Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Januari 2013

Bila Lama Tak Jumpa..


Assalamualaikum...

dah beberapa hari tak update... malas menguasai diri.... cewahhh... oklah, meh dengar aku cerita... keriuhan melanda setelah lama tak berjumpa... hak3...

sabtu lepas, 26 Januari 2013, aku sekeluarga (kakcik & pizin je takde sebab diorang kerja) pergi ke majlis sambut menantu makcik (ex-jiran) yang mengajar aku mengaji masa dok Menara Sri Kemboja, AU3 dulu... (bahasa kampungnya, gi panggil.. hik3) aku memang dah lama tak jumpa makcik ni.. kami panggil beliau CikCah... dan aku jugak tak pernah lagi memunculkan diri di apa2 dan mana2 majlis yang melibatkan ex2 jiran ni... huhuhu.... malu la.... segan.... selalunya mak dengan ayah je pegi.. so, ini adalah pertama kali...

aku pon taktau kenapa aku nak pergi, ikutkan aku dah cakap dengan mak, tak tau lagi.. segan... tapi mak cakap, nak segan apa..... jadi, untuk tidak menghampakan mak dan jugak CikCah dan suami beliau, PakCik MdZin (yang selalu tanya2 aku), aku pon pergi la... 

tapi.... aku tak bajet la akan jumpa ex2 jiran KL aku.... adoiii... sampai2 je, dari jauh aku dah nampak.......... hmmm... berserah, bersedia je la.... (dengan soalan2 panas)... kami sampai2 je, salam dengan CikCah.. jumpa PakCik MdZin... PakCik MdZin siap tanya aku, bila balik? cuti ke? hehehe....

lepas tu teros ke meja yang dipenuhi oleh ex2 jiran... cewah... cerita macam ramai sangat... takdelah ramai.. ada 3 family yang dah datang... family CikSu&PakCikKamal (masih di AU3), CikNaz&PakCikMan (dah pindah Seremban 2), CikRos&PakCikWak (masih di AU3)... salam2, peluk2, cium2.....korang ingat tak aku pernah cerita pasal Najlaa (Jela) yang masuk tv program Aizat Pecah Rahsia tu? dia pon ada........ hahahaha... dari jauh dia dah jerit aku... YANA...... peluk cium macam dah lama tak jumpa... padahal baru setahun je takjumpa... eh, lama la tu.... hehehe...

dah salam2 sume, aku pergi ambik nasi, pastu duduk sebelah Jela.. makan sambil borak2, gelak2... hahahaha... dia punya gelak, mak aiii... kalah mak2 orang ni berborak... sampai kena tegur dengan makcik kendarat, amboiii, gelak slow2 sikit.. huhuhu... 

seronok sangat dapat jumpa Jela dan sorang lagi member baik, Leen... kiranya, takde lah perasaan malu segan semua tu.... teros hilang.... 

Leen ni, sama kolej dengan akak aku.. umur dia tahun ni 24, sebaya dengan Jela.. aku 25, akak aku 26.. diorang ni tak panggil kakak pon kat aku ngan akak aku.. panggil nama je.. kira dulu masa kecik2, takperasan pon perbezaan umur ni.. rasa macam sebaya je... hak3.. perasan!

ehh.. aku nak cerita pasal Leen.. dia ambik course sama dengan akak aku.. kira, nanti diorang ni sama2 la jadi cikgu.. jadi, bila dah jumpa akak aku, asyik cerita pasal sekolah je la....... (pengalaman praktikal) aku dengan Jela dengar je.... sampai Jela cakap "ko tengok, bakal2 cikgu ni... kalau dah jumpa, tak heran dah orang sebelah" hahahahaha...

aku lebih rapat dengan Jela... banyaklah jugak borak2 pasal kerja.. Jela asyik tanya aku je, best tak kerja? errr.... apa aku nak jawab ea, setelah 4 tahun lebih bekerja ni? huhuhu.... Jela ni, kerja kat CST Production, aku rasa Jela ni graphic designer la... hmm.. ye kot, aku lupa nak tanya apa jawatan dia kat company ni.. hahahaha... dia selalu jugak terlibat dengan Aizat... kerja2 fotografi.. editing... design kad kahwin... fuhh.. kira dasat jugak la Jela ni.. aku memang tabik toink2 la kat dia... hehehe..

dan..... soalan yang pasti akan ditanya oleh Jela, ko bila nak kahwin? adehhh... alasan dia tanya aku, sebab aku dah 25 tahun dan dah kerja.. boleh gitu? hahaha.... nasib baik la tak ada yang tanya, bila nak kurus? hahahaha.. teros aku tak jadi makan agaknya... hahaha...

tengah borak2, tiba2 PakCikMan (ayah Jela) ajak aku nyanyi.... adoiiiii.... biar betol.. takkan kot.. huhuhu... Along (abang Leen) pon ajak nyanyi siap bawak buku lagu suruh pilih nak nyanyi lagu apa... arggghhh... kerja gila ni.. 

