Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

02 Oktober 2013

Kami Tak Bodoh.. Kami Tak Bodoh...


Assalamualaikum...

korang tau kan pasal isu bini Matyo? aku malas sebenarnya nak ulas pasal menda ni.... dan masa mula2 isu ni keluar, aku malas nak ambik tau... tapi bila ramai yang memperkatakan, dan bercerita kat aku pasal bini matyo ni, aku pon tengoklah video "pakcik dayus,pakcik dayus.. saya tak bodoh, saya tak bodoh" tu kat youtube.. (yang sangat trending tu..) 

first time aku tengok, mengucap panjang aku..... apesal la ko buat macam tu dek.... (boleh kan aku panggil dia adik sebab aku tua setahun dari dia... hahahaha) tau tak perangai ko tu memalukan kaum hawa... ko biadap satu hal.. ko cakap kat orang tua tu bodoh, dayus... apa yang ada dalam otak ko sebenarnya??

aku bukan nak kutuk kaum sendiri.... tapi ni hakikat... tanya la kat sape2 pon, pasti ada yang marah dan kecewa bila seorang perempuan sanggup berkata dan berkelakuan seperti tu.... takkan la dah tak kenal orang yang dah berusia... orang tua ko buat macam tu... haisshhh... aku memang pantang orang yang kurang ajar dengan orang tua...

oklah, nak marah pon tak guna, nasi pon dah jadi bubur... biar polis handle kes ni.... aku sangat2 sarankan yang pakcik tu saman perempuan ni.. biar jadi pengajaran pada dia, dan teladan untuk orang lain... 

1 lagi isu aku terbaca, yang bini matyo ni buat laporan palsu pasal kes dia dengan pakcik guard tu pada pihak polis... apa yang dia report taksama dengan video yang dia sendiri rakam... kemon la..... kot ye pon, janganlah menampakkan 'kepandaian' diri tu... report yang bertujuan untuk menyelamatkan diri dan menyalahkan orang lain... ni antara laporan polis yang dibuat bini matyo..

"Pada 12/09/2013 jam lebih kurang 1150hrs semasa saya berada di kawasan airport subang bersama suami saya, kami merancang dan berbincang di dalam kereta untuk membeli tiket kapal terbang di terminat 3 skypark.  Semasa saya memberhentikan kereta saya WVQ 9090 jenis mini cooper berhadapan dengan pintu masuk terminal 3, tiba-tiba seorang sekuriti skypark bernama (azman) datang ke arah kereta saya dan menyuruh saya mengalihkan kereta saya.  Lalu saya meminta untuk berhenti seketika. Selepas dua minit sekuriti itu datang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya, seperti perempuan bodoh, sial, bangang, perempuan gila dan banyak lagi.  Semasa kejadian tersebut sekuriti itu cuba menyerang saya beberapa kali walaupun suami saya ada di situ, saya terasa amat malu diperlakukan sebegitu sebagai wanita.  Saya juga ada merakam kejadian tersebut.  Saya datang ke balai polis untuk buat laporan untuk tindakan pihak polis.  Sekian, laporan saya."

bukan ke laporan bini matyo ni sama sekali bercanggah dengan kejadian sebenar yang dirakam? siapa maki siapa? kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?

andai kata la video tu takde, mungkin pakcik guard tu yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan.. tapi tak juga, sebab CCTV di kawasan tu (tempat kejadian) menunjukkan bini matyo dan matyo sendiri yang menyerang pakcik guard tu.. terang lagi bersuluh bini matyo dah lakukan kesalahan mendatangkan kecederaan pada pakcik guard dan 1 lagi kesalahan iaitu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.. kalau sabit kesalahan ni, dia akan dihukum penjara sehingga 6 bulan atau denda hingga rm2k atau kedua2 nya sekali..

tak guna buat kenyataan maaf tapi dalam laporan polis ko kata lain.. dah2 la tu.. kami tak bodoh.. kami bukan polis, kami bukan hakim, kami bukan peguam.. tapi kami boleh menilai apa yang betul apa yang salah... kami tak bodoh ok..

kepada Siti Aisya, nama yang sangat cantik, nama yang mulia.. ko pergilah mintak maaf kat pakcik tu, face to face.. takkan rendah martabat ko pon kalau pergi mintak maaf.. bahkan sangat2 dituntut oleh Islam.. kepada Matyo, isteri tu amanah dari Allah.. jagalah dia.. bimbinglah dia... kepada orang di luar sana, jadikan benda ni sebagai pengajaran dan teladan.. hormati orang tua.. jaga percakapan dan kata2 kita.. sudah2lah maki hamun perempuan ni dengan kata2 kesat dan kotor.. tak berbaloi pon.. bahkan korang dah samakan diri korang dengan dia....


korang tau x?

*aku tak suka Matyo sebenarnya... dari dulu... dari dia main dengan Kelantan lagi.. sampailah ke JDT... aku taktau kenapa... mungkin ada sesuatu pada dia yang aku tak berkenan.. tapi, taksuka tak bermakna aku benci... ^_^
*lawak Jep dalam SuperSpontan2013 pasal isu ni memang best.. tapi yang takbestnya, Jep dapat kad kuning.. ciskek betol hos.. aku teros taksuka hos dia lagi2 Ray.. tapi, taksuka tak bermakna aku benci.. ^_^



2 ulasan:

zal88 berkata...

ak suka part jep cakap tu..pastu kena lak johan pun sambung..hahaha..tp ak pun xsuka ttbe die kena kad kuning..

LiaNa YuSoF berkata...

kan? sepatutnya nak adil, nabil pon kena kad kuning sebab terang2 dia sebut nama matyo.. pengadil berat sebelah!! haha.. aku yg emo tengok..

lagi 1, masa konsert AF aritu, boleh je ray ngn hanif main pasal isu ni dengan zizan.. rasa nak pi tepek kad merah teros kat dahi ray tu.. hahaha.. tak memasal je aku nk marah.. hahaha

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."