Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 September 2012

Membeli Macam Ada Laki & Anak-anak... hak3


Assalamualaikum.... Selamat Pagi... Selamat Hari Jumaat...

semalam kononnya nak post entry ni, tapi taksempat.. jadi dikesempatan dua2 bos takde ni, *aku sekarang jaga 2 bos, tanggung kerja huda yang cuti bersalin* bolehlah aku menari2kan jari kat keyboard ni.. hakss...

malam kelmarin, aku pergi pasar besar kat seri kembangan... masuk ni, kali ke 3 aku pergi... memang best... aku kalau pergi, dah macam orang meroyan, rasa macam nak beli semuanya.. sebab barang2 kat situ semua segar2 belaka.. + jarak antara rumah aku pon taklah jauh mana... hehehe... aku pegi dengan akak ofis aku... *thanks kaklin, sebab sudi temankan orang.. cewahhh..*

masuk2 je, tuju kat barang basah dulu... masuk2 aku da rambang mata.. nak beli apa ye? yang penting, aku taknak beli ikan.. sebab kat rumah ada 1bekas aiskrim penuh dengan ikan.. huhu... 3 kali aku tawaf, dan hasil nya :

seekor ayam (beli lebih untuk buat makan2 malam ni)
kerang sekilo
sotong 2ekor saiz sederhana besar
udang 8-10 ekor saiz kecik (udang yang harga sekilo rm44.. aku kena rm9.. adehhh)
hati ayam rm1
ketam (sepinggan rm5, ada 3-4 ekor saiz kecik)

dah settle, pegi simpan dulu dalam kereta, lepastu teroskan misi cari barang kering dan sayur2 pulak... dan hasilnya :

telur 10 biji
tepung gandum sekilo
ikan bilis
asam jawa
bawang merah
bawang putih
kentang
sawi (wahhh... 1st time aku beli sawi sesaje je.. kalau x memang taklah!)
terung 3 biji saiz kecik
limau kasturi 6-7 biji
taugeh 2genggam
keledek merah sebatang je... hehehe...
buah oren 2 biji

banyak kan aku beli... dah sama banyak macam orang berkeluarga yang beli... hehehe... masa membeli tu dah macam orang sawan.. rasa nak ambik semua... tapi bila pikir2 balik, ehhh... aku ni nak makan sorang je kan... nasib baik sedar diri lagi... hahahaha... xpelah, ni stok sebulan.. pasni takyah susah2 nak cari lauk... dan harusnya, kena masak la kan.... sekarang ni mood membekal sedang membara... malam masak, esok bawak bekal ke ofis... jimat kan?

27 September 2012

Ye.. Aku Memang Suka Buat Kerja 2X, 3 4X Pon Aku Suka... Suka Sangat~~~ (TDBMKA)


eeeeee..... saket ati! saket ati (gaya cakap tu macam ropie cecupak)

hmm... taktau la ape masalah makcik2 bakal bersara ni... tau la awak tu "i dah 30 tahun kerja" *cakap sambil tepuk2 dada ni* suke ea buli budak2 hingusan baru nak kenal hidup ni... huh!

eh makcik... saya dah 4 tahun kerja tau! walaupun mula2 masuk kerja saya ni umur 20 tahun tapi nampak macam budak baru nak amek PMR..

melalut dah aku ni... huhuhu.... ke meroyan? hak3..

xde, macam ni ceritanya... aku disuruh oleh bos untuk mintak surat pengesahan majikan.. mula2 tu aku main telefon je (orang yang sepatutnya buat2 surat pengesahan ni).. dah tu, bila ditanya untuk apa? untuk buat loan ke? haaa... takterjawab aku.. hehe.. padah ler... pasai pe tak tanya bos tadi kan untuk ape.. *vunguks jugak aku ni kengkadang*

lalu dah tanya2, ohhhh... pasai pelan celcom rupanya... *takpaham apesal sampai nak kena mintak surat pengesahan dari majikan* lantak pi la kan.. dah tu depa ni mintak slip gaji.. bos aku pon, "eh.... apasal pulak sampai nak mintak slip gaji.. saya taknak bagi.. mana boleh bagi orang tengok gaji kita" "ok2, nanti saya bagitau kat diorang macam la diorang taktau gaji puan berapa kan, bukak je hrmis, terpampang gaji puan tu" lepas tu call la balik (orang yang sepatutnya buat2 surat pengesahan tu) bagilah tau, bos bukan nak buat loan... 

