Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 Jun 2013

Untuk Terakhir Kali




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!



telemovie ni telah ditayangkan malam tadi.... sedih sungguh ceritanya.... tahniah Michael Ang sebab buat aku menangis..... huhuhu..... (tengok drama pon nak nangis.. adehh)

siapa yang tak tengok cerita ni, nak tau sinopsis or nak tengok sendiri macam mana ceritanya, sila lah google ye... hehehe.... setakat ni, aku tak kecewa la dengan drama2 Michael Ang.... ok Mic, lepas ni Dude Harlino pulak tau... hahaha... dan Elfira, ko memang beruntung dek... mula2 Randy Pangalila, lepastu Baim Wong... bila pulak awak nak dapat berlakon kat produksi sana?? hehehe...


psstt: betol ke El dengan Baim bercinta? haritu tengok MeleTOP, si Baim macam buat pengakuan pulak pasal hubungan diorang... tapi macam dinafikan El... eh, bergosip pulak aku ni.. hehehe.. 





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

24 Jun 2013

Saya Setuju! Anda Bagaimana?


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


CUEPACS syor bonus lebih sebulan setengah


Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.

“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid.

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan. 



sumber : Berita Harian Online




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

18 Jun 2013

Kerana mulut...




Bibir yang melengkapkan keseluruhan struktur mulut adalah satu senjata tajam yang dimiliki manusia. Namun perlu kita ingat yang senjata tajam ini juga mampu menjatuhkan si pemiliknya sendiri jika salah percaturan.

sumber : myMetro

********************************************************************************************************


lately ni, aku asyik sentap dek kerana mulut2 tajam manusia.... cewah.... manusia lah.... takkan binatang pulak kan.... hak3.... entahlah.... aku pon, asal benda yang kurang enak didengar je nak sentap.. adehh... hati tisu betol lah....aku bukannya apa.. aku boleh terima apa yang dikata, cuma aku tak berdaya nak balas balik.. ke tak berani?? huhuhu..

oklah, aku mengaku, aku tak berani... mungkin belum sampai tahap maksimum lagi.. kira apa yang dikatakan tu, aku sentap sekejap je lah.. lepastu ok.... takdelah sampai nak pi lempang orang tu....

tapi tu lah, bila aku sentap, aku tak melawan, hati aku pulak yang sakit...... huhu... sakit wooo.. rasa cam nak pi tumbuk dinding rasanya... geram!  lepastu merungut sorang2.. hmmm.... 

takpelah... maafkan je lah manusia tersebut... entah apa yang tak kena aku pon taktau lah... kalau bercakap tu, tak sinis dengan aku takboleh gamaknya... aku ada buat salah ke, dia kecik hati dengan aku ke, ehh... entahlah... yang pasti, aku bukan jenis nak melawan mulut dan akhirnya menjatuhkan air muka orang... tidak sesekali...  mak aku selalu pesan, biar orang buat kita, kita JANGAN buat orang... "tapi mak, kalau orang balas sikit, sampai mulut dia ternganga atau tak terjawab, pastu orang blah, boleh kan mak?? hak3"

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."