Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

24 September 2012

Bangga Dengan Kau Jela...


Assalamualaikum... selamat pagi semua.... selamat bekerja kembali di hari Isnin ni.... hehehe...

okla, aku nak tanya, siapa antara korang yang tengok rancangan Aizat Pecah Rahsia kat Astro Ria setiap hari ahad jam 7.00 malam? *angkat tangan!!!* hak3... aku memang suka dan tertunggu2 rancangan ni... bukan je nak tahu apa rahsia dak aizat ni, tapi nak tengok member aku yang comel ni... Jela...

 

tahniah la Jela... bukan takat da masuk tb,  aku bangga sebab kau berani join program macam ni... tak segan dan malu nak bagitau orang ramai berapa berat kau sekarang... aku jadi malu dengan diri sendiri... huhuhu...

Jela ni member merangkap jiran tetangga masa aku tinggal kat Keramat dulu... rumah aku tingkat 12, rumah beliau tingkat 11... beliau jugak merangkap geng netball, geng main konda kondi, main nyorok2, main polis2 (duduk pon kat kuarters polis kan..) geng karaoke.. eh?? hahahaha... *ayah dia suka suruh aku nyanyi lagu Cindai... malu aku.... hehehe*

Jela dengan aku beza umur setahun je... beliau 23.... da tu, beza setahun je kan, xde nya nak akak2 kan aku... beliau kalau panggil aku, "hoiii yana 'tut'... hahahahaha... ape yang tut tu? ade lahhh.. mana boleh bagi tau... nanti ada orang dok nganjeng2 aku pulak kan... hak3.. 

kenal beliau dan family sejak kecik lagi... dari aku darjah 1, *pindah keramat masa darjah 1* sampailah beliau dan keluarga berpindah ke Seremban 2 masa aku form 1 ke form 2... lepas tu kadang2 je jumpa.. bila family aku dah pindah melaka, ada jugak family Jela ni datang rumah kami sekali.. lepas tu masing2 berhubung melalui telefon, dan aku hanya dapat berhubung dengan Jela melalui facebook je... minggu lepas Jela mesej aku dekat facebook, cakap raya tahun ni tak jumpa pon! huhu.... sory sangat2... masing2 da sibuk, so taksempat nak pergi beraya tempat jauh2... hmmm...

apa yang aku suka tentang Jela ni , beliau seorang yang sangat ceria, happy go lucky, sporting, suka ketawa... *aku rindu nak dengar kau ketawa Jela* menariknya tentang family Jela ni, semua ahli keluarga dia pakai cermin mata.. hahahaha... takpercaya, tengok episod akhir pecah rahsia tu nanti... hehehe...

wah, banyak pulak bercerita pasal Jela... hahahaha... sebenarnya, aku bangga dengan Jela... dan aku harap, impian beliau nak jadi macam Aizat, tercapai.... tak jadi macam Aizat sangat pon takpe Jela, asalkan impian kau nak kurangkan berat, tercapai....*impian aku jugak tu... huhu*

ok, bercerita pulak pasal rancangan pecah rahsia ni, aku suka sangat2... banyak yang Aizat share dalam ni... cara pemakanan, makanan apa yang dia makan, resepi diet, aktiviti apa yang dia buat.. sangat2 menarik! kalau nak tahu rahsia2 Aizat kuruskan badan, kenalah tengok rancangan ni ye... *promote ni* hehehehe...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lol. Promote diri

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."