Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

18 Oktober 2011

hUduH yanG xbOLeh diTeriMa..

sabtu lepas, aku dan geng2 wayang,
telah menghabiskan masa bersama2..
hehehe... ayat xleh blah tol..

ok2, serius..
sabtu lepas, setelah main booking2 tiket secara online,
aku dan kengkawan,
iaitu macik timah, macik tina dan macik wana,
sekali lagi, buat kali ke berapa tah dalam bulan ni,
pegi tengok wayang di Alamanda...
dan pilihan kami adalah.. Al-Hijab..
wuuuuuuu....

cerita dia, boleh tahan..
eh, salah.... tak boleh tahan dia punya seram..
haaa... jangan nak kata pengecut ke.. penakut ke..
orang perempuan memang macam ni..
dalam panggung je terjerit sana sini,
tapi bila dah keluar, ok je....
(cewah... berlagak sungguh!)

dalam takut2 tu, kitorang boleh lagi dok gelak2..
sebabnya, kalau pegi tengok cerita seram,
kalau ada macik timah ni, memang asyik nak tergelak je..
nasib baik aku tak duduk sebelah ko timah.. hahahaha..
ko punya jerit tu lagi wat aku terkejut dari aku tengok hantu yang huduh tu..
sebab, aku bukan tengok sangat pon hantu tu...
bila hantu tu keluar, aku tutup la mata..
hahahaha...

eh, aku xdela tutup mata sangat..
selalu, kalau cerita seram, aku pejam je mata kalau hantu tu keluar..
tapi oleh sebab cerita ni punya sound effect tu sangat2 memberi kesan kepada aku..
dengan tangan2 aku sekali dok tutup mata ni.. hanya berani intai2 dari celah2 jari je...
huhuhu... nampak? betapa aku tak boleh menerima kehuduhan hantu tu..

ok, Al-Hijab..
filem ni mengisahkan seorang pelakon (Rafael kot nama dia), yang ditawarkan watak utama,
dalam filem seram.... jadi, untuk menghayati watak tersebut, pengarah dan produser
minta dia wat homework, tengok cerita/filem seram..
tapi mamat ni, dia kata dia tak takut hantu.. sebab dia tak pernah rasa kehadiran hantu tu..
sampai berani2 dia pergi sorang2 kat satu tempat yang dikatakan sangat keras..
haa.. kat situ la aku kata tadi, ada hantu yang aku tak boleh terima kehuduhannya..
masa mamat ni hisap rokok, hantu tu betol2 kat sebelah dia..
hantu yang ternganga tu... huhuhu... seram mak oiii.....

isu hijab ni, bukan isu sebarangan..
ada yang diciptakan Allah, takkan nampak benda2 ghaib ni..
dan ada yang diciptakan Allah, boleh nampak benda2 ghaib..
jadi, kita yang diciptakan Allah dengan hijab ni,
sepatutnya bersyukur..
memang kita percaya benda2 ghaib tu wujud..
tapi kalau sampai nak tengok sendiri,
aku rasa tak payah la nak berani2 sangat...
tak payah minta, benda2 tu memang ada kat sekeliling kita ni..
mungkin kita tak dapat melihat, tapi kita boleh rasa...
huhuhu.. aku pulak yang rasa seram tiba2...

ok, berbalik pada filem tadi...
dia ada terima mesej dari orang yang dia tak kenal..
minta datang ke satu tempat lepas waktu senja..
kat tempat tu, dia berjumpa dengan seorang wanita tua..
yang dipanggil Mak Itam..
Mak Itam ni, dikatakan boleh melihat benda2 ghaib,
dan boleh 'membuka' Hijab...
jadi si Rafael ni, nak mintak la kat Mak Itam,
supaya bukak Hijab dia.. supaya dia boleh melihat sendiri
hantu2 tu.. (berani betol ko ni...)
syarat Mak Itam, hanya orang yang buka hijab tersebut yang boleh tutup semula hijab tu...
dan Rafael mintak tempah 1 malam... esok pagi2 dia datang semula untuk tutup hijab..

