Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

30 April 2013

Baiklah... Aku Mengalah...



baiklah... aku mengalah... mak, minggu ni orang tak balik kampung la.... akhir bulan baru balik....

29 April 2013

Tiba-tiba Terasa Nak Makan.......................


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum...

tah kenapa aku tiba2 terasa nak makan Sup Telor bersama Mee Suah.... korang tau ke apa mee suah tu? aku tau makan benda alah ni pon sebab nenek aku selalu masak... kalau buat kuah2 yang jernih je mesti nenek taruk mee suah ni... sedap sangat... orang sakit demam memang sesuai sangat makan menda alah ni.... nak masak pon senang.. kalau suhun kena rendam, mee suah ni takpayah.. teros masuk je dalam periuk, nanti dia akan lembut sendiri (macam magi).. tekstur dia lembut sangat..


inilah mee suah yg selalu nenek dan mak aku guna....

masak simple2 je.. sup telur ke, sup sayur ke, sup kosong ke.. tumis bawang dengan ikan bilis taruk air pon dah sedap.. masuk sikit blackpaper ke, lada sulah ke... garam secukup rasa.. siap!!

hmm... dok terbayang sampai terasa lapar pulak.... huhuhu..
 



KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

25 April 2013

Tak Perlu Kata Apa-Apa





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


kisahnya hari berkenaan, aku nak pergi makan meatball dekat abang burn, sg.ramal food junction.  dah janji dengan tiena... rasa bahagia je bawak kereta, lalu kat situ... jarang bebenor aku nak lalu kat situ.. tapi entah kenapa hari tu aku nak lalu situ... aku tak perasan kat situ ada kamera AES.. tapi bila kena flash masa lalu depan Shell, aku.... terkejut.. ternganga mulut kejap... aku....................................pasroh! T_TY

tahniah la liana.. saman pertama..... kot ye pon tunggu lah lepas ulangtahun BlackFelix yang pertama awal bulan 5 ni... adehhhh...... 

ok kawan2... oleh kerana saman yang pertama, aku blur... apa nak kena buat ni? teros ke JPJ dan bayar saman, atau tunggu lepas pilihanraya? 

macam2 yang datang......... time nak renew insuran/roadtax la ko kena saman.. nak gi servis kereta lagi.... hmmm... dugaan2... Ya Allah, kuatkan hati dan semangat aku... mungkin ada hikmah disebaliknya.... 

liana, bersabarlah...........


pssstt : dah la meatball taksedap, kena saman pulak... tak berbaloi langsung....... hmmm...




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

24 April 2013

Make Up Artist - Tak Bertauliah


Assalamualaikum...

oiii........ bosan pulak aku... dari petang semalam.... kurang pulak kerjanya... huhuhu... jadinya, aku pon google la sana sini....... tentiba, terjumpa ini....


macam best pulak... dapat mekap2..... ada beberapa orang model yang kita boleh pilih untuk dimekapkan.. dan...... kita boleh upload gambar sendiri untuk diconteng dimekapkan jugak.... hihihi... ok tak aku mekapkan model kat atas ni.... hahaha... 

bukan saja boleh mekap, tapi ada hair style daaksesori jugak... macam2 aksesori... try lah..

eh, ke aku je yang baru tau pasal menda alah ni...? hahahaha..... kalau korang dah tau, diam2 je la kan..... kalau xtahu, try lah! best! klik je gambar kat atas k....

uppsss... ni entry untuk pompuan2 je.... hehehehehe....  


22 April 2013

Sharing Is Caring...






Khusus buat kawan² yang masih atau sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha dengan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

*
*
*
 
oh ye.. ada dengar, Nabil Ahmad (Raja Lawak) pun pernah guna cara ni.. Alhamdulillah... akhirnya dia dapat baby girl..
 
 
 
 
sumber : muka buku 

Politik


Assalamualaikum...

wahhhh..... berani ko liana, nak cerita pasal politik.... hahahaha... sekarang ni, mana boleh nak cerita sangat pasal politik.. walhal kita tau, kita ada hak kan.... takpe, jangan risau.... takde nak cerita apa pun... cuma nak letak 1 komen yang aku baca dari akhbar online... yang sekarang ni semua akhbar dok sibuk cerita pasal politik.... ahli kena pecat sebab bertanding atas tiket bebas.. artis bertanding... kemunculan bekas ahli politik parti ni yang nak masuk parti tu... banyak calon bebas yang bertanding pru kali ni.... pertandingan lebih dari 3 penjuru... ada tu sampai 6 penjuru... dahsyat oii.. dan bla bla bla bla bla......

dan komen yang aku baca tu adalah...

