Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

03 Mac 2014

Serba Salah Dan Rasa Bersalah.. Hmmm...


Assalamualaikum...

perkara ni terjadi hari jumaat minggu lepas... aku balik dari kursus jam 5.05 petang, tengok bilik bos dah gelap.. jadi aku beranggapan bos dah balik... sebab bos memang balik pukul 4.30.. aku yang memang tengah kengkabut + blur + tension tak dapat siapkan kerja (terpaksa bawak kerja ke hari ni - isnin) + akak dah mesej kata dah nak sampai + memikirkan apa pon tak kemas lagi sebab nak balik kampung jap lagi... haisshh... memang kengkabut aku dibuatnya... takpikir apa2 dah, kemas2 barang, tutup pc, kunci pintu dan balik... masa aku balik tu, dah pukul 5.30...

balik rumah, kemas2 barang + solat Asar.. kengkabut keluar rumah sebab nak singgah rumah makngah dulu ambik kiriman dia... pastu pergi bank islam kat anjung, akak nak keluar duit.. baru lah dapat relax sekejap dan baru lah teringat nak tengok handphone...

bila bukak je handphone, 2 mesej, 6 misscall, 2 mesej whatsapp... amboi... banyaknya... bukak satu2... tengok bos yang mesej, call... aku pon pelik... tengok mesej, "liana, saya baru habis meeting dengan en.z.. saya tak bawak kunci" aaahhh.. sudah.... aku tengok jam, 6.45.... adoiii.... teros call bos...

bos jawab call, "xpe liana.. saya dah otw balik dah.. tadi ada budak2 ni tolong panjat tingkap" aku terkejut gila... "hah!! panjat tingkap?" yang aku imagine, diorang panjat tingkap dari bilik sebelah ke bilik bos.. lepas call bos, tengok handphone.. SILENT.. patotlah.. -_-' dah 2 malam aku tak boleh tidur memikirkan hal ni... rasa bersalah sangat sangat sangat... T_T

hari ni datang, tengok ada habuk putih depan bilik... tapi aku takdelah tanya bos lagi.. takot... huhuhu.. bila bos keluar, barulah dia cerita.. ada 4 orang pegawai lelaki yang tolong.. diorang panjat laluan siling (kiranya macam laluan tikus laaa..) dari luar bilik aku, dan masuk ke bilik aku untuk bukak pintu... dan dipahamkan, bukan 4 orang je, mungkin 7 mungkin ramai yang jadi saksi dan yang membantu bos aku untuk bukak pintu... ok, kat situ, bertambah2 lagi rasa bersalah aku... T_T

yaa.. mungkin aku yang bersalah sebab.. pertama, aku tak check dulu bilik bos sebelum balik... kedua, handphone aku silent kan (sebab kursus) dan menyebabkan aku tak dengar bos call...

aku tak kesah pandangan bos sebab mungkin bos akan paham kita sebab kita dah explain kat dia kenapa kita tak jawab call dia... tapi aku lebih kesahkan pandangan orang lain.. hmmm... harap2 diorang yang membantu tu paham situasi aku kenapa aku tak angkat call bos.. aku memang tak sengaja...

kalau lah masa tu boleh diputar balik...........


ada lagi 1 perkara nak cerita.. walaupun secara khususnya aku tak terlibat, tapi secara keseluruhannya, melibatkan 1 family... nanti ada masa aku cerita, dan nak minta pandangan korang... daa...


4 ulasan:

zal88 berkata...

harap2 diorg faham la li..
biase bos kite mmg faham..orang lain tu je yg fikir lain kan..huhu

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

cianlah..xpela li, biarlah org nk pandang cmne pun, yg penting bos ko phm..org2 len tu abaikan je..

Cik TTK berkata...

dugaannye la hai...takpe li, yang penting bos faham..

p/s: banje bos nasik lemak ayam satuuuu..pujuk ler konon...hihihi

LiaNa YuSoF berkata...

thanks korang...

hehehe.. nanti aku belanja dia lunch arini.. td katanya nk mkn bihun sup (ani sup utara) dan mintak aku belikan.. tu kira aku belanja la tu.. hehehe..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."