akak tu : "dah tu?" katanya.. aku pon explain la cikit.. 
akak tu : "dah tu, bagilah format nya macam mana" 
eh2.. apesal pulak tanya aku? 
aku : "macam ni kak, surat tu just pengesahan yang mengatakan bos saya kerja kat sini, tu je" 
akak tu : "ohh.. ha, bagilah nama, jawatan, no ic"
aku : "bagi emel akak.. nanti saya emel kat akak"
akak tu : "akak takde emel, akak psh.. nanti hantar la kat tingkat *tut*
aku : blur kejap.. "aaaa aaaa.. ha, yelah"

seeeee!! nampak tak kesengalan aku kat situ? boleh je kot aku cakap kat telefon, nama bos, jawatan dengan no ic.. apesal la aku cakap yelah... vunguks la ko liana... kan dah bersusah payah ko nak kena naik atas pulak... adeehhh... mula2 aku mintak emel tu sebab aku taknak la ada kesilapan ejaan nama ke ape.. kalau cakap kat telefon pon, ko dah eja satu2 huruf, kengkadang tu salah jugak... hmmm.. terpaksa lah aku naik atas...

lepas waktu lunch tadi, teros naik atas.. mencari2 mana akak tu.. pergi kat 1 tempat akak ni *orang lama jugak*, tanya mana akak yang kena buat surat pengesahan ni.. lepastu dok pandang aku, muka takpuas hati.. dia taknak layan aku pon, teros panggil orang sebelah dia "eh,layan ni kejap" aku pon, lorhhh... nak mintak suruh tunjukkan tempat akak buat surat pon ko malas.. so annoying!!

da jumpa akak tu pulak, haaa... ni lagi satu hal, tiba2 cakap, "eh, xde pon orang call suruh buat surat" dahh kak, takpayah nak membongak sangat! tadi cakap kemain suruh naik atas, ni dah naik kata xde pulak kan.. nak kena ni.. aku pon pergi la menunjukkan diri... nampak je aku teros akak tu cakap "ooo.. eh, kata suruh buat untuk bos" aku pon, "untuk bos la kak, akak tengok gred kat kertas tu, lepastu tengok saya ni, ada rasa macam sesuai ke kak?" terkebil2 tengok kertas yang aku bagi, "ha, yelah, kang dah siap akak call" eeeeee... rasa nak cakap, "yela kak, saya ni memang suka buat kerja 2 3 4 kali, turun naik turun naik" teros keluar dengan perasaan menyampah! menyampah dengan akak buat surat ni, menyampah dengan akak yang taknak layan aku..

akak tu bernasib baik sebab aku ni bukan jenis PA yang suka mengadu domba kat bos.. bos aku pulak jenis kuat komplen... kalau tak, dah kena dah akak2 tu.. lantak la ko dah kerja 30 tahun ke.. kan..... 

takjadi aku nak cerita pasal pergi pasar malam tadi.. nanti2 la.. kalau rajin... hehehe..
 

26 September 2012

24 September 2012

Aku Ke Yang Bersalah?



hari ni, dua kali aku kena marah.... ape la nasib... hmmmm....

kali pertama, ok, tu aku mengaku aku salah... memang salah aku sebab aku tak bertanya! sepatut bagi 2 salinan, tapi aku bagi 1 je... ok, aku mengaku... aku salah sangat2.. tapi rasanya takperlu kot tinggikan suara, sebab aku hanya kena pergi print lagi 1 borang then suruh puan (taklehsebutnama) sign, then hantar naik atas..

kali kedua, aku blur... aku ke yang salah? hmmm... puan (taklehsebutnama) taknak pegi meeting, sebab meeting da separuh berjalan, *segan agaknya sebab yang chair pon orang besar*, ACTUALLY dia bukan taknak.. MAYBE ada benda yang menyebabkan dia takjadi pergi WALAUPUN mula2 tadi aku dengar dia cakap, "pergilah sekejap, kang taktau apa isi meeting nya" DAN sebenarnya panggilan meeting tu terima jam 12.15 padahal meeting start pukul 11.30 DAN SEBENARNYA meeting ni bos besar yang kena pergi tapi bos besar takde jadi puan (taklehsebutnama) kena gantikan WALAUPUN bukan dia sebenarnya kena ganti SEBAB bos sorang lagi takde DAN orang yang hantar emel tu takperasan ada surat panggilan meeting *atas alasan akak sorang lagi yang sepatotnya tengok2kan surat takde* SEBAB TU meeting dapat tau lambat DAN AKHIRNYA aku dimarahi sebab tak bagitau kat orang yang hantar emel, puan (taklehsebutnama) tak pergi meeting sebab aku terlupa *sibuk terkejar ke sana sini naik turun membetulkan kesalahan pertama aku* ACTUALLY bukan terlupa, tapi oleh sebab aku dengar puan (taklehsebutnama) kata tadi NAK PERGI, jadi aku pon takdelah tanya2 lagi DAN orang yang marah aku bising2 tanya aku KENAPA takbagitau dia, puan (taklehsebutnama) takpergi meeting DALAM WAKTU YANG SAMA puan (taklehsebutnama) ADA KAT DEPAN KO.... apa ko nak cakap?... hmmmmmmmmmm..... (korang paham ke? kalau takpaham sila baca berulang kali, nanti mesti korang paham)