Ramai calon Bebas? Menampilkan 1,900 calon? Bagi mengelak berlakunya perkara tersebut, semua parti perlu terima calon yang telah diterima melalui keputusan cawangan tempatan yang disukai di kawasan tersebut. Bukannya meletak calon luar tanpa mengambil kira perasaan ahli-ahli penyokong parti.

aku setuju sangat2... anda??

hehehe... peace no war... 

sekian, terima kasih... 

19 April 2013

Suka Nak Share...


Assalamualaikum....

hari ni aku nak share tentang kod negeri, no di tengah dekat mykad.. aku ada baca, tentang kekeliruan sesetengah orang yang pelik bila no kod tengah tu tak sama dengan adik beradik mak pak dia padahal dia lahir di negeri yang sama....

Johor - 01, 21, 22, 23, 24
Kedah - 02, 25, 26, 27
Kelantan - 03, 28, 29
Melaka - 04, 30
Negeri Sembilan - 05, 31, 50
Pahang - 06, 32, 33
Pulau Pinang - 07, 34, 35
Perak - 08, 36, 37, 38, 39
Perlis - 09, 40
Selangor - 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu - 11, 45, 46
Sabah - 12, 47, 48, 49
Sarawak - 13, 50, 51, 52, 53
WP KL - 14, 54, 55, 56, 57
WP Labuan - 15, 58
WP Putrajaya - 16
Negeri tak diketahui - 82

sekarang dah tau kan? ^_^
 

18 April 2013

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia



KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


Berminat?? Jika berminat, boleh isi borang INI... tapi sebelum isi borang, BACA risalah INI dulu....


di Presint 17

di Presint 11

di Presint 5 - 5R5

Aku berminat...... tapi.........................................................




sumber : Portal Rasmi Perbadanan Putrajaya




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

17 April 2013

Extreem Weight Loss - Buat Aku Menangis


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


Assalamualaikum..

korang pernah tak tengok rancangan program diet Extreem Weight Loss? rancangan ni kat channel Astro TLC 707.. aku baru je ikot rancangan ni... eh... maksud aku, baru je tertengok... minggu lepas.. program ni setiap hari selasa, malam... 

apa yang menarik sangat rancangan ni? dah nama pon weight loss, mestilah aku suka tengok.. walaupun belum ada kesedaran dalam diri ni nak kuruskan badan (niat dah ada, usaha belum lagi... hehehe) ok, takpayah la cerita pasal aku yang konon2 nak diet ni... meh aku cerita sikit pasal apa yang aku tengok dalam rancangan ni...

peserta kali ni, seorang lelaki.. Tony, berusia 49 tahun.. yang nak berubah dan sambut hari jadi yang ke 50 tahun nanti dengan badan yang kurus dan sihat... dia memang nak sangat berubah... akhirnya impian untuk dia berubah tercapai bila program ni ambik dia sebagai peserta...dan trainer dia adalah Chris Powell.... program ni mesti diikuti selama 1 tahun.. 1 TAHUN OK... ada 3 fasa sebelum sampai ke fasa terakhir iaitu timbangan final..

ok, kenapa aku menangis....?? ala... biasalah... aku kan cengeng... hakhakhak... aku menangis sebab perjalanan hidup dia selama 1 tahun untuk berubah tu banyak sangat benda2 yang sedih berlaku... antaranya, first skali dia macam dipandang rendah je dengan teman wanita dia, (sebab gf dia pon gemok jugak dan takde hati nak berubah sama2), dia keluar dari rumah teman wanita dia... tapi dia tak tau nak tinggal mana... dia tinggal dalam kereta selama beberapa bulan... anak dia (kurang upaya) meninggal selepas 28 tahun bertarung untuk hidup... haisshhh... sedih aku... 



