PUTRAJAYA
12 Dis: Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini cemas dengan
kehadiran dan sorakan 2,000 rakyat serta pemimpin pembangkang di depan bangunan
itu.
Pintu
pejabat tersebut ditutup sebaik kumpulan itu sampai di situ kira-kira jam 11.15
pagi tadi.
Kumpulan
tersebut datang dengan lebih 10 buah bas persiaran daripada seluruh negara dan
mula berkumpul di lapangan parkir berhampiran seawal jam 9.30 pagi sebelum
bergerak ke JPN pada 11 pagi.
Sepanjang
perarakan, para peserta bersorak “Najib tipu”, “Hishamuddin tipu”, “JPN tipu”
serta membawa sepanduk dan replika IC merah bergambar Perdana Menteri dan
Menteri Dalam Negeri.
Sebelum
perarakan dimulakan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur himpunan
memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya masyarakat kaum India yang
memegang kad pengenalan (IC) merah.
Penganjur
perhimpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ucapannya menempelak
Datuk Seri Najib Razak kerana menipu semasa berucap pada Perhimpunan Agung MIC
hujung minggu lalu. Najib menyatakan hanya 9,000 sahaja yang memohon kerakyatan
kepada JPN.
“Najib kata 9,000, dia tipu! Sebenarnya
lebih daripada angka itu. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat
kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.
Turut berucap, Ahli Parlimen (MP)
Kapar, S Manikavasagam dan MP Subang, R Sivarasa. Manikavasagam di depan pintu
JPN menunjukkan IC Hijau yang diberi pada sebahagian rakyat Malaysia
berketurunan India. Manakala peserta himpunan sekarang duduk di depan bangunan
itu sambil membantah pengabaian kerajaan ke atas mereka.
*
*
*
ok..
kami staf2 jpn takdelah panik sangat.. sebab kami dah pun diberitahu
supaya berjaga2 dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan
berlaku... dan banyak trak2 polis yang berjaga dan berkawal sekitar
bangunan jpn ni..
menyusahkan
tau x? dah la taska ditutup, kena datang sebelum pukul 7.. kena masak,
bawak bekal sebab kafe pon ditutup... takboleh keluar bangunan... macam
ape tau? macam harammmm...
pasal
isu yang dibangkitkan, aku tak nak komen sangat.. cukuplah aku nak
kata, kalau permohonan ko taklengkap, dan tak melayakkan diberi taraf
warganegara, atau ada beberapa perkara yang menimbulkan ketidakyakinan,
macam mana kita nak bagi kad biru? lagi satu, jpn hanya terima
permohonan dan proses kad, bukan meluluskan.. yang meluluskan adalah
menteri dan peringkat tertinggi..
pukul
11.15, diorang dah start berarak.. dari jalan sebelah bangunan
imigresen.. sambil menjerit2.. najib tipu, BN tipu.. kalau korang
tengok, memang memalukan.. yang ramai2 datang tu, memang dari parti
pakatan.. sebab masing2 bawak bendera bulan, roket dan sebagainya.. yang
pakai sari pun pegang bendera bulan.. adehhh... kelakar tau x???
kita
tengoklah apa jawapan dato' KP, Menteri dan PM.. dah la jpn sibuk
dengan daftar kahwin hari ni.. ada 147 pasangan yang nak daftar kahwin
hari, diorang sibuk nak buat demo.. alasan, harini menteri datang jpn..
hmm... dunia2...
aku
baru nak amek gambar, sekali hp hang pulok... rasa nak baling ke bawah
je.. biar kena kepala aunty pakai sari pegang bendera bulan tu...
huhu...
sampai sekarang ni, mereka masih lagi berkumpul..
6 ulasan:
ooo..pasl ni upenye.. ak xtau lak ade isu ni..nmpk sgt x amek tau hal semasa kan..huhu..tp demo2 ni memg nyushkn..memekak je.. sm je mcm student..sket2 nk wat demo kat kpt..hai donia2..
Dengan penuh imaginasi, aku boleh membayangkan keadaan si pendemostran itu, wakakakaka
diorang cakap, kami tutup pintu.. dah tu, ko dah serbu mcm orang gila, haruslah kami tutup pintu..
kat dalam, kami tengah ada upacara perkahwinan, ada lebih 100 pasangan dgn keluarga masing2.. betol2 dekat dengan escalator.. xjauh dari gerbang utama tu..
saja nak burukkan imej jpn.. huh!
Hahahahaha... itu biasa Lia..... badan2 kerajaan nih selalunyer ape sahje kejadain yang berlaku, kompom, lau tak tunggang terbalik sinopsis, mesti ditokok tambah, itu jek pointnyer. ngeeeee
tu la... tapi kita yang saksi utama ni, sakit hati jugak la baca cerita2 yang ditokok tambah tu.. tp nak buat macam mana.. kita hanya rakyat marhaen.. huhu..
Welll, tabah jek la.... sayu giler ayat last ko, rakyat marhaein, wakakaka
Catat Ulasan