Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Oktober 2011

xtaU taJuk aPe yG seSuai.. hehe..

ok, aku tau..
dah dekat seminggu blog ni tak ber'update kan..
ke dah seminggu.. hahaha..
lantak la..
aku dah malas, maka takdelah entry nya ye dak?

apa aku merepek ni...
hmmm...sekarang ni, aku selalu sangat sakit kepala..
memang.. memang aku ada migrain..
tapi migrain aku takdelah hari2..

sekarang ni, kalau salah baring je,
mula la aku pening2 seharian..
huhuhu........... pastu, takkan aku asyik nak telah panadol je..
kang ketagihan pulak.. huhu..

ke aku tengah stress..? oh.. stress? tidak!!!
yup.. boleh dikatakan jugak..
memang aku stress, tapi takde lah stress sangat pon...
masalah2 kecil, masih boleh lagi ditangani..
orang kata, tak payah pikir pon takpe,
tapi aku kan... semua benda nak dipikir.. huh!!

atau...
adakah kejadian yang berlaku pada aku lebih 3 tahun lepas,
telah menunjukkan effect nya sekarang?
oh... tidak!!! (gila sekejapan)

kejadian apa tu?
huhu.. malu la nak cerita.....
tapi takpelah, simpan sorang2 pon tak best jugak kan...
jadi meh dengar ini cerita...

*
*

seminggu sebelum aku melapor diri di JPA, (17 Ogos 2008)
ketika itu aku bekerja sebagai kuli di sebuah pasaraya
yang tak berapa famous di Melaka..

sedang aku asyik menyusun2 barang..
iaitu pinggan mangkuk kaca di sebuah rak...
sambil melayan lagu2 yang sedang diputarkan SinarFM,
tiba2, aku jatuh terduduk..
lepas tu, aku terasa pening macam nak pitam..
lepas tu, terasa kepala aku sakit....
lepas tu, aku tengok kiri....
lepas tu..... lepas tu....... aku nangis!!!
huhuhu... sakit wooooooooo....

dan2 je, ada sorang abang,
yang sama2 keja kat situ, (kira bos aku la..)
datang kat aku..
sambil tanya, ok ke tak?
siap tunjuk jari telunjuk kat aku dan berkata "ni berapa?"
(hampeh bin vunguks abang tu!!!)

aku memang tak terkata la masa tu..
menangis..... customer2 yang lalu lalang pon,
hanya pandang je..
nasib baik pagi lagi, jadi customer xdelah ramai sangat...
pastu, abang yang vunguks tadi,
tiba2 menghilangkan diri...

okla, malas nak cerita panjang lebar..
korang mesti nak tau kan apa yang terjadi..
kenapa aku terjatuh..
kenapa aku nangis dan sakit kan...
haaa..... nak cerita la ni..

benda alah ni je yang jatuh....


yaaa... hanya kotak sahaja... yang menimpa aku...
tapi.. dalam kotak tu, ada......................

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




kotak yang berisi benda alah diatas ini,
telah menimpa kepala aku dibahagian kiri
dan bahu serta tangan kiri aku..
sebab tu aku terjatuh... (macam nangka busuk daaa...)

tu yang aku jadi berpusing2.... blur....
pelik... yela, tetiba je aku kat lantai..
aku pelik la..
bila aku pandang kiri je..
aku nampak kotak ni....
terus kepala aku sakit.... tu yang aku menangis..

dan abang yang vunguks dan telah melarikan diri itu,
(aku ingatkan dia mintak bantuan ke..... tapi, hampeh!!)
adalah orang yang bertanggungjawab menyusun kotak2 tersebut..
kotak2 drawer tu disusun di atas para dan tinggi para itu adalah,
setinggi ketinggian aku..
tapi, kotak2 tu disusun bertingkat..
makna kata, setiap baris ada 3 ke 4 kotak disusun bertingkat..
dan aku rasa, kotak yang mencium kepala aku tu,
adalah kotak yang disusun paling atas sekali..
jadi, untuk mengelakkan diri dia dipersalahkan,
jadi, dia dah lari dulu...
(memang aku ingat lah abang tu sampai mati..)

