Assalamualaikum...
Hmm.. korang mesti dah tau kan pasal isu pemansuhan PTPTN.. isu ni timbul lewat beberapa minggu ni.. dan apa pendapat korang tentang isu ni?
aku ada terbaca dalam satu laman akhbar, Menteri Pengajian Tinggi ada menyatakan, kepada sesiapa yang nak PTPTN ni dimansuhkan, sila pulangkan dahulu duit PTPTN yang telah dipinjamkan.. hmm.. kalau aku, dah terkedu kot.. huhu.. Tun Dr Mahathir pun ada cakap, kalau taknak PTPTN, jangan pinjam..
ok, aku bukan nak berpihak kepada sesiapa.. cuma nak mengatakan pendapat aku je... aku maklumkan awal2 la kan.. kang tak pasal2 ada yang bagi surat layang nak bunuh aku pulak.. huhu... (mintak jaoh...)
mereka yang minta PTPTN ni dimansuhkan ni, adalah pelajar2.. pelajar2 yang sedang mengikuti pengajian di institusi2 pengajian, tak kira la awam atau swasta.. maknanya, diorang dah terima la kan duit pinjaman tu.. jadi, apa masalah nya ek? aku tak paham...
bagi aku, yang pernah belajar di institusi pengajian awam, dan dapat pinjaman PTPTN, aku rasa sangat2 bersyukur... sebab kalau takde duit PTPTN ni, macam mana aku nak survive? keluarga aku bukan orang senang.. dengan duit PTPTN ni jugak, aku bayar yuran pengajian, walaupun orang kata yuran di politeknik murah je.. orang kata.. tapi aku rasa tu la fungsi nya pinjaman yang diberi.. bukan bantu sara kehidupan sebagai pelajar semata2..
kalau nak ikutkan, ada je yang salah gunakan pinjaman yang diberi.. bayar duit muka kereta la.. masuk bisnes MLM la.. lepas tu, kata duit tak cukup.. tu ada hati nak mintak mansuh lagi... orang yang berakal, takkan buat macam tu..
sepatutnya bersyukur...
aku rasa, yang buat orang tak puas hati adalah interest yang dikenakan... ya, aku akui, memang tinggi.. kalau ada pun yang tak berpuas hati, mungkin boleh minta kerajaan ambil inisiatif untuk kurangkan atau hapuskan interest.. macam yang sedang dilakukan PTPTN sekarang, iaitu Pembiayaan Ujrah 1%.. kalau mansuhkan terus PTPTN, aku tak berapa setuju..
bukan apa, aku kesian dengan pelajar2 yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.. dengan cara ni je dapat bantu mereka... yang akademik sangat bagus, dah tentu2 dapat biasiswa... tapi yang akademiknya sederhana tapi keinginan nak belajar ke tahap lebih tinggi, macamana? orang2 yang mintak mansuh tu nak biayai ke? diri sendiri pun dibiayai.. hmmm....
lagipula, negara kita belum mampu menampung 100% pembiayaan pendidikan dan perubatan.. mungkin sebab tu adanya PTPTN dan macam2 lagi pinjaman dan pembiayaan kerajaan.. aku tak dapat bayangkan, kalau semuanya diberi percuma, makin manja lah anak bangsa kita..
~ jadilah seperti Safee Sali, yang memulakan persekolahan menengah di sekolah harian (SMK Gunung Rapat, Ipoh). Setelah cemerlang dalam sukan, beliau layak masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Setelah menamatkan persekolahan, Safee Sali berusaha dengan keringatnya sendiri untuk mewakili beberapa kelab dan negeri seperti KL, TM FC, Sarawak dan Selangor dan semakin hari semakin mengharumkan nama negara dengan usaha kerasnya di luar negara. Beliau adalah antara yang mendapat bantuan sedikit tetapi berjaya membuktikan kebolehannya di peringkat antarabangsa.
Jangan jadi orang yang "kacang lupakan kulit". Diberi banyak bantuan tapi akhirnya............... ? ~