dulu masa kecik2, PakCik Man selalu ajak aku karaoke kat rumah dia.. sampaikan dia dah cop aku pasangan duet dia lah.. bayangkan masa tu umur aku baru darjah2 je... sampai sekarang pon, kami dicop pasangan duet.. hahahaha... nasib baik CikNaz tak jeles.. Jela pon cakap, ayah dia kalau menyanyi, asyik sebut nama aku je... sampai macam tu sekali... huhuhu... 

dalam taknak taknak tu.. terpaksa jugaklah... dah dipujuk2 suruh nyanyi... aku bukan apa, aku tak pernah lagi nyanyi depan mak ayah aku... hahahahahaha... malu weeeiii.... dah tu, Along nak nyanyi lagu Memori Daun Pisang pulak.... adehhh... pasrah..

kebetulan, sebelum nyanyi, ada ex jiran lain pulak datang.. CikNorsiah, MakMidah&PakCikRaja beserta 2 orang anak lelaki.. dan PakCikAzhar&Isteri.. lagi lah aku malu... huhu...

Along punya suara, memang superb la... kira 1st time jugak lah aku dengar dia menyanyi... sedap...

dah habis makan2, borak2, nyanyi2.. kami pon minta izin pulang ke destinasi masing2... hehehe.. tapi sebelum balik, kita bergambar dulu!!


tersenget2 aku sebab kena tarik.. sikit lagi nak tertonggeng.. hahaha..  


ok, dari kiri.. yang sepasang pakai hitam merah tu, PakCik Azhar&Isteri.. tudung biru hitam tu Mak aku.. hehe.. pakai tudung oren coklat tu, CikNaz, belakang CikNaz, CikRos.. belakang CikRos, Cik Norsiah.. depan dia CikSu dan CikCah.. actually, belakang CikCah tu Ayah aku.. hahaha... nasiblah ayah.. tak berapa nak tinggi.. huhu.. lelaki kat tengah berbaju hitam, PakCikWak.. berbaju melayu biru, PakCikMdZin, berspek hitam, PakCikMan aka pasangan duet aku.. hahaha.. berbaju merah, PakCikKamal.. sebelahnya, menantu.. wife Along.. Along, tu... yang tepi sekali, yang gagah tu.. hahahaha.. eh lupe, budak kecik tudung hijau labuh macam ustajah tu... adik aku, dekya... hahaha...

yang duduk mencangkung macam nak tergolek je gaya, semua anak2 dara.. hehehe... pakai baju purple tu, kembar... adik2 Jela.. Jiha&Ct.. lepastu, yang macam nak tertonggeng tu, aku la.. hahaha... sebelah aku, Leen.. pastu akak aku Fariza.. dan.... Jela! terjerit2 dia suruh orang yang amik gambar tu cepat.. penat mencangkung, senak perut kata nya.. hahahaha.. adehh... kelakar la ko ni Jela...


geng mak2...

Jela jerit suruh cepat2 sikit ambik gambar.. perut dah senak ni.... hahahahha... ha, gambar ni barulah nampak Ayah.. hehe..


geng anak polis... hehehehe....




22 Januari 2013

Wajah Siapakah Yang Dikau Cari...





takpenah dibuat orang, lukis rambut dulu baru lukis mata, hidung, mulut dan sebagainya... hak3.. yela, tension aku... bila nak lukis muka orang lain, jadi muka orang lain... grrrrrr..... tangan takde seni langsung.. huhuhu...





wajah sebenar.... malu nak kasi tunjuk.. hahahahaha...



hmmmm.... jeles dengan orang2 yang pandai melukis ni.. aku ni takat tiru boleh la... kalau takde model/gambar, haram la nak jadi kan...


penah jugak try lukis gambar sendiri.. tapi....... last2 tah jadi apa tah.. tiba2 orang dalam lukisan tu jadi cantik dan jadi versi kurus pulak.. hahahahahahaha... 


ok, tamat sesi mengarut..


17 Januari 2013

Sahabat Dunia Akhirat



2001 hingga ke saat ini.. Mastura, Liana, Fatimah

semoga persahabatan kekal hingga hujung nyawa... aminn...

Filem Korea Yang Best - The Tower


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

malam tadi, aku pergi menonton wayang dengan Fara.. kali ni, aku biar Fara yang pilih dia nak tengok apa... dan filem pilihan beliau, opkoslah filem korea kan.. hehehe.. aku follow je. dia siap pesan awal2 kat aku, jangan tidur tau... sebab takut aku bosan... hak3.. tapi tapi tapi... filem ni sangat best... aku takde masa nak tidur sebab ternanti2 babak seterusnya.. filem The Tower ni dah ditayangkan sejak 10 Januari lagi..



