Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

29 Oktober 2014

Aku Hanya Seorang PA


Assalamualaikum....

susah kan jadi PA ni... hmm... sekarang merungut banyak kerja pulak... dulu takde kerja pon merungut jugak... adehhh... sebenarnya bukan susah jadi PA.. tapi susah jadi NOORLIANA BINTI MOHD YUSOF... hahaha... banyak nau cekadak...

sejak 7 bulan lepas, hidup aku tak tentu arah... sebelum tu, selama 5 tahun 6 bulan, aku happy je... tenang je.. selesa je... tak diganggu.. buat kerja sendiri... siap aktif kelab dan puspanita... tapi sekarang?? aku dah tak merasa dah benda2 tu semua.... nak cuti pon, kena ada orang ganti.. tapi masalahnya, ada ke orang sudi nak ganti tempat PA ni? ada? ada? PAP kat ofis aku ni pon TERPAKSA sebab bos dah petik nama dia... bila dah diganti, ingatkan aku bolehlah cuti dengan tenang... tapi aku lupa, yang mengganti aku ni PAP je... yang tak disediakan kemudahan emel, internet.. jadi bila ada benda2 urgent macam maklumbalas, yang emel pukul 8.45 pagi, nak pukul 11.00 pagi sebab meetingnya pukul 3.00 petang hari yang sama.. ko rasa tertanggung ke PAP aku ni nak buat??

benda ni jadi masa aku mintak cuti nak teman mak aku pergi hospital... mak aku ada appoinment check mata... aku lega sangat sebab kakcik pon ikot sekali... so, kakcik la banyak teman mak aku kat dalam bilik doktor.. aku?? duduk luar bangunan, bawah pokok sebab dalam bangunan hospital tu xde line... nak kena call, pick up call, mesej pegawai untuk mintak maklumbalas, lepastu call PAP aku ajar dia macam mana nak buat, bukak folder apa, print bagi pada siapa, taip balik, sampai kan nak balas semula emel pon aku kena ajar... nak attach file pon kena ajar.... adehhhh.... aku memang tak tenang langsung... dengan rasa bersalah kat mak lagi.... serupa macam aku tak payah ambik cuti kan?

semenjak aku duduk bahagian sekarang ni (kewangan), dalam masa 7 bulan aku dah jaga 2 bos... sori, dalam masa 7 bulan ni, 3 bulan lebih aku takde bos... 2 bulan lebih aku dengan bos perempuan... dan sebulan lebih dengan bos lelaki... memang hazab gila..... bayangkan 3 bulan lebih aku xde bos.... dalam masa 3 bulan tu jugak, 2 pegawai (timbalan pengarah) keluar bertukar ke kementerian lain.. tinggalkan 2 orang pegawai lelaki gred 41.. yang nak cover semua benda....

lepastu baru la masuk sorang timbalan... sebulan lepastu masuk bos perempuan... bos ni ok.. oklah dari bos sekarang ni.... walaupun kadang2 cara dia macam tak teratur... tapi dia boleh tolak ansur... aku sedih sangat dia mintak tukar.. sebab tak tahan.... bulan ke 4, masuk lagi sorang timbalan... aku teros lega.... walaupun kerja2 tu masih byk, atleast aku ada tempat untuk rujuk dan mintak nasihat... nak mintak kat pegawai lelaki 2 orang tu, biasalah... orang lelaki kan.. segan la sikit... huhuhu..

bila bos perempuan dah bertukar, masuk bos lelaki.. bos aku sekarang... hmm.. yang ni, ntahlah.... dia dah pesan awal2, dengan dia kena tahan telinga... memang! memang suka membebel... huhuhu... mula2 aku ikutkan, lepastu, aku ada lawan sikit2... mana tahan kot.... tapi dengan dia ni aku masih boleh bertahan kot... terpaksa bertahan.. huhuhu...

dua hari lepas, bos sampaikan berita yang aku dah tau, tapi aku buat2 tak tau sebab aku taknak ambik tau... bape banyak tau daaa..... aku tau PA KP nak mintak tukar ke bahagian... dah dia dah sampaikan kat bos dia (KP).. tapi KP nak pa yang ganti adalah pa BUJANG... yang takde komitmen.. yang boleh balik lambat.... kebetulan sangatttttttt aku je pa yang tak kahwin lagi... aku mengeluh je laaa....... kenapa la bila jadi apa2, aku akan terbabit sama?? aku ni masih tak boleh terima cara pertukaran aku ke kewangan, lepastu nak kena tukar lagi.. jaga big bos pulak tu... bila pikir2 renung2 boleh meleleh air mata aku tau... aku dah penat macam ni... ibaratnya aku ni macam kambing hitam...

lagi aku tambah sedih, ada yang cakap kat aku "kenapa mintak tukar?? nampak sangat tak suka kat bos..." aku tak tau menau pon, tiba2 cakap kat aku macam tu... mau aku tak sedih....

pertukaran ke pejabat KP belum tau lagi... aku harap tak jadi laaa.. huhuhu... walaupun aku tak suka duduk kewangan ni, tapi aku takdelah sampai nak mintak tukar.... aku boleh terima lagi keadaan kat sini... kerja banyak, berkejar sana sini... balik lambat.... hadap perangai bos yang macam2.. aku boleh terima... aku baru 7 bulan kat sini... takkan nak tukarkan aku lagi... aku dah cukup hura hara sekarang ni.. walaupun aku taktau keadaaan kat atas tu hura hara ke tak, tapi sebolehnya aku nak elak hidup aku jadi lebih hura hara...

tapi tu laaa.... pa kan... nak tolak sana, nak tarik sini, nak tendang keluar, anytime.. kalau kita yang tak keluar, bos yang akan bertukar.... sama je keadaan nya... bertukar tempat pon nak kena belajar benda baru.... bertukar bos pon nak kena belajar benda baru...

tadi bos aku bercakap lagi... dia saje bergurau...  "dah la mintak tukar jaga dato'" aku malas nak layan... aku cakap taknak je.... tapi bos cakap, "tapi dato' nak" lantak la bos... cakap la apa pon... malas nak layan.... kalau kena tukar, tukar laaa.. lepasni kalau taksuka jugak, tendang je la aku keluar dari jpn ni... campak la mana2 pon... aku dah tak kesah dah...

3 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

kesian kan jd PA, kesian ko li,mangsa keadaan..sabar ea li..mesti ada hikmah ni..

Aku tahun dpn nak mintak tukar, aku bkn boleh duduk lame2..ckup 3 taon nk tukar..tp ni kira lame sikit la..taon dpn 3 taon lebih..hahaha

LiaNa YuSoF berkata...

tu laa. aku nk je suggest buat pertukaran semua PA.. biar semua PA rasa dok bahagian lain pulak mcm tmpt ko buat.. masing2 pon ngelat.. pandai ckp kat aku sabar laa.. kesian laa.. kalau terkena mcm aku ntah2 melenting jugak...

Hustler berkata...

Ilek la.... Aku dah nak masuk Bos yang ke 10, hahahaha.... baru bape tahun, aku rasa bos yang baru nih la yang paling sekejap, tak sampai 2 bulan, wakakakaka...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."