Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

04 Mac 2013

Selamat Penganti Baru Hanim & Yuzz


Assalamualaikum..

Semalam adalah majlis resepsi rakan sekelas (dsk) iaitu Hanim.. Selamat Pengantin Baru Hanim & Yuzz.. dan aku berkesempatan untuk hadir ke majlis Hanim..

sesat barat mencari simpang, akhirnya jumpa jugak walaupun dari simpang tu, berpuluh kilometer lagi nak sampai rumah dak Hanim ni... tapi Alhamdulillah, berjaya jugak sampai sebelum pukul 3.00 petang..

lauk2 semua sedap gila.... aku makan beria betol... siap bertambah lagi... hehehe... eh, yang tambah tu, aku amek menu lain... aku takpasti la pulak, tapi aku rasa ni first time aku datang kenduri kahwin orang hidang ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis.. siap ada nasi empet dengan sambal jawa lagi.... perggghh... mana aku tak terliur... air pon sedap sangat... walaupun terhidang 3 jenis air, aku minum air teh bunga je... memang mantop la lauk kenduri Hanim.. thumbs up!! walaupun terasa perjalanannya jauh, dan kami (aku dan Tiena) agak kepenatan... tapi bila terhidang lauk2 tu, hilang rasa tu semua... hehehehe...

yang takbest nya, aku terlupa nak ambik gambar.. kepenatan sangat sampai terlupa... adehh... lepas makan, lepak jap dalam rumah Hanim sambil menunggu pengantin untuk kami bergambar sama2.. tapi takpelah, janji dalam album gambar Hanim nanti ada gambar kami.. hehehe... (kami : aku, Tiena, Gda, Yoyok, Timah, Husband Timah dan baby Auni)




Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."