Sinopsis filem ni :-

Naskhah penuh emosi ini mengisahkan tentang menara termewah yang turut menempatkan apartmen mewah, Tower Sky di Seoul, Korea yang merancang untuk mengadakan pesta Natal bagi masyarakat setempat di situ dengan menurunkan salji buatan menerusi helikopter.

Lee Dae-ho, seorang bapa tunggal dan pengurus menara tersebut terpaksa menguruskan acara yang dipanggil White Christmas, dan dalam masa yang sama, Dae-ho telah berjanji pada anak perempuan tunggalnya, Ha-Na dan wanita yang dicintai, Yoon-hee, yang juga pengurus restoran di menara tersebut untuk meraikan Krismas bersama.


Bagaimanapun, ketika acara berlangsung, berlaku tragedi yang tidak disangka apabila salah sebuah helikopter tersebut tidak dapat dikawal sehingga merempuh salah sebuah menara sehingga mencetuskan kebakaran besar.


Dalam suasana panik, Dae-ho berusaha mencari anaknya dan Yoon-hee bersama anggota penyelamat, biarpun sedar nyawa menjadi taruhan.


Secara keseluruhan, filem ini akan membuka mata penonton mengenai mesej yang cuba disampaikan di sebalik runtuhan dan tragedi yang berlaku seperti semangat bekerjasama dan erti kasih sayang.



*
*

filem ni mengisahkan tentang Tower Sky, apartment / kompleks residen mewah tertinggi di Seoul.. yang mempunyai dua bangunan (bangunan ni seakan2 KLCC sebab ada jambatan gantung kat tengah2).. malam kejadian tu, diorang ada buat parti untuk Krismas.. oleh sebab Krismas tahun ni tak ada salji, jadi pemilik Tower Sky nak beberapa buah helikopter mengelilingi bangunan dan turunkan sajli buatan...

banyak krisis sebenarnya berlaku sebelum tu... ada beberapa masalah yang menjadi punca2 kecil, yang menyebabkan kejadian ni jadi bertambah teruk... aku asyik terjerit2 je tengok... huhuhu... masalah bermula dari bahagian dapur.. pengurus di Food Mall, Seo Yoon-Hee ada bagitau beberapa masalah di bahagian dapur pada bos dia, tapi bos dia suruh fokus dulu untuk parti malam tu... 

Lee Dae-ho, pengurus menara.. jugak ada buat laporan pada pemilik Tower Sky mengenai pemancut air kecemasan (untuk kebakaran) tidak berfungsi dari tingkat 60 hingga 80... dan tak silap aku, parti tu dibuat kat tingkat 63 (kot)..

dan tak silap aku jugak, pemilik Tower Sky tu tau masalah pasal angin lintang tapi dia nak jugak sajli buatan diturunkan (melalui beberapa buah helikopter yang akan mengelilingi bangunan) dan disitulah punca sebenar berlaku... degil betol pemilik Tower Sky tu...

masa heli sibuk keliling bangunan turunkan salji, tiba2 datang angin lintang.. ada beberapa heli tu tak dapat kawal, akhirnya melanggar bangunan tu... time ni rasa macam dahsyat betol... dan tempat heli tu langgar adalah di bilik server.... lagi laaaa.....

pasukan bomba datang nak selamatkan semua yang ada kat dalam bangunan tu.. ada jugak yang mati sebab kesan pelanggaran heli.. semua orang dalam bangunan tu kelam kabut.. jadi huru hara sebab semua nak selamatkan diri masing2... dan part yang paling sadis bagi aku, part berebut2 nak naik lif.. ada sorang lelaki tu pentingkan diri sendiri, tolak sorang perempuan suruh keluar dari lif sebab lif dah lebih muatan.. Yoon-hee merayu suruh bawak Ha-na turun sekali tapi dia buat tak tau je.. last2 semua dalam lif tu mati sebab lif lalu kat tingkat yang terbakar terok.. lif tersangkut dan akhirnya semua dalam lif tu mati terbakar.. huhuhu....

ada jugak part2 yang kelakar dalam filem ni... ada sorang ahli bomba berpangkat Sarjan, dia lah yang selalu buat kelakar... walaupun keadaan tengah huru hara.... part dia je, semua orang dalam panggung ketawa... hahaha... 

part cemas bila Dae-hoo, Yoon-hee, Ha-na, sepasang couple(diorang ni pon kelakar), seorang perempuan mengandung, seorang cleaner, bos Yoon-hee, kapten dan sorang bomba (budak baru) nak lintas jambatan gantung untuk ke menara sebelah... jambatan tu dibuat dari gentian kaca... kalau aku memang xlalu la situ.. nampak bawah kot.. dah la kat tingkat 60.. bos Yoon-hee tu tak sabar sangat, sebab perempuan mengandung tu jalan slow, dia pon lari, padahal kapten tu dah bagitau, struktur jambatan tu retak dan nak roboh... last2 bos Yoon-hee tu mati jatuh dari tingkat 60.. huhu..

