentap, sentap le.. ada aku kesah?

2 ulasan:

efa berkata...

aku stju..!! mslh dorg ni sbnrnye JELES ngan msia..

LiaNa YuSoF berkata...

eleh.. nak jeles kenapa... masuk hari ni je, negara diorang mungkin dah pungut lebih 100 pingat emas.. kita 40 pon belum lagi..

suka nak campur adukkan dgn hal2 politik.. tah pape!!

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."