lepas dia bukak hijab, macam2 la benda jadi..
tapi dia tak perasan pun..
mula2 dia balik dari umah Mak Itam tu,
tengah2 dia drive, tiba2 ada benda pegang bahu dia.
dia punya berani siap turun kereta lagi..
g tengok dekat seat belakang..
pastu kereta pulak tetiba xboleh start..
pastu dia tinggalkan kereta dia.. dia jalan kaki...
masa jalan tu, dia nampak ada kereta lalu,
dia pon lambai2 la kereta tu, sebab nak tumpang..
tapi driver tu cepat2 blah sebab dia nampak
ada 'benda' dok lambai2 juga atas Rafael..
huhuhu... seram..

pastu sampai satu simpang,
ada lori kecik lalu, dia pon tahanlah lori tu..
nasib baik lori tu berhenti..
ada 3 orang dalam lori tu..
pelakon dia, Bell, Munir dan Dharma Aizat (yang indon tu)
yg Indon tu cakap dia nampak Rafael naik dengan sorang pompuan cun,
yg Bell pulak kata Rafael tu sorang2 je..
si Munir pulak, berdengkur je..
tapi scene ni memang kelakar... mungkin sbb ada si Bell dengan Munir..
hahahaha..

hai, nak cerita semua, tak larat la nak taip..
bagi yang belum tengok cerita ni,
pasti nak tau kan..
apa jadi kat Rafael lepas dia bukak hijab dia?
dapat ke dia tengok hantu?
dapat ke dia tutup balik hijab dia?
haaa.. nak tau kan...
macam biasa la.. kalau nak tau, pegi la tengok...
rasanya masih lagi ditayangkan.....

oh ye... nak cerita sikit...
Pierre Andre tu, senior sekolah aku...
termasuklah yang bawak watak org Indon, Dharma Aizat..
aku panggil diorang abang la ea.. dah nama pon senior..
Abg Pierre dengan Abg Dharma ni memang member baik
kat sekolah dulu.. jadi tak hairan lah tiba2 Abg Dharma pon,
sama2 terjebak dalam dunia lakonan..

adik Abg Pierre, Mikail Andre... aku pernah jaga kelas dia
masa aku jadi pengawas kat sekolah rendah dulu..
adik dia memang cute gila... tembam... aku asyik cubit2 pipi adik dia..
hehehe... mak aku pon penah sembang2 dengan Khatijah Tan,
masa aku duduk kat AU3 dulu. Khatijah Tan ni rajin jogging..
kadang2 nampak waktu pagi... kadang2 waktu petang..
dia memang peramah... baik sangat.. cakap pon tak macam artis...

ok, bukan la aku nak berlagak dapat kenal artis..
tapi aku bangga... aku kenal abg Pierre sebelum dia jadi artis lagi..
aku je kenal.. tapi dia, xkan la kenal aku kan..
tapi tak kisah la.. pencapaian dia pon dah buat aku bangga...
harap2 lepas ni abg Dharma pon boleh jadi macam Pierre Andre..
kan.. kan..

okla.. panjang betol entry aku kali ni..
aku tengok pon, naik serabut mata..
dah2... g wat keja..
hehehe...

4 ulasan:

Hustler berkata...

Hahahaahahaha!!! cannot go takot tgk citer antu... Hahahahaha.. Adess... dapat byg kan la kome ngan geng2 kome.. adess...

LiaNa YuSoF berkata...

ceh... ko gelak kn ktorg ea..
weh, mmg seram le citer dia..
bukan takot, tak berani je..
hahaha...

zal88 berkata...

amboi pjg nye..a'ah ak tau korg cmne..;-p eh2..ni cte psl cte hijab ke psl pierre andre...hahaha

LiaNa YuSoF berkata...

da alang2 citer ni pierre andre yg blakon, jd citer la psal dia skali.. 2 in 1.. hahaha..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."