sory, gambar kabur
masa sesi pertama timbang, dia dah menangis... sebab dia kena timbang pakai penimbang besar ni.. yang hanya sesuai untuk timbang barang2 dari kontena..... dan berat permulaan dia adalah 398lbs.... fasa pertama, 3 bulan, turun 104lbs.. gila kan?? target dia nak turun 100lbs je.... fasa kedua, 3 bulan berikutnya dia kena turun lagi 30lbs.. tapi masa tu dia turun 29lbs.. ok la kot... tapi dia frust sangat.... agaknya masa tu dia dalam keadaan tertekan pasal kes dia dengan gf dia.. dan fasa ketiga, aku tak ingat dia turun berat berapa... tapi masa fasa ketiga, dia mintak untuk buat pembedahan untuk buang kulit kendur kat perut dia... 2 bulan dia takdapat workout sangat sebab nak pulihkan luka pembedahan.. dan hanya tinggal 4 minggu untuk workout habis2an sebelum timbangan terakhir...




akhirnya.....


dahsyat kan?? berat masa timbangan terakhir adalah 198lbs... penurunan sebanyak 200lbs... sangat2 membanggakan.... bukan saje badan dah kurus, dapat lagi hadiah USD 50,000.... 

setahun dia ambik masa nak kuruskan badan... yelah, mana boleh nak kurus sekelip mata... dia dah ternak lemak kat badan dia selama 38 tahun... mestilah ambik masa yang lama jugak untuk buang lemak2 tu semua...

sama jugaklah macam aku.... orang desak2 aku, suruh kurus.... aku boleh je... tapi jangan lah nak tetapkan dalam tempoh yang singkat untuk aku kurus.... aku pon gemuk dari kecik... jadi, aku pon akan ambik masa yang lama untuk buang kegemukkan ni.... huhuhu... In Shaa Allah... kalau umur aku panjang, korang mesti dapat tengok aku kurus... siapa taknak kurus kan? semua orang nak kurus, cantik.. ehh... tetiba aku pulak yang emo.... huhuhu... (padahal diet selalu yangyok je... alasan.. alasan... hak3)

apa2 pon, usaha tu...... kalau tak usaha, mana nak datang perubahan kan?? ingat tu Liana!! sendiri yang cakap, tapi sendiri taknak berubah... hahahaha... nak la... aku dalam pembikinan perubahan la ni.... slow2... semalam aku dah start balik pergi aerobik... gila penat setelah setahun lebih tak pergi... tapi yang bestnya, badan kaki aku tak sakit bila bangun tidur pagi tadi.. maknanya, akak yang ajar tu pandai dan tau teknik2 pergerakan dalam aerobik tu... bukan main pakai bantai je... hehehe... best sangat... sebab dalam aerobik je la aku boleh menari2 kan... hahaha... semalam dapatlah menari gaya2 arab sikit... yang kasi goncang badan punggung bagai tu... terasa macam nak tercampak keluar lemak2 aku... hahahahaahahahaha....




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

16 April 2013

Aku Terluka Lagi....


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

baru nak baik jari telunjuk dan jari hantu tangan kanan aku (akibat kena mesin parut kelapa), malam tadi aku telah mencederakan ibu jari tangan yang sama pulak... adooooiiiii.... ni gara2 nak makan acar kampung lauk favourite aku la ni... huhuhu......

lukanya tak nampak teruk... betol2 kat garisan tengah ibu jari.. jadi tak nampak sangat lah luka nya....  aku siap ukur tadi panjang luka terkena pisau tu... hahaha... 0.5cm je... tapi, dia punya darah.......... menitik2... dalam la kot luka tu... kalau tak, aku alirkan dengan air, darah dah berhenti dah...... 

masuk bilik, nak letak minyak gamat pon punya payah... darah taknak berhenti.. tapi aku letak jugak.. then tutup dengan kapas.... lepastu, masuk dapur balik, teruskan perjuangan memasak... hahahaha... tengok ada darah setitik dua kat tepi dapur... aiseyy... sikit lagi nak masuk kuali... kalau masuk kuali, confirm jadi raja bersiong aku... eh, salah.... ratu bersiong.... hahahaha....

aku taknak letak gambar.. buruk sangat wei tangan aku.... jadi, wahai jari manis yang akan menerima cincin taklama lagi tapi taktau bila.... uhukuhukuhuk... (hahahaha), sila jauhkan diri anda dari kecederaan2 serius yang boleh meninggalkan parut kekal sepanjang hayat... cewahhh.... hahahahaha... serius wei, memang buruk tangan aku... harapkan jari manis dengan kelingking je la yang molek lagi.... huhuhu...

ha, tang lauk favourite tu, ni first time aku masak acar kampung.. jadi, haruslah tah hape2 je rasa nye... rasa rempah tu dah ada dah... cuma timun tu tak rangup krakkrukkrakkruk bak kata mak aku.. hahaha... mak kata rendam timun dalam air kapur.. mana lak aku nak cari kapur... adehh...  so, mission : failed T_T



KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


12 April 2013

Untuk Makluman





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


"Sukahati" dimaklumkan bahawa saya terpaksa bekerja pada hari ahad ini.

