Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

02 Mei 2013



tadi ada fire drill, bila aku dah turun dan berkumpul di kawasan lapang belakang ofis.. tiba2 baru perasan bos aku takde, dan aku serius ingat dia dah turun... aku call.. tak berjawab... kemudian call lagi.. barulah bos jawab dan kata, dah bagitau kat urusetia yang dia takturun, sebab sakit kaki..

yang taksedapnya, ada yang kata aku, "ni pa nak selamat diri sendiri je" "eh, awak kan pa, personal assistant bos"... ok, aku sentap sangat2... ada tu siap tepuk belakang aku sampai aku terkejut.. kata "mana bos awak ni? awak tak panggil dia ke?" time tu muka aku dah berubah.. padahal aku dah cakap tadi bos tak turun sebab sakit kaki.. dan aku rasa tadi aku tertinggi suara, sebab aku geram.. kot ya pon tak payahlah tepuk2 orang..

tapi aku mengakulah, permulaan tu memang salah aku, sebab aku takpanggil bos.. serius aku lupa.. lepastu semua tanya2, aku cakap tadi bos pergi meeting.. masa tu tengah usaha call bos tapi takdapat.. bila bos bagitau dia takturun, aku lega lah.. atleast aku tau dia kat mana.. tapi orang lain pulak yang berbunyi...

baru buat latihan... dah kata aku macam2... kesian kan pa ni.... apa2 jadi kat bos, orang pertama yang disalahkan adalah PA...

4 ulasan:

Hustler berkata...

Hahahahaha... pedulikkan!!! Aku selalu dilabel sebagai PA yang mengabaikan tugas PA. Ciap ada yang pergi sakap kat bos aku "Datuk, kenapa PA datuk tak amik sokkabor datuk hari2 yerk??"

Bos aku dengan tenang menjawab. " Dia PA saya ke PA awak?" Wakakakaka!! God damn!! :P

LiaNa YuSoF berkata...

laaa... kat ofis aku pap yg amik surat khabar hantar kt bilik bos.. kenapa pulak pa yg nak kena amek surat khabar? ish3..

yela, aku geram la... takpayah la ckp aku camtu... sinis kot.. pastu main cepuk2 dan tinggi suara kat aku..

Hustler berkata...

Hahahahaha... kat tempat aku nih, PA kena sebaguna, sumer boleh, andai bos mintak parkingkan keter dia pon, mesti kata boleh, hahahaha....

boleh tahan la lau men cepuk2 tuh, aku kaki kan sahje,.

LiaNa YuSoF berkata...

hehe... aku takpenah lagi la kena parkingkan keta.. tp penah hampir2 nak jd driver sbb nk g meeting luar, driver jabatan tade.. tp lasti minit ada pulak.. cehh.. selain tu, aku slalu jd tukang angkat barang berat, ambik brg kat keta, beli breakfast/lunch kalau bos malas nk turun kafe, tukang alih2 perabot dlm bilik (kelebihan pa berbadan comel.. hak3) oh lupe, bos aku tak dpt newspaper.. kalau x, opkos kot aku yg kena amek.. hehehe...

tu laa.. nasib baik gred tinggi, kalau tak, aku dah backhand da.. hahahahaha...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."