orang yang paling penting dan sangat2 aku kagumi dalam filem ni, adalah kapten bomba.. dia ni sanggup gadaikan nyawa dia.. dia tau dia dah buat kesilapan sebab jatuhkan alat kawalan jauh untuk letupkan bom.. jadi dia taruhkan nyawa dia, letupkan bom untuk pecahkan tangki simpanan air hujan.. part ni aku nangis ok.... huhuhuhu..... 

sebelum tu, bayangkanlah kapten, Dae-ho dan 2 orang bomba diberi masa 20 minit untuk masuk, selamatkan beberapa orang yang ada (termasuk Yoon-hee) dan pecahkan tangki simpanan air hujan sebelum bangunan tu dirobohkan untuk elak bangunan tu condong ke bangunan sebelah yang boleh menyebabkan kedua2 bangunan runtuh.. fuhhh... gila..


keadaan kawasan sekitar Tower Sky bila 1 dari bangunan tu diruntuhkan

ehh.. banyaklah babak2 menarik yang buat korang taksenang duduk dalam filem ni... aku tau aku antara yang lambat tengok filem ni.. tapi kalau ada antara korang yang tak tengok lagi, pegi lah tengok...tak rugi sebab filem ni best sangat... hehehe..





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

16 Januari 2013

Ulang Tahun Bonda Sudah Tiba....


Assalamualaikum...

cuba korang sebut tajuk entry aku tu, gaya dia macam dalam cerita Ahmad Albab... yang tu Ulang Tahun Ayahanda Sudah Tiba.. aku saje tukar Bonda... hahahahaha...

19 Januari ni birthday mak... akak aku dah mesej aku semalam.. aku, dia dan kakcik akan kongsi duit belikan hadiah untuk mak.. selalu aku kongsi duit dengan kakcik je.. tapi tahun ni, akak aku yang usulkan cadangan ni.. satu petanda baik ni... hakhakhak....

seperti yang telah dirancang tahun lepas.. (amboi, tahun lepas dah siap2 rancang..) aku dengan kakcik dah plan nak bagi enpon kat mak... disebabkan mak sangat jealous bila aku dengan kakcik bagi ayah enpon kan.. (meh baca SINI) tapi tak tau lagi nak bagi enpon apa... mak aku pon boleh tahan cerewet jugak.. kitorang bagi ayah enpon touch skrin pon dia bising.. menyusahkan lah ape lah... 

dan seperti biasa.. adik aku la jadi mangsa pegi carik hadiah... hahahaha... aku bukan pandai sangat nak pilih2 ni... kang aku pilih diorang tak berkenan pulak... jadi pandai2 la diorang carik..

ha, korang dah pikir apa hadiah untuk hari jadi korang? eh.. kelakar pulak soalan aku ni.. hahahaha.. yelah, takkan nak paksa orang lain bagi hadiah untuk kita kan? kita belilah sendiri... reward untuk diri sendiri... hik3... aku dah pikir dah... wah! taksabar nak tunggu hari jadi sendiri.. hahahahaha..

selingan:

sapa tengok bola malam tadi? korang tengok game mana? Pahang lwn Negeri Sembilan atau Darul Takzim lwn Kelantan? aku tengok dua2.. tapi lebih kepada DTFC lwn Kelantan la... game best ni.. walaupun tak banyak jaringan gol.. okla tu... 1-1.. sama level je pon diorang ni.. 

aku pelik jugak prestasi pemain2 untuk Liga Super kali ni.. team A lawan team B, team A menang, team B lawan team C, team B menang, team A lawan team C, team C menang... apakah? prestasi turun naik yang susah nak dijangka.. 

tahniah pada pasukan Pahang yang mempertahankan rekod bersih tanpa kalah sepanjang liga berlangsung.. (alex! alex! hahaha..) dan tahniah jugak pada Apex sebab beraksi cemerlang malam tadi.. aku sampai berpikiran, Kelantan ni bertahan sebab ada Apex je.. yelah, game sebelum ni Apex takde, asyik kalah je.. malam tadi.. barulah nampak macam hidup sikit..

dan yang pasti jugak, aku bukan penyokong mana2 pasukan dalam Liga Malaysia... aku hanyalah penyokong Harimau Malaya dan Harimau Muda sahaja.. hehehe.. (jadi, orang Melaka yang kaya raya, yang taktau nak buat apa dengan harta yang ada, walaupun dah menderma dan di zakat, harta tu masih lagi bertimbun2, sila bentuk balik pasukan Melaka dan beli pemain2 yang tiptop dari kelab2 liga Malaysia.. hahahahahaha)

15 Januari 2013

Masa Sekolah, Memang Tak Minat Sejarah.. Tapi Lagu Sejarah Mungkin Berulang, Suka Pulak.. Hak3


