Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

17 April 2012

Isu Terkini


Assalamualaikum...

Hmm.. korang mesti dah tau kan pasal isu pemansuhan PTPTN.. isu ni timbul lewat beberapa minggu ni.. dan apa pendapat korang tentang isu ni?

aku ada terbaca dalam satu laman akhbar, Menteri Pengajian Tinggi ada menyatakan, kepada sesiapa yang nak PTPTN ni dimansuhkan, sila pulangkan dahulu duit PTPTN yang telah dipinjamkan.. hmm.. kalau aku, dah terkedu kot.. huhu.. Tun Dr Mahathir pun ada cakap, kalau taknak PTPTN, jangan pinjam..

ok, aku bukan nak berpihak kepada sesiapa.. cuma nak mengatakan pendapat aku je... aku maklumkan awal2 la kan.. kang tak pasal2 ada yang bagi surat layang nak bunuh aku pulak.. huhu... (mintak jaoh...)

mereka yang minta PTPTN ni dimansuhkan ni, adalah pelajar2.. pelajar2 yang sedang mengikuti pengajian di institusi2 pengajian, tak kira la awam atau swasta.. maknanya, diorang dah terima la kan duit pinjaman tu.. jadi, apa masalah nya ek? aku tak paham...

bagi aku, yang pernah belajar di institusi pengajian awam, dan dapat pinjaman PTPTN, aku rasa sangat2 bersyukur... sebab kalau takde duit PTPTN ni, macam mana aku nak survive? keluarga aku bukan orang senang.. dengan duit PTPTN ni jugak, aku bayar yuran pengajian, walaupun orang kata yuran di politeknik murah je.. orang kata.. tapi aku rasa tu la fungsi nya pinjaman yang diberi.. bukan bantu sara kehidupan sebagai pelajar semata2..

kalau nak ikutkan, ada je yang salah gunakan pinjaman yang diberi.. bayar duit muka kereta la.. masuk bisnes MLM la.. lepas tu, kata duit tak cukup.. tu ada hati nak mintak mansuh lagi... orang yang berakal, takkan buat macam tu..
sepatutnya bersyukur... 

aku rasa, yang buat orang tak puas hati adalah interest yang dikenakan... ya, aku akui, memang tinggi.. kalau ada pun yang tak berpuas hati, mungkin boleh minta kerajaan ambil inisiatif untuk kurangkan atau hapuskan interest.. macam yang sedang dilakukan PTPTN sekarang, iaitu Pembiayaan Ujrah 1%.. kalau mansuhkan terus PTPTN, aku tak berapa setuju..

bukan apa, aku kesian dengan pelajar2 yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.. dengan cara ni je dapat bantu mereka... yang akademik sangat bagus, dah tentu2 dapat biasiswa... tapi yang akademiknya sederhana tapi keinginan nak belajar ke tahap lebih tinggi, macamana? orang2 yang mintak mansuh tu nak biayai ke? diri sendiri pun dibiayai.. hmmm....

lagipula, negara kita belum mampu menampung 100% pembiayaan pendidikan dan perubatan.. mungkin sebab tu adanya PTPTN dan macam2 lagi pinjaman dan pembiayaan kerajaan.. aku tak dapat bayangkan, kalau semuanya diberi percuma, makin manja lah anak bangsa kita..

~ jadilah seperti Safee Sali, yang memulakan persekolahan menengah di sekolah harian (SMK Gunung Rapat, Ipoh). Setelah cemerlang dalam sukan, beliau layak masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Setelah menamatkan  persekolahan, Safee Sali berusaha dengan keringatnya sendiri untuk mewakili beberapa kelab dan negeri seperti KL, TM FC, Sarawak dan Selangor dan semakin hari semakin mengharumkan nama negara dengan usaha kerasnya di luar negara. Beliau adalah antara yang mendapat bantuan sedikit tetapi berjaya membuktikan kebolehannya di peringkat antarabangsa.  

Jangan jadi orang yang "kacang lupakan kulit".  Diberi banyak bantuan tapi akhirnya............... ? ~


6 ulasan:

Hustler berkata...

Hahahahaha.... terel gak ko sampai kembor aku pon, ko leh amik tawu ea?? Ngeh ngeh ngeh...

LiaNa YuSoF berkata...

kembor ko? sape sape? huhu.. perasan la ko mawi oii... ko ni aku baru tegur sikit macam safee sali, da perasan kembor.. wahahaha... eh, bukan kembor ko bob ke yg nyanyi kt abpbh aritu? hahahaha... (org ckp ea, bkn aku ckp)

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

fuh..tetibe aku rase aku xbaca paper or tgk tv..syabas dak lily atas informasi berguna anda itu..

Aku setuju klo nk mansuh tp baki hutang tu kira halal ea..hehe

Hustler berkata...

Hahahahahaha... aku kan ramai kembor... yang nyanyi tuh ecely kembor jauh.... lama dah terpisah, sebab tuh aku tade darah seni.. lau nyanyi pon sengau tak sudah..... tapi safee tuh, kembor dekat.... kira ada macam darah2 atlit la... hahahahahaha.... mesti ko talegh terima kenyataan kan??

mia-ina berkata...

realitynya cite psl isu ptptn nie..kak mia x puas hati bab bunga yg tinggi tu wp kerajaan dh turunkan sikit...membebankan org nk byr balik..kan bgs klu wat pinjaman...byk mana kte pinjam..byk tu je kte byr...cth rm18000, byr je la rm18000...ni ble kte dh byr sikit2x wp rm2000 pun x hbs..tau2x bunga naik..lesap duit kte byr ari2...kan bgs ikut sistem islam..amalkan pinjam ikut asas. mengena kn org melayu ja..psl nk bg pinjam tu x slh..bantu gak pelajar2x..bab bunga tu x thn.psl tue la smpi la..x hbs byr balik ptptn..depa tu dh jd mcm along lak..sape nk perthn kan bab ni..sape dia ye

LiaNa YuSoF berkata...

Timah : amboi.. kira halal ea.. kemain lagi ko... dah nama hutang.. hutang tetap hutang.. huhu..

Mawi : hmmm.. okla, aku terima la statement ko ni.. (selepas pengsan 5 minit) huhu..

Kak Mia : sebenarnya, dorang2 tak puas hati dengan bunga nya la tu, sbb tu buat demonstrasi.. cadangkanlah secara baik, pemansuhan interest.. xyah la sampai nak huru hara kan negara..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."