Sekian, terima kasih.












KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

11 April 2013

Masterchef Selebriti Kembali Lagi..


aku adalah peminat/penonton setia Masterchef Selebriti... kini kembali untuk musim ke 2...




jangan lupa saksikan Masterchef Selebriti Musim 2 bermula 22 April ini.. Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam.. di Astro Ria 104 dan Astro Mustika HD 134...


psssssttt : dah nampak dah siapa yang pandai masak... tapi aku suka Afiq Muiz... hehehe...

09 April 2013

Protokol Dan Penampilan Diri


Assalamualaikum.....

hai, hari ni lewat sikit update.... hari2 ko mengupdate liana oii... orang pon bosan nengok nya... hahahaha.... update je lebih, cerita tah hape2 je... hakhakhak.... xpe, blog aku... jadi sukasuki lah aku nak mengarut apa kan.... eh, melalut pulak..

ok, pagi tadi... aku ada taklimat.... sebenarnya, aku terlupa aku kena masuk taklimat.... hak3... naik2 dari beli sarapan aku dan bos punya (tengok2, rajin tak I beli breakfast untuk bos..), ada akak ofis aku, sama bahagian, tapi dia dok tingkat lain.. (pejabat TKP) call... teros tanya, "liana turun tak?" aku pon macam blur je..... huhuhu..... oooooo..... terlupa pulak, ada taklimat.. hahaha.... makan cepat2... lepas tu naik atas hantar claim, pastu baru turun dewan...

apa yang bestnya taklimat kali ni? serious, aku suka sangat.... kursus or taklimat macam ni yang aku suka pergi.. walaupun aku tak lah berpenampilan sangat... hakhakhak.... nama je PA, tapi............ ish3... (geleng kepala)...

taklimat ni menjemput seorang perunding imej.. En. Hafiz Mustapha...(nak tahu sila klik nama beliau) beliau ni sangat famous jugak dan dikenali... aku pernah sekali hadir taklimat dia sebelum ni anjuran puspanita... dan bila aku tau dia yang akan bagi talk, teros aku excited... hehehehe..... walaupun apa yang dia share tadi, dia pernah ceritakan dalam taklimat yang aku pergi sebelum ni..... takpe, boleh refresh balik kepala otak aku... yela, aku kan cepat lupa.. hahaha..

banyak petua2, cara pemakaian, cara penjagaan diri dan pemakanan yang dikongsi... pengalaman beliau.... best.... aku tak mengantuk langsung... gelak sesaja...... (En. Hafiz ni kelakar.. hehe) dan yang paling best, beliau ajar cara menentukan warna pakaian dengan kulit kita.... dan, En. Hafiz ada jugak share apa makanan yang orang perempuan takboleh makan banyak... ianya melibatkan alat sulit wanita... hihihi... nak tau? sila pm aku... hahahahaha....


tiba2 aku menggigil berdiri sebelah beliau... huhu

inilah dia En. Hafiz... tadi En. Hafiz cakap, kalau aku pakai tudung warna daun pada baju aku, lagi nampak menyerlah.... hehehe..

1 benda yang aku ikot cakap En. Hafiz ni, dia kata jangan pakai brooch  bawah dagu yang berjuntai2 tu... nampak buruk sangat... hahahaha... lepastu, aku teros takpakai dah... 

nanti, mintaklah bahagian latihan ofis korang buat taklimat or kursus macam ni.. dan panggil En. Hafiz ni... gerenti best!  