Assalamualaikum..

korang suka tak baca tentang sejarah2 Islam dahulukala? aku suka sangat... tapi belum habis mencari lagi.. walaupun masa sekolah, aku adalah antara mereka yang taksuka subjek sejarah, tapi kalau bab2 Islam ni, aku suka nak baca.. suka nak tau... bila dah baca, terasa kerdil je diri ni.. banyak lagi benda yang aku tak tau sebenarnya.. huhuhu... takpe.. taktau, belajar... taktau, tanya... tapi aku banyak search2 kat google je.. tapi taktau la info2 yang ada kat google tu betol ke tak..

oh ye, pasal subjek sejarah.. macam yang aku kata tadi, aku tak minat.. tapi aku pernah diterangkan oleh paksedara aku berkenaan subjek sejarah ni.. mula2 dia tanya aku, aku suka subjek apa? aku cakaplah geografi.. sejarah? aku cakap tak minat.. pastu teros dia cakap, kenapa tak minat? tau tak apa beza sejarah dengan geografi? sejarah, dah nama pon sejarah.. sejarah tak akan berubah.. macam mana kita baca hari ni, macam tu jugak lah kita baca benda tu 10 20 30 tahun lagi.. geografi, setiap hari, keadaan muka bumi ni akan berubah2.. corak penempatan, iklim, cuaca, semua akan berubah.. jadi, kenapa kata tak suka sejarah? ok, time tu aku ternganga dengan ceramah beliau.. huhuhu.. jadi, sejak hari tu, aku cuba untuk minat dan baca2 benda berkaitan sejarah.. memang tak dinafikan, subjek sejarah ni menarik.. apesal la aku tak suka ek? hissshhh...

aku pon takde benda nak dicelotehkan sangat hari ni.. tapi kalau korang minat nak baca apa yang aku share ni, silakan....

*
*

Sejarah Bermulanya Kejatuhan Khilafah Empayar Turki Othmaniah

Kita seringkali di hidangkan dengan peristiwa Perang Dunia Pertama sebagai punca kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Turki Othmaniah. Bagaimana pembelot yang ditawarkan habuan oleh kuasa luar sanggup menjatuhkan kerajaan sendiri, yang kemudiannya membawa runtuhnya institusi Khilafah dan Daulah Islamiah. Namun adakah kita sedar yang kemerosotan nilai-nilai Islam dalam Pemerintahan Islam pada zaman itulah yang menyebabkan dan melemahkan Kerajaan Islam lalu dengan mudah ditumpaskan? Dibawah ini ada sedikit ulasan bagaimana runtuhnya nilai-nilai Islam dalam pentadbiran diakhir zaman kegemilangan Empayar Islam Turki Othmaniah.

Permodenan sistem pentadbiran dan perniagaan yang antaranya pemansuhan matawang Dinar dan Dirham digantikan dengan wang kertas adalah kunci utama kepincangan kerajaan Islam pada waktu itu.
Ketamakan dan terlalu mengejar glamor ingin bersaing dengan negara kaya Eropah ketika itu sehingga cuba meniru hampir kesemua sistem eropah termasuk sistem pentadbiran, kewangan(Bank, Bond, Saham) akhirnya menjerat leher sendiri.

Ikuti kisah diari  Sultan Abdul Hamid yang menceritakan hal sebenar yang terjadi kepada kerajaan tapuk pimpinannya. Sejarah yang patut kita beritahu kepada umat Islam terutamanya generasi muda.

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.

“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid. “Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.


“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. “Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. 

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya. “Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu. “Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.
“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.
“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda. Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah. “Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan. 

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun. “Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.
Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid

diari sultan abdul hamid

Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi

Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :
Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.
Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi  yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker  – banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank. Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.
Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut : 

“Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..”

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Tamat preview dari Diari Sultan Abdul Hamid.

Dominasi dan Kekayaan serta pengaruh Hartawan Elit Yahudi-Eropah (ie Rothschilds) yang memegang sistem perbankan di England telah menyebabkan Negara England sendiri berada dibawah genggamannya. Mengheret Kerajaan Islam dalam kancah kehancuran. Lebih seribu tahun mereka ini bermaharajalela di Eropah sebelum berhijrah untuk mencari mangsa baru iaitu Amerika. Kini sudah lebih 100 tahun mereka disana dan rakyat Amerika sendiri sikit demi sedikit mula sedar akan  sistem yang dibawah oleh golongan Elit ini apabila bahang kesan buruknya semakin dirasai.