tapi sebelum dia lari tu,
dia sempat panggil 2 orang lelaki, yang keja kat situ jugak..
untuk tengok2kan keadaan.. ye, keadaan ye.. bukan tengok aku...
yang diorang prihatin kan adalah kotak drawer itu...
tengah2 aku nangis tu, aku dengar mamat yang konon prihatin tu cakap,
"lorh.... pecah wei drawer ni, batu ke kepala ko"
tapi tak tau la betul ke tak.. ke dia saje nak kenakan aku...

hahaha... kelakar la sangat...
tapi takpe, kalau korang nak gelak, gelak la.. aku tak marah pon...
huhu...

sehari suntuk aku menangis..
tapi aku tak pegi klinik pon...
sebab....... entah, kepala tak sakit sangat..
mungkin aku terkejut je..

dan yang buat aku bersyukur,
hari itu adalah hari terakhir aku keja situ....
jadi.... esok, aku tak payah nak mengadap muka budak2 hampeh kat situ..
dan tak payah jadi bahan diorang...
"kepala batu" "kepala batu"

sadis kan? huhuhu...
pening balik kepala aku..
teringat balik kisah ni, terus terasa denyut2 kepala aku..
nak2 kat tempat yang kena tu... huhuhu...

jadi, nasihat kepada semua,
walau apa pon terjadi kat kita..
kita kena maklum pada family...
pergi klinik, kot2 ada retak ke ape ke...
atau kalau pihak pengurusan tempat keja korang tu tak nak bertanggungjawab,
buat je report polis..
pastu saman... sejuta ke.. dua juta ke...
ish.. ish... kalau aku buat macam tu dulu, dah jadi kaya raya dah aku..
hahaha... (leh... buleh ek gitu.. hehehe....)


20 Oktober 2011

tetap segar dalam ingatan

lupakan sebentar tentang SKT..
lupakan sebentar tentang HRMIS yang susah betol nak bukak...
aku tetiba rasa nak baca balik entry aku yg lepas2..
ceh.... taip sendiri, sendiri baca ek..?
hehehe..

aku baca yang tahun 2010 punya..
yakni tahun lepas la kan..
banyak jugak entry...
baca punya baca punya baca..
pastu senyum sorang2 depan pc ni.. (gila.. hehe)

tetiba!!! terbaca satu entry ni..
Ya Allah... sambil baca, aku boleh gelak sampai meleleh la air mata ni..
hehehe... masa aku wat entry ni tahun lepas,
pon gitu jugak... mengekek2 aku gelak..
hahahaha...

nak tau ke...?
ala..... macam sensetip jek..
tuan punya badan yang terkena, jangan marah ea..
cuma.............. cuma.....
cuma nak kenang je benda ni..
pasni dah takde dah buat... kan..kan..

tapi sumpah, rasa bersalah tu masih ada lagi dalam diri ni..
yela, takut2 empunya badan simpan dalam ati ke..
huhuhu... tapi tak kan....
lagipun, aku pon pernah kena lagi teruk..
tapi jangan risau, aku tak simpan dalam hati pon...
huhu..

xpela... untuk meredakan ketegangan di waktu tengahari ni..
meh bukak sini meh.....
hehehe..

adoii.. lupe sudah...

ada lebih kurang 3 hari bekerja lagi...
aku kena hantar SKT kt bos.. huhu...
tapi... tapi.... tapi....
asal aku lupa.. huhu....

aku lupa la... camana aku isi SKT ni...
kan baru tahun lepas semua sibuk2 isi SKT kat HRMIS..
jadi nya, aku lupa la camana bentuk pengisiannya..

tahun lepas, aku perasan terer la..
tak print pun apa yang aku buat tu..
yela... katanya penggunaan HRMIS ni nak menjimatkan kertas..
jadi, watpe nak print2 bagai lagi kan..
tapi, tu la akibatnya kalau terlebih terer...
aku sekarang kan cepat lupa..
nak ingat benda2 yang baru terjadi pun susah,
ni kan pulak kejadian tahun lepas..
pastu dengan HRMIS ni pon.. kengkadang tak buleh bukak..
hangen je den... huhuhu...

kawan2 sePA di ofis aku ni,
sila bantu aku ye... huhuhu...
bos... esok, InsyaAllah, kalau tak siap,
ari Isnin saya hantar ye.. hehehe..
buleh ek gitu? kih3..

