Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

07 Mei 2013

Senario PRU Dari Sudut Pandangan Mata Aku..


Assalamualaikum.....

wah, berpolitik pulak aku hari ni ye.... hehehe... takdelah nak berpolitik sangat.. tapi aku nak buat sedikit rumusan dari sudut pandangan mata aku.... dari mata aku ok... so, sesiapa yang takpuas hati tu, takpayah la nak maki2 aku.... mata aku, tangan aku, jadi suka hati la aku nak taip apa... hahahahaha... eh, bergurau je....

PRU13 yang baru selesai 5 Mei lalu, dan sekarang, semua negeri tengah membariskan exco masing2... tahniah diucapkan kepada yang menang, dan yang kalah.. boleh cuba lagi PRU akan datang... yang pasti masa tu, harus tampil dengan semangat dan azam untuk memperjuangkan rakyat, bukannya memperjuangkan hak sendiri ye...

apa yang aku tengok lah... setelah aku teliti calon2 yang menang dan calon yang kalah.... hmmm.... agak mengejutkan jugaklah.... BN walaupun menang, mereka takdapat mempertahankan kerusi seperti PRU12 yang lepas... 133 kerusi berbanding 140 kerusi dimenangi dulu.. dan kalah teruk di Selangor dan KL.. Pulau Pinang dan Kelantan takpayah cerita lah kan... hehehe...

ada tu, jadi Menteri di tempat/negeri sendiri pon boleh kalah jugak.... achaner tu?? hmmm..... korang boleh tengok sendiri kan senario politik yang berlaku sekarang... adakah kerana ketidakpercayaan rakyat pada pemimpin diorang... tapi takpercaya sebab apa?? aku pon takpasti.... sebab sekarang ni, aku takde apa2 masalah yang melibatkan negara, jadi aku tak ambil tahu sangat.... 

dan aku tengok jugak.... DAP banyak menang berbanding PKR... yang menarik perhatian aku, kalau cina lawan cina, mesti cina dari DAP yang akan menang... kenapa ye?? dan ada tu yang mencalonkan bukan Islam dalam PAS... pon aku taktau apa motif, adakah sebab nak tarik pengundi bukan Islam... mungkin juga.. tapi yang pasti, calon itu kalah... hmmm....  ada jugak yang bertanding, di Parlimen dia, di Dun pon dia.. ada tu menang salah satu, yang menang dua2, untunglah kan...

undi rosak.. hmmm..... aku ada tengok kat tv.... ada tu, undi rosak sampai 800.... umangaihhh.... gila ke apa.... takkan laa..... ada yang kata, tu cara diorang tunjuk protes pemilihan calon... rugi kan? aku rasa 20 undi rosak pon dah rugi gila.. ni kan pulak beratus2... haishhh...

ok, aku bukanlah siapa2, nak persoalkan kalah menang politik negara ni..... hanya rakyat marhaen... wallah!! kemain rakyat marhaen... hahahaha.... yang pasti tertanya2, kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu... dan jangan kata aku takbaca apa2 tentang politik.. aku baca..... tapi tak secara menyeluruh... sebab apa yang aku baca, orang ni cakap ni, orang tu cakap tu... so, aku taktau nak percaya pada siapa... sebab biasalah, masing2 nak tegakkan benang yang basah..

keluarga besar aku pon, bukan terdiri dari 1 parti politik.. macam2... PAS ada (ramai......hehehe) PKR ada.... UMNO pon ada... aku? rahsia laaa...... hehehehe.... jadi banyak cerita2 yang aku tau... lebih2 lagi yang ramai tu la... hahahahaha..... 

part yang best aku tengok masa PRU ni... masing2 bersemangat nak wakil rakyat diorang menang.. diorang takkesah dirikan khemah sebelah menyebelah walaupun parti berlainan.. siap salam2 dan sembang2 lagi... macam tu la yang kita nak... takpayah gaduh2.. buat rugi je... korang tu rakyat marhaen je... gaduh2, kena tangkap, itu dalam masuk jugak... masa tu ada wakil rakyat nak tolong? wakil rakyat tu siap cakap "saya taksuruh pon awak bergaduh" ada la... hahahaha....

eh, banyak pulak celoteh nya... hehehe... almaklumlah, pertama kali pergi mengundi.. hahahahaha.... In Shaa Allah, PRU seterusnya, aku akan membuang undi di Putrajaya.. 

dan aku nak ucapkan selamat bersara kepada Tuan Guru Nik Aziz.. mesti ramai yang sedih, termasuklah aku... beliau adalah orang yang paling aku percayai dan kagumi... walaupun macam2 tohmahan orang pada beliau, tapi beliau hadapi dengan tenang je... semoga Allah panjangkan umur dan lindungi Tuan Guru Nik Aziz...

pssttt : terkedu kejap bila kereta Dato' Zulhasnan Rafique berhenti sebelah kereta aku, then keluar.. lalu depan kereta aku, dan berdiri sebelah kereta aku.... (eh, berapa banyak kereta aku daaaa) pastu pandang aku dan senyum.... 

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."