Hai Kawan-Kawan!
Geng2 DiaryManja
09 Disember 2013
DSK yang dulu bukan DSK yang sekarang...
Assalamualaikum...
rasa malas je nak update blog kan.. hihihi... seminggu sekali, jadi laaa.... dari takde langsung... ok, nak cerita pasal DSK.. ape tu DSK? untuk yang taktau, DSK adalah Diploma Sains Kesetiausahaan... hihihi.. ni adalah kursus yang aku ambik dulu kat Politeknik PD Julai 2006 - Julai 2008)... ye, aku belajar dulu 2 tahun je.. hehehe.. sekarang ni taktau laa panggil apa.. still DSK lagi rasanya.... apa2 je laaa.. hehehe.. sekarang, DSK dah 3 tahun... (tu semua dah tau kan..)
tadi, ada akak ofis ni, datang nak mintak cop dan pengesahan bos Huda kat borang PTPTN anak dia.. Huda ada kat bilik aku, tengah meluahkan perasaan... hehehe.. (lately ni banyak betul dugaan jadi kat dia... aku simpati sangat.. nak bantu, aku tak mampu.. aku hanya boleh bagi nasihat je... hmmm...) akak tu cakap, anak dia belajar kat poliPD.. poli aku tu... hehehe..
pastu tanya lagi, anak akak ambik course apa? setiausaha katanya... ooooo... sama lah dengan kami.... kemudian, akak tu cakap, dia risau sikit... anak dia kembar.. dua2 dapat poli yang sama, course yang sama... oklah tu, bagi aku takde masalah.. dah tentu2 dia ada kawan nak belajar... akak tu cakap, yang tu dia tak risau... dia risau pasal subjek2 yang anak2 dia kena lalui... tengok! mak yang risau... bertuah kamu wahai anak... huhuhu...
aku diberitahu, ada penambahan subjek dalam DSK... yelah, 3 tahun kan... semester 1, belum belajar lagi gurisan2 trengkas dan shorthand.. dan yang menarik perhatian aku, akak tu kata.. akak tu yang kata laa... bukan aku... hehehe.. ada subjek Mikro Ekonomi.. aku pon, wahh!! menarik!! aku tanyalah... ada akaun x? akak tu pon takpasti... Speedtyping pon dah ditukar jadi Keyboarding Skills.. hebat kan? dan ada juga subjek Office Suite Software (Mungkin sama dengan Internet dan Persembahan Komputer yang aku belajar dulu..) yang lain macam sama.. cuma tukar ke bahasa inggeris je.. hehehe..
untuk semester seterusnya barulah belajar mengguris.. Trengkas & Shorthand.. aku ada cakap kat akak tu.. mintak anak dia ambil serius sikit pasal shorthand dan trengkas.. subjek ni memang sangat2 memerlukan kesungguhan dan minat yang tinggi... kalau kita tak minat, dan tak sungguh2 praktis mengguris, taktau la apa akan jadi.. nampak macam tak penting, NO! sangat penting ok.. sangat penting! Terima kasih kat lecturer, En. Ashri yang banyak bagi assignment mengguris sampai naik kejung jari.. hehehe... Alhamdulillah.. lulus setiap sem...
selain tu, ada jugak subjek Occupational Safety and Health... menarik! dan juga Document Processing.. yang ni aku rasa sama je macam Document Production yang aku belajar masa sem 4..
selain tu, jangan ambil mudah tentang kehadiran.. jangan ambil mudah tentang kuiz, ujian, presentation dan assignment.. semua tu sangat penting (bagi aku laa.. orang lain aku taktau..) sekarang ni aku taktau berapa peratusan markah PB dan Final... kalau dulu, aku dah ingat2 lupa.. sama ada 70-30 atau 60-40... aku tau, aku ni takde la pandai sangat.. takpasti berapa markah yang aku boleh skor untuk final.. so aku balun kat PB... sebab tu aku kata kuiz, ujian, assignment semua tu penting..
ohye, apa tu markah PB? markah PB adalah markah Penilaian Berterusan yang merangkumi semua2 yang aku cakap tadi laa.. markah kuiz, ujian, assignment, kehadiran.. yang ni aku bukan untuk DSK je.. tapi semua course di politeknik..
oklah, tu je yang aku nak cakap.. hehehe.. dulu aku belajar DSK 2 tahun, sekarang DSK dah 3 tahun.. mestilah ada penambahan untuk mempelbagaikan lagi DSK tu... DSK ni tak susah sebenarnya... kalau kita betul2 buat, rajin, fokus dan berusaha, In Sha Allah.. semuanya akan dipermudahkan..
tak kiralah apa sahaja bidang yang kita ambik.. tak semua nya senang kalau kita tak berusaha.. betul x? paling penting, usaha dan jangan mengalah..
ya, aku sangat bangga jadi pelajar DSK.. walaupun di alam pekerjaannya tidak seindah mana.. hehehe.. tapi taklah teruk sangat pon.. bergantung pada diri kita juga.. dan kedudukan kita dalam satu2 institusi tu... dan aku bersyukur sangat, dengan DSK dan politeknik jugak la, aku dapat pekerjaan di usia muda.. syukur, Alhamdulillah... ^_^
03 Disember 2013
Janji Tak Prejudis Tagline Ultra FM - Stesen Radio Baru - 101.3 FM
Assalamualaikum...
melepaskan lelah sekejap.. baca paper2 online, sekali terbaca pasal ni...
Janji tidak prejudis dan putarkan semua genre lagu asalkan enak didengar.
Begitulah ikrar pengurusan rajio baru Ultra 101.3 FM pada majlis pelancaran stesen itu, minggu lalu. Biarpun berdepan saingan sengit stesen radio lain yang kukuh, Ultra FM yakin mampu memancing pendengar dengan konsep tersendiri.
Menampilkan Jimmy Shanley yang akan bergandingan bersama Mamat Sepah (6.00 - 10.00 pagi), Mon Ryanti (10.00 pagi - 3 petang), Sharifah Shahira (3.00 petang - 8.00 malam) dan Fizi Ali (8.00 malam - 1.00 pagi).
nak tahu lebih lanjut, baca kat SINI...
*
*
*
wahhh.. tambah lagi 1 stesen radio... suka la aku.. main tukar2 stesen radio kat kereta bila jalan2 atau balik kampung.. hehehe... tapi bukan tu yang aku nak katakan....
mungkin ni dinamakan rezeki... tahniah pada Mamat, walaupun dah tersingkir dari MLM 2013, rezeki tetap ada pada dia... harap2 dia dapat jalankan tanggungjawab dan kerja dengan lebih baik... buang semua cerita2 lama... life must go on.. walaupun aku bukan peminat Mamat, tapi melihat pada perjalanan karier seni dia dari dulu sampai sekarang, aku jadi kesian... takpelah, rezeki ada dimana2 kan... janji buat kerja ikhlas, jujur, ada rasa tanggungjawab dan amanah..
sama juga dengan Jimmy Shanley dan Sharifah Shahira.. aku tengok 2 orang berbakat ni macam.......... macam ape ek? ntah, macam... bila nak, panggil.. bila taknak tendang je sesuka hati... tu yang aku nampak la... aku tak cakap atau tuduh sape2.. aku kata apa yang aku nampak... mungkin apa yang aku nampak tu tak betol... ye tak? hehehe... tapi tahniah pada Jimmy dan Shira.. semoga sukses dan rezeki mencurah selepas ni... rezeki untuk anak2...
Mon Ryanti.. aku kenal... tapi nama dia belum cukup naik lagi... mana tau lepas ni orang akan kenal dia.. Fizi Ali pulak aku tak berapa kenal...
apa2 pun, semoga Ultra FM dapat jadi stesen radio yang sama gahnya dengan stesen2 radio yang lain kat Malaysia ni... good luck!!
ohye, lupa... Ultra FM hanya boleh didengar di Lembah Klang sahaja buat masa ni... ^_^Y
02 Disember 2013
Semoga Tenang Di Sana...
Assalamualaikum..
kembali semula bekerja setelah 1 minggu bercuti... tapi jangan ingat balik cuti, ko senang2 hati je... hari ni masuk2 je, berlambak borang2 nda atas meja nak disettlekan... haishh... stress... nak check emel lagi... apa2, check emel dulu... buang segala emel2 yang tak perlu...
tiba2 aku ternampak 1 emel... makluman...
Dukacita dimaklumkan bahawa, Mohammad Mathizri bin Mohammed, Pembantu Am Pejabat di Pejabat YBhg. Dato' KPPN, Ibu Pejabat JPN Putrajaya telah kembali ke Rahmatullah pada jam 10 malam, 30 November 2013.
Jenazah akan dikebumikan di Bachok, Kelantan pada jam 10 pagi ini, 1 Disember 2013. Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Almarhum ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. In Sha Allah. Alfatihah.
tergamam aku sekejap... Innalilillah........... tak sangka.. memang aku tak sangka.... arwah masih muda (30-an) dan belum berkahwin... Ya Allah... sebak hati ni... aku tak tau apa punca dia pergi... memang tak tau langsung... dia nampak aktif, cergas dan ceria...
aku memang tak rapat dengan arwah.. tapi aku kalau jumpa arwah memang akan tegur dia... arwah pon peramah... aku pernah ganti sekejap akak PA KP dan PT kat pejabat KP, arwah la banyak tolong aku...
Mat... orang taktau orang ada buat salah ke kat Mat.. tapi kalau ada pun, orang da tak sempat pun nak mintak maaf kat Mat.. semoga Mat tenang di sana... T_T
teros takde mood nak buat kerja... kerja berlambak ni.... T_T
Langgan:
Catatan (Atom)
Wahai Bakal Suamiku...
"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."