18 Oktober 2011

hUduH yanG xbOLeh diTeriMa..

sabtu lepas, aku dan geng2 wayang,
telah menghabiskan masa bersama2..
hehehe... ayat xleh blah tol..

ok2, serius..
sabtu lepas, setelah main booking2 tiket secara online,
aku dan kengkawan,
iaitu macik timah, macik tina dan macik wana,
sekali lagi, buat kali ke berapa tah dalam bulan ni,
pegi tengok wayang di Alamanda...
dan pilihan kami adalah.. Al-Hijab..
wuuuuuuu....

cerita dia, boleh tahan..
eh, salah.... tak boleh tahan dia punya seram..
haaa... jangan nak kata pengecut ke.. penakut ke..
orang perempuan memang macam ni..
dalam panggung je terjerit sana sini,
tapi bila dah keluar, ok je....
(cewah... berlagak sungguh!)

dalam takut2 tu, kitorang boleh lagi dok gelak2..
sebabnya, kalau pegi tengok cerita seram,
kalau ada macik timah ni, memang asyik nak tergelak je..
nasib baik aku tak duduk sebelah ko timah.. hahahaha..
ko punya jerit tu lagi wat aku terkejut dari aku tengok hantu yang huduh tu..
sebab, aku bukan tengok sangat pon hantu tu...
bila hantu tu keluar, aku tutup la mata..
hahahaha...

eh, aku xdela tutup mata sangat..
selalu, kalau cerita seram, aku pejam je mata kalau hantu tu keluar..
tapi oleh sebab cerita ni punya sound effect tu sangat2 memberi kesan kepada aku..
dengan tangan2 aku sekali dok tutup mata ni.. hanya berani intai2 dari celah2 jari je...
huhuhu... nampak? betapa aku tak boleh menerima kehuduhan hantu tu..

ok, Al-Hijab..
filem ni mengisahkan seorang pelakon (Rafael kot nama dia), yang ditawarkan watak utama,
dalam filem seram.... jadi, untuk menghayati watak tersebut, pengarah dan produser
minta dia wat homework, tengok cerita/filem seram..
tapi mamat ni, dia kata dia tak takut hantu.. sebab dia tak pernah rasa kehadiran hantu tu..
sampai berani2 dia pergi sorang2 kat satu tempat yang dikatakan sangat keras..
haa.. kat situ la aku kata tadi, ada hantu yang aku tak boleh terima kehuduhannya..
masa mamat ni hisap rokok, hantu tu betol2 kat sebelah dia..
hantu yang ternganga tu... huhuhu... seram mak oiii.....

isu hijab ni, bukan isu sebarangan..
ada yang diciptakan Allah, takkan nampak benda2 ghaib ni..
dan ada yang diciptakan Allah, boleh nampak benda2 ghaib..
jadi, kita yang diciptakan Allah dengan hijab ni,
sepatutnya bersyukur..
memang kita percaya benda2 ghaib tu wujud..
tapi kalau sampai nak tengok sendiri,
aku rasa tak payah la nak berani2 sangat...
tak payah minta, benda2 tu memang ada kat sekeliling kita ni..
mungkin kita tak dapat melihat, tapi kita boleh rasa...
huhuhu.. aku pulak yang rasa seram tiba2...

ok, berbalik pada filem tadi...
dia ada terima mesej dari orang yang dia tak kenal..
minta datang ke satu tempat lepas waktu senja..
kat tempat tu, dia berjumpa dengan seorang wanita tua..
yang dipanggil Mak Itam..
Mak Itam ni, dikatakan boleh melihat benda2 ghaib,
dan boleh 'membuka' Hijab...
jadi si Rafael ni, nak mintak la kat Mak Itam,
supaya bukak Hijab dia.. supaya dia boleh melihat sendiri
hantu2 tu.. (berani betol ko ni...)
syarat Mak Itam, hanya orang yang buka hijab tersebut yang boleh tutup semula hijab tu...
dan Rafael mintak tempah 1 malam... esok pagi2 dia datang semula untuk tutup hijab..

