Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

06 Oktober 2011

bUdaK hiNgusaN..

haishh.. malas betul nak update blog..
takde benda pun nak cerita..
minggu ni, adalah minggu 'sakit' aku..
dengan selsema, sakit kepala, demam,
batuk.. 'malas' pon ye juga..
hehe..

hari ni, hari ke 5..
hidung ni belum menunjukkan tanda2 nak sihat seperti sediakala..
hadooii.. menci betol..
aku dah macam budak hingusan dah..
meleleh je...
depan aku ni, sekotak tisu..
kalau dah start bersin kang, memang susah nak berhenti..
huh. penat..

orang kata, kalau batuk atau selesema,
tak yah nak pantang2..
lagi kita pantang, lagi teruk sakitnya..
aku takde la pantang sangat kot..
cuma dah takde la minum ais2 ni..
pastu, buat pertama kalinya,
aku selesema ni, aku beli ubat kat farmasi..
sebelum2 ni tak pernah pun..
paling kuat pon, kalau batuk aku beli ubat batuk je..
sakit kepala, makan panadol je la..
(aku tau, tak elok makan panadol)

agaknya, aku makan ubat
tu yang susah nak baik tu... hehe..
terbalik pulak..
ala... ubat selesema aku dah tinggal sebiji je..
nampak sangat tak berkesan ubat tu..
huh!! pasni taknak dah makan ubat tu..

okla.. aku dah merepek meraban banyak sangat dah ni..
korang2 tu, sahabat2 aku,
doakan la aku cepat sembuh ye...
(tak tahan dah hidung ni tersumbat je..)

~~Sesungguhnya, sakit itu adalah ujian kecil dari Allah SWT~~

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."