Amerika yang menjadi nadi ekonomi dunia kini dibelenggu hutang negara paling banyak dalam sejarah tamadun manusia. Jumlah hutang kerajaan Amerika ketika ini melebihi 14.7 Trilion Dollar bersamaan RM 42.6 Trillion Ringgit (RM 42,600,000,000,000). Rakyat Amerika kini sedar yang kerajaan mereka sudah tidak lagi mampu untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Dengan kata lain Kerajaan Amerika sudah pun bankrupt / muflis secara tak rasmi. Pakar ekonomi meramalkan yang kerajaan akan mencetak duit lebih banyak sebagai usaha untuk mendapatkan lebih ‘income’ daripada rakyat. Namun aktiviti Mencetak duit (quantitative easing) ini hanya memburukkan lagi keadaan, perkara yang sama terjadi pada tamadun-tamadun manusia terdahulu, Empayar ROM, malah Kerajaan Islam Turkey Othmaniah juga melakukan perkara yang sama, Zimbabwe, dan terbaru yang menjadi mangsa ialah Greece. Amerika adalah negara seterusnya, jika bukan golongan Elite ini menangguhkan kejatuhan Amerika, sudah tentu 2008 yang lalu adalah tahunnya. Namun golongan Elite ini tidak membenarkan Amerika tumbang selagi misi utama mereka belum terlaksana.

Berbalik kepada Zaman Kerajaan Islam Turki cuma menyerap sistem pemodenan pada awal tahun 1800an, Syarikat Bank dari eropah dibenarkan beroperasi di Turki(Constantinople), Sistem kewangan Bond dan Saham semuanya dirombak untuk mengikut sistem di eropah, Duit Kertas (Kaima) turut diperkenalkan menggantikan Dinar dan Dirham.

Dari segi pentadbiran, Sistem Khilafah digantikan dengan sistem Demokrasi, Wazir besar digantikan dengan Perdana Menteri, Tentera Jihad mula diberikan sistem Tentera Bergaji dan banyak lagi. Pertukaran dan permodenan yang dibuat oleh kerajaan Islam Turkey pada pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) adalah titik tolaknya kejatuhan Empayar Kerajaan Islam Othmaniah pada tahun 1924.


Pemerintahan Sultan Mahmud II tidak dapat menyedari bahawa pengaruh pemodenan Eropah(Judeo-Christian Alliance) yang mengawal ekonomi Eropah sebagai Kuasa Yakjut & Makjud yang kemudiannya dikenal pasti oleh Sarjana Islam terkenal pasa masa itu iaitu Said Nursi Badiuzzaman.

Tidakkah kita terfikir akan kepincangan Sistem Demokrasi dan Kewangan yang dibawa oleh Barat ini? Model Sistem Khilafah zaman kegemilangan Islam adalah Model Kerajaan terbaik. Jika Kerajaan Islam pada zaman itu menolak Sistem Moden Barat ini nescaya Kerajaan Islam akan terus unggul sebagai Model Kerajaan terbaik yang mempunyai nilai moral yang tinggi.

*
*

~perkongsian ilmu untuk korang2 yang seperti aku, yang baru mengerti... tapi kalau korang dah tahu kisah ni, Alhamdulillah..~

11 Januari 2013

Hari Ini Aku Ok


Assalamualaikum...

ooooooooiii.. lambat nya update... huhu... dah petang kala, nak balik baru update.. hua3.. ala.. ape kesah pon, bukan ada orang baca blog aku.kan.. kan... hak3..

takde apa yang menarik pon hari ni... pagi, datang cam biasa, tak lambat hari ni.. (hak3) pagi2, dah tepon naz, "yok beli breakfast!" bila naz dah datang kat tempat, "eh, bukan pagi ni ada baca yassin ke... kang mesti ada makanan... huhu..." ok, aku bukanlah pergi baca yassin tu semata2 nak makan... kang aku dah beli breakfast, akak2 ajk bising "kan ada makanan.. nape beli? hissshhh... budak ni...."

dah baca yassin, makan... dah makan, tengok surat2 keluar... "eh, jap lagi ada mesyuarat agung puspanita, kena turun balora" tinggalkan dulu surat, gerak ke dewan... tolong apa yang patut... 

habis meeting, dapat makanan untuk lunch... time tu dah jam 12.15.. ok, dah sedang elok lah tu... boleh berfb... hak3.. tapi fb pon dah bosan... layan youtube pulak.... eh, Adam Hawa episod akhir tak tengok lagi... tengok adam hawa pulak....

lepas gedebak gedebuk layan perasaan senyum sorang2 depan pc (kenapalah kau macho sangat wahai aaron aziz..err.. huhu... sudah2! suami orang tu...), masa mengerjakan solat pulak.. lepas solat, habiskan surat2 yang tergendala pagi tadi.. pergi admin hantar mc pegawai, scan surat bagai semua... balik tempat semula, buat memo.... memo, hari isnin lah hantar....