jadi, point nya disini, AKU KE yang salah atas semua2 yang terjadi? dan PATOT KE aku kena marah? hmmm... *mengeluh lagi*

kadang2 aku rasa senangnya orang2 ni melempiaskan amarah... lepastu marah kat aku yang takpandai nak melawan balik... lagi2 orang tu orang yang lagi tua dari aku *memang takde yang muda sebab aku yang paling muda*

selama aku bekerja ni, takpernah lagi aku tinggikan suara, cakap kasar dengan orang lain *orang ofis je* dan menunjukkan muka takpuas hati walaupun aku sangat marah, sangat takpuas hati dan sangatttttt... huh! tapi orang senang2 je nak marah2 aku.. tak boleh ke cakap elok2? *aku tanya dengan nada yang sebak ni*


Bangga Dengan Kau Jela...


Assalamualaikum... selamat pagi semua.... selamat bekerja kembali di hari Isnin ni.... hehehe...

okla, aku nak tanya, siapa antara korang yang tengok rancangan Aizat Pecah Rahsia kat Astro Ria setiap hari ahad jam 7.00 malam? *angkat tangan!!!* hak3... aku memang suka dan tertunggu2 rancangan ni... bukan je nak tahu apa rahsia dak aizat ni, tapi nak tengok member aku yang comel ni... Jela...

 

tahniah la Jela... bukan takat da masuk tb,  aku bangga sebab kau berani join program macam ni... tak segan dan malu nak bagitau orang ramai berapa berat kau sekarang... aku jadi malu dengan diri sendiri... huhuhu...

Jela ni member merangkap jiran tetangga masa aku tinggal kat Keramat dulu... rumah aku tingkat 12, rumah beliau tingkat 11... beliau jugak merangkap geng netball, geng main konda kondi, main nyorok2, main polis2 (duduk pon kat kuarters polis kan..) geng karaoke.. eh?? hahahaha... *ayah dia suka suruh aku nyanyi lagu Cindai... malu aku.... hehehe*

Jela dengan aku beza umur setahun je... beliau 23.... da tu, beza setahun je kan, xde nya nak akak2 kan aku... beliau kalau panggil aku, "hoiii yana 'tut'... hahahahaha... ape yang tut tu? ade lahhh.. mana boleh bagi tau... nanti ada orang dok nganjeng2 aku pulak kan... hak3.. 

kenal beliau dan family sejak kecik lagi... dari aku darjah 1, *pindah keramat masa darjah 1* sampailah beliau dan keluarga berpindah ke Seremban 2 masa aku form 1 ke form 2... lepas tu kadang2 je jumpa.. bila family aku dah pindah melaka, ada jugak family Jela ni datang rumah kami sekali.. lepas tu masing2 berhubung melalui telefon, dan aku hanya dapat berhubung dengan Jela melalui facebook je... minggu lepas Jela mesej aku dekat facebook, cakap raya tahun ni tak jumpa pon! huhu.... sory sangat2... masing2 da sibuk, so taksempat nak pergi beraya tempat jauh2... hmmm...

apa yang aku suka tentang Jela ni , beliau seorang yang sangat ceria, happy go lucky, sporting, suka ketawa... *aku rindu nak dengar kau ketawa Jela* menariknya tentang family Jela ni, semua ahli keluarga dia pakai cermin mata.. hahahaha... takpercaya, tengok episod akhir pecah rahsia tu nanti... hehehe...

wah, banyak pulak bercerita pasal Jela... hahahaha... sebenarnya, aku bangga dengan Jela... dan aku harap, impian beliau nak jadi macam Aizat, tercapai.... tak jadi macam Aizat sangat pon takpe Jela, asalkan impian kau nak kurangkan berat, tercapai....*impian aku jugak tu... huhu*

ok, bercerita pulak pasal rancangan pecah rahsia ni, aku suka sangat2... banyak yang Aizat share dalam ni... cara pemakanan, makanan apa yang dia makan, resepi diet, aktiviti apa yang dia buat.. sangat2 menarik! kalau nak tahu rahsia2 Aizat kuruskan badan, kenalah tengok rancangan ni ye... *promote ni* hehehehe...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."