Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

12 Disember 2012

Inilah yang berlaku sebenarnya.....
























PUTRAJAYA 12 Dis: Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini cemas dengan kehadiran dan sorakan 2,000 rakyat serta pemimpin pembangkang di depan bangunan itu.


Pintu pejabat tersebut ditutup sebaik kumpulan itu sampai di situ kira-kira jam 11.15 pagi tadi.


Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah bas persiaran daripada seluruh negara dan mula berkumpul di lapangan parkir berhampiran seawal jam 9.30 pagi sebelum bergerak ke JPN pada 11 pagi.

Sepanjang perarakan, para peserta bersorak “Najib tipu”, “Hishamuddin tipu”, “JPN tipu” serta membawa sepanduk dan replika IC merah bergambar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Sebelum perarakan dimulakan, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan (IC) merah.

Penganjur perhimpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ucapannya menempelak Datuk Seri Najib Razak kerana menipu semasa berucap pada Perhimpunan Agung MIC hujung minggu lalu. Najib menyatakan hanya 9,000 sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.


“Najib kata 9,000, dia tipu! Sebenarnya lebih daripada angka itu. Ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.



Turut berucap, Ahli Parlimen (MP) Kapar, S Manikavasagam dan MP Subang, R Sivarasa. Manikavasagam di depan pintu JPN menunjukkan IC Hijau yang diberi pada sebahagian rakyat Malaysia berketurunan India. Manakala peserta himpunan sekarang duduk di depan bangunan itu sambil membantah pengabaian kerajaan ke atas mereka.


*

*

*

ok.. kami staf2 jpn takdelah panik sangat.. sebab kami dah pun diberitahu supaya berjaga2 dan bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku... dan banyak trak2 polis yang berjaga dan berkawal sekitar bangunan jpn ni..

menyusahkan tau x? dah la taska ditutup, kena datang sebelum pukul 7.. kena masak, bawak bekal sebab kafe pon ditutup... takboleh keluar bangunan... macam ape tau? macam harammmm...

pasal isu yang dibangkitkan, aku tak nak komen sangat.. cukuplah aku nak kata, kalau permohonan ko taklengkap, dan tak melayakkan diberi taraf warganegara, atau ada beberapa perkara yang menimbulkan ketidakyakinan, macam mana kita nak bagi kad biru? lagi satu, jpn hanya terima permohonan dan proses kad, bukan meluluskan.. yang meluluskan adalah menteri dan peringkat tertinggi..
pukul 11.15, diorang dah start berarak.. dari jalan sebelah bangunan imigresen.. sambil menjerit2.. najib tipu, BN tipu.. kalau korang tengok, memang memalukan.. yang ramai2 datang tu, memang dari parti pakatan.. sebab masing2 bawak bendera bulan, roket dan sebagainya.. yang pakai sari pun pegang bendera bulan.. adehhh... kelakar tau x???

kita tengoklah apa jawapan dato' KP, Menteri dan PM.. dah la jpn sibuk dengan daftar kahwin hari ni.. ada 147 pasangan yang nak daftar kahwin hari, diorang sibuk nak buat demo.. alasan, harini menteri datang jpn.. hmm... dunia2... 

aku baru nak amek gambar, sekali hp hang pulok... rasa nak baling ke bawah je.. biar kena kepala aunty pakai sari pegang bendera bulan tu... huhu...

sampai sekarang ni, mereka masih lagi berkumpul..


6 ulasan:

Ifa berkata...

ooo..pasl ni upenye.. ak xtau lak ade isu ni..nmpk sgt x amek tau hal semasa kan..huhu..tp demo2 ni memg nyushkn..memekak je.. sm je mcm student..sket2 nk wat demo kat kpt..hai donia2..

Hustler berkata...

Dengan penuh imaginasi, aku boleh membayangkan keadaan si pendemostran itu, wakakakaka

LiaNa YuSoF berkata...

diorang cakap, kami tutup pintu.. dah tu, ko dah serbu mcm orang gila, haruslah kami tutup pintu..

kat dalam, kami tengah ada upacara perkahwinan, ada lebih 100 pasangan dgn keluarga masing2.. betol2 dekat dengan escalator.. xjauh dari gerbang utama tu..

saja nak burukkan imej jpn.. huh!

Hustler berkata...

Hahahahaha... itu biasa Lia..... badan2 kerajaan nih selalunyer ape sahje kejadain yang berlaku, kompom, lau tak tunggang terbalik sinopsis, mesti ditokok tambah, itu jek pointnyer. ngeeeee

LiaNa YuSoF berkata...

tu la... tapi kita yang saksi utama ni, sakit hati jugak la baca cerita2 yang ditokok tambah tu.. tp nak buat macam mana.. kita hanya rakyat marhaen.. huhu..

Hustler berkata...

Welll, tabah jek la.... sayu giler ayat last ko, rakyat marhaein, wakakaka

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."