08 April 2013

Iklan Pengambilan Pembantu SPPIM Gred 17 (Contract For Service)




Anugerah Bintang Popular BH 2012


Assalamualaikum.....

wah... nak cerita pasal abpbh....... korang setuju ke dengan senarai2 pemenang? hehehe... mesti ada yang tak menjangka Shaheizy Sam akan menang lagi kan? sama lah macam aku...... hik3..

tapi....... masa diorang nak umumkan siapa bintang paling popular tu, aku cakap, alaaa... zizan takpayah la... huhu... (jahatkan?) bukan sebab aku taksuka zizan.. aku suka... cuma..... hmmmm... belum layak lagi kot.... korang peminat2 zizan, jangan marah ea... aku pon peminat zizan jugak.. cuma dia belum layak, dan mungkin bukan rezeki dia... huhuhu... aaron pon aku cakap takpayah.. sebab dia dah menang tahun lepas... aku asyik berfikir, siapa yang layak... sampai diorang umumkan nama Sam... ooo.... oklah tu...

ok, untuk pemenang2 lain, bermula dengan Artis Baru Lelaki Popular, ikot populariti.. Aiman Hakim memang layak.. tapi, kalau ikot pilihan aku, aku lebih memilih Izzue Islam... takpayah la kata aku pilih dia sebab dia hensem.. semua finalist hensem2 belaka... mungkin sebab dia pernah menang award sebelum ni... dan lakonan dia dalam 29 Februari tu harus dipuji..

Artis Komedi Wanita Popular.. aku dah jangka kemenangan Didie Alias.. dan aku sangat2 bersetuju... tapi........ alahai.... baju apa yang deknon pakai ni.... kot ye pon nak glam kan... menatang kat kepala tu, serius.. sangat menggangu pemandangan orang di belakang.. aku yang tengok kat rumah ni pon terkezut beruk deknon... huhuhu.....

kemudian, Artis Duo/Berkumpulan Popular.... yang ni pon sengit jugak.. aku agak, kalau tak Black/Malique menang, mesti Najwa/Sleek.... tapi rezeki lebih berpihak kepada Black/Malique.. yelah... tahun lepas lagu ni bukan main famous lagi.... tak ketinggalan, penyampai untuk anugerah ni, ada Anzalna dengan Neelofa.. hahaha... penganjur pon... kot ye pon, takpayah la nak gandingkan orang2 yang tengah masam muka ni.. memang diorang kata diorang profesional... tapi tak ke nampak macam hipokrit kat situ... tapi, kalau diorang betol2 dah baik, Alhamdulillah..... dan..... sory la Nubhan.. orang mesti takpandang awak sangat.. sebab sibuk perhatikan Anzalna & Neelofa.... uppssss.. hehehe..

Pengacara TV Lelaki Popular.... tahniah Pak Nil.... rezeki tahun 2012.... memang takboleh disangkal lagi.... walaupun kat tv banyak muncul muka AC.. takpe Dato' AC, tahun depan banyakkan lagi aktiviti dengan peminat, mesti banyak yang akan mengundi... hehehe..

teros kepada Penyampai Radio Wanita Popular... dah menang berapa kali berturut2 dah Farah Fauzana ni.. aku pon dah tak terkira dah...... aku ok je dengan keputusan ni.. sebab tengok Dj2 wanita kat negara ni tak ramai dan tak famous sangat... hmmm..... dan Fafau turut menang Pengacara TV Wanita Popular..

ok, untuk Pelakon Filem Lelaki Popular.. aku memang pilih Sam.. hehehe.. memang patot pon dia menang.. tahun lepas Sam banyak keluar filem... 

dan Aaron Aziz menang Pelakon TV Lelaki Popular... ni gara2 drama Adam dan Hawa la ni... hehehe... tahniah Aaron... atleast, dapat jugak award dari balik tak bawak apa2 kan....

untuk Artis Baru Wanita Popular, aku ok je mana2 finalist ni.. sebab takde yang aku minat... upppsss.... hehehe... tahniah Wawa Zainal...

Penyampai Radio Lelaki Popular.... hmmm... aku nak Johan yang menang... adehhh.... soryla Johan, I tak undi U.. sebab tu U tak menang... huhuhu.... takpe, tahun depan boleh cuba lagi.... untuk FBI, tahniah...

anugerah diteruskan dengan Pelakon TV Wanita Popular... dan aku sangat2 setuju dengan kemenangan Nabila Huda... hehehe.... (aku peminat dia uiii) tapi, aku tak suka la baju dia... seksi sangat..... huhuhu...

tahniah kepada Shila Amzah.. aku ingat Yuna menang lagi.. tapi tahun lepas sampailah Feb haritu, nama Shila memang hot kan.. tak tau kenapa dia tak hadir, mungkin dia kat China kot.. tahniah, Penyanyi Wanita Popular..