ok, ada 15 minit lagi..... bukak blog, update! hahahahaha... boleh ek cam gitu... dekat ofislah tempat aku mem'busy'kan diri... kat rumah, aku dah kebosanan.... ooooiii.. bosan tau tak duduk sorang2... rasa macam.... macam..... macam nak nangis.... T_T 

semalam, masa nak makan, sambil tengok berita jam 8, telefon mak..... cakap kat mak, "saje tepon mak... orang bosan lah..." boleh gitu? hmmm... ni, taip2 ni pon rasa nak menitis je air mata..... eh, apesal emo sangat ni... huhuhu... 

hari ni, tak bosan kot.. balik jap lagi, nak jalan2 kat pasar tani.... cuci2 mata.... hari ni takde cerita setia hujung nyawa kan... (best sangat cerita ni...) so, bolehlah berlama2 sikit di pasar..  balik, mandi, solat, makan.. (makan tak tinggal.. adehhh) tengok berita.. pastu layan bola sekejap.. pukul 10, tengok Maharaja Lawak Mega, solat, lepastu tidur! haaa... tak bosan kan hari ni....

huhuhu... T_T 



~~jiwa kacau~~

09 Januari 2013

Tak Sangka..


Assalamualaikum....

haaa... apa2 hal, aku nak cakap dulu lah... entry kali ni berkaitan bola sepak... jadi, sesiapa yang tak minat, tak baca pon xpe... hik3.. tapi... kalau korang baca, korang memang best lah! hahahaaha...

malam tadi, adalah aksi pertama Liga Super.. 8 pasukan yang berentap malam tadi, tapi keluar kat tv hanya perlawanan antara Selangor vs Negeri Sembilan di TV1 dan Darul Takzim FC vs Pahang di Astro Arena.. dua perlawanan ni memang ditunggu2.. tapi aku lebih berminat nak tengok perlawanan antara Pahang dengan pasukan yang berbelanja besar musim ni, Darul Takzim FC..

tapi sebelum tu nak habaq la.. aku bukan peminat mana2 pasukan tapi peminat pemain dalam satu2 pasukan tu... hehe.. sebab tu tiap2 musim, aku sokong pasukan yang berlainan... nampak x? tah pape je aku ni... hahahaha... yelah, pasukan Melaka dah lama takde... jadi, taknak dikatakan khianat dengan negeri sendiri, aku sokong pemain je la... hahahahaha... sebab pemain2 pon bukan anak kelahiran negeri pasukan yang diorang join.. jadi aci kan kat sini...? hahaha..

ok, berbalik pada perlawanan DTFC dengan Pahang, jujur aku kata, aku suka dua2 pasukan ni... sebab kat dua2 pasukan ni ada pemain2 yang aku suka (suka bukan sebab hensem.. ehem2.. tapi kerana corak permainan diorang yang best, lincah dan bergaya.. hak3) dalam pasukan DTFC, aku suka Muslim Ahmad, Zaquan, Aidil, Safee Sali, Nurul Azwan Roya... dan menarik perhatian aku dalam perlawanan malam tadi, Tuah.. aku memang suka tengok pemain yang berbadan kecil, tapi.... lari mak aiii.... berdesup poey nye... hahaha.. 

dan pasukan Pahang, opkos la aku suka Azamuddin Akil (Alex)... dan jugak Amirul Hadi... dan pemain yang menarik perhatian aku dalam perlawanan malam tadi, sudah semestinya pemain yang sumbat 2 gol, Fauzi.. aku ingat dia nak cipta hatrik, 3 gol....hehe

tahniah untuk pasukan Pahang atas kemenangan 3-2 malam tadi.. memang tak sangka... sebab diorang dah ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama... tapi separuh masa kedua, diorang banyak menyerang.. sampai pengulas sukan cakap "apa tonik yang Dollah Saleh bagi dalam bilik persalinan tadi?" hahahaha.. kalau korang tanya aku, mestilah aku akan cakap, Darul Takzim yang menang sebab diorang ada pemain2 bertaraf bintang.. tapi tu lah... kita tak boleh menilai kekuatan pasukan tu berdasarkan pemain je.. konon ada pemain bertaraf bintang.. pemain import, pasukan tu kuat lah.. tak juga... Pahang ada pemain import, tapi dalam separuh masa kedua, Dollah Saleh keluarkan 2 pemain import dan gantikan dengan pemain tempatan, menang jugak.. kiranya ni, sang gajah jalan2.. tak sengaja terpijak harimau yang sedang tidur.. hak3.. boleh ke gitu? peminat2 fanatik DTFC, jangan marah ea.. aku gurau je... hehehe..

selain tu, kekuatan pasukan juga bergantung pada Jurulatih.. aku memang kagum dengan Dollah Saleh.. aku jugak suka Azrai Khor, Irfan Bakti.. diorang ni sangat2 berpengalaman.. tapi, berpengalaman2 pon, kalau nak kalah, kalah jugak kan.. huhuhu.. jadi, moralnya disini, pemain, jurulatih dan penyokong, harus bersatu.. cewahhh...

oklah, aku tau korang muak kan cerita pasal bola.. jadi, aku stop dulu lah.. hehehe...

