Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 Februari 2014

Emosi Tak Stabil


Assalamualaikum...

aku perasan yang aku sekarang ni cepat marah, sentap, baran... tapi, peel aku, kalau marah aku diam.... walaupun diam, hanya Allah je tahu sakit kat dalam hati ni...

bulan ni aku asyik marah marah marah... ada je yang nak sakitkan hati aku... sampai semalam, aku tak tahan, depan pc kat ofis ni aku menangis... masa tu jam dah pukul 6.30 petang.. ape kejadah aku dok kat ofis lagi kan?? banyak keja oiitt... disebabkan aku kursus 2 hari berturut2, 9.00 pagi sampai 5.00 petang.. semalam dan hari ni, so aku tak sempat nak siapkan waktu bekerja.. terpaksalah aku balik lambat.. tu yang meleleh air mata... marah + tension + stress... hmmm...

dah la balik kena naik bas.. bas pulak tak datang2... jadi, membuatkan aku naik hangin lagi laaa... time tu rasa nak menjerit sekuat hati.... argghhhhhhh......... aku call akak aku suruh ambik kat ofis.. dia sampai tepat jam 8.00 malam.. ko bayangkan bape lama aku menunggu, dari sebelum pukul 7 lagi.. mau aku tak marah??

pastu kes pagi tadi lagi, pukul 2 aku terjaga dan tak boleh tidur sebab ada orang tu memekak menyembang bergayut telefon pepagi buta ni.. nak sembang pegi la dok kat tempat lain.. aku nak tidur kot... aku tak boleh tahan daaa.. teros bangun pergi ruang tamu, tidur kat ruang tamu pulak.. tu pon dengar lagi suara2 nye.. hadoiii... aku dah rasa nak baling botol air ke dinding daa.. tapi aku sabar lagi... ambik bantal tutup telinga... akhirnya tertidur jugak..

pukul 4 pagi terjaga lagi sebab simpul biawak... hampeh betol....... dah tu tidur kat sofa dengan takde selimutnya... haruslah simpul biawak kan... ke balasan kat aku sebab asyik nak marah je... huhuhu....


5 ulasan:

zal88 berkata...

huhu..lili..xmau marah2 yer

Ifa berkata...

ha'a.. sabo yunk.. dh lm x g umh lili.. yok g umh lili cik oiii

LiaNa YuSoF berkata...

hehehe.. meh la dtg.. rumah aku tinggal meja mkn je.. dah ada meja, bole la aku wat makan2 kt umah.. ajak korg2 dtg.. hehehe

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

cianlah..sabo ea yang..kadang2 marah ni kena dilepaskan..xbley simpan, t lame2 terbakor diri..hehe

LiaNa YuSoF berkata...

aku tak tau nak lepas cara macam mana la timah... aku ingat, aku diam taknak bercakap taknak buat apa2 tu cara aku lepas geram atau cara sakitkan balik hati org yg buat aku sakit hati.. tp xberkesan pon cara tu.. buat aku sakit hati lagi ada laaa... last2 nangis je la yg mampu.. T_T

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."