Artis Komedi Lelaki Popular... masa penyampai nak sebut nama pemenang, penonton2 yang dekat tepi stage tu jerit nama Jep... hehehe... dahsyat kot kalau Jep menang... hahahaha... tapi Jep tercalon tu dah cukup baik, dah nampak populariti tu... dan tahniah kepada Zizan, merampas balik trofi dari Johan.. hehehe... ku sangka Johan yang menang, tapi aku lupa, Zizan lagi ramai peminat..... hehehe..

kemudian, Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat... memang layak diberikan kepada Kumpulan Search... dah lebih 30 tahun penglibatan diorang rupanya... huhuhu... lama..... tapi sayang, Amy Search tak dapat hadir... kalau ada mesti lagi gamat stadium.. tahniah Search... pewwwwiiiitttt......

anugerah diteruskan lagi...... masa ni aku dah mengantuk2 dah.... boleh dikatakan perjalanan majlis tu ada up ada down... tapi tu nanti aku cerita jap lagi.... Penyanyi Lelaki Popular... dah tau dah... mesti Hafiz.... baguslah ucapan Hafiz kali ni.. ringkas.. tapi mendalam.. wah gitu.... hahaha.... nampak dah kematangan dia...

anugerah terakhir sebelum umumkan bintang paling popular, Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular...aku memang nak sangat Yana Samsudin menang.. bukan sebab nama dia sama dengan nama aku... hehehe... tapi aku tengok populariti dia meningkat naik sejak dia berlakon Bini2ku Gangster... bukan saja boleh berlakon filem/drama komedi, tapi boleh jugak menjiwai watak2 sedih macam dalam drama Surat Dari Langit Biru...  orangnya low profile je...

oklah..... ok ke senarai pemenang2 ni? aku ok je.... sebab aku bukan mengundi diorang pon... hehehe... jadi takpayah nak banyak bunyi sangatlah... hik3... cuma aku nak cerita pasal perjalanan majlis malam tadi....

permulaan majlis je dah kantoi... ok dah elly noor dengan mastura nyanyi tu.. sekali masuk AC & the geng, aku rasa macam hura hara je stage.... hahaha... lepastu masuk pulak ONE... dengan muzik celaru dah macam CD rosak.... hak3.. 

lepastu, banyak persembahan2 nyanyi kan.. lagi lah part yang karaoke tu... semua layan habis... pastu persembahan khas untuk kumpulan Search... artis2 youtube... sampai la persembahan last sekali, pengacara pon nak nyanyi jugak..... hahahaha.. aku rasa semua dah ok dah.. cuma, majlis ni bukannya konsert... dapat nyanyi sikit tu oklah... kalau nak nyanyi banyak2, kurangkan penyanyi... so, takdelah penyampai2 ni takde masa nak bercakap... semua kena cut sebab nak cepat.... persembahan semua, so-so la... tak ada yang menarik sangat... part yang 5 artis wanita tu pon, ok la.... lagu Raja Ema, di korea kan... aku bukan peminat korea, jadi aku tak berapa sangatlah dengan perubahan lagu tu.... ok2 jer...

yang aku suka, masa Johan buat parody tu.... hahahahahahaha...... rasa nak gelak guling2 je.... adehh.. sampai terbukak getah rambut U Johan.... rambut dah macam hape daaa.... terbaik lah!

overall, best.... banyak juga kekurangan, tapi boleh diperbaiki.... kepada Shaheizy Sam, tahniah....!


pssstt : amacam artikel aku? dah boleh jadi wartawan hiburan tak? hakhakhakphuiii.....



05 April 2013

Mengimbau Zaman Sekolah - Lepas Habis Peperiksaan


Assalamualaikum.....

