Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

11 November 2013

Taufan Haiyan


Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin... permulaan hari bekerja... baru berkesempatan baca segala paper online yang ada... membaca boleh menambahkan pengetahuan, ye dak?? hehehehe... hari ni aku baca lagi pasal kisah taufan maut yang sedang mengganas... 

Taufan Haiyan

mengikut laporan yang aku baca di internet, taufan Haiyan yang telah melanda Kepulauan Tengah Filipina awal pagi Jumaat lepas mengganas dengan kelajuan angin 315km/j dan ombak setinggi 5 meter, meragut ribuan nyawa dan membawa kemusnahan besar... Ya Allah...... T_T

pagi ni, taufan ni sedang menuju ke arah Timur Laut, Ibu Negara Hanoi, Vietnam.. membadai dengan kelajuan angin 160km/j... 


Pusat Ramalan Cuaca, Jabatan Meteorologi berkata, Haiyan merupakan salah satu taufan terkuat dicatatkan dalam sejarah dan sangat berbahaya kepada kapal dan feri... kapal2 dinasihati belayar menjauhi kawasan laut berhampiran Pantai Timur Sabah hingga Selasa depan... dan laman web MetMalaysia melaporkan taufan Haiyan berada kira-kira 938km dari Sandakan..

sekarang, kerajaan China juga sedang mengambil langkah berjaga-jaga tahap tinggi bagi menghadapi taufan ni... lepas sebuah kargo yang membawa 6 orang anak kapal dilaporkan hilang...

aku minta jasa baik semua, marilah kita sama2 berdoa agar taufan ni tidak melanda negara kita, Malaysia.. dan doakan juga penduduk2 di negara yang dilanda, akan dilanda taufan ni selamat dan dilindungi... semoga Allah melindungi kita semua... Aminnn...


Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."