Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

05 Mei 2013

#PRU13 saya sudah.. anda?


Alhamdulillah.. Allah permudahkan perjalanan aku untuk mengundi hari ni... Selepas beberapa kali aku 'main tarik tali' kejap nak pegi mengundi, kejap taknak... huhuhu.. alasan aku, aku mengundi bukan kat kawasan tempat tinggal sekarang.. sape suruh tak tukar alamat? ye dok? hehehe...

aku dari melaka jam 9.30 pagi tadi.. dah janji dengan member sekolah, Mast.. dia sudi nak teman aku.. yela.. aku pegi mengundi sorang2 je.. Mast kata nak tengok sekolah.. dah berbelas tahun tinggalkan sekolah rendah.. ohye, tempat mengundi aku adalah di sekolah rendah aku..

baru nak gerak, Mast call dia takdapat teman.. kena pegi kerja sebab ada staf dia cuti... berkali2 dia sory kat aku.. takpelah, nak buat camane kan.. da kena kerja.. hihi..

sampai2 je.. alaaaa.. ramai orang lagi.. aku ingat dah 12.30 da takramai.. nak cari parking punya la susah.. bila dapat parking, naik atas, laaaa.. takramai orang pon.. ni mesti kereta penyokong2 parti yang dok dalam khemah kat luar sekolah.. ciss...

tak sampai 10minit pon.. settle semua... pastu aku teros bergegas balik putrajaya.. kang lambat2, jem pulak.. Biasa la.. KL..

so.. ini hasilnya..


cerita semalam...

balik dari makan2 kat umah makteh, sampai 1 simpang, aku ternampak sekumpulan wanita berdiri ditepi jalan.. diorang dari parti X.. tiba2, ada 1 konvoi dari parti Y lalu sambil mengibarkan bendera mereka.. dan2 tu salah sorang wanita dari parti X, memakai purdah serba hitam menunjukkan tangan dia seperti ini...



apa yang aku boleh cakap.. "tindakan anda tak mencerminkan pakaian anda yang berjubah dan berpurdah.." fullstop.

Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."