Salam Jumaat kawan2 semua..... cepat betol masa berlalu.... macam tak terasa aku bekerja minggu ni... agaknya badan je datang ofis.. jiwa, raga, perasaan tah ke mana pergi..... ke Abu Dhabi agaknya... ehh??? apakah?? hahahahahaha.....

ok, tak payah berangan sangat nak ke Abu Dhabi (padahal sebelum tidur selalu berangan... bestnya kalau dapat pergi Abu Dhabi.. huhuhu. siapa ingin membawa.... aku terbang ke sana..... eh?? hahaha...) aku nak cerita pasal zaman2 sekolah dulu.... aktiviti yang dilakukan lepas habis peperiksaan...

selalunya, student2 yang dah habis periksa, semua dah malas nak pergi sekolah kan? kan? kan? aku tau, korang mesti salah seorang.... hahahaha... tapi, aku dan kawan2, expecially masa sekolah menengah, akan ambil peluang ni, datang sekolah dan buat hura hara... eh?? hahahaha... takde lah... kitorang suka merayap2 sekitar sekolah je...

tapi, cikgu takbagi student2 ni merayap... apatah lagi masuk ke kelas... semua student dikumpulkan di dewan... dan boleh buat hal masing2, asalkan jangan pergi kemana2 kecuali, toilet... tu yang kitorang suka tu.... hehehehe....

dah tu, dah duduk kat dewan, takkan nak menganga je kan? haruslah buat aktiviti..... jadi, kitorang pilih, bawak segala apa permainan yang ada kat rumah, yang indoor punya la.... main kat dewan sampai habis waktu sekolah... kira sampai lebam la... hahahaha....

jadi, korang nak tau tak apa permainan2 yang selalu aku main bila habis periksa.... ni haaaa.....

selalunya, aku hanya mampu bawak,



Batu Seremban

sebab menda alah ni je yang aku pandai buat.... hehehe.... takpun, aku akan pergi ke warung2 kat bawah flat aku, untuk cari.....



Ceper atau Penutup Botol


tapi game yang aku paling suka main adalah.........



UNO Block

menda alah ni, paling best sekali... bila nak main ni, kitorang akan main ramai2.... kadang2 10 orang nak main.. sebab apa? sebab semua excited gila bila block yang ditarik ni bergoyang2 (tapi belum jatuh) dan 1 dewan akan bergemuruh bila block2 ni jatuh berderai.... hahahahaha... best2!!

selain tu..... kitorang pon suka main kad.... eh.... bukan main kad judi tu eaa.... choi!! kad ni.........



Happy Family, Snap, Dongkey, Old Maid

aku macam lupa la pulak cara permainan dia... almaklumlah... dah nak 8 tahun meninggalkan sekolah.. so selama tu lah aku tak main dah menda2 alah ni... ok, dalam empat2 kad ni, aku suka main Snap... dok ralit cari kad, tak sedar kawan2 dah snap tapi diorang wat dono je... sampai lah aku nak gerak kad aku, eh... semua orang dah letak kad.... ahhh... malu betol.... semua kawan2 gelakkan aku.... hahahahaha... ada macam2 cara nak main kad ni... banyak... aku pon dah tak ingat daa....


UNO Card

UNO Card ni pon best.... sebab dapat kenakan orang... cara main pon lebih kurang jugak macam main snap... kadang2, kitorang create sendiri cara game tu dimainkan... tak kesahlah apa2 pon, janji best dan dapat kenakan orang.... hahahahaha... 

ok... bila dah bosan dengan semua game2 tadi, kitorang mintak kat cikgu......



Congkak

mainlah dari pagi sampai lah habis waktu sekolah.... dah lah main kat dewan.... ketawa tu takpayah cerita lah.... sampai cikgu2 dan pengawas sound, main senyap2 sikit... hahahaha.... benda seronok, takkan la nak gelak dalam hati pulak..... hahaha...

rindu pulak aku nak main menda2 alah ni semua.... budak2 sekarang takmain dah menda2 ni.... sekarang dok ralit pegang ipod la... iphone la.. PS la... PSP la... jari je berpeluh.... hehehe..... hmmmmmm...... rasa nak balik ke sekolah semula...

03 April 2013




Assalamualaikum.....

hari ni, tiba2 terasa nak beli......


masa form 4, cikgu Seni (Cikgu Mahathir Mohamad) suruh beli sketch book je... kecik dan mudah nak bawak... tapi aku lagi suka drawing block..

poster colour


berus yang pelbagai saiz...


palette
  

pensel warna


krayon

mungkin salah satu cara untuk mengisi masa lapang dirumah... hehehehe... ohye, maklang aku dah tak dok dengan aku dah... paklang sudah pulang... semalam depa datang rumah amek barang... jadi, aku kembali sendirian.. huhuhu....



 pssttt..... : masa sekolah, aku lebih suka beli Luna dan Buncho... warna dia terang....


Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."