lepas dia bukak hijab, macam2 la benda jadi..
tapi dia tak perasan pun..
mula2 dia balik dari umah Mak Itam tu,
tengah2 dia drive, tiba2 ada benda pegang bahu dia.
dia punya berani siap turun kereta lagi..
g tengok dekat seat belakang..
pastu kereta pulak tetiba xboleh start..
pastu dia tinggalkan kereta dia.. dia jalan kaki...
masa jalan tu, dia nampak ada kereta lalu,
dia pon lambai2 la kereta tu, sebab nak tumpang..
tapi driver tu cepat2 blah sebab dia nampak
ada 'benda' dok lambai2 juga atas Rafael..
huhuhu... seram..

pastu sampai satu simpang,
ada lori kecik lalu, dia pon tahanlah lori tu..
nasib baik lori tu berhenti..
ada 3 orang dalam lori tu..
pelakon dia, Bell, Munir dan Dharma Aizat (yang indon tu)
yg Indon tu cakap dia nampak Rafael naik dengan sorang pompuan cun,
yg Bell pulak kata Rafael tu sorang2 je..
si Munir pulak, berdengkur je..
tapi scene ni memang kelakar... mungkin sbb ada si Bell dengan Munir..
hahahaha..

hai, nak cerita semua, tak larat la nak taip..
bagi yang belum tengok cerita ni,
pasti nak tau kan..
apa jadi kat Rafael lepas dia bukak hijab dia?
dapat ke dia tengok hantu?
dapat ke dia tutup balik hijab dia?
haaa.. nak tau kan...
macam biasa la.. kalau nak tau, pegi la tengok...
rasanya masih lagi ditayangkan.....

oh ye... nak cerita sikit...
Pierre Andre tu, senior sekolah aku...
termasuklah yang bawak watak org Indon, Dharma Aizat..
aku panggil diorang abang la ea.. dah nama pon senior..
Abg Pierre dengan Abg Dharma ni memang member baik
kat sekolah dulu.. jadi tak hairan lah tiba2 Abg Dharma pon,
sama2 terjebak dalam dunia lakonan..

adik Abg Pierre, Mikail Andre... aku pernah jaga kelas dia
masa aku jadi pengawas kat sekolah rendah dulu..
adik dia memang cute gila... tembam... aku asyik cubit2 pipi adik dia..
hehehe... mak aku pon penah sembang2 dengan Khatijah Tan,
masa aku duduk kat AU3 dulu. Khatijah Tan ni rajin jogging..
kadang2 nampak waktu pagi... kadang2 waktu petang..
dia memang peramah... baik sangat.. cakap pon tak macam artis...

ok, bukan la aku nak berlagak dapat kenal artis..
tapi aku bangga... aku kenal abg Pierre sebelum dia jadi artis lagi..
aku je kenal.. tapi dia, xkan la kenal aku kan..
tapi tak kisah la.. pencapaian dia pon dah buat aku bangga...
harap2 lepas ni abg Dharma pon boleh jadi macam Pierre Andre..
kan.. kan..

okla.. panjang betol entry aku kali ni..
aku tengok pon, naik serabut mata..
dah2... g wat keja..
hehehe...

14 Oktober 2011

percubaan pertama.. gagal

malam tadi, aku kepingin makan mashed potato..
(waduh.. kok sleng nya, indon kok? hehehe)
jadi dengan usaha yang gigih,
pas maghrib aku pon start mengupas kentang..
rebus bagai semua..
1 jam kemudian.. siap!!

oh ye, lupa nak bagitau..
bahan2 untuk buat mashed potato ni,
bukan semua nya ada kat umah aku ni....
ni pakai hantam kromo je..
asalkan bahan utama, adoo.. hehehe..
ala... "kita yang buat dia kan"

ha... yela kita yang buat dia..
dengan hangit nya..
pastu rasa tah apa2..
siap tambah bahan sendiri sesuka ati..
huhu... maka dengan itu,
jadi lah seperti ini...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


nampak je menarik,
tapi rasa belum tentu lagi..
kembang gak la tekak nak ngabis kan malam tadi...
ni bawak lagi kat ofis..
huhu.. xpela.. try abeskan slow2...

pastu aku ada bawak krim sup cendawan..
wana masak pagi tadi...
tapi......... apakan daya... T_T
agaknya aku tak tutup betul2 bekasnya...
abes tumpah semua kuah.. hanya meninggalkan cebisan2 cendawan je...
huhuhu....

hai laaa... apa nak makan tengahari ni?
cehhh.... baru pukul berapa dah pikir pasal lunch...
hehehe..




