Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

06 Jun 2014


Assalamualaikum..

hari ni, sedikit tenang.. walaupun pagi2 tadi aku kelam kabut... benda yang aku tak tau dan tak pernah buat, tiba2 disuruh dan katanya memang benda tu aku kena buat.. oklah, boleh terima.. aku pernah dengar pa2 buat.. pasal sebelum ni aku tak pernah buat, jadi aku taktau laa.. aku pulak kalau taktau, teros pergi tanya orang yang tau...  nasib baik ada akak PO (pembantu operasi) dok bantu aku tadi... dia terang kat aku macam mana nak buat... kalau tak... hmm....

pasal 5s.. auditor akan datang 16 jun ni... aku dan beberapa akak kat bahagian aku ni memang sibuk laa.. beberapa tu, 4 org je.. huhuhu... diorang bantu dari sudut kreativiti.. cantikkan tu.. cantikkan ni... pastu print dan tampal... aku salute diorang sebab bantu aku buat benda2 tu.. kalau aku, tak sempat nak tengok benda2 tu semua.. dengan kerja hakiki lagi.. selalu 5s aku buat belah petang... pagi aku settle kerja hakiki... kadang2, lepas pukul 5 baru dan nak buat 5s... aku pening sebab aku yang kena sediakan input2 nya.. dari dokumentasi sampai la ke sudut... aku taknak la diorang tengok aku macam tak membantu diorang cantik2kan zon sebab aku asyik duduk dalam bilik je, tak keluar2... aku ni sampai berair mata dok pandang pc nak siapkan dokumentasi.. aku harap diorang paham la... hati orang kan, mana kita tau...

dalam dok bimbang, risau pasal 5s, ada jugak lah yang bagi semangat kat aku... kawan2 dari bahagian lama.. ada sorang kawan ni auditor.. dia dok cakap, jangan risau... takde apa2... ex-bos pon, suruh aku banyak sabar... dengan kata2 diorang ni, lega lah sikit hati aku... aku takdelah risau sangat.. aku cuma risau, bila tiba harinya, semua pegawai tak ada.. jadi, aku la yang kena sambut auditor.. sebelum2 ni tak pernah pon buat.. sebab yang buat adalah pegawai.. kami yang bawah2 ni standby kat tempat jagaan masing2..

tu yang datang kerja hari ni, aku tenang sikit... aku dah macam malas nak pikir... apa yang ada je la tunjuk kat auditor nanti... 5s ni dah masuk tahun ke 6... orang dah jemu... bila nak audit je, tukar semua.. tukar sana tukar sini... istilah penjimatan tu tak ada... aku pon takpaham... hmm.. layankan je laaa....


Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."