08 Januari 2013

Meh La Baca...


Assalamualaikum..

selamat pagi semua..... korang sihat? (cewahhhh...) aku, Alhamdulillah... permulaan tahun baru yang....... takde lah ok sangat... pasai pe tak ok, pasai.... sehingga hari ini, 8 Januari 2013 ni... aku telah lewat 2kali ke ofis ok..... gila terok ko liana oiiii......... ape la nak jadi dengan aku ni... huhu.... berubah lah! berubah lah...! kelewatan yang tidak disengajakan... tapi, taktau nak bagi alasan apa kat bos.... masih lagi memikirkan alasan.. hmm...

hari ni, aku datang seperti biasa.. tidak terlalu awal dan tidak lewat... hehe... masuk2 bilik.... huh... mengeluh sekejap... bila lah aku nak kemas bilik aku ni.... dah banyak sangat barang dan kertas2 yang dah takguna... jadi, dengan bersemangat waja nya... aku pon mengemas.... kemas punya kemas punya kemas.... alamak! aku terlupa nak turun bawah beli breakfast.... hak3.... begitu terserlah kekhusyukkan.... 

ok, aku takde benda nak cerita... saje je mengarut.... hahahaha....


03 Januari 2013

Janganlah Over Sangat....


Assalamualaikum.....

entry pertama di tahun baru.. tak sempat nak update apa2 dalam 2 hari ni... bukan ada keja sangat pon, tapi rasa macam malas dan takde cerita pon yang nak diceritakan... huhuhu...

tapi hari ni, aku ada cerita lah... hehehe... ceritanya begini........... (ewah, dah macam hikayat putera shazlan pulak.. hakhakhak...

dua minggu lepas, ada la seseorang ni.... dok promote produk kecantikan kulit ni.... ha, tak bolehlah aku bagitau apa nama produknya.. sebab kang orang dok search2 pasal produk ni, terkuar pulak blog aku... bukan cerita pasal produk, tapi cerita pasal orang yang promote produk ni kat aku... dah........ kalau sipempromote tu baca, tak ke haru.... hak3... (tau pulak takut, tapi nak cerita jugak..)

alkisahnya begini.. dua minggu lepas, dia dok promote lah menda alah tu kat aku... harga, boleh tahan la... katanya sekarang tengah buat promotion.. jadi harga dah jadi rm99.90.. rm100 la kiranya.... (sebab aku bayar rm100)... aku pon taktau keberkesanan produk ni.. sebab takde lagi member2 yang pakai.. kalau produk yang tina pakai tu, aku rasa berkesan la, sebab tengok tina pon dah cerah berseri.. hehehe... yang tina pakai tu rm130... 

sipempromote tu bilang, ada perubahan dalam masa 2minggu... aku pon, oklah... alamak! tercakap ok pulak... huhuhu.... maknanya kena beli la kot.. huhuhu... hmm... xpela, aku pon bukan layan sangat produk2 kulit ni... aku belasah je apa2.. (tapi bila tumbuh jerawat, bising jugak..) jadi aku pon beli laaa...... hmm..

aku takde pon rasa nak beli sebenarnya... sebab, aku bukan pernah pakai produk mahal2 ni... rm100 tu kira mahal kan? mahal la bagi aku.. bagi korang aku taktau la.. huhu... tapi melihat kesungguhan sipempromote tersebut, aku.......... ok, aku mengaku, aku memang takpandai elak bila orang promote suruh beli tu ini.... huh! ape la ko ni liana... hmmm.... ada sesiapa boleh ajar aku macam mana nak elak perkara2 begini...?? huhuhu...

ok liana, tak payah nak menyesal sangat.... eh, aku ok je sebenarnya... takdelah kata menyesal... benda2 macam ni kan kita kena cuba dulu.... kalau tak cuba taktau keberkesanannya... TAPI.......

sipempromote ni macam over sangat lah.... aku baru pakai 2 3 hari kot... ko tak payah lah kata muka aku dah cerah sikit.. dah glowing2 sikit.... bida'ah la tu..... aku sendiri pon taknampak apa2 hasil lagi.... (aku tau la, kulit muka aku..) lepastu takpayah la tiap2 kali nampak aku je, panggil aku then tanya "macam mana? ok tak? ada rasa gatal2 ke?" err.... err...... hmmmmmm...... 

yang tak boleh blah tu, dia promote kat orang lain, siap petik nama aku tu.. "liana pon dah pakai.... muka dia dah cerah sikit dah" lorhhhh..... aku baru pakai 4 hari kot... huhu.. depan aku tu ko boleh cakap camtu, belakang aku tah apa lagi la ko cakap kan... adehh.... 

ok, sipempromote adalah LELAKI... sekian, terima kasih.


Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."