12 Oktober 2011

disebalik ungkapan "takde apa-apa"

uit, tadi kata malas.. tapi update lagi.. hehehe..
memang malas pun.. tapi blogwalking, rajin...
dok jalan2 baca blog sahabat2,
jumpa satu entry ni..
baca la ye...
kasi kredit sikit untuk pemilik blog, Inchek SK.. hik3..

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing.. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mak, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mak yang mak tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mak restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mak masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mak sekali lagi. Mak ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mak, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mak, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mak luahkan apa yang terbuku di hati mak. Sabri tahu Sabri ada buat salah, tapi mak tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mak semula.

Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mak susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mak terluka.Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mak menyambung, "Sabri tentu ingat arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mak mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mak gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mak Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mak merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mak nak sambung belajar juga. Akhirnya mak terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mak menyambung lagi, " Cuba bayangkan ketika itu kalau mak tak izinkan Sabri pergi, mak rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mak. Mulai hari ini mak ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mak luahkan. Mak harap mak dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mak terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

Dosa pada ALLAH senang untuk kita mohon maaf kerana DIA sedia untuk memaafkan,
Dosa sesama manusia pula, kita kena menghadapi manusia tersebut untuk mohon kemaafan darinya..

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36

Malas!! Malas!! Pemalas punya budak!!

adoi.. malas tol nak update blog..
soryla... xde mood la minggu ni....

06 Oktober 2011

bUdaK hiNgusaN..

haishh.. malas betul nak update blog..
takde benda pun nak cerita..
minggu ni, adalah minggu 'sakit' aku..
dengan selsema, sakit kepala, demam,
batuk.. 'malas' pon ye juga..
hehe..

hari ni, hari ke 5..
hidung ni belum menunjukkan tanda2 nak sihat seperti sediakala..
hadooii.. menci betol..
aku dah macam budak hingusan dah..
meleleh je...
depan aku ni, sekotak tisu..
kalau dah start bersin kang, memang susah nak berhenti..
huh. penat..

orang kata, kalau batuk atau selesema,
tak yah nak pantang2..
lagi kita pantang, lagi teruk sakitnya..
aku takde la pantang sangat kot..
cuma dah takde la minum ais2 ni..
pastu, buat pertama kalinya,
aku selesema ni, aku beli ubat kat farmasi..
sebelum2 ni tak pernah pun..
paling kuat pon, kalau batuk aku beli ubat batuk je..
sakit kepala, makan panadol je la..
(aku tau, tak elok makan panadol)

agaknya, aku makan ubat
tu yang susah nak baik tu... hehe..
terbalik pulak..
ala... ubat selesema aku dah tinggal sebiji je..
nampak sangat tak berkesan ubat tu..
huh!! pasni taknak dah makan ubat tu..

okla.. aku dah merepek meraban banyak sangat dah ni..
korang2 tu, sahabat2 aku,
doakan la aku cepat sembuh ye...
(tak tahan dah hidung ni tersumbat je..)

~~Sesungguhnya, sakit itu adalah ujian kecil dari Allah SWT~~

03 Oktober 2011

peNyakiT berJangKit..

huhuhu..
sekarang ni aku tengah menghidap..
hidap ape? ha, ni nak bagitau..

bermula dengan fening-fening lalat..
melarat kepada selsema burung..
kemudian tekak da rasa macam berpasir...
batuk tak sangat, tapi bila sesekali batuk,
aduhh.. sakit kepala..
T_T

jadi, disarankan pada orang yang berada disekeliling..
yang tak nak penyakit ni berjangkit pada anda..
anda disarankan, jauhi diri anda dari saya buat seketika waktu..
tapi kalau rasa nak sesama menghidap.. meh la..
hehehe...

semalam je dah 5 biji pil aku makan..
takde pape perubahan pun..
nak pergi klinik, memang bercinta la kan..
aku demam2 ni takde nya nak ke klinik..
sanggup je EL.. dok umah, bantai meraung sorang2..
huhu.. ape nak buat..
nasib badan....

harap2 esok dah ok..
tak larat nak bersin daa.. huhu...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."