Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

04 Julai 2013

Fobia


Assalamualaikum.....

Apa tu Fobia? Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain. Ianya bukanlah kategori besar dalam penyakit mental tetapi ia menarik dan mendapat perhatian.

''Orang ini tahu bahawa fobianya itu tidak setanding dengan benda yang dia takut. Namun dia tidak berdaya melawan. Kerana terlalu takut, dia akan cuba mengelakkan diri daripada berdepan dengan objek atau situasi tersebut. Jika tidak dirawat, dengan melihat gambar atau mendengar cerita pun dia akan berasa takut.

''Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras. "Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.

''Orang yang fobia ini seterusnya akan tertanya-tanya adakah dia diserang serangan jantung atau strok dan sebagainya. Dia mula hilang kawalan, semakin cemas dan terasa macam hendak mati,'' kata pakar psikiatri Hospital Pusrawi, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman yang ditemui baru-baru ini. Tambahnya, jika kesemua simptom itu muncul serentak dan berlaku berterusan, orang itu akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan objek atau mengelakkan daripada pergi ke tempat yang ditakutinya. 

Beliau berkata, terdapat perbezaan antara fobia dan rasa takut biasa. Perasaan takut merupakan perkara biasa kepada manusia normal.

Jenis-jenis Fobia : 

1. Fobia terhadap binatang tertentu.
2. Fobia terhadap alam sekeliling seperti ketinggian, menaiki lif, tangga, air dan gelap.
3. Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.
4. Fobia sosial iaitu takut diperhatikan dan orang ini akan cuba mengelak daripada bergaul atau bercakap dengan orang lain.
5. Agoraphobia - orang yang sudah ada serangan panik dan akan rasa takut di mana-mana saja dia pergi. Dia sentiasa berfikir jika sesuatu terjadi padanya siapa yang akan menolongnya. Ini akan menyebabkannya tidak mahu keluar rumah.

***

mesti korang terpikir2, kenapa tiba2 aku cerita pasal fobia ni? hehehe... sebab..... aku juga ada fobia, dan fobia aku tu ada dalam jenis2 fobia yang nyatakan kat atas... apakah?? jeng.. jeng.. jeng...

aku bukanlah nak tunjuk kelemahan diri.. cuma nak berkongsi dengan korang, kenapa aku jadi fobia... ok, ni fobia2 yang aku hadapi sekarang :

1. paling ketara, dan mungkin memalukan kot... aku takut kucing... huhuhu... aku selalu kena ejek, "ko badan je besar.. kucing yang kecik tu pon takut" hmm.. lantaklah apa orang nak cakap kan.. dah aku takut, nak buat macam mana.... bukan aku taksuka kucing.. aku suka sangat... sebab kucingkan antara haiwan yang comel... tapi aku takboleh nak pegang... kalau dapat sentuh dan belai sikit2 tu kira ok dah.. nak angkat jangan haraplah kan... aku takpasti kenapa, mungkin aku geli dengan binatang berbulu kot... huhuhu..

2. fobia baru.... oiii.. malu je... aku taktau kenapa bila naik dan turun escalator, tangan dan kaki aku menggigil.... nak2 yang curam tu.... boleh rasa badan aku terhuyung hayang.. kalau ada orang kat sebelah, memang aku peganglah orang tu... (member je lah) haha.. terok2.. sebenarnya ada kisah pasal escalator yang menyebabkan aku takot... hehehe.. berlaku kat genting.. hahahahaha... tak payah cerita lah... malu kot... korang yang dah tau, diam2 je k... kalau tak, aku cepuk korang...

3. ini jugak fobia baru... aku kalau jalan kat highway, naik fly over yang tinggi, nak2 ada selekoh pulak... tiba2 tangan aku menggigil... aku memang takpandang bawah langsung lah... haishhh.. agaknya aku dah takut berada ditempat tinggi... taktau kenapa... dulu boleh je... masa kt KL aku dok tingkat 12.. bersidai dekat beranda.. sekarang ni pulak takut.. hmmm...

4. tengok gambar2 dan dengar bunyi kemalangan... gambar luka, tangan patah, peha terkoyak, kepala berjahit... Ya Allah... aku boleh pengsan kot.... yang ni aku perasan sejak 2 kawan baik aku accident tahun 2007 dulu... yang mengakibatkan sorang kawan aku meninggal... sejak tu, aku langsung takboleh tengok gambar orang cedera.. 

5.  gelap... benda ni memang aku takboleh... atleast ada 1 lampu yang terpasang... kalau takde pon, cahaya lilin pon takpe.. janji jangan gelap... sampai sekarang ni aku takboleh bayang, apa akan jadi kat aku kalau tiba2 rumah aku black out waktu malam... dah la aku tinggal sorang.. huwaaaa.... buat masa ni, pernah sekali je, tu pon, dalam kiraan 5 saat je kot.. tu pon dalam 5 saat tu aku dah tutup mata, tutup telinga bagai... hahaha..

tapi fobia2 aku ni, takdelah aku takut sampai nak mengelak dan takboleh nak buat langsung.. nak taknak kena jugak.... macam escalator, fly over.. takkan taknak naik, takkan taknak lalu kan... kucing? takkan aku nak terjerit2 kan.. pernah je terjerit2, sebab kucing tu dok bawah meja taknak beralih.. haruslah aku menjerit kan... hahaha...

dulu masa kecik, aku fobia naik lif... pergi kemana2 mesti nak ada orang teman aku... aku takboleh naik lif sorang2... kalau dah terpaksa jugak, aku berdiri dekat dengan butang lif, sambil mulut ni terkumat kamit tah baca ape tah sampailah ting 12, rumah aku... hahahaha... nak naik tangga, korang bayangkanlah, ting 12.... patah kaki aku.. hahaha.. tapi sekarang, aku dah ok dah... tak takot dah... dok takutkan orang pulak... hahaha...

apa2 pun, ianya berbalik pada diri kita jugak... sama ada kita kuat untuk hadapi segala ketakutan dalam diri.. aku cuba nak buang ketakutan tu... tapi masih tak berjaya... mungkin salah cara.. hehehe.. dan yang paling penting, jangan menampakkan sangat ketakutan dan kelemahan kita.. sebab, takot orang lain ambil kesempatan atas kelemahan kita.. yang ni boleh menyebabkan keyakinan kita merudum..

ok, ini pesanan penaja.. jangan sakat kawan2 korang yang ada fobia ye.... hehehe... 

3 ulasan:

Mrs mAmikO AbUrakOji berkata...

kihkih..escalator kt genting..kihkihkih...

jom p genting..!!!hehe

Hustler berkata...

macam tak logik jek escalator tuh.... opis masok2 depan mata escalator kot?? hahahaha

LiaNa YuSoF berkata...

timah : diam! diam! hahahaha... ko g la timah.. aku taknak... hahahaha..

mawi : semenjak aku kerja ni, boleh dikira bape kali je aku guna escalator tu.. setahun sekali kot.. tu pon sbb terpaksa.. hahaha... lagipon ofis aku ting 4.. escalator tu smpai ting 3 je..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."