Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

16 Disember 2013

Gosip Kak Bedah


satu lagi entry untuk hari ini... hehehe..

ok, meh tengok gambar ni...


sumber dari Rotikaya

wanita ini adalah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan skandal dengan pelakon, Adi Putra.. dan lelaki di sebelah tu adalah suami dia.. 

dan baca laporan ni pulak....


***

Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah dapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra.

Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan Ramadhan yang lepas.

Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah.

"Saya mula-mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba-tiba pula menghantar gambar agak lucah dan sulit.  Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?" katanya penuh berhati-hati.

Nooraida memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga.  Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar-gambar 'selfie' kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu.

Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.

Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.

“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.


“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan.


***

ok, dah habis baca dah? cuba tengok ayat2 yang aku highlight tu... dan kemudian, tengok lagi sekali gambar wanita tersebut... renungkan....... tapi jangan renung lama2.... buta plak mata tu... hihihi... :p

aku pon bukan la suruh korang salahkan sape2 sebab aku pon malas nak pikir siapa betul, siapa salah... hanya Allah dan mereka2 sahaja yang tahu.. semoga kebenaran akan muncul...

#akuponpeminatAdiPutra  #nakjugak!


2 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

hehe..kt opis aku ni pn duk citer psl kes ni..omak ai seksinye bini..hehe

LiaNa YuSoF berkata...

hahaha.. kan.. tau xpe... bila tgok gmbr, terlintas kat kepala "siapa goda siapa sebenarnya..." hihihi...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."