Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

09 Januari 2013

Tak Sangka..


Assalamualaikum....

haaa... apa2 hal, aku nak cakap dulu lah... entry kali ni berkaitan bola sepak... jadi, sesiapa yang tak minat, tak baca pon xpe... hik3.. tapi... kalau korang baca, korang memang best lah! hahahaaha...

malam tadi, adalah aksi pertama Liga Super.. 8 pasukan yang berentap malam tadi, tapi keluar kat tv hanya perlawanan antara Selangor vs Negeri Sembilan di TV1 dan Darul Takzim FC vs Pahang di Astro Arena.. dua perlawanan ni memang ditunggu2.. tapi aku lebih berminat nak tengok perlawanan antara Pahang dengan pasukan yang berbelanja besar musim ni, Darul Takzim FC..

tapi sebelum tu nak habaq la.. aku bukan peminat mana2 pasukan tapi peminat pemain dalam satu2 pasukan tu... hehe.. sebab tu tiap2 musim, aku sokong pasukan yang berlainan... nampak x? tah pape je aku ni... hahahaha... yelah, pasukan Melaka dah lama takde... jadi, taknak dikatakan khianat dengan negeri sendiri, aku sokong pemain je la... hahahahaha... sebab pemain2 pon bukan anak kelahiran negeri pasukan yang diorang join.. jadi aci kan kat sini...? hahaha..

ok, berbalik pada perlawanan DTFC dengan Pahang, jujur aku kata, aku suka dua2 pasukan ni... sebab kat dua2 pasukan ni ada pemain2 yang aku suka (suka bukan sebab hensem.. ehem2.. tapi kerana corak permainan diorang yang best, lincah dan bergaya.. hak3) dalam pasukan DTFC, aku suka Muslim Ahmad, Zaquan, Aidil, Safee Sali, Nurul Azwan Roya... dan menarik perhatian aku dalam perlawanan malam tadi, Tuah.. aku memang suka tengok pemain yang berbadan kecil, tapi.... lari mak aiii.... berdesup poey nye... hahaha.. 

dan pasukan Pahang, opkos la aku suka Azamuddin Akil (Alex)... dan jugak Amirul Hadi... dan pemain yang menarik perhatian aku dalam perlawanan malam tadi, sudah semestinya pemain yang sumbat 2 gol, Fauzi.. aku ingat dia nak cipta hatrik, 3 gol....hehe

tahniah untuk pasukan Pahang atas kemenangan 3-2 malam tadi.. memang tak sangka... sebab diorang dah ketinggalan 0-2 dalam separuh masa pertama... tapi separuh masa kedua, diorang banyak menyerang.. sampai pengulas sukan cakap "apa tonik yang Dollah Saleh bagi dalam bilik persalinan tadi?" hahahaha.. kalau korang tanya aku, mestilah aku akan cakap, Darul Takzim yang menang sebab diorang ada pemain2 bertaraf bintang.. tapi tu lah... kita tak boleh menilai kekuatan pasukan tu berdasarkan pemain je.. konon ada pemain bertaraf bintang.. pemain import, pasukan tu kuat lah.. tak juga... Pahang ada pemain import, tapi dalam separuh masa kedua, Dollah Saleh keluarkan 2 pemain import dan gantikan dengan pemain tempatan, menang jugak.. kiranya ni, sang gajah jalan2.. tak sengaja terpijak harimau yang sedang tidur.. hak3.. boleh ke gitu? peminat2 fanatik DTFC, jangan marah ea.. aku gurau je... hehehe..

selain tu, kekuatan pasukan juga bergantung pada Jurulatih.. aku memang kagum dengan Dollah Saleh.. aku jugak suka Azrai Khor, Irfan Bakti.. diorang ni sangat2 berpengalaman.. tapi, berpengalaman2 pon, kalau nak kalah, kalah jugak kan.. huhuhu.. jadi, moralnya disini, pemain, jurulatih dan penyokong, harus bersatu.. cewahhh...

oklah, aku tau korang muak kan cerita pasal bola.. jadi, aku stop dulu lah.. hehehe...

3 ulasan:

zal88 berkata...

tu la pasal..padahal mula2 pahang 0 tu..cepat tul naik,trus mnang la..abis la TMJ marah..hehe

yana dayana berkata...

sikit kecewa sbb last minit bru nk mskkn abg sapii... so next game hrp2 pndai plan ms tuk abg sapi...

LiaNa YuSoF berkata...

leha : aik, layan ke? ingatkan ko tengok N9 vs Selangor.. hak3..

yana : yana.... awat panggil sapi? sapi tu indon panggil lembu la.. hahahaha.. cian abg safee kita..hak3..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."