Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

05 Disember 2011

pEristiWa seMaLam... inDaH...

Assalamualaikum kawan2...

aku baru je sarapan nasi lemak berlaukkan paru goreng sambal..
perut dah kenyang, baru la ada semangat sikit nak bercerita..
hahaha... buleh ek gitu?

semalam adalah hari yang sangat2 bermakna bagi aku......
berkat dan kesungguhan..
(erk? buleh ke kata berkat...? huhu... )
aku berkelana pergi menonton wayang..
seorang diri... cewah..

eh, ni betol ni..
aku memang pergi sorang je semalam...
sebab dah tak tahan dan exaited sangat nak tengok
filem Ombak Rindu..
huhu... jadi aku sanggup pergi sorang2...

ala.. apa yang nak diherankan....
pergi sorang2, takde la makan hati sangat,
kalau seat semua dah penuh..
aku hanya penuhkan seat2 yang tinggal satu..
tak silap aku, 3 seat je yang tinggal..
tu pon berasingan...
jadi tak susahla kan..
cumanya, kedudukan tu,
kita xde pilihan la....
aku pilih seat bahagian tengah..
baris ketiga dari bawah... (mendongak aku..)
dan ketiga dari kiri... okla tu..
strategik la dari duduk tepi.. hehehe...

wayang start jam 1.05 petang..
dah habis lebih kurang pukul 3.30 kot..
haaa... tang ni la aku kata tadi,
peristiwa penuh bermakna... hehehe..

sejurus je cerita tamat...
tiba2 ada seorang lelaki buat pengumuman..

"Perhatian... kepada semua penonton...
Sila stay dulu di tempat duduk anda...
ada sedikit kejutan di sini...
Sebentar lagi, pelakon2 Ombak Rindu,
Aaron Aziz dan Maya Karin serta penerbit
filem akan datang ke sini... diharap semua
boleh menunggu.. terima kasih"

WHAT??? AARON AZIZ NAK DATANG??

semua orang dah bersorak dan bertepuk tangan..
gila tak suka hero pujaan ramai nak datang...
yeuww!!!! suke2!!

tapi nya, aku kan datang sorang2..
jadi tak boleh la nak huha huha sangat...
hahahaha.... kang orang sebelah2 kata aku ni over pulak..
hehehe....

diorang masuk je, huuuuuuuuuu...
mata aku ni tak lepas pandang Aaron je..
sangat sangat sangat la macho... huhu...
beruntung isteri dia....

gila hensem kau!!
macam mana dia dalam filem/drama..
macam tu la dia depan mata...

uppsss.. lupe pulak..
Maya Karin pun sangat2 cantik...
sporting gila diorang...

sebenarnya, kedatangan mereka ke GSC Alamanda
adalah untuk sesi bertemu atau beramah mesra
dengan penonton2 Ombak Rindu..
dan aku serta penonton lain adalah sangat bertuah,
sebab, Aaron dan Maya masuk hall kitorang..

kedatangan diorang pon sekejap je..
pas tamat sesi beramah mesra,
diorang terpaksa pergi..
mungkin sebab tak nak diserbu..
dengan peminat2 fanatik yang gila meroyan,
kejar beliau sampai ke van..
huhuhu.....

ok, diorang datang,
selain beramah mesra,
diorang nak bagi hadiah,
bagi yang dapat jawab soalan...

bermula dengan soalan dari Maya,
"siapa madu saya?"

pastu Aaron pulak tanya,
"siapa yang nyanyi lagu soundtrack filem ni?"
siap suruh nyanyi kat depan lagi..
suara akak yang nyanyi tu,
nasib baik sedap..
aaron siap puji lagi...
akak ni, masa salam aaron,
kemain exaited lagi dia..
siap hentak2 kaki lagi.. hahaha...
suke ye kak?
(kalau aku pon suka.. huhu)

pastu, berlakon pulak..
lelaki, berlakon dengan maya,
perempuan berlakon dengan aaron...
hahaha.. time ni memang kelakar sangat..
lelaki yang berlakon dengan maya,
pilih babak yang aaron datang rumah pak dolah tu..
yang izzah kejar dia tu..
gila kelakar abang tu...

time aaron pulak..
dak perempuan tu pilih babak,
haris pukul izzah dalam toilet tu...
yang tu pon... aduyai.. kelakar gila..

haaaa... yang lepas tu pulak..
ada sorang minah ni....
terjerit2 nak naik stage..
aaron pun kasi peluang kat dia...
dia pilih nak berlakon dengan aaron..

tau tak dia nak buat babak mana?
babak aaron baring atas kerusi tu!!
hahahaha.. gila la minah tu..
aaron pun terkejut..
minah tu buat betol2 tau tak!
betol dia baring atas bahu aaron..
siap usap2 muka aaron...
cis!! berani dia..

aaron sangatlah terkejut.
siap cakap, "saya tak boleh berlakon dengan awak ni... tak fokus dibuatnya"
hahahaha...
pastu minah tu siap ngendeng2..
gesel2 dengan aaron..
sampai aaron pun dah naik takut...
"eh, awak nak buat apa ni?"
eee.. memalukan je.. huhu...

aku dapat snap 3 gambar je..
tu pon tak berapa clear...
aku segan la pulak nak pergi serbu...
dah macam ape la pulak kang..
aku memang la minat..
tapi takde la fanatik gila...
hehehehe...

apa2 pun.. seronok dapat jumpa
Aaron Aziz dan Maya Karin... (^_^)

pssstt.. : cerita pun best... nangis jugak la aku.. hehehe...

02 Disember 2011

gELomBanG

Assalamualaikum kawan2..

ok, terus terang je la..
walaupun..... walaupun.......
hehehe..
lantak pi la kata aku ni jiwang karat ke..
haha..

ada sapa2 tak ada lagu gelombang...
nyanyian Salamiah Hassan..
aku tiba2 rasa nak dengar lagu dia..

external hardisk kat rumah pulak..
tapi.... aku tak pasti ada ke tak lagu tu..
hmm..

sapa2 yang ada lagu ni,
emel kat aku ea..
noory288@gmail.com

kerjasama dari cik/encik/tuan/puan/makcik/pakcik,
didahului dengan ucapan terima kasih.. hehehe

**************************************

mood sekarang,
nak dengar lagu jiwang2, sedih2, tangkap leleh bagai...
tapi lagu melayu la.. lagu inggeris, xsampai mood lagi..
huhuhu..

soryla mintak kat korang..
almaklum la.. keja2 mendownload adalah diharamkan
kat opis ni.. huhu...
(kena block la.. hmm..)

01 Disember 2011

cUti akHir taHuN

Assalamualaikum
dan Selamat Pagi semua!!
wahh... ceria aku pagi ni...
hehehe...

hari ni, dah 1 Disember 2011.
cepatnya masa tu berlalu..
sekejap je dah akhir tahun...
azam dah tercapai ke?
hahahaha...
jangan le tanya aku..
aisshhh.. malu la nak cakap...
2 3 tahun lepas punya azam pun tak tercapai2..
lagi nak berangan nak buat azam baru tahun depan..
hahaha..

okla.. perkara2 atau peristiwa2 yang berlaku sepanjang tahun ni,
takkan nak cerita sekarang kan..
nanti dah akhir2 bulan baru aku cerita ye...

haa.. cuti pulak..
cuti aku masih lagi berbaki 14 hari...
okla tu.. tahun ni tak banyak EL..
kalau tak, tiap2 bulan, mesti ada..
hehehe....

yang aku pelik tu,
aku punya cuti tahun ni,
tambah 5 hari cuti tahun lepas,
adalah sebanyak 30 hari...
maknanya, aku dah bercuti sebanyak,
16 hari....
banyak tu.... aku takde pegi mana2 pulak..
haisshhh..

akhir tahun ni,
aku ingat nak cuti 4 hari selepas krismas..
kira cuti seminggu la kan...
dari 27 hingga 30..
wah.. dah macam nak buat kenduri pulak..
cuti sampai seminggu.. hehe..

kalau ex-bos aku ni,
mesti dia akan tanya...
"ada orang nak datang ke??"
kalau 5 kali ko cuti panjang,
5 kali la dia tanya soalan yang sama...
huhuhu....
belum lagi bos... yang selalu datang pon,
cik biah, member gosip mak saya,
merangkap jiran tetangga..
hahaha..

dan baki lagi 10 hari..
5 hari aku akan bawa ke hadapan..
dan 5 hari lagi, aku masuk GCR..
hmm.. tahun lepas aku masuk 3 hari...
tahun ni 5 hari... okla tu..

tiap2 tahun, aku mesti forward cuti 5 hari..
yela.. aku kan baru 3 tahun bekerja..
konon2 nak simpan cuti la..
kot2 la nak tetiba 'terbuat' majlis apa2 ke..
motip? hahaha...

cuti seminggu tu,
mungkin bukan la seminggu tu dok kampung...
mungkin beberapa hari di kampung,
dan beberapa hari lagi.......
nak jalan2 ke...
picnic ke..
bersama kawan2... hahaha..

hmm.. agak2 mana tempat seronok nak berjimba bersama kawan2 ek?
adakah PD?
wah... dah lama wei tak pegi PD..
dah lama kulit aku ni tak kena air masin..
asyik2, sungai.. air terjun....
huhu..

kawan2ku,
timah, tina, wana, moos dan leha...
serta kawan2 lain yang ingin ikut serta..
nanti kita bincangkan destinasi nya ye..
pilihan aku... pulau2 indah di Malaysia..
wah.. gitu...
hehehe...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."