Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

17 Januari 2013

Filem Korea Yang Best - The Tower


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

malam tadi, aku pergi menonton wayang dengan Fara.. kali ni, aku biar Fara yang pilih dia nak tengok apa... dan filem pilihan beliau, opkoslah filem korea kan.. hehehe.. aku follow je. dia siap pesan awal2 kat aku, jangan tidur tau... sebab takut aku bosan... hak3.. tapi tapi tapi... filem ni sangat best... aku takde masa nak tidur sebab ternanti2 babak seterusnya.. filem The Tower ni dah ditayangkan sejak 10 Januari lagi..



Sinopsis filem ni :-

Naskhah penuh emosi ini mengisahkan tentang menara termewah yang turut menempatkan apartmen mewah, Tower Sky di Seoul, Korea yang merancang untuk mengadakan pesta Natal bagi masyarakat setempat di situ dengan menurunkan salji buatan menerusi helikopter.

Lee Dae-ho, seorang bapa tunggal dan pengurus menara tersebut terpaksa menguruskan acara yang dipanggil White Christmas, dan dalam masa yang sama, Dae-ho telah berjanji pada anak perempuan tunggalnya, Ha-Na dan wanita yang dicintai, Yoon-hee, yang juga pengurus restoran di menara tersebut untuk meraikan Krismas bersama.


Bagaimanapun, ketika acara berlangsung, berlaku tragedi yang tidak disangka apabila salah sebuah helikopter tersebut tidak dapat dikawal sehingga merempuh salah sebuah menara sehingga mencetuskan kebakaran besar.


Dalam suasana panik, Dae-ho berusaha mencari anaknya dan Yoon-hee bersama anggota penyelamat, biarpun sedar nyawa menjadi taruhan.


Secara keseluruhan, filem ini akan membuka mata penonton mengenai mesej yang cuba disampaikan di sebalik runtuhan dan tragedi yang berlaku seperti semangat bekerjasama dan erti kasih sayang.



*
*

filem ni mengisahkan tentang Tower Sky, apartment / kompleks residen mewah tertinggi di Seoul.. yang mempunyai dua bangunan (bangunan ni seakan2 KLCC sebab ada jambatan gantung kat tengah2).. malam kejadian tu, diorang ada buat parti untuk Krismas.. oleh sebab Krismas tahun ni tak ada salji, jadi pemilik Tower Sky nak beberapa buah helikopter mengelilingi bangunan dan turunkan sajli buatan...

banyak krisis sebenarnya berlaku sebelum tu... ada beberapa masalah yang menjadi punca2 kecil, yang menyebabkan kejadian ni jadi bertambah teruk... aku asyik terjerit2 je tengok... huhuhu... masalah bermula dari bahagian dapur.. pengurus di Food Mall, Seo Yoon-Hee ada bagitau beberapa masalah di bahagian dapur pada bos dia, tapi bos dia suruh fokus dulu untuk parti malam tu... 

Lee Dae-ho, pengurus menara.. jugak ada buat laporan pada pemilik Tower Sky mengenai pemancut air kecemasan (untuk kebakaran) tidak berfungsi dari tingkat 60 hingga 80... dan tak silap aku, parti tu dibuat kat tingkat 63 (kot)..

dan tak silap aku jugak, pemilik Tower Sky tu tau masalah pasal angin lintang tapi dia nak jugak sajli buatan diturunkan (melalui beberapa buah helikopter yang akan mengelilingi bangunan) dan disitulah punca sebenar berlaku... degil betol pemilik Tower Sky tu...

masa heli sibuk keliling bangunan turunkan salji, tiba2 datang angin lintang.. ada beberapa heli tu tak dapat kawal, akhirnya melanggar bangunan tu... time ni rasa macam dahsyat betol... dan tempat heli tu langgar adalah di bilik server.... lagi laaaa.....

pasukan bomba datang nak selamatkan semua yang ada kat dalam bangunan tu.. ada jugak yang mati sebab kesan pelanggaran heli.. semua orang dalam bangunan tu kelam kabut.. jadi huru hara sebab semua nak selamatkan diri masing2... dan part yang paling sadis bagi aku, part berebut2 nak naik lif.. ada sorang lelaki tu pentingkan diri sendiri, tolak sorang perempuan suruh keluar dari lif sebab lif dah lebih muatan.. Yoon-hee merayu suruh bawak Ha-na turun sekali tapi dia buat tak tau je.. last2 semua dalam lif tu mati sebab lif lalu kat tingkat yang terbakar terok.. lif tersangkut dan akhirnya semua dalam lif tu mati terbakar.. huhuhu....

ada jugak part2 yang kelakar dalam filem ni... ada sorang ahli bomba berpangkat Sarjan, dia lah yang selalu buat kelakar... walaupun keadaan tengah huru hara.... part dia je, semua orang dalam panggung ketawa... hahaha... 

part cemas bila Dae-hoo, Yoon-hee, Ha-na, sepasang couple(diorang ni pon kelakar), seorang perempuan mengandung, seorang cleaner, bos Yoon-hee, kapten dan sorang bomba (budak baru) nak lintas jambatan gantung untuk ke menara sebelah... jambatan tu dibuat dari gentian kaca... kalau aku memang xlalu la situ.. nampak bawah kot.. dah la kat tingkat 60.. bos Yoon-hee tu tak sabar sangat, sebab perempuan mengandung tu jalan slow, dia pon lari, padahal kapten tu dah bagitau, struktur jambatan tu retak dan nak roboh... last2 bos Yoon-hee tu mati jatuh dari tingkat 60.. huhu..

orang yang paling penting dan sangat2 aku kagumi dalam filem ni, adalah kapten bomba.. dia ni sanggup gadaikan nyawa dia.. dia tau dia dah buat kesilapan sebab jatuhkan alat kawalan jauh untuk letupkan bom.. jadi dia taruhkan nyawa dia, letupkan bom untuk pecahkan tangki simpanan air hujan.. part ni aku nangis ok.... huhuhuhu..... 

sebelum tu, bayangkanlah kapten, Dae-ho dan 2 orang bomba diberi masa 20 minit untuk masuk, selamatkan beberapa orang yang ada (termasuk Yoon-hee) dan pecahkan tangki simpanan air hujan sebelum bangunan tu dirobohkan untuk elak bangunan tu condong ke bangunan sebelah yang boleh menyebabkan kedua2 bangunan runtuh.. fuhhh... gila..


keadaan kawasan sekitar Tower Sky bila 1 dari bangunan tu diruntuhkan

ehh.. banyaklah babak2 menarik yang buat korang taksenang duduk dalam filem ni... aku tau aku antara yang lambat tengok filem ni.. tapi kalau ada antara korang yang tak tengok lagi, pegi lah tengok...tak rugi sebab filem